Saturday, January 19, 2013

Test Market?




Isu kalimah Allah, makin lama ia menguji kesabaran orang islam majoriti yakni orang melayu, cakap cakap orang politik membuatkan isu ini makin lame bertambah sensasi, malah dipihak penentang ia menuduh pihak pemerintah punya angkara.

berikut adalah pic-pic yang didakwa pengedaran bible versi melayu di pulau pinang 

LAPORAN POLIS 

Disyaki
Disyaki
 Disyaki naskah bible
Pengetua sekolah berbincang dengan orang Disyaki 


ada motif provokasi dimana didalam laporan polis tercatat beg warna hijau cop RELA? ia tidak lain sebagai cara menimbulkan presepsi bahawa kerajaan persekutuan menyokong sepenuhnya pengedaran tersebut. jika mereka di hentam, mereka akan menafikan segalanya.

mengapa bermula dipulau pinang? ia adalah proses secara halus menghalau orang islam yakni melayu dari pulau pinang, dalam pelan akan datang, mereka melalui kerajaan negeri akan berterusan untuk menggunakan taktik halus ini. pekara tersebut saya telah nyatakan teknik mereka melalui

1. pendidikan
2. ekonomi

Ia adalah teknik paling baik untuk dikenakan kepada orang melayu, sejarah telah membuktikan ia digunakan para penjajah, bahkah elite freemason telah lama menggunakan kepada masyarakat dunia.

Susulan terhadap komen-komen bukan islam berpegang kepada kata kata pemimpin mereka, telah membuatkan segelintir orang islam melayu terkedu dengan penyataan percakapan mereka. tapi apabila ada bukan islam didalam kerajaan menentang ia akan diserang sehabis habisnya.. itulah dinamakan double standart, bahkan mereka sebolehnya mempertahankan kenyataan yang keluar dari pemimpin mereka.

Tujuan saya tulis "disyaki" adalah menunjukkan kemungkinan bersalah atau tidak seseorang itu, itu adalah proses kerja biasa bagi kes kes pendakwaan kepada pesalah sebelum dijatuhkan hukum apakah benar orang itu bersalah atau pun tidak

Saya berharap kita sepakat dalam isu ini, andai anda tidak fasih posting dalam bahasa inggeris bagi menentang mereka, gunakan sahaja bahasa melayu.. gunakan bahasa yang sopan bagi mengelak "character assassination" terhadap anda.

Saya juga mengharapkan ketegasan HTH(menteri kdn) dalam mengambil tindakan kepada mereka.. kami tidak mahu luka lama berdarah kembali, kalau ia menjadi nanah dan bertukar tokak buruk padanya kepada negara. cubalah sebaik mungkin jika gagal anda bukan lagi menteri KDN untuk penggal akan datang ataupun sekadar menteri yang duduk di PEMANDU menggantikan KTS hehe


Sekian 







Monday, January 14, 2013

Betul ke ni?






Hmmm cerita pasal kalimah Allah ini tiada kesudahanya, balik balik salah kepada kerajaan sekarang, hebat benar connar baring yang dilakukan mereka...

Oklah anda teliti surat yang dilampirkan kepada semua yang dikutip dari blog http://kerabubersuara.blogspot.com/2013/01/surat-pekeliling-kerajaan-malaysia-bab.html

Jika anda kakitangan awam sudah tentu melihat kejanggalan pada surat yang didakwa ini

1. tiada latterhead PMO 
2. no rujukan surat sepatutnya sebelah kanan anda
3. selalunya surat hanya menggunakan Ybg Tuan/Puan(dan gelaran lain)
4.Pekara yakni tajuk adalah HURUF besar
5. Akhir surat biasanya dilengkapi motto spt berkhidmat utk negara dan sebagainya.
6. penama penerima perlu ada alamat sekali.
7. gelaran dan nama adalah rasmi.
8. kalau pun "lampiran" pejabat pemandu miskin sgt sampai tiada cop LAMPIRAN hingga perlu guna tulisan tangan?


hmmm amat pelik tp benar adakah ini benar-benar surat dari PMO DSNR atau mereka tidak kenal beza memo dan jenis surat-surat?

