Tuesday, June 19, 2012

Merapu

PAS Ramal PRU13 Tahun Hadapan

KUALA LUMPUR, 19 Jun: PAS menjangkakan pilihan raya umum ke-13 berkemungkinan besar akan diadakan pada tahun hadapan, sehingga habis tempoh penggal.Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, Parlimen tidak akan dibubarkan pada tahun ini kerana Selangor tidak akan membubarkan Dun dan bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan.

Mustafa berkata, Umno BN tidak akan berpuas hati jika Selangor tidak turut serta dalam PRU kerana mereka memang mahu merampas kembali Selangor."Saya rasa pilihan raya ini tunggu sampai tamat tempoh. Ini bukan saya bergurau, tapi serius."Selangor akan berasingan kerana ada masalah dengan daftar pemilih, penambahan pengundi yang ketara," kata beliau kepada Harakah dan Harakahdaily semalam.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata,  Dun Selangor tidak akan dibubarkan meskipun kerajaan Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen lebih awal namun hanya bersedia menyertai pilihan raya umum ke-13 jika ia diadakan selepas Jun 2012.Di bawah sistem Persekutuan, negeri mempunyai hak dan kedaulatan untuk menentukan tarikh Dun akan dibubarkan seperti yang dilakukan Sarawak.Mustafa berkata, Umno BN yakin dapat merampas Selangor dengan menggunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Strategi BN memang nak rampas Selangor. Dia tidak akan puas hati melainkan dia boleh tawan Selangor dengan strategi yang dibuat ini. Dengan kerjasama KDN, SPR dia merasakan ada harapan untuk tawan Selangor."Bila Selangor kata tak akan bersama, Umno BN akan tunggu."Dia akan buat pada tarikh yang Selangor tak boleh tangguh lagi. Jadi memang pilihan raya tak akan berlaku, akan berlaku tahun depan," katanya.Mustafa bagaimanapun berkata, PAS bersedia pada bila-bila masa untuk menghadapi PRU ke-13."Bagaimanapun dari segi kaedah politik, pilihan raya, PAS tetap bersedia untuk menghadapi pilihan raya bila-bila masa.

"Tapi pemikiran dalam BN mungkin pilihan raya sampai kepada tahun depan," katanya lagi.


Hai
salam hormat kepada semua.... kepada pembaca semua diharapkan takpayah percayala dengan ramalan nujum pemimpin PAS ini, mereka dah abis akal bile PRU akan dilansungkan, sudahlah menimbulkan polemik PRU di musim haji dan pelbagai andaian serta cerita karut al marut dicanangkan.

Percayalah walaupun DSNR seorang islam, tidak kira lurus jalannya atau tenggelam timbul macam kapal selam, insyaallah beliau tidak akan tergamak mengadakan PRU pada bulan tersebut.Saya amat memohon pembaca menilai dengan baik dan buat kajian dari pelbagai sumber dalam menerima cerita atau berita, supaya tidak terjebak menjadi pak angguk apa yang diperkatakan oleh pemimpin mereka sejak dari pertengahan tahun lepas lagi mereka sentiasa meramal, mencari tarikh bila PRU13 akan dilansungkan tapi lansung tidak akal.

Bajet dipercepatkan tarikh supaya dapat memberi ruang kepada parlimen membahaskan apa yang telah dibentangkan pada bajet tersebut. untuk makluman anda semua insyaallah bajet untuk BR1M akan diteruskan untuk tahun akan datang dan bajet bantuan persekolahan akan ditingkatkan jika bajet diperuntukan lebih untuk tahun ini.

sekian

sok luse ade posting menyusul lagi...


No comments: