Saturday, January 28, 2012

Kerana Mu Emas



hai

hari ini nak cerita siki pasal emas, semua orang tahu akan bertapa besar nilainya dan syukur dari sejak dahulu kala lagi tanah melayu ini kaya dengan emas tidak pernah susut pun lagi, sebab itu lah kita dijajah oleh kuasa asing yang inginkan kelebihan yang ade dibumi tanah melayu ini.

Bercakap pasal emas mesti sinonim dengan wanita kerana mereka sajalah yang dibenarkan menggunakan dalam bentuk perhiasan diri, namun hari ini emas menjadi sedikit kegilaan para pelabur emas dikalangan orang lelaki, ketika dulu yang saya tahu hanya keluar masak kedai pajak gadai untuk mendapatkan wang tatkala sukar dan kini pun masih lakukan juga, maklumlah orang susah.

Posting kali ini adalah untuk menjawab mengapa barang kemas lebih bernilai dalam pelaburan emas, terlebih dahulu mohon maaflah kepada geng-geng penjual jongkong wafer dinar emas ni. kalau anda semua lihat web-web mereka mesti posting hadis kata emas adalah yang paling bernilai diakhir zaman nanti...cuba anda tanya diri sendiri akhir zaman tu bile? sudah tentu tak boleh jawab, betulkan? apatah saya ini pun tak tahu bila akhir zaman sebenar dan kiamat, Ingatlah Allah dah berkata kata sesungguhnya kiamat itu rahsia DIA!

Nah! berbondong bondong umat melayu ni yang beli emas dalam bentuk goldbar/bullion/wafer dinar dalam hati mereka gembira ade simpanan pelaburan emas, walhal penjual compy bank yang untung gila gila menjual emas kepada mereka ini.oklah kalau anda ade modal belilah emas dari KFH PAMP dan ape-ape jua dalam sarung dan koyakkan sarung serta keluarkan emas tersebut cuba pergi gadai/pajak/bank, saya yakin anda akan mendapat pulangan wang yang sangat rugi.Ada pula bank tawarkan dalam saving acc emas, alahai... rugi kalau kita melabur tapi emas itu tidak nampak, hanya angka saja sudah tentu emas itu tiada.Dan ada lebih bijak lagi minta anda labur duit selepuk haaa bulan-bulan dapat income... gila ape skim ini, Allah kata kite kena usaha nak cari rezeki bukan sandarkan sesuatu untuk dapat rezeki dari DIA.Dan malang ada satu negeri itu keluarkan dinar emas, dinar nya tidak diterima oleh negeri lain dan hanya untuk dagangan dalam negeri tersebut saja.. alahai kesianya.

Mengapa saya selalu melabur dalam barang kemas?

Kerana kadar kecairan emas yang amat tinggi! dimana ia mudah trade in, harga gadai/pajak tinggi, diterima dimana-mana saja kedai emas dibawah persatuan barang kemas emas malaysia(PGJAM) andai terdesak kat luar negara ia masih ada nilai yang baik. kalau anda beli dinar/buillon/bar banyak-banyak tak kesian ke kepada isteri anda? merajuk dia nanti dan lebih baik beli barang kemas bagi isteri anda semua cantik bergaya pakai emas.Andai tak cukup duit gi ahranu untuk modal kewangan.

Kalau ada yang kata "takpe kita trade in dinar/buillon/bar kat compy balik untuk dapatkan wang" anda betul tapi nilai belian semula adalah amat rendah, andai beli dinar masa itu harga RM780 dan dibeli semula harga sekarang katalah RM747 bukan ke satu kerugian, hmm tak mengapa duit anda hehe. dan apa yang paling saya risaukan terjadinya emas celup (dinar/goldbar/coin/wafer) ia akan memberikan kerugian kepada pembeli.

Namun anda semua jangan lupa jika emas tidak dipakai dan melebih simpanan sebanyak 85gram maka wajib zakatkan katakanlah.

ade RM4000 nilai semasa dan 2.5% nilai yang perlu dikeluarkan
RM 4,000 X 2.5% = RM 100
jadi bayarlah RM100 kat pusat zakat.

Oklah saya akan beritahu mengenai mengapa ia penting untuk akhir zaman.

1. ia adalah wang anda.
2. emas memberikan nilai tambah ekonomi ISLAM kerana kita ada satu sistem yang cukup baik.
3. emas menjadikan anda ade kuasa "tawar menawar" dalam segala hal dunia.

Anda semua jangan risau segala apa jua bentuk emas pada masa itu akan berguna asalkan yang asli bukan tiruan.


hehe

Monday, January 23, 2012

SBPA - TQ Najib ?

Terima kasih kepada DSNR kerana menubuhkan skuad untuk menilai kembali SBPA, Selaku CEG(chief executive gov) dalam kerajaan, beliau patut menggunakan segala kuasa yang ada padanya untuk mengelakkan kesilapan berulang dan terus berulang.

Apa yang DSNR perlu tekankan?

1. Semak semula gaji bagi setiap kumpulan perkhidmatan
2. Semak had umur persaraan dari 60tahun kepada kekal 58tahun
3. Sistem Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi (PROSPEK)

berikut adalah hebahan mengenai penangguhan SBPA :

SEMAKAN SEMULA SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM

Saya merujuk kepada Kenyataan Media YAB Perdana Menteri bertarikh 12 Januari 2012 mengenai semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Semakan semula ini tidak menjejaskan SBPA yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2012.

2. Sehubungan ini adalah dimaklumkan sebuah Pasukan Petugas akan ditubuhkan bagi melaksanakan semakan semula SBPA dengan mengambil kira prinsip-prinsip perkhidmatan dan saraan perkhidmatan awam.

3. Pasukan Petugas tersebut akan dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ismail Adam, bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berdasarkan pengalaman beliau yang luas dalam hal-hal yang berkaitan Perkhidmatan Awam setelah memegang beberapa jawatan penting dalam perkhidmatan awam.

4. Pasukan Petugas itu akan dianggotai oleh pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) serta Pegawai kementerian yang berkaitan.

5. Pasukan Petugas tersebut akan mengadakan konsultasi dan perbincangan dengan pihak-pihak berkenaan termasuk kesatuan dan persatuan sekerja.

6. Isu-isu berhubung pelaksanaan SBPA hendaklah dialamatkan atau diemelkan dalam tempoh 1 bulan dari kenyataan media ini, iaitu sehingga 15 Februari 2012 kepada:

YBhg. Datuk Farida Mohd Ali,

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,

Jabatan Perkhidmatan Awam, Aras 13,

Blok C1, Kompleks C,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA.

E-mel: farida.sbpa@jpa.gov.my

7. Pasukan Petugas diberi tempoh 2 bulan, iaitu sehingga 16 April 2012 untuk mengkaji isu-isu tersebut dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan kepada Kerajaan.

8. Bagi mereka yang telah pun bersetuju memilih SBPA, opsyen tersebut adalah kekal.

9. Bagi mereka yang belum mengemukakan borang opsyen SBPA pada tarikh kenyataan media ini dan mereka yang telah membuat opsyen untuk tidak memilih SBPA, borang opsyen yang baru akan dikemukakan setelah keputusan muktamad ke atas semakan semula itu dibuat.

10. Walau apa pun Kerajaan memberi jaminan bahawa SBPA yang telah disemak semula itu adalah terpakai kepada semua pegawai dan tidak akan menjadi kurang baik (less favourable) daripada terma dan syarat SBPA yang telah ditawarkan terdahulu termasuklah kemudahan dan gaji.

Tan Sri Mohd Sidek Bin Hj Hassan
Ketua Setiausaha Negara

13 JANUARI 2011

itu adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh KSN

Jika anda semua menilai dari kenyataan media dari KSN dan kenyataan DSNR, ada yang agak pelik dimana semacam berlaku pecanggahan mengenai SBPA.

Persoalan kini adalah siapa yang kena siapa? atau DSNR sengaja main wayang? seperti yang telah diterangkan DSNR mempunyai kebolehan memanipulasi sesuatu pekara. saya percaya ada pekara yang cuba diperbaiki dan ada yang dikekalkan ataupun diberi kelebihan.

Mengenai baki gaji SBPA akan dibayar pada hujung bulan ini adakah bermakna gaji yang telah diterima semasa sign borang opsyen itu kekal? dimana setiap penjawat awam pada 16/1/2012 telah diberikan gaji mengikut SSM akan dibayar baki gaji baru.

Apakah Penangguhan ini juga melibatkan gaji?

Mengikut pandangan saya, mungkin akan berlaku backdate yakni pada 30/1/2012 semua penjawat awam dibayar baki gaji baru contoh seperti berikut.

gaji tok misai pada skim SSM ialah RM1,200 dan gaji SBPA RM1250 maka pada 30/1/2012 baki RM50.00 akan dibayar pada account bank tok misai.

Jika berlaku penyelarasan dari RM1250 dan SBPA ditangguhkan selama 3bulan maka backdate akan dibayar pada gaji bulan 5 (backdate adalah perbezaaan gaji yang tertangguh tidak dibayar pada bulan 2,3,4) dimana pada bulan 2,3,4 gaji tok misai adalah RM1,250 katakan contoh seperti berikut

gaji skim SBPA RM1250 dan diselaraskan menjadi RM1300 = maka perbezaan RM50 pada bulan 2,3,4 (RM50x3=150) akan dimasukan kedalam gaji bulan 5 nanti.

Nota: sekadar kira-kira cincai namun bukan betul yea *_^

Ataupun tiada sebarang bayaran baki pada 30/1/2012 ini dan backdate akan dibayar pada bulan 5(katakanlah)

DSNR jika anda mahu perkhidmatan awam menjadi produktif sepatutnya had kelayakan pencen kekal pada umur 58Tahun, namun jika ia seorang pegawai berprestasi tinggi adalah diberi kelayakan jawatan kontrak selama 2tahun serta boleh ditamatkan perkhidmatan pada bila bila masa jika diperlukan mengikut kesesuaian keadaan semasa.

Bagi mengelakkan negara belanja besar dalam membayar gaji/pencen/bonus perkhidmatan awam seharusnya DSNR menilai faktor ekonomi semasa sebagai contoh barangan keperluan harian, harga minyak, insuran moto, Tol, itu adalah faktor membebankan rakyat didalam menikmati setiap sen gaji/pencen yang diterima.

Gaji dan emolumen bagi ahli parlimen perlu disemak dan dihapuskan mana yang tidak patut, yang menjadi tidak puashati dikalangan penjawat awam rendah, asal tiap kali penyelarasan, kenaikan gaji mesti mereka yang berjawatan tinggi dengan gaji sememangnya besar akan menikmati kelebihan.

Sebagai contoh bonus, bonus diberi setengah bulan gaji jika lebih RM1,000 atau RM1000 jika gaji kurang dari RM1000. cuba anda semua nilai siapakah yang mendapat imbuhan paling besar? jika gaji pegawai rendah RM1,500 dan bonus hanyalah RM750(kena pula dibayar setangah bulan) TERTAPI bagi kumpulan atasan jika gaji RM8,000 maka RM4000 bonus mereka wow! kalau setengah bulan pun masih besar lagi. Apabila kenyataan media seolah bonus ini hanya untuk kakitangan bawahan sahaja, maka rakyat malaysia yang lain akan timbul rasa tidak puashati mendengar nilai bonus yang dibayar akhirnya menyebabkan pandangan orang awam terhadap perkhidmataan awam adalah lekeh.

Sistem Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi (PROSPEK)

ini adalah pekara yang perlu ditekankan kerana ia menggantikan sistem lama yakni PTK(penilaian tahap kopentensi) diharapakan penilaian PROSPEK 360* hanya tertakluk kepada setiap unit saja dan dinilai oleh mereka dibidang masing masing, sebagai contoh tak akan pula juruteknik nak nilai pembantu tadbir hehe jadi biar penilai itu mesti dari pegawai atasan sahaja dan dinilai sesama jawatan mereka.

Diharapkan pihak Pasukan Petugas itu akan dianggotai oleh pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) serta Pegawai kementerian yang berkaitan dapat menjalankan kerja dengan amanah cekap dan bersih tanpa sebarang pekara yang terselindung serta memberi kelebihan kepada satu pihak dan mendatangkan kerugian kepada pihak lain.

Semoga berjaya dan berhasil.

insyaallah

SBPA jangan jadi Siapa Belit Perkhidmatan Awam


Nota:

p/s :DSNR kakitangan awam bahawahan adalah deposit undi yea.. hati hati







Tuesday, January 17, 2012

SBPA Najib Disabotaj?

Salam Hormat kepada semua pembaca.

hurmm mungkin agak lambat saya postingkan tajuk ini, namum ia tidak mengapa kerana saya ingin meluahkan pendapat peribadi mengenai isu ini. Struktur perkhidmatan di bawah SBPA adalah terbahagi kepada empat (4) kumpulan perkhidmatan iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, dan Kumpulan Pelaksana.

Kumpulan Premier merupakan lapisan teratas dalam struktur Perkhidmatan Awam
yang menyandang atau memegang strategic and key positions.

Kumpulan Pengurusan Tertinggi terdiri daripada Jawatan Utama dan Jawatan Gred
Khas. Jawatan Utama dimaksudkan sebagai jawatan di peringkat pengurusan tertinggi dalam perkhidmatan-perkhidmatan tertentu yang berperanan strategik menerajui jentera pengurusan organisasi sesebuah Kementerian/ Jabatan/ agensi. Manakala Jawatan Gred Khas pula ditetap berdasarkan pengiktirafan tahap kepakaran dan pengalaman pegawai yang tidak melaksana peranan ataupun tugas yang bersifat pengurusan dan strategik.

Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah
dikekal dengan lapisan gred jawatan/ gred gaji sebagaimana sedia ada.

STRUKTUR GAJI.

Gaji Single Point
Gaji Single Point adalah diperuntuk bagi Jawatan Premier di bawah Kumpulan Premier.

Gaji Minimum - Maksimum.
Gaji Minimum - Maksimum adalah diperuntuk untuk Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas di bawah Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Gaji Sebaris
Jadual Gaji Sebaris (JGS) adalah dibentuk bagi menggantikan JGM sedia ada yang terpakai bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional,serta Kumpulan Pelaksana.

Yang menjadi persoalan cukup hangat adalah.

1. perlaksanaan yang tergesa gesa.
2. sifir tangga gaji tiada dalam surat opsyen.
3. pekiraan gaji yang tidak tepat berbeza dari yang dicadangkan.


Rasionalisasi Perkhidmatan.

Sejak era TDM kerajaan mengalami pelbagai perubahan didalam sektor awam, namun dibawah DSNR, beliau cuba untuk meminimakan tenaga kerja didalam sektor kerajaan yang dikenali sebagai program transformasi menjadikan sektor awam "Lean Government" ini bermakna terdapat beberapa jawatan/jabatan akan dimasuhkan serta dikecilkan saiz anggota perkihdmatan awam.

Pelaksanaan Perkhidmatan Awam kejat memberi penekanan ke atas saiz Perkhidmatan Awam dan penggunaan tenaga kerja secara optimum. Langkah-langkah ke arah merasionalisasikan saiz Perkhidmatan Awam meliputi penjajaran semula fungsi utama agensi, kajian pertindihan fungsi, pengenalpastian perkhidmatan yang boleh dialih daya dan perekayasaan proses kerja serta semakan skim perkhidmatan.

Dalam pada itu, opsyen persaraan 60thn adalah sesuatu yang tidak baik kerana
1.menghadkan peluang tenaga muda untuk berkhidmat dengan kerajaan.
2.tidak efisen dari segi menjalankan kerja harian.

Cuba bayangkan cikgu opsyen bersara 60thn, alahai nenek mengajar anak anak anda semua mohon maaf pada guru guru, opsyen 60thn adalah wajib bagi mereka yang berkhidmat dalam kerajaan mulai 1 Januari 2012.

Betul memang dinegara maju ada yang bersara pada umur 60tahun, TAPI lihat bagaimana kos kehiduapan, faktor kesihatan serta tangga gaji mereka jauh lebih tinggi dari malaysia dan yang paling penting rakyat mereka mempunyai sikap yang baik tidak seperti rakyat malaysia yang pentingkan diri sendiri.

Siapa Kena Siapa?

Sudah menjadi sikap rakyat malaysia menyalahkan Parti memerintah yakni Umno/BN namun mereka tidak mahu faham bagaimana kerajaan itu berfungsi.Oklah anda semua pernah dengar mengenai kerenah birokrasi, suatu masa dahulu sistem dalam kerajaan ini perlu melalui pelbagai proses kerja untuk mendapatkan sesuatu. namun pada hari ini sistem tersebut telah diperbaiki dan pelbagai pemudah cara dilakukan demi kebaikan kerajaan serta rakyat.

Dalam hal ini kita tidak patut menyalahkan DSNR dalam polisi terbaru mengenai SBPA ini kerana kumpulan yang perlu diperhatikan ialah kumpulan penggubal dasar yakni mereka yang berada di Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Mereka inilah yang perlu diambil perhatian. Apabila pengagihan kuasa dilakukan bagi membenarkan sesuatu keputusan dibuat adalah ditakuti berlaku penyelewengan didalam proses pembuat dasar.

