Wednesday, October 17, 2012

Penyakit keturunan?




Assalammualaikum dan salam hormat kepada semua
rasenya hampir 4minggu tiada posting yang saya lakukan disebabkan urusan dunia.

Hidup ini ada kitaran serta aturan, semuanya telah tertulis sama ada kehendak kita atau kehendak yang ESA.

Boleh dikatakan sepanjang 3minggu ini pelbagai isu yang amat menyakitkan hati dengan sikap kerajaan, pembangkang serta org melayu itu sendiri, saya tidak menyalahkan sikap bangsa lain yang sememangnya rasis hasad dengki, tamak haloba.. kalau tidak mengaku tak mengapa dan saya tahu tidak semua sebegitu.

Apa apa pun terima kasih kepada kerajaan sempena bajet hari itu walaupun tak seberapa namun jadilah daripada tak ada, dan apa yang penting ada idea diluahkan dapat diguna pakai untuk rakyat sekurangnya ada bekalan disana nanti.

Sebenarnya dalam tempoh tidak menulis, saya menguruskan emak ke hospital untuk macam-macam temujanji, memang meletihkan minda jiwa dan raga, esok pun masih ada temujanji tapi sebagai anak inilah masanya untuk kita jaga mereka dikala sakit, orang tua adalah penghubung utama antara kita dengan Allah, tanpa izin hati mereka mana mungkin kita mendapat keberkatan dari Allah yang Esa.kenapa saya kata bergitu? kerana hidup saya sentiasa mudah urusan walupun gaji tidak banyak mana namun perjalanan itu sungguh mudah dalam masa yang sama kita hendaklah solat, berdoa, sedekah, sayangi haiwan dan alam kerana mereka semua itu saksi kehidupan kita untuk akan datang.

Sudahkah anda mempunyai polisi insuran?
Jika belum, ambilah yang ada skim insuran simpanan dan janganlah layan skim insuran serendah puluhan ringgit sebab ia tidak berbaloi sama sekali, kadangkala indah khabar dari rupa tanya betul-betul dengan agen dan jangan main ye yea kan saja kata mereka, perlu ade counter attack hujah mereka. kalau anda kakitangan awam pun sepatutnya ambilah pelan insuran simpanan.

Darah Tinggi, Kencing Manis, Sakit Jantung
ahhhhhh selalu kita dengar itu adalah penyakit tiga serangkai dan digelar penyakit keturunan. hari ini saya ingin merubah persepsi tentang ketiga penyakit tersebut...

Pada saya ia bukan penyakit keturunan, apa yang menjadi keturunan disebabkan gaya permakanan dan gaya hidup tidak seimbang. jika mahu contoh terbaik, lihat cara masakan barat dan masakan timur dan yang paling penting apakah diet seorang Nabi junjungan besar kita muhammad s.a.w..
Ya cara pemakanan seimbang dan tertib.walaupun kesahihan pekara mengenai larangan cara makanan digabungkan menjadi persoalan, tak mengapa asalkan sains kita boleh jadi rujukan dan paling berharga
Al-quran.

Pernahkah anda melihat siaran astro channel AFC? jika Ya cuba kita lihat cara permakanan, masakan dan penyediaanya tampak menarik betul tak?
dan cuba bandingkan cara masakan orang kita. opss saya bukan kondem cara masakan orang kita tapi cara penyediaan makanan tidak seimbang.

Jika tidak percaya tengok cara makan kita, sama tak dengan cara mak ayah anda. jika sama berkemungkinan anda pun akan mendapat penyakit seperti mak ayah anda. saya memohon kepada semua supaya kita ubah gaya pemakanan dan masakkan

1. kurangkan makanan masin (ikan sotong kering, telor manis dll)
2. makanan laut dikurangkan terutama sotong kerangan laut (kerang ketam lala dll.)
3. kurangkan masakan berlemak (santan)
4. minum air kosong selepas minum air manis.
5. kurangkan makanan masam, peram
6. kurangkan makanan organ dalaman haiwan.
7. kurangkan manis.

saya kata "kurangkan" sebab kadangkala kita ni akan terlepas pantang juga, yang ditegah itulah yang sedap, betul tak?

Untuk orang islam eloklah kita berpuasa sunat disamping menjimatkan wang anda dan jangan lupa senaman serta membuat kerja riadah supaya tubuh badan dapat singkirkan toksin dalam badan.

Secara ringkasnya menu makanan saya biasanya sup, rebus, grill,bakar kalau goreng pun minyak sedikit sahaja.

Sate
ia adalah teknologi masakan orang melayu yang baik kerana ada bawang timun, kerana dua bahan ini dapat mengurangkan oksida pembakaran, lemak daging. lihat orang timur tengah makan daging kambing banyak-banyak tak ramai kena darah tinggi seperti kita kerana cara penyediaan seperti grill bahan seperti timun tomato bawang, tidak seperti kita daging kambing masak kurma, gulai kawah... waa berlemak berminyak bukan hehe.

Pada pandangan saya minyak zaitun adalah minyak terbaik untuk digunakan dalam masakan, namun harga yang mahal ramai orang kita beralih kepada minyak berasaskan kelapa sawit jagung soya bunga matahari, sedikit sebanyak menyebabkan pemendapan lemak. sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Adakah Anda Buncit?
jika ia, maka anda antara mereka mempunyai risiko kesihatan, perut perlu dikawal, kerana kata orang penyakit datang dari perut(yakni permakanan) tidak kisahlah orang kata buncit itu seksi, tapi fikirkan jangka panjang akibat buncit itu.tiada apa erti kalau dah terlantar dikatil hospital.

Senaman
ini adalah penyakit orang kita jarang sekali bersenam atau membuat aktiviti seperti berkebun, membersihkan rumah dan pelbagai lagi.oleh itu bersenamlah demi kesihatan kita.

Walau bagimana pun pengambilan makanan perlu juga dikawal supaya ia tidak menjadi lemak tepu didalam saluran darah mengakibatkan pelbagai komplikasi.

Ubahlah menu anda supaya tidak terikut dan lari dari apa yang biasa dimakan oleh keluarga kita.

Saya hanya cuma boleh sampaikan pesan disini sahaja, sebab sedih melihat mereka yang terlantar dikatil oleh penyakit tersebut. tidak dinafikan penyakit adalah salah satu kaffarah dosa, sebagai manusia kita pilihlah jalan yang terbaik.


Akhir posting makanlah dengan sihat dan ambil masa untuk bersenam, insyaallah kita akan diberi kesihatan terbaik

tq