artikel selingan
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjangkakan, perdana menteri akan mengadakan pilihan raya umum ke-13 pada September depan ketika musim haji bagi memastikan kejayaan BN.Tindakan itu didakwa diambil ekoran banyak penyokong PAS akan mengerjakan haji pada masa itu, kata Abdul Hadi.Anggota parlimen Marang itu berkata, Umno sebagai parti tunjang BN akan menggunakan pelbagai kaedah untuk mengelakkan isu sebenar berhubung membersihkan sistem pilihan raya sebelum pengundian.
Abdul Hadi berkata demikian dalam sidang media selepas program "Munajat dan Himpunan Hijau ke Putrajaya" di ibu pejabat PAS Kedah di Kota Darul Aman hari ini.
Haaa Pelik Pelik
Saya kurang pasti apekah maksud malaysiakini, adakah saja provokasi? adakah kenyataan betul keluar dari mulut pemimpin PAS ini? awatnya hadi ni bole fikir macam ni? nak bangkitkan perasaan marah rakyat kepada kerajaan atau saje test market?karut sungguh kenyataan beliau ni, sejak dari tahun lepas dan awal tahun ini ramai betul ahlul ahlul PAS membuat kajian dan cakap-cakap mulut PRU.
Gini la DS Abdul hadi awang
yea DSNR bentangkan bajet pada bulan september, jika bulan sembilan sekalipun bukan bermakna berlaku PRU. andai DSNR bentang bajet bulan 10,11, 12 adakah tanda akan berlaku PRU? tidak sama sekali, Najib seorang "pemanipulasi" sejak tahun lepas dan awal tahun anda semua dimomokan dengan gendang PRU. Tokjib kata akan bentang pada 28.9.2012 kalau anda lihat kelander 28 tu hari ape? tahu dah? tinggal 2hari saja untuk 1.10.2012. tiada bezanya pun kalau bentang pada bulan 10. apakah semua orang orang pakatan rakyat pergi haji? bagaimana pula pengundi umno yang pergi haji? pelik pelik perangai pemimpin PAS ini.Apa hendak dibimbangkan wahai hadi, andai dah takdir kata kalah adakah tidak rela takdir Allah?
Tujuan bentang bajet awal dari bulan 10 seperti sebelumnya.
1. bagi membolehkan kerajaan mempunyai masa untuk bersidang mengenai bajet tersebut.
2. ingin melihat maklumbalas rakyat tentang bajet yang dibentang, supaya mudah untuk diperbaiki
SPR
SPR akan melancarkan semakan daftar pemilih selama 1bulan dan mungkin bakal dilanjutkan sehingga hujung tahun untuk mendaftarkan pemilih yang masih belum mendaftar.dalam masa yang sama SPR akan membersihkan daftar pemilih.
Kemungkinan PRU bukan pada bulan 9, sudah cukup sudah rakyat dimomokan dengan tilikkan para pemimpin ini. cuba anda fikir apakah berbaloi untuk DSNR umumkan bajet dan kemudian umumkan pula PRU sebelum Hari Raya Haji?. saya mohon anda semua pertimbangkan senario ini
andai PRU diadakan dalam tahun ini pasti ayat ayat ini akan keluar dari mulut mereka yang sentiasa busuk hatinya
1. BN menang sebab daftar undi tak telus
2. Pengundi Hantu
3. BN membazirkan wang rakyat sepatutnya tunggu selangor bubar DUN
andai tahun depan PRU
1. ala SPR aritukan sibuk daftarkan pengundi, tu import pendatang jadi pengundi ditambah undi pos semua undi BN susah kita nak menang
2. mereka rasuah rakyat dan takutkan orang melayu
lain lain anggapan pandai la anda sendiri fikirkan :)
tak lama lagi ramai orang melayu khususnya akan demam BOLA maka bertambahlah demam orang melayu dengan PRU Hari Raya, Raya Haji
oleh itu janganlah difikirkan sangat bila PRU 13 akan berlansung, fokuskan matlamat hidup kita seharian dan mendatang demi agama dan negara
insyaallah
p/s teropong saya pru13 tahun depan, sbb najib nak selesaikan isu-isu dan memberi fokus kemajuan rakyat dan negara dismping menjimatkan perbelanjaan PRU sekali dengan selangor.. andai Allah tukarkan hajat najib pada hujung tahun bulan 11,12 siapa dapat melawan takdirnya ;)
No comments:
Post a Comment