Saturday, June 2, 2012

Kejora



Ya Kejora, bintang kejora atau dalam bahasa sainsnya Zuhrah

2012/06/01KUALA TERENGGANU: Orang ramai di negara ini dijangka berpeluang melihat fenomena lintasan planet zuhrah dengan matahari pada 6 Jun ini, iaitu fenomena yang tidak akan berulang sehingga tempoh 105 tahun akan datang.

Ketua Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), Dr Baharrudin Zainal, berkata fenomena unik itu membolehkan orang ramai melihat planet berkenaan pada saiz yang sama dengan bumi pada jarak kedudukan 42 juta kilometer (km) dari bumi.



Katanya, ia juga membolehkan orang ramai melihat planet zuhrah yang turut dikenali sebagai kejora dalam keadaan gelap.

 
 Beliau berkata, berdasarkan hitungan falak, sentuhan planet zuhrah dengan matahari dijangka berlaku kira-kira jam 6.10 pagi dengan bentuk planet itu mula kelihatan sepenuhnya di permukaan matahari kira-kira 18 minit kemudian.

“Pada waktu itu (6.10 pagi) hanya pemerhati di pantai timur Sabah dan Sarawak berpeluang melihatnya. Bagi pencerap di Pantai Timur Semenanjung, matahari hanya akan terbit jam 6.54 pagi.


“Ketika ini, planet sudah melata hampir lapan peratus daripada keseluruhan laluan rentasannya di permukaan matahari. Kira-kira jam 9.30 pagi, planet zuhrah yang dilihat dalam bentuk ‘bulatan hitam’ sudah berada di tengah laluan rentasannya. Planet zuhrah akan dilihat meninggalkan sepenuhnya permukaan matahari kira-kira jam 12.50 tengah hari,” katanya, di sini, semalam.


Baharrudin berkata, berikutan saiz planet zuhrah hampir sama dengan bumi, planet itu diumpamakan sebagai ‘saudara kembar bumi’. 

“Apabila kita melihat planet zuhrah dalam keadaan ‘bulatan hitam kecil’ sedang melintas di permukaan matahari, kita bagaikan melihat ‘begitulah kerdilnya bumi yang kita huni’ dari kedudukan 42 juta km.

“Bagi masyarakat awam, fenomena lintasan planet zuhrah ini mengimbau rasa takjub terhadap alam semesta yang harmoni sebagaimana dicatatkan dalam al-Quran. Orang ramai tidak seharusnya melepaskan peluang menyaksikan fenomena ini yang tidak akan berulang sehingga 105 tahun akan datang,” katanya.


Beliau berkata, di Kuala Terengganu, orang awam boleh menyaksikan fenomena itu mulai jam 8.30 pagi hingga 12.45 tengah hari pada 6 Jun ini, di tempat letak kereta Lapang Sasar Memanah, UnisZA Kampus Gong Badak, manakala di kawasan lain, orang ramai boleh mengunjungi pusat cerapan di kawasan masing-masing.


“Fenomena ini hanya boleh dilihat menggunakan peralatan teleskop lengkap dengan penebat khas matahari. Justeru, orang ramai boleh berada di tempat cerapan yang diadakan pelbagai agensi di seluruh negara,” katanya.


Fenomena itu berlaku apabila planet zuhrah yang mengambil masa selama 0.6 tahun (225 hari bumi) untuk mengelilingi matahari, akan berada pada kedudukan sejajar dengan bumi dan matahari mengikut tempoh ulangan berkenaan.


Penjajaran itu dinamakan ‘ijtimak dalaman’ dan disebabkan orbit planet zuhrah dengan satah bumi-matahari condong pada sudut tertentu, kedudukan satah matahari, bumi dan planet ketika penjajaran ini tidak sentiasa sama. sumber BH
Kejora = zuhrah = venus
 
Ya planet ini adalah kembar bumi, setiap apa yang Allah ciptakan ada pasangan dan dari segi sains merupakan planet yang kedua didalam sistem suria, ia menyerupai bumi dari segi saiz dan jisim berbanding planet lain didalam sistem. Diameter 12,104km yakni 95% daripada diameter bumi serta berjisim 4.87 x 1024kg, 81% daripada bumi. bagi tarikan graviti zuhrah adalah lebih sedikit iaitu 0.91 kali daripada graviti bumi. bermakna ia lebih kurang dengan bumi.
 