Ramai kakitangan awam seolah dipaksa tandatangi surat skim baru dengan masa yang amat singkat tiada ruang untuk diperhalusi oleh ramai kakitangan awam terutamanya di Kumpulan Pelaksana kerana apabila tandatangan setuju terima skim SBPA mereka telah diberikan skim mata gaji yang berlainan dari apa yang diperkatakan didalam siri taklimat SBPA.

Benar kata setengah komen, "jika mahu gaji tinggi belajarlah tinggi-tinggi" anda betul berkata sedemikian namun anda semua perlu ingat jurang perbezaan kenaikan gaji adalah terlalu tinggi berbanding Kumpulan Pelaksana, bukanlah bermaksud mereka ingin tangga gaji yang tinggi juga seperti kumpulan atasan. Pekara utama ialah gaji mereka tidak berada 7%-13% RM80 hingga RM320 mengikut gred. ada yang terima gaji setelah tandatangan tak sampai pun lebih dari 5% dari apa yang dicadangankan. naik RM10 RM30 RM50 RM60 RM70 bahkan ada yang beza beringgit saja.Suka ingin diberitahu bahawa anda semua perlu fahamm terdapat perbezaan mengenai maksud kenaikkan dan penyelarasan gaji, ramai rakyat salah faham ketikan era TAB kakitangan awam diberi penyelarasan gaji yakni sistem gaji diperbaharui.




Kakitangan awam perlu mengucapkan terima kasih kepada presiden Cuepacs didalam ketegasan mengenai hal ini. walaupun kadang saya kurang berkenan dengan cara beliau menyampaikan sesuatu kepada BOSS besar namun sedikit sebanyak ia telah mewujudkan ruang baikpulih SBPA ini dimana mereka sepatutnya turut serta dalam jawatankuasa supaya tidaklah berlaku seperti hari ini, dalam masa yang sama pihak NUTP juga ini turut serta supaya pandangan mereka perlu didengar.

DSNR perlu mewujudkan satu skuad untuk mengenalpasti kepincangan dalam membuat keputasan supaya beliau tidak menjadi mangsa keadaan, DSNR perlu berhati hati dalam mewujudkan sesuatu polisi baru untuk kakitangan awam dikhuatiri anasir luar mempengaruhi minda kakitangan awam untuk menolak kerajaan sedia ada.walupun segelintir kakitangan cenderung kepada pakatan pembangkang, namun undi mereka siapalah yang tahu.

Kepada semua janganlah percaya kepada khabar angin mengatakan PRU 13 akan berlansung bulan 3 ini. kerana DSNR perlu menyelesaikan pelbagai pekara mengenai masalah rakyat dan negara, Beliau sama juga seperti arwah bapanya namun DSNR melakukan sesuatu pekara ada muslihat tersembunyi.

sedikit mengenai DSNR mengenai sikap beliau.

1. berani ambil risiko.
2. sosialis.

jadi anda renungkanlah kerana rakyat sekarang dibawah pengaruh sosialis DAP dan DSNR mengambil pendekatan yang sama juga, sejarah itu pasti berulang anda semua rujuklah cara pemerintahan arwah ayah beliau ketika itu bagaimana? tak percaya?

hehe


sekian

Nota

TDM = Tun DR M
TAB = Tun Abdullah
DSNR = Dato seri Najib Razak





Sunday, January 8, 2012

kerana 901

salam hormat
telah lama saya tinggalkan posting untuk blog ini, ia disebabkan saya melalui proses perubahan kehidupan menukar status, syukur kepada Allah telah iktif saya sebagai pemimpin dan menyempurkan doa saya, maklumlah tempoh kritikal makin hampir untuk malaysia.



Dari awal tahun baru lagi kita dikejutkan dengan insiden DEMO oleh segolongan para pelajar yang tercicir dan pelajar dari luar UPSI, pelbagai fitnah dan cerita rekaaan timbul dengan dahsyat sekali. Jika kita lihat permainan mereka sama saja skript dengan ahli politik PR, cerita patah rusuk gigi beterabur dibelasah didendangkan oleh ramai blogger yang bijak setapak sahaja. Sebagai seorang yang mengaku Islam kita lihat saja perangai pelajar yang berdemo itu dan cuba tanya diri sendiri, adakah kita perlu mengikuti pemimpin yang tidak cerdik ilmunya? adakah kita perlu berpekik sebegitu untuk menyatakan perasaan hati terhadap ketidakpuasan hati mengenai sesuatu pekara? TIDAK sama sekali, didalam Islam terdapat nilai-nilai murni dalam menghadapi sesuatu pekara, kalau mereka bijak sila salurkan dengan cara yag berhemah dan bijaksana barulah akan dipandangan mulia oleh rakyat.

kita lihat pula kes-kes lain seperti pelajar tajaan petronas dan kerajaan.Teramat malang sekali cerdik pandai melayu yang dibantu kerajaan mencontengkan arang nama negara, mereka memilih untuk cara hidup yang sedemikian lari dari nilai-nilai Islam. seharusnya mereka menunjukkan nilai murni kepada luar, barulah Islam negara dan bangsa mendapat sanjungan dari semua pihak. Dalam Kes pelajar cemerlang 2004, ternyata kasih ibu tidak kenal apa-apa asalkan boleh lindungi anak, ia sanggup melakukan apa-apa saja. Dan si anak pula memberikan jawapan yang amat jahil mengenai sesuatu pekara.

saudara sekalian, itu adalah sebahagian dari rentetan golongan yang bergelar mahasiswa siswi dan kita lihat pula seorang yang mempunyai rangkaian serta pengaruh paling kuat sekali yakni DSAI, bermula dari gerakan pelajar hingga menjadi menteri dalam kerajaan dan ahli parlimen cara pemainan beliau cukup pelbagai cara, namun jika kita lapangkan minda dan hati menilai dari sudut lain kita akan lihat bahawa cara yang dilakukan cukup kotor.



Hari ini keputusan mahkamah mengenai kes liwat telah keluar, pada awalnya saya hendak posting namun nanti dicaj sebagai tidak menghormati mahkamah, UMUMnya ramai menjangka DSAI akan dipenjarakan, namun bagi saya ia tidak akan berlaku dibawah pemerintahan DSNR kerana gemar akan risiko terhadap sesuatu tindakan beliau.jikalau DSNR penjarakan DSAI maka pemerintahan najib akan dikecam hebat oleh para alim alimin PAS, kiasu DAP dan rakyat sendiri.

kenapa BEBAS? sebab bahan bukti DNA TAK BOLEH JAMIN 100% INTERGRITI terhadap kes dan TIDAK BOLEH SABIT SABIT KESALAHAN HANYA BERDASARKAN KETERANGAN SAKSI PERTAMA SAHAJA
jadi secara jelasnya bergini mahkamah tak nafikan saiful diliwat dan bahan bukti DNA tidak boleh menjadi bukti utama dalam kes saiful.Takpa saiful hari ini Allah kasi kamu ujian didunia jika berada dipihak yang benar, bersabarlah moga akan dapat pembalasan yang baik disana nanti.

Hari ini juga diperlihatkan ramai orang tertipu dengan drama,jika TDM menjatuhkan musuhnya dengan kes rasuah terhadap DSAI cuba caj dalam kes liwat Tapi DSNR telah mengubah jalan cerita terdahulu, maka maka DSAI akan mencari helah lain dalam usaha tumbangkan BN, adakah benar benar BN tumbang? pada saya ia tidak tumbang jika saudara saudari semua masih ikut sistem yang sedia ada, namun jika saudara semua boikot sistem sekarang barulah ia akan tumbang dan jangan katakan ia tumbang bilamana PR menguasai kerajaan kerana anda semua masih dalam sistem kafir.



Dalam pada itu kita semua dikejutkan dengan pemecatan Hasan Ali didalam PAS, ternyata kerugian buat mereka, jika dahulu beliau umno ternyata PAS anggap beliau duri dalam daging PAS, Nasaruddin juga mungkin bakal dipecat..kita akan tengok perubahan akan berlaku dalam kerajaan negeri selangor, jika umno kembali berkuasa maka TSKI MB selangor boleh automatik bertukar umno kembali, ia adalah satu cara menyelamatkan diri pada masa itu beliau boleh dakwa pelbagai hal untuk memburukan DAP PAS PKR diselangor.. anda semua percaya? tunggu sajalah.

PRU tidak mungkin dilaksanakan dalam tahun ini seperti yang telah ditegaskan dalam posting yang lalu, ini kerana DSNR perlu selesaikan pelbagai hal dahulu sebelum menjalankan PRU. jika dalam tahun ini maka DSNR akan bedepan dengan pelbagai masalah tapi saya yakin dengan DSNR dalam pecaturan yang beliau lakukan.

sama samalah kita renungkan dan bersedia menghadapi kemungkinan.