Monday, April 21, 2014

Lokasi Oh Lokasi




Hi salam hormat semua umum makin bosan tentang isu pesawat ini, dan ada pula para blogger terpaksa menelan segala sangkaan kurang tepat, namun tidak kurang pula membuat sensasi sesuatu berita

Cuba anda semua buka minda kosongkan jiwa renung langit tanyakan pada alam mohon Allah berikan pertunjuk melalui mahluknya, tanya diri... jika berakhir dilautan tersebut mengapa tiada sezarah pun objek dicari? sedangkan benda lain dijumpai... takdelah kena sorok dek jin haha

Game ini berkisar mengenai tangan tangan yang amat berkuasa dibantu oleh segelintir manusia berdendam diantara satu sama lain tanpa memikirkan akibat dari tindakkan masing masing, jika selama ini anda semua menonton kehebatan game plan dari hollywood tertapi di malaysia lagi hebat dari cerita bercorak "conmen" melebihi cerita hollywood hehe

Tanah melayu sememangnya amat kaya raya dengan pelbagai hasil bumi sehinggakan orang lain kaya raya tanpa dipersoalkan ramai, jadi game apakah ini? ia adalah kisah penyamun meminta bantuan perompak tertapi si penyamun terlupa bahawa si perompak lebih cekap dari penyamun

Apa yang direbutkan?
DUIT

Ya Duit, inilah yang direbutkan... bukan teknologi, bukan khazanah, bukan emas, bukan manggis.. jika anda masih percaya maka anda semua termasuk didalam penipuan terhebat untuk tahun ini.mungkin para pembaca telah didedahkan dengan cerita cerita mengenai "dana" ya, memang ada dana ini tertapi ia dalam pelbagai bentuk baik "solid gold" mahupun "cash money" dari pelbagai sumber baik persendirian mahupun milik tanah bertuah ini yang dirampas ketika jatuhnya negarakota melayu suatu ketika dahulu.

Kita memang ada dana yang milik tanah bertuah dan dana yang dirompak dari penyamun, inilah sebenarnya dana yang direbutkan, maka sipenyamun telah merancang sesuatu dan berjaya namun belum 100% kerana dana yang diminta masih belum diperolehi.. dan bagaimana pula nyawa mereka? kita serahkan pada Allah kerana Dialah sebaik baik perancang dari perancangan manusia lain.

Dana dari si penyamun ini memang cukup besar, sebab itu si mata lebam berani janji macam macam semasa PRU tapi beliau silap yang tokguru besar ini lagi licik dari ular dibantu sirambut putih memang tag team cukup mantap pemikiran mereka amat saya kagumi, berbanding simata lebam yang terlalu gelojoh tak macam mamat smart metroseksual bergincu, namun paling malang si bapak menantu dapat menantu nak sakau semuanya adoi hehe
**************************************

Oklah anda semua ingat tak kes 9/11 sebenarnya apa apa jua peralatan elektronik boleh diremote jika diletakkan pepijat (bug) didalam sistem operasi, kes 9/11 adalah satu perancangan menguji sistem dalam masa sama untuk menaikan ekonomi negara tersebut, kedua dua pesawat yang merempuh WTC adalah keluaran boeing, jadi pesawat malang tersebut telah diremote dari "underground" selepas kejadian tersebut boeing dengan kerjasama agensi perisikan pusat kononnya telah mencipta software untuk remote pesawat boeing bagi mengelakkan pekara sama berulang. dan itulah yang berlaku kepada pesawat malang ia telah diremote dan didaratkan kelokasi rahsia.

Sistem satellite tak mampu kesan?
bukan tak mampu kesan cuma didalam pesawat kemungkinan besar ada peranti "hide" pesawat mahupun memberikan false info kepada isyarat gelombang pengesan radar mahupun satellite

*************************************
menchuka,hayuliang,daporijo,ziro,along,tuting,pasighat,naugmun,puta-o,nampong,hampong, imphal, tezu, dibrugarh,lilabari,port lotniczy,sam nua,boun neua,oudosay, luang namtha
*************************************
Itu adalah sebahagian klue lokasi mungkin dimana ia didaratkan, betul atau tidak terpulang pada penilaian masing masing terhadap pelbagai teori dibaca melalui internet :)

Kepada waris islam, jika meninggal pun mereka anda semua perlu gembira kerana mereka tiada disebabkan teraniaya, jika "tiada" kena aniaya, inshaa Allah mereka diberikan tempat yang baik, maka berbahagialah anda semua.kepada waris non islam boleh dapatkan kepastian dari tokoh agama masing masing

Kepada rakyat malaysia anda semua takpayahlah kecoh dari mana "dana" dibayar untuk misi wayang ini, ia datang dari dana si penyamun lah diguna pakai oleh tokguru besar tersebut.

Andaikata akhir wayang ini mereka selamat kembali untuk tempoh tahun tahun mendatang, percayalah mesti dipaksa script kami tidak sedar hehe

Akhir posting semoga kita semua terselamat dari permainan duniawi ini

sekian melaporkan