Tuesday, August 24, 2010

2012? heh

Hmm mungkin saya terlambat mebuat posting mengenai 2012, mungkin yea dan mungkin tidak pernah mendengar atau ambil pusing mengenainya, ada sesetengah pendapat ia mengatakan berlakunya kiamat? kemusnahan dunia? dan pelbagai lagi andaian diutarakan pada setiap pandangan peribadi yang dikongsikan didalam penulisan blog. Saya juga tidak terkecuali ingin mengutarakan pendapat tentang apa yang mungkin sebenar akan berlaku. Setiap didalam kehidupan ini penuh dengan pelbagai persoalan dan adakalanya tidak terjawap oleh sains, namun sekalipun jika dirujuk kepada sumber yak hak yakni Al-quran maka pelbagai pendangan akan terhasil akhirnya perlakunya percanggahan pendapat.. tak apa itu adalah proses pembelajaran serta pengajaran setiap insan yang bernama manusia.

Dari mana hebohnya mengenai 2012? ia berlaku apabila sarjana,orentalis barat mendedahkan kelender kaum mayan. kaum mayan dikatakan mahir didalam ilmu astrologi Mungkin ada yang akan bertanya dari mana mereka dapat mencipta sesuatu yang hebat bergini? jawapanya ada pada perhubungan antara tamadun berlaku didalam dunia, dan tidak terkecuali dari pengetahuan para syaitan dan jin yang diturunkan kepada tukang ramal atau pendita dari kalangan pilihan mereka, dan dari satu sumber yang sangat terkenal oleh nostradamus. Bagaimana nostradamus tahu mengenai padangan masa depan? Ia tidak pelik kerana beliau menterjemahkan semula semua hasil karya sarjana ilmuan islam yang datuk dan bapanya CURI semasa di Baghdad serta Baitulmaqdis.

Setiap kehidupan mahupun ciptaan akan tidak kecuali daripada kitaran hidup, maka disini saya menjangkakan kitaran dunia akan berlaku yakni permurnian atau "reset" akan berlaku seperti mana yang terjadi sebelum ini cuma yang akan terjadi pada kali ini ia memasuki fasa akhir untuk permulaan sesuatu yang baru sebelum kitaran itu berakhir

Apa yang akan berlaku?
Bala bencana seperti letusan gunung berapi, habuk komet Bumi akan mengalami proses pembalikan kutub perang nukler

saya akan cuba huraikan seraba ringkas
ia berlaku bila mana seperti yang didakwa komet yang mempunyai graviti melebihi graviti bulan akan melintasi serta menyebabkan bumi akan berubah kutub.Pembalikan kutub mungkin juga terjadi akibat daripada ujikaji yang dijalankan oleh CERN dalam menguji teori Big Bang melalui mesin Large Hadron Collider (LHC). Tidak ketinggalan juga teori seperti mana didakwa para sainstis NASA tentang kewujudan komet x tersebut akan menghentam bumi.

Bala bencana seperti letusan super gunung berapi, habuk komet

Dunia pada masa itu akan mengalami kegelapan,dalam hal ini tidak pasti apa yang dimaksudkan sbg kegelapan, mungkin tiada cahaya matahari, mungkin tiada tenaga elektrik, mungkin dunia didalam ketidakstabilan. Proses kegelapan ini akan berlansung selama 3 @ 4 thn Selepas pencetus ini terjadi maka apa yang diriwayatkan oleh hadis dan diceritakan didalam Al-quran akan terjadi, ia adalah pencetus paling besar kepada siri kejadian besar. Pembalikan kutub bukannya berlaku bergitu cepat, ia belaku dengan kadaran yang sederhana bagi memberi ruang kepada Dajjal untuk bebas secara mutlak bagi menjalankan agenda yang telah dirancangkan.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: "Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya"

Dalam satu pandangan peribadi yang lain, kemungkinan kegelapan itu terjadi akibat daripada teknologi yang diciptan pihak barat, bagi selarikan dengan detik 21 dis 2012 dan seterusnya. Pernahkan anda mendengar mengenai tekologi HAARP dibarat teknologi ini amat dikaji dengan teliti antara ciptaan tersebut terdapat dalam permainan Red Alert, pakatan barat ada satu mesin pemusnah alam yang dikenali sebagai "Weather Control Device" ia berfungsi untuk memanipulasi keadaan sekitar sesuatu tempat sehingga memusnahkan lokasi yang dikehendaki.

links ini memberikan contoh bagaimana Weather Control Device menghasilkan Weather Storm memusnahkan lokasi

http://www.youtube.com/watch?v=AZOoDDc5SzQ

HAARP pada masa kini telah dipertingkatkan ia lebih menarik dan jika anda seorang kaki game, teknologi ini juga ditunjukan dalam Red Alert 3 dimana satu mesin senjata yang dikenali sebagai Proton Collider
Dalam links vedio game ini menerangkan jenis-jenis superweapon yang sedang dan mungkin juga akan digunakan, oleh kuasa-kuasa besar apabila bermulanya 21 dis 2012(area kekecohan dunia yang mana mungkin berlansung selama 3 @ 4thn)

http://www.youtube.com/watch?v=CoHAjIeuok8

Mungkin ada beranggapan apa yang dipostingkan sebagai khayalan mengenai teknologi tersebut, namun jika anda seorang pembaca sudah tentu membaca hasil realiti ciptaan didalam game di alam realiti, contoh telah ada dan rajinlah google.

Dalam siri kejadian bencana, dunia telah dikejutkan dengan siri bencana besar melanda Pakistan, ini tidaklah mustahil kerana puak THH menjangkakan pembela umat akhir zaman akan muncul dari negara terbabit, dalam siri gempa bumi di China sekumplan orang mendakwa melihat auora berwarna muncul sebelum kejadian gempa bumi itu berlaku, jika anda melihat klips vedio game tersebut, jelas kelihatan hampir serupa keadaan yang berlaku dimana pembentukkan kabut awan @ aurora muncul.

http://www.youtube.com/watch?v=7BwIadY5FI8
http://www.youtube.com/watch?v=7BwIadY5FI8

Bumi akan stabil apabila menjelang pada impian malaysia sebagai sebuah negara maju dan membangun dari segi rohani dan jasmani, ketika itu kegemilangan islam akan kembali bersinar didunia dan manusia akan mencapai tahap kehidupan yang amat selesa sebelum memasuki fasa terakhir kehancuran manusia apabila kembali semula kepada kelalaian setelah diberi nikmat Allah yang teramat banyak sekali, ini juga dibuktikan dalam kalam Allah, apabila lalai terlau banyak sangat kesenangan, manusia akan kembali melakukan kerosakan.Namun 2012 mungkin juga ia adalah perancangan yahudi zionis untuk mengaburi umat manusia,yang telah diajar oleh Dajjal"sesungguhnya tipu daya dajal amatlah dahsyat"

Dalam masa ini sepertimana yang diterangkan dalam pandangan visi(prophecies) kaum maya, era nukler makin berkembang pesat dan malaysia tidak terkecuali didalam hal ini, malaysia secara dasarnya telah terlibat secara lansung dan tidak lansung didalam pembagunan teknologi nukler sejak 1972, secara dasarnya kerajaan merancang sebuah reaktor loji janakuasa nukler dimalaysia pada 2012. Malahan negara asean yang lain juga telah menyatakan hasrat untuk memiliki loji janakuasa nukler.

Berdasarkan pandangan peribadi saya, jika logi reaktor nukler dibina ia mungkin akan terletak di sarawak kerana terdapat lembah-lembah pergunungan dan sumber air yang banyak sekali, di kalimantan berhampiran kawasan sempada malaysia terdapat kawasan simpanan uranium jadi ia amat sesuai untuk digunakan oleh logi tersebut disebabkan jarak yang dekat.

Apa yang dipostingkan pada kali ini hanyalah pandangan saya tentang apa yang dibicarakan oleh para saintis serta kajian ahli-ahli agama tentang kejadian akhir zaman, tidak suruh anda semua mempecayai, namun ia sebagai bacaan dalam mencari jawapan yang tidak berkesudahan.

Sekian

maaf, links tersebut tak dpt diupkan dlm bentuk web links