 
                                                                                    
 
Malam tidak berpurnama fajar tiada kejora
 
"Beliau berkata, berdasarkan hitungan falak, sentuhan planet zuhrah dengan matahari dijangka berlaku kira-kira jam 6.10 pagi dengan bentuk planet itu mula kelihatan sepenuhnya di permukaan matahari kira-kira 18 minit kemudian.“Pada waktu itu (6.10 pagi) hanya pemerhati di pantai timur Sabah dan Sarawak berpeluang melihatnya. Bagi pencerap di Pantai Timur Semenanjung, matahari hanya akan terbit jam 6.54 pagi. " (petikan akhbar)
 
Frasa "fajar tiada kejora"

Fajar bermaksud terbitnya sinaran matahari
kejora adalah planet yang melintasi matahari, ia boleh dilihat ketika fajar mula kelihatan dan pada 6 jun nanti kita berpeluang untuk melihat kejora melintasi matahari 

Pakar sains angkasa mengandaikan Venus suatu masa dulu merupakan sebuah planet yang lengkap termasuk mempunyai lautan air yang sangat luas. Namun, ia musnah akibat kesan rumah hijau yang berlaku kepadanya hampir 1 billion tahun dahulu. Ia bermula apabila air dari lautan yang luas tersejat ke permukaan atmosferanya tanpa kawalan lalu membebaskan gas-gas karbon dioksida (CO2) yang seterusnya bergabung dengan gas-gas berbahaya lain yang sedia wujud di atmosfera lalu membentuk sulfur dioksida (SO2) yang akhirnya membentuk awan tebal yang mengandungi asid sulfurik. Kini, 95% kandungan atmosfera Venus adalah CO2. Kesan ini mengakibatkan kemusnahan teruk kepada ekosistem Venus dan meningkatkan suhu planet tersebut secara mendadak sehingga menjadi sebuah planet yang dipenuhi lautan alrva yang panas mendidih.
 
Dari pandangan peribadi apa yang tejadi pada zuhrah adalah akibat daripada tempias solar flare dari matahari, dimana kesan dari solar flare dan bahang matahari itu menyebabkan berlaku kepanasan zuhrah sekaligus berlaku pelepasan gas karbon dioksida yang berpunca dari sumber semula jadi akibat kebakaran, pemeluwapan air, dan aktiviti gunung berapi.
 
Fenomena kejora ini sungguh menarik, oleh kerana itu ia selalu disebut sebut didalam bait bait puisi, lagu, syair, gurindam, kata kata madah pujangga. jika tidak percaya, googlelah pasti akan jumpe mengenai kejora bahkan sama seperti sifat yang dibuktikan oleh sains

oleh itu sama samalah jangan lepaskan peluang untuk melihatnya, fahami selami hatinya......

"Dan dari tiap-tiap sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan.. ( Az-Zaariyaat : 49)"
 
" Maha Suci Zat yang telah menciptakan berpasang-pasangan semuanya dari apa yang ditumbuhkan bumi dan dari diri-diri mereka sendiri dan dari apa yang tidak mereka ketahui". (Yaasiin : 36 )

http://eclipse.gsfc.nasa.gov/OH/transit12.html 
http://eclipse.gsfc.nasa.gov/transit/transit.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Zuhrah
 
 
 kejora ku bersatu
 
 
 
p/s petanda untuk sesuatu perkara itu kalau penuh kitaranya, transit kejora ini memberi tahu bahawa kita ini kecil sahaja dan bakal menerima nasib yang sama seperti kejora andai kita ditempatnya. hargailah sesuatu sebelum kita kehilangan. 2013 adalah tahun yang kritikal untuk orang islam (1433)

 

 
 
 
 
 
 

 

1 comment:

. said...

"dan dari langit diturunkan rezqi2 kamu dan apa yang telah dijanjikan...

Demi tuhan langit dan bumi, sesungguhnya maha benarlah apa yang telah engkau janjikan..."

Gemuruh darahku..remang romaku..
menanti tiba saatnya itu.
Yang tinggal nanti..hanya yang berkalimah dan zimmi.