Saya tidak mahu mencari kesalahan tapi ini membuka minda supaya kaji dahulu sebelum terima apa apa input dan saya berharap dapat penjelasan dari PMO berhubung pekara ini kerana, mereka telah tersilap langkah dan langkah yang tempang itu kini di hala kembali kepada kerajaan dengan cara spin dan blame game..


sekian



Saturday, January 12, 2013

Checkmate





Salam hormat kepada semua pembaca budiman yang dirahmati Allah.Diharapakan pembaca sihat rohai dan jasmani. Sebenarnya sejak kebelakangan ini banyak rancangan akan bakal dilaksanakan sebelum PRU berlansung pada ?(sy simpan tarikh ini) untuk menjunamkan kerajaan sekarang supaya menjadi pembangkang pada tahun akan datang.. TAPI adakah ia berhasil ? :)



Kalimah Allah

yea yea yea, semua orang didalam malaysia khususnya melayu sibuk membicarakan mengenai isu tersebut.Nampaknya isu terbaru untuk spin masalah yang berlaku didalam DAP telah berjaya membuatkan kita semua lupa tentang korupsi mereka didalam mendapat kuasa.

oklah kita ringkaskan sahaja hal ini

Saya amat tidak setuju penggunaan nama Allah dikalangan pengikut kristian. kerana ia akan memberikan impak yang besar terhadap isu isu akan datang, dulu saya pernah postingkan rancangan mereka mengenai serangan terhadap agama dan raja.

Jika anda setuju Allah itu dikongsi dengan kristian, mohon anda fikirkan kembali dan rujuk sejarah agama kristian itu sendiri. anda semua tahu bahawa bible itu bukan ada isi kandungan yang benar dari injil, maka kristian itu adalah sesat sama sekali, apabila telah sesat adakah layak untuk menggunakan kalimah Allah? dalam kristian ada fahaman Trinity yakni ada Tuhan bapak Tuhan anak dan Roh kudus, maka apabila diterjemahkan sebagai Allah apa jadinya sudah tentu jadi bergini Allah bapak Allah anak dan Roh Kudus, kalau anda lihat pekara ini nampak janggal tak?

Dalam surah Al Ikhlas telah diberi tahu bahawa Allah itu satu dan tiada dua atau tiga, bahkan beranak dan diperanakan, tidak tidor makan, tidak menyerupai sesuatu pun yang dilangit atau bumi, jadi kalau anda setuju apakah sesuai untuk mereka gunakan nama Allah tersebut?

Oklah anda dakwa di sabah sarawak telah lama guna bible ditulis Allah, baik berkenaan isu bible disana, ia adalah yang diseludup masuk dari indonesia dan ia cetakkan indonesia bukanya malaysia. keadaan semasa disana adalah tidak sama disemenanjung dimana majoritinya melayu islam, kalau anda kata orang cina beragama kristian ingin baca bible dalam bahasa melayu, anda mengarut sama sekali, sebab cina kristian disemenanjung ini lebih suka baca versi bahasa inggeris, apa kelasnya bahasa melayu dimata kepala orang cina kristian? dan jika bukan kristian pun mereka tidak mahu berbahasa melayu sekalipun. kalau suka bahasa melayu sudah tentu ramai fasih berbahasa.

Hari ini mereka ingin guna dalam cetakkan bible bahasa melayu, besok lusa gereja ditukar kepada rumah Allah, dalam kenyataan mahkamah tinggi hari ini, menyatakan bahawa orang bukan islam layak guna kalimah Allah dan oleh itu ia tidak lagi eksklusif untuk agama Islam lagi.

kita renungkan kembali... Al-quran itu sendiri diturunkan dalam bahasa arab,didalam Al-quran disebut Allah, tidak pun Allah disebut didalam bible. kita kena ingat apabila Allah perintahkan nabi Muhammad menyampaikan Ajaran Islam, maka yang sebelumnya adalah terbatal sama sekali, kerana berlaku penyelewengan terhadap kitab kitab yang Allah turunkan sebelum itu.

Ada yang mendakwa sewaktu era Paklah tak kisah pun hal ini? Beliau memang tak kesah kerana, yang menguruskan hal hal negara banyak campurtangan dari geng geng tingkat 4 dan sewaktu inilah IFC giat ingin dilaksanakan atas konsep Islam Hadhari.

Anda sendiri lihat tentang kelemahan dan kesilapan pemimpin mengakibatkan genarasi islam yang lain mendapat tempias untuk tempoh akan datang.

Setujunya pemimpin PAS benarkan kalimah Allah digunakan oleh pengikut kristian maka ia akan menjadi benchmark oleh orang bukan islam untuk menafikan hujah orang islam yang lain, kerana menganggap PAS itu ISLAM dan lebih baik dari Umno, keputuasan mahkamah tinggi yang dihakimi oleh orang bukan islam telah memberi padah yang besar kepada negara dan umat islam khususnya.

Jika diperhatikan komen penyokong penggunaan kalimah Allah dimalaysiakini harakah, mereka dengan tanpa ilmunya mempersoalkan nama Allah didalam lagu negeri lambang pasukan keselamatan rukun negara. baiklah berkenaan isu terbabit ia adalah lambang sahaja, dan dinyayikan, ikrarkan tanpa tersematnya Allah dikalangan hati orang bukan Islam, jadi perlu ke dipersoalkan dari isu utama yakni penggunaan oleh bukan Islam?

Dan malang sekali apabila titah Sultan selangor telah dipertikaikan oleh paderi kristian, mempertikaikan titah bererti telah memperlekehkan kuasa sultan sebagai ketua agama dinegeri masing masing..dan titah baginda itu menjadi gurauan kepada mereka yang benci sistem beraja yang ada.

Lihat isu disebalik tabir ini, majoriti berbahasa melayu adalah orang melayu Islam jadi apakah sebenar yang hendak dibuat? ia adalah untuk memecahkan sistem pelembagaan mengenai Islam dan melayu, apabila ada kes agama di mahkamah maka ia akan menjadi "kes rujukan" terhadap sebarang keputusan yang akan dibuat untuk kes akan datang.

Nama Allah memang ada banyak, tapi Allah itu adalah nama yang utama dari nama nama lainNya, mengapa ada persoalkan kita tidak guna nama nama lain? atau ini satu hujah hujah dangkal yang libreal dan provokasi terhadap kefahaman orang melayu islam terhadap nama Allah..

Anda telah lihat bagaimana indonesia berlakunya "rojak" tentang kefahaman agama mengakibatkan pelbagai masalah sosial, mahukah anda nanti anak dara anda berkahwin dengan non muslim tanpa memeluk Islam?
apakah nasib anak itu telah besar nanti? anda lihat bagaimana seorang ahli politik cina yang bersuamikan india tidak mahu anaknya dikatakan sebagai keturunan india. sebaliknya ciptakan isu ia sebagai "anak malaysia" mungkin beliau malu anaknya ditulis sebagai keturunan india..  cina amat pentingkan keturunanya.

Saya amat berharap DSNR dapat meyelesaikan perkara ini dan mohon majlis raja raja bersidang bersama mufti mencari kata sepakat mengenai isu ini, adalah ditakuti akan memberi kesan yang buruk kepada umat Islam.

Akhir posting ingat Bible bukan Injil asli, isu ini bukan melibatkan emosi tapi ia persoalan akidah dan kefahaman agama. kalau anda nak kata saya bodoh atau apa saja kerana tidak bersetuju nama Allah dikongsi dengan orang bukan Islam terpulang, tunggu diakhirat nanti saya akan melihat anda, dan anda melihat saya dimana tempatnya, angan demi undi, agama jadi bahan permainan antara kita.

Kepada blog yang membongkar penyelewengan teruskan usaha bersama bukti kukuh supaya rakyat sedarkan penipuan mereka

Anda juga boleh rujuk post di abatasa umat terakhir bagi mendapatkan pandangan yang jelas mengenai sesuatu isu 

Sekian