Saturday, December 10, 2011

Gerhana Itu Tanda



salam hormat

maaf lama menyepi kerana urusan donia dan dalam proses perubahan status diri serta cube memahami rahsia rahsia alam.

semalam telah pun berlaku lagi satu gerhana bulan ia adala petanda terakhir yakni peringatan kepada semua orang dimalaysia kenapa? ia amat jelas sekali kelihatan
sewaktu bulan rahmadan yang lalu kejadian bulan penuh(moon halo)jelas kelihatan disamping planet lain juga turut kelihatan dan ia berlaku pada waktu dan tarikh yang memberikan makna dalam melihat apakah yang ingin cuba disampaikan. Memahami menyelami perasaan alam adalah sesuatu pekara yang amat sukar dimengertikan kadangkala bisikan jahat akan hadir, namun kite kena saring maklumat berdasarkan ilmu yang dipelajari dan diperolehi.didalam tahun 2011 ini telah berlaku 2 gerhana bulan dan termasuk kali adalah 3 kali, gerhana bulan boleh berlaku dalam 1 tahun 3 kali sesungguhnya peringatan kepada semua.

Dalam posting posting yang lepas telah diberitahu bahawa jika awal muharaham jatuh pada hari sabtu/ahad tahun kelender masihi itu menunjukkan kelemahan Islam sedang berlaku, jika tidak percaya tak mengapa kerana anda semua boleh nilaikan ape yang sedang berlaku ketika ini terhadap orang islam melayu dimalaysia.

Jika anda semua terlepas kejadian ini maka perlu tunggu sekitar 2014. setiap kejadian alam dapat memberikan pertanda baik dan buruk sesuatu pekara namun semua itu hanyalah kehendak Dia yang kuasa, pada tahun 2014 masihi, awal muharram akan jatuh pada hari jumaat ini memberikan tanda bahawa Islam akan kembali bersinar inysaalah.Dalam islam hari kebesaran umat islam adalah pada hari jumaat, namun sistem hari ini menyebabkan kita mengikut acuan barat dengan mengagungkan hari sabtu dan ahad ia adalah hari untuk orang yahudi dan nasrani..

Persiapan terakhir.

kewangan.
kembali kepada sistem islam yang berasaskan emas, tiada riba. anda semua simpanlah emas dalam bentuk barangan kemas bukan bentuk dinar ataupun bullion.

Politik.
parti dominan orang islam perlu bergabung membentuk pakatan bersama bagi melancarkan pentadbiran negara.

Diri sendiri.
bersedia dengan ilmu agama, pertahanan diri, ilmu survival, kenalpasti cara untuk selamatkan diri serta apa saja yang dirasakan perlu untuk diri dan keluarga.

Untuk kerajaan
1. perlu stok ubatan/kesihatan.
2. perlu ade khidmat logistik/kemudahan asas
3. perlu stok makan asas.

Kenapa?
ini adalah fasa persiapan terkahir sebelum memasuki akhir tahun 2012, ditakuti akan berlaku sedikit kekacauan melalui makanan kesihatan ekonomi dan politik.

Dan target utama dimalaysia adalah POLITIK!
adalah dijangkakan DSNR tidak akan mengadakan PRU13 dalam tahun tersebut kerana beliau sedang cuba untuk merancanakan malaysia dengan lebih baik dan memperbaiki kesilapan pemimpin yang lepas.Dalam masa ini berkemungkinan HERO politik yang dipecat oleh TDM akan dimungkin cuba dihapuskan agen asing, ini bertujuan memberikan kredit kepada agen asing untuk mewujudkan kekacauan politik sekaligus rakyat yang BUTA matahati akan mudah memberontak menuduh konspirasi kerajaan sedia ada.

Hari ini parti dominan rasis kaum cina telah berlajar dari kesilapan di perak dan dalam posting lepas saya telah mengenalpasti cara-cara yang akan digunakan untuk mengugut kerajaan yang sedia ada.saya tidak mahu mengulas panjang cukuplah sekadar keypoint sesuatu pekara.Dan anda semua boleh baca perkembangan sekarang dengan apa yang telah saya sampaikan sebelum ini.

Jangan Khuatir 2012 ia adalah proses pemurnian dunia dan diri sendiri, namun agen asing akan cube menggambarkan pekara yang buruk seperti mana filem hollywood 2012 dan macam macam lagi rekaan mereka.Jika anda lihat dalam punghujung 2012 yakni musim monson timur laut adalah musim hujan lebat petir kilat guruh akan berlaku.Adalah dijangkakan banjir besar mungkin berlaku disamping ASAP yang digambarkan itu adalah hasil dari peperangan, letusan gunung berapi, meteor dan kebakaran akibat huru hara dan apa saja yang menyumbang berlakunya kejadian yang disebutkan dalam peringatan ASAP tersebut.Yang perlu dibimbangi adalah 2013 masihi adalah tempoh paling kritikal......

sekian...

Gerhana Itu Tanda, Fahamilah Alam Nescaya Kita Beroleh Sesuatu Dari NYA