Wednesday, February 29, 2012

Kuasa Ketiga Mampukah?

Terima kasih kepada saudara abatasa, berikut adalah komen beliau

"Cuba saudara buat pengkajian mengenai keupayaan Jalur Tiga yang bakal mecorakkan warna baru dalam PRU nanti. Mampukah mereka menghakis pengaruh PAS/PKR dan juga STAR di Sabah? Suka berkongsi perkara pelik macam ni.haha"

ya ya ya kuasa ketiga... kalau kuasa macam satria pekasa itam bagus jugak senang hapuskan segala bala penyamun parasit yang ada dalam kerajaan ini. tapi awas jangan jadi PERKASA ibrahim ali takut kena sergah, melompat lompat saja.

Sebelum itu nak komen sikit pasal

JATI

hmm bunyi macam beras jati yang mana kadangkala nak memasak perlukan banyak air, dan ada masa pula yang perlu kurang air.percaya atau tidak terdapat sejumlah besar rakyat malaysia yang amat muak dengan sistem sekarang tidak kira melayu cina india mereka ini ada dalam golongan ketiga atau atas pagar.

Kemunculan JATI disaat negara mengalami masalah pepaduan kaum majoriti melayu adalah terlambat, kalau pun ia dikatakan NGO untuk mewakili golongan ketiga ia tidak memenuhi keperluan semua kaum dimalaysia, ia muncul disaat beliau dipecat dari parti dan jawatan sekaligus memberikan imej dan pandangan serong terhadap beliau. asal merajuk keluar parti, lompat parti, sedangkan beliau pernah berkhidmat dengan kerajaan persekutuan.Benar juga kata kata setengah blogger pakatan hassan ali macam antu raya yang hilang tuan meracau racau, dulu dengan kerajaan persekutuan sekarang meracau dengan kerajaan pakatan hehehe

TDM dalam paper star berkata "NGO Like Jati can do more harm than good" nah itu pemimpin terulung berkata tentang Jati, kata kata TDM memberikan masej jelas bahawa kemunculan pelbagai NGO kononya membela islam raja melayu akan memecah belahkan orang melayu. Kita sendiri lihat bagaimana NGO atau persatuan melayu ini hangat hangat taik ayam saja, hanya membela pada yang ada, namun tiada pada yang memerlukan.

Alahai logo Jati dah macam logo PKR konsepnya, hmm sibuklah blogger pro gov dan pakatan komen pasal logo Jati macam macamlah komen, oklah fahami senikata ini

Some of them want to use you
Some of them want to get used by you
Some of them want to abuse you
Some of them want to be abused

lagu sweet dream - eurythmics\ marilyn manson

Menurut mereka logo Jati suatu simbolik terhadap letusan bintang "mawar mewar langit" hmm nampak tiada makna didalam logo yang ditampilkan tidak mewakili apa yang teras diperkatakan yakni Islam Melayu Raja. Wujudnya NGO Jati ini terlalu tergesa gesa tanpa asas perjuangan yang jitu tatkala pemimpin utama Jati terpalit dengan pelbagai persoalan, bagai mana hendak menjadi ketua jika ada masalah dalaman? jangan jadi macam ustatat Badrulamin alahai terpalit skandel khalwat, selaku pemimpin beliau harus berjaga jaga tentang pekara yang menimbulkan syak dan fitnah. Come on lah ustaz gila ke u nak selesaikan kat bilik hotel? asal tak ditemani isteri atau 4org saksi sebagai pelindung? atau kenapa tidak diselesaikan dilobi hotel ataupun tunggu esok hari serta beri nasihat pada wanita tersebut melaporkan kepada polis dan JAIP. Yang paling lawak jenaka kena pukul 20 orang wow! masih hebat lagi takde cedera teruk, hebat sungguh ilmu dia hehe. Swiss Garden perlu tunjukan bukti CCTV tentang 20 org seperti yang didakwa beliau, harap pihak swiss garden saman balik ustaz celop ni kalau salah dakwaanya. Saya pernah juga menginap di Swiss Garden, Hayyat, Zenith CCTV memang ada.

Apa yang saya nampak Dr Hassan seorang yang bercita cita besar didalam perjuanganya, apabila perjuangan berlandaskan nafsu dendam dan wang ringgit maka akan jadi seperti DSAI sampai masa tidak berguna lagi percayalah.Oklah tak mahu komen pasal dorang nanti kena saman pula, saya ni orang biasa tak mampu bayor saman

*****

Kuasa Ketiga

Siapa mereka ini? mereka ini adalah seperti saya dan juga seperti anda semua yang sudah muak dan jijik dengan permainan politik malaysia. Jalur ketiga ini mempunyai akses terhadap media cetak, elektronik, media baru dan sentiasa cuba seimbangkan segala info untuk ditafsir kebenaranya. Mereka ini juga pengundi-pengundi baru sememangnya mereka adalah golongan penentu didalam menentukan parti mana yang akan menang dalam PRU.

Mampukah Kuasa Ketiga Penentu?
Ya mereka mampu asalkan terbebas dari pemikiran politik semasa serta NGO yang bersifat perkauman. Mari kita lihat semasa PRU di Selangor, undi protes jalur ketiga telah menyebabkan undi beralih kepada PR maka tumbanglah dacing, ini disebabkan rasa tidak puas hati dikalangan pengundi muda tentang polisi yang direncanakan oleh ex-PM TAAB.

Dalam hal ini DSNR perlu memberi fokus terhadap jalur ketiga dengan.

1. Memberi penerangan dengan fakta yang jelas tanpa sinis terhadap PR.
2. Membuka ruang kepada jalur ketiga memberikan komen serta menilai menerima pandangan mereka.
3. Merapatkan jurang atau menggabungkan NGO dibawah 1M NGO, supaya mereka dapat menonjolkan diri didalam memberi pandangan pendapat penilaian terhadap sesuatu polisi yang digubal kerajaan.
4. Mengelakkan kontroversi pelantikkan seseorang didalam kerajaan, GLC mahupun yang berkaitan hal ehwal bumiputra.

Mahasiswa Mahasiswi.

Golongan ini perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan dimana, minda mereka amat mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang, mereka berselindung disebalik agama menyusup masuk kedalam IPTA dengan menanamkan rasa benci terhadap kerajaan, jadi DSNR perlu.

1. akeses internet dibenarkan lebih meluas dikampus dan perlu ditapis dari pekara lucah
2. para pelajar perlu diberikan pendedahan dasar kerajaan dalam program kampus secara subliminal supaya tidak nampak ketara ia program yang pro kepada kerajaan.
3. setiap program yang dirangka perlulah bersifat kecintaan kepada agama dan negara.

Penjawat awam kumpulan 1 & 2
Mereka ini paling bahaya didalam pentadbiran kerajaan, jika dahulu mereka mengikut saja tapi dewasa ini mereka boleh mengubah kerajaan yang sedia ada, jika mereka pulang kerumah kampung atau bergerak dimana mana saja serta menyampaikan sesuatu pandangan kritikal terhadap kerajaan, maka ia akan menjadi impak yang besar dalam rantaian sosio masyarakat awam.

Tentera
Mereka benteng negara, mereka sering terpinggir dari segi kemudahan dan seperti anak tiri kepada kerajaan berbanding polis, lihat saja tangga gaji polis dan tentera siapa lagi tinggi? pihak tentera sebulat hati suara menerima skim SBPA dan telah kenaikan gaji yang ditetapkan ini kerana mungkin kecewa dengan kerajaan, kalau minta gaji lebih pun tak dapat, jadi hendak atau tidak sikit dan banyak mereka terima sajalah.

Sabah
Saudara abatasa minta beri pandangan pada sabah, hmm sabah dan serawak dua negeri malaysia timur yang belum saya jejak kaki hirup udaranya hanya tengok peta skala 1:750 000 jadi tak dapat nak selami perasaan sepenuhnya, namun cuba tidak menghampakan permintaan.
Permainan politik dinegeri ini agak mencabar dimana terdapat parti gerakan, parti parasit yang bakal menghilangkan kerusi kepada DAP tak percaya? kekalkanlah kerusi pinjaman kepada gerakan nescaya ia membusuk dan menyusahkan rakyat tempatan.

Parti STAR
Ditubuhkan pada 6 januari 2012 oleh Dr. Jeffrey Kitingan, boleh dikatakan beliau ini sebagai katak dan mempunyai asas perjuangan penuh dendam. beliau juga mempunyai akses terhadap maklumat kerajaan melalui Joseph Pairin kitingan bekas ketua menteri Sabah. Setakat ini beliau cuba mencari sokongan supaya rakyat pribumi sabah menolak dan inginkan kuasa autonomi dari kerajaan persekutuan. Sejauh mana sokongan terhadap beliau masih belum boleh ditentukan, berkemungkinan besar beliau akan meletakan calon calon di beberapa buah lokasi seperti kota marudu, kota kinabalu, sandakan, keningau, batu sapi dan pensiangan. Beliau boleh dikatakan juga anuwar untuk malaysia timur..

Bagaimana untuk menang?

DSNR selaku CEG perlulah fokus kepada isu-isu utama masyarakat di sabah dan sarawak

1. infra menyediakan sekolah, jalanraya, bekalan air, elektrik.
2. kemudahan tempat ibadat.
3. ekonomi bumiputra sabah dan sarawak perlu dimajukan supaya tidak dimonopoli oleh suatu kaum saja.
4. melantik lebih ramai wakil pemimpin sabah dan sarawak didalam kerajaan.
5. counter segala tindakkan STAR supaya tidak mempengaruhi parti kompenen lain.
6. Hasil royalti minyak diletakkan bawah tabung khas "Borneo Royalty" segala pengagihan perlu telus dan sentiasa dipantau oleh AG( Audit Negara) PAC (Jawatankuasa Akaun Awam) dan para wakil rakyat BN dan Pembangkang.
7. Re-bulid semula pekan-pekan supaya lebih ekonomik dan sistematik dengan kemudahan yang bersesuaian.
8.Elakan calon kontroversi.

Pendatang Tanpa Izin

Isu PATI perlu dihapuskan dengan sebaik mungkin dengan menggunakan Strategi Lautan Biru + Jab Pendaftaran + jab imigresen gerak gempur secara beperingkat.

Transfomasi keturunan

Kerajaan perlu mengklasifikasikan semula makna bumiputra dan non bumiputra supaya suku kaum minoriti sabah dan sarawak merasa tidak terpinggir oleh Umno dimana

1. Semua suku kaum pribumi diklaskan sebagai bumiputra dan bukan pribumi diklaskan non bumi
2. PR diklaskan untuk warga asing yang menetap dimalaysia.

Pembatalan VOA (visa on arrival)

kerajaan harus membatalkan semua VOA bagi China, Thailand,Vietnam. mereka seringkali melanggar peraturan yang ditetapkan ditakuti akan menetap di malaysia timur.

Setakat ini belum ada pemimpin yang benar benar tulen dalam memperjuangkan agama dan rakyat malaysia, kalau pun wujud bersifat dendam serta tidak puashati terhadap sesuatu pekara dan gaya pemikiran mereka biasanya bias kepada sesebuah parti politik.
Umumnya Kuasa Ketiga dimalaysia masih belum cukup kuat untuk membuat sebarang tuntutan terhadap kerajaan BN dan PR.. mereka ini masih dibawah pelbagai NGO yang entah mana hala tujuanya tidak seperti di negara USA dan England, maaf para NGO ini adalah pandangan jauh saya tentang keupayaan NGO yang ada dimalaysia.

Akhir kata kita kena ada satu plaform khusus dalam membentuk kuasa ketiga yang seimbang dikalangan masyarakat berbilang kaum dimalaysia ini.


Saya ucapkan terima kasih kepada DSNR kerana mewujudkan task force didalam mengkaji semula skim SBPA supaya tidak menjadi Siapa Belit Penjawat Awam.Jika gagal bersedialah untuk kehilangan undi.

Sekian Terima Kasih

Monday, February 13, 2012

Bakal Senarai Kabinet Malaysia 2013?







Hari ini saya nak kongsi sikit tentang pecaturan mengenai barisan kepimpinan negara, saya bukan ahli ahli yang berhormat cuma orang biasa saja. ini semua bagi membantu dalam penambahbaikan sistem dalam kerajaan.

Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak

Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Y.B. Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Datuk Dr Wee Ka Siong
Senator Datuk Seri Idris Jala
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien
Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom
YB Senator Dato’ Palanivel a/l K. Govindasamy

Timbalan Menteri: Datuk Liew Vui Keong
Timbalan Menteri: Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Timbalan Menteri: Datuk SK Devamany
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan
Timbalan Menteri: Datuk T Murugiah

Kementerian Kewangan
Menteri I: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri: Datuk Dr Awang Adek Hussin
Timbalan Menteri: Senator Datuk Donald Lim Siang Chai

Kementerian Pelajaran
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri: Datuk Wira Chor Chee Heung *
Timbalan Menteri: Datuk Dr Puad Zarkashi

Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Wira Abu Seman Yusop *
Timbalan Menteri: Y.B. Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed *
Timbalan Menteri: Datuk Lee Chee Leong

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang Gandum
Timbalan Menteri: Senator Datuk Maglin Dennis D”Cruz

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Menteri: Datuk Seri Peter Chin Fah Kui
Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Entulu Belaun

Kementerian Pengajian Tinggi
Menteri: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri: Datuk Saifuddin Abdullah

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir
Timbalan Menteri: Datuk Jacob Dungau Sagan

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri: Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Dr James Dawos *

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Kong Cho Ha
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri
Timbalan Menteri: Jelaing Mersat

Kementerian Pelancongan
Menteri: Dato’ Seri Dr Ng Yen Yen
Timbalan Menteri:Y.B. Datuk Halimah binti Mohd Sadique *

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Noh Omar
Timbalan Menteri: Datuk Johari Baharum
Timbalan Menteri: Chua Tee Yong

Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Senator Gan Ping Sieu
Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim

Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan Menteri: Senator Datuk Maznah Mazlan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe
Timbalan Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Y.B. Dato' Ir Mohd Zin bin Mohamed *
Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri:Y.B. Datuk Hajjah Norah binti Abdul Rahman *
Timbalan Menteri: Senator Heng Saei Kie

Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: A Kohilan Pillay
Timbalan Menteri: Datuk Richard Riot Jaem

Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar
Menteri: Y.B. Dato' Sri Haji Zulhasnan bin Rafique *
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Tan Sri Bernard Giluk Dompok
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin
Timbalan Menteri: Senator Datuk G Palanivel

mungkin digugurkan
Senator Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Fadillah Yusof

Bagi mendapat deposit yang besar, kerusi disabah dan sarawak yang dimenangi oleh parti komponen itu sendiri hendaklah diserahkan kembali kepada mereka dan tidak patut menyerahkan kerusi tersebut kepada parti komponen lain. DSNR perlu beri perhatian kepada Sabah Negeri Sembilan dan Johor, jgn kejarkan 3 negeri(selangor kedah pulau pinang)tapi kerusi selesa akan hilang dinegeri tersebut serta perlu berhati hati dengan kegiatan kawtim dikalangan parti komponen parti pembangkang. Seorang ahli DAP juga mengandaikan negeri tersebut akan terlepas sedikit kerusi.. agak lewat keluarkan posting ini, kalau tidak sudah tentu saya dicop sebagai peramal hehe apa pun jangan ambik mudah tentang apa yang diperkatakan.

Jika dahulu ramai membayangkan PRU akan diadakan tahun lepas dan membuat tekaan tarikh sekali tapi jangkaan meleset sama sekali.Berkobar kobar memberi ulasan oleh ahli politik, orang awam blogger pro gov dan pembangkang. Kesian sungguh mereka terpedaya dengan pelbagai cerita nasi tambah yang dihidangkan oleh tukang karut... namun kemungkinan besar PRU akan tidak berlansung dalam tahun ini,dari sudut pandangan saya memang DNSR akan mengadakan PRU tapi ada beberapa faktor menyebabkan tertangguh atau diteruskan juga.Kerajaan yang sedia ada ini berhak untuk membubarkan parlimen dalam tahun depan.

Seperti yang ditegaskan dalam siri posting yang lepas, DSNR sedang melakukan perubahan didalam kerajaan sehingga kini program yang dilaksanakan masih belom sepenuhnya.Bagi mengecilkan saiz anggota perkhidmatan awam. DSNR perlulah:

PBT pihak berkuasa tempatan, kementerian pelancongan diswastakan. Setiap undang penguatkuasaan yang bertindan diantara kementerian jabatan agensi kerajaan perlu diselaraskan semula dari segi penguatkuasaan.

kementerian pelajaran dan kementerian pengajian tinggi digabungkan dan diselaraskan dari segi struktur organisasi, undang undang, skop pentadbiran dan jumlah kakitangan.

kementerian sumber asli dan alam sekitar perlu diubah kepada kementerian alam sekitar, segala jabatan yang ada dibawah agensi ini disatukan, segala undang undang perlu digubal dan diselaraskan semula supaya tidak bertindan penguatkuasaan dengan mana-mana kementerian jabatan kerajaan yang lain.

Umur bersara wajib bagi kakitangan awam ditetapkan 57 tahun sahaja dan kerajaan perlu membuat skim khas pelaburan bagi kakitangan awam yang bersara wajib pada umur tersebut ini bagi mengurangkan beban kerajaan dalam membayar pencen.

Dalam pada itu kerajaan perlu membuat harga baru bagi petrol dan disel, pada masa sekarang rata-rata rakyat membeli bahan bakar itu dalam bentuk RM(ringgit malaysia), mulai tahun hadapan kerajaan perlu ubah kepada pembelian litter sbg contoh 5L, 10L dan lebih 20L dengan harga yang lain.

Kerajaan perlu mengawal rantaian ekonomi khasnya di sektor barangan keperluan asas dimana setiap rakyat diberikan rebet pembelian barangan tersebut dengan jumlah yang tertentu. dengan cara floodkan market supaya apa yang dimonopoli dpt dipecahkan kuasa mereka, masih ingatkah bagaimana US floodkan getah dalam pasaran dunia? ia adalah cara yang boleh pecah monopoli mereka ini.

DSNR perlu beri perhatian kepada Senator Datuk Seri Idris Jala, pada pandangan saya beliau bagus bekerja, radikal, optimis namun ada idea-idea yang dilontarkan memberikan ruang kepada "jerung jerung" mengaut laba dari hasil idea yang dijana.Sila awasi supaya apa yang dilakukan tidak dipengaruhi oleh orang lain.DSNR perlu menggugurkan sesiapa saja yang perlu bagi menjamin segala yang dirancang tidak menjadi sia sia.

Apa yang saya posting ini adalah mengikut kira kira saya sahaja, bukan untuk dipercayai bulat bulat. saya juga masih juga berkira kira yang DSNR akan melakukan rombakan kebinet sebelum PRU akan datang.

Seharusnya anda semua tidak melihat isu anuwar sokong yahudi itu sebagai kredit untuk kerajaan tapi ia sebenarnya racun berbisa jika kerajaan terus mempermainkan isu terbabit, laporan media adakalanya penuh helah, rakyat dibandar sebahaiannya tidak mempercayai media arus perdana dan lebih pada altenatif seperti surat kabar parti, media internet dan media antarabangsa.

Semoga DSNR berjaya didalam melakukan program tranfomasi kerjaan dan negara


sekian

Nota

Sokongan Rakyat penting berbanding orang atasan...



Thursday, February 9, 2012

Kisah xenoglossy






hai hai

BESUT: Seorang pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah yang cedera selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya bulan lalu kini terlantar di rumahnya akibat kesan trauma kejadian berkenaan.

Noraini Ismail, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah dekat sini mendakwa berperasaan luar biasa dan bercakap ganjil dalam bahasa tidak difahaminya dipercayai berpunca daripada kemalangan. “Dalam kejadian itu saya membonceng motosikal abang, Jefri Ismail yang terbabit dalam satu perlanggaran dengan sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat di Kampung Alor Lintang pada 10 Januari lalu dalam perjalanan pulang dari sekolah. “Akibat kemalangan itu saya terjatuh dan terhantuk kepala ke atas jalan raya dan dimasukkan ke Hospital Besut serta tidak sedarkan diri selama 11 jam,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Medang dekat Kampung Raja di sini, kelmarin.

Noraini kemudian menerima rawatan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan dan menjalani imbasan di bahagian kepala yang mendapati terdapat kesan darah beku. Menurut ibunya, Mansena Daud, 48, apabila anaknya itu menjalani imbasan kali kedua dan ketiga di hospital sama, doktor memberitahu bahawa kesan darah beku itu sudah tiada. Selepas tiga hari dirawat di HUSM, Kubang Kerian, anak keenam daripada tujuh beradik itu dibenarkan pulang ke rumah, tetapi keadaannya menjadi teruk hingga tidak dapat bercakap.

Tidak lama kemudian, dia mula bercakap bahasa ‘ganjil’ tidak difahami yang didakwa bahasa Cina, Jepun, Korea dan Indonesia. Mansena berkata, anaknya kemudian dimasukkan semula ke hospital bagi rawatan seterusnya atas arahan doktor. Walaupun berperangai pelik, katanya, Noraini kelihatan sihat dan berselera makan serta ingatannya masih baik, namun sering mengadu sakit kepala pada waktu malam hingga terpaksa menghantarnya ke hospital. Sementara itu Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Putra, Muhammad Pehimi Yusoff ketika ditemui meminta pakar membuat kajian teliti bagi mengetahui punca sebenar masalah dihadapi pelajar berkenaan. - Bernama

***************************************

Nah memang pelik dengan apa yang berlaku kepada noraini, mungkin ada yang menganggap ia sebagai bahan lawak jenaka namun sebaliknya.Terlebih dahulu mohon maaf saya bukan pakar dalam bidang sains, cuma cuba ingin merungkai apa yang mungkin sebenarnya berlaku.

Kebocoran Data DNA (istilah anggapan saya)

Dimana sumber kod-kod DNA noraini itu telah ditasfirkan oleh otak, secara ringkasnya setiap dari kita telah diprogramkan dengan pelbagai pekara sewaktu di alam bayi(kandungan) Pernahkan anda semua fikir bila dialam kubur nanti kamu semua cakap bahasa apa? jawapanya ialah bahasa Arab dan bergitulah juga di hari akhirat. kenapa? sebab ia bahasa Allah jadi sebagai hasil ciptaan Nya sudah tentu kita mampu berbahasa arab walaupun anda tidak pernah nak belajar bahasa arab. cuma jangan jadi macam sekumpulan ajaran yang diharamkan mengaku rasul bagi melayu.

Anda semua pernah tonton hindustan, latin, english dan yang lain lain? sudah tentu YA. pernahkah anda tanya diri sendiri, eh nape aku seakan faham apa yang dikatakan? itu kerana didalam DNA itu terdapat pelbagai sumber rujukkan tentang individu yang lahir kedunia. Pihak US zion amat giat menjalankan kajian terhadap GENOM @ genetik ini membuktikan ada rahsia yang terselindung.

Dalam kenyataan akhbar itu dinyatakan "namun sering mengadu sakit kepala pada waktu malam" ini menunjukkan segala input data telah flood(memenuhi) otak si pesakit dimana terpaksa memproses pelbagai data yang diterima ditasfir serta difahami dari kefahaman biasa.

Minda manusia terdiri daripada pelbagai jenis daya ingatan, menurut Hilgard dan Atkinson (1979), ingatan manusia boleh digolongkan kepada dua jenis yang utama iaitu ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.

Ingatan Jangka Pendek
ingatan jangka pendek merujuk kepada berapa banyak data disimpan dalam satu masa mengikut tumpuan secara sedar dalam masa pendek. Ia mempunyai kadar lupaan yang cepat tanpa latihan. Biasanya, maklumat-maklumat yang disimpan di dalamnya boleh hilang dalam masa kurang daripada 30 saat, adakalanya lebih cepat lagi.

Ingatan Jangka Panjang
Ingatan jangka panjang ialah kemampuan untuk menyimpan pelbagai maklumat didalam minda tanpa had melalui pelbagai kaedah seperti

Ingatan Ikonik
Ingatan Episodik
Ingatan Semantik
Ingatan Berprosedur
Ingatan Kederiaan

Semasa kita hidup minda(akal manusia ada dua)

a. sewaktu kandungan

b.sewaktu selepas boleh bercakap

ketika masih bayi didalam kandungan segala data dimuat turun dan tersimpan didalam DNA setiap individu. Proses muat turun data dilakukan sehingga umo 4bulan usia kandungan selepas 4bulan kita akan mengalami pelbagai sesi pembelajaran daripada data yang tersimpan.Namun apabila dialam kanak kanak selepas saja mereka boleh bercakap dengan baik segala ingatan itu terpadam, terpadam tidak bermakna ia delete terus, ia masih lagi tersimpan didalam minda sesorang cuma berlaku kesamaran yakni data tidak dapat disaring dengan baik.

Berbalik pada kisah adik noraini menurut Pakar Neurologi Jabatan Neurosains HUSM, Dr Muzaimi Mustapha berkata, gadis berkenaan, Noraini Ismail, 17, mungkin menghidap sindrom xenoglossy iaitu sebahagian perubahan personaliti yang berlaku kepada pesakit yang mempunyai trauma pada otak.“Xenoglossy juga boleh disebabkan di bawah hipnosis dan ia biasanya tidak bertahan lama.Dalam kes Noraini, trauma otak yang dialami dalam kemalangan jalan raya mungkin bertindak sebagai pencetus yang mengeluarkan personaliti kedua dengan salah satu yang dia bayangkan ialah dirinya sebagai seseorang yang boleh bercakap bahasa asing dan mungkin dipengaruhi oleh drama asing yang sering ditontonnya sebelum ini,” katanya ketika dihubungi, semalam. Bagaimanapun, Dr Muzaimi enggan mengulas kesahihan bahasa dituturkan itu sama ada benar-benar bahasa asing termasuk Korea, Cina dan Jepun seperti didakwa keluarga gadis terbabit."

Kalau benar beliau mampu bertutur dalam bahasa yang disebutkan bermakna ada ruang untuk belajar bahasa tersebut. Minda apabila dilatih ia akan merekodkan segalanya didalam memori cuma bergantung pada memori itu sama ada sekejap atau pun lama.Pada pandangan saya, mereka yang tiba-tiba ada kebolehan lain ini saya panggil sebagai clone prodigy kerana kebolehan yang dimiliki tidak sepenuhnya serta ia boleh hilang dan kekal dalam sesuatu tempoh sahaja serta diperolehi dengan cara kejadian, berbanding real prodigy mereka sememangnya dianugerahkan sesuatu kebolehan khusus mengenai sesuatu pekara dan bersifat kekal seperti adi putra.

Diharapkan ada satu kesimpulan perubatan yang konkrit terhadap permasalahan ini.

Sekian Dahulu






Sunday, February 5, 2012

Suara Suara Itu?



Salam hormat semua

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: "Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajjal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah beliau turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya"

Boleh rujuk posting http://oraclekini.blogspot.com/2010/08/2012-hehe.html

berikut adalah link ke youtube yang menjadi bualan semua orang
http://www.youtube.com/watch?v=c-H_fcegi18


suara siapa itu?







Dajjal


Dia akan bangun dan keluar ke dunia yang kini duduk dihujung dunia
Dalam hal ini berkemungkinan juga hasil dari gelombang radio Frekuensi Tinggi(haarp weapon) disamping juga hasil dari letusan gelombang magnet dari matahari, walupun kawasan khatulistiwa kurang impak dari ribut matahari ia sedikit pasti akan sampai ke sini.Jikalau benarlah pertengahan ramadhan ini berlaku ribut solar paling hebat maka bersiap sedialah untuk berhadapan dengan Dajjal. Kerana ribut solar itu ada tenaga yang mampu membuka ruang dimensi disamping bina binaan yang memberi tenaga kepada pintu dimensi (stargate, senkaimoon, gerbang).

Kita semua akan mudah kenal dajjal melalui rupa bentuk fizikalnya serta didahinya telah tertulis kafir, walupun anda tidak mahir baca jawi/arab ia pasti akan mudah disebut. tentera dajjal terdiri dari kalangan manusia. sebab itu Allah jadikan ribut solar supaya segala jenis peralatan canggih ciptaan mereka gagal berfungsi, anda semua perlu ingat dajjal itu juga manusia biasa cume dia belajar pekara rahsia tentang alam tertapi terbatas.

fahami lagu ini Diddy Coming Home

I’m coming home
I’m coming home
Tell the World I’m coming home
Let the rain wash away all the pain of yesterday
I know my kingdom awaits and they’ve forgiven my mistakes
I’m coming home, I’m coming home
Tell the World that I’m coming

Dajjal inspirasi penulis lagu supaya menyampaikan maksud tersuratnya..

Dia akan menggunakan sesiapa saja dalam misi menawan dunia

I'm gonna use you and abuse you
I'm gonna know what's inside
Gonna use you and abuse you
I'm gonna know what's inside you

(sweet dream- marlin masson)

Siapa dajjal secara ringkas

Pada suatu pagi Rasullullah berbincang dengan para sahabatnya mengenai Dajjal, kadang kala beliau meninggikan suaranya dan kadang kala merendahkan suaranya, sehingga kami merasa seolah-olah kami berada di dalam kelompok lebah.

Petang hari kami yang mendengar cerita Rasullullah pergi ke rumah Rasullullah, beliau telah tahu tentang soalan kami. Tanya Rasullullah; "Apa khabar kamu semua", jawab kami "Baik", tapi kami hendak bertanya mengenai Dajjal, dan mengapa apabila Rasullullah berbicara, kadang kala suara Rasullullah tinggi dan kadang kala rendah ?. Jawab Rasullullah; "Bukan dajjal yang kerisauan terhadap kamu semua, jika dia muncul dan aku masih berada di antara kamu tentu aku akan membela kamu terhadapnya. Dan jika dia muncul, sedangkan aku tidak berada disamping kamu, maka umat manusia akan menjadi pembela atas dirinya sendiri, dan Allah Taala pengantiku menjadi pembela atas setiap orang muslim".

Dajjal pemuda berambut kerinting, matanya sepet. Aku lebih suka mengatakannya serupa dengan Abdul Uzza bin Qathan. Barang siapa di antara kamu bertemu dengannya, hendaklah dibacakan padanya permulaan surah Al-Kahfi. Dia akan muncul di suatu tempat sunyi antara Syam dan Iraq. Lalu dia akan merusak ke kanan dan ke kiri. Wahai hamba Allah kerana itu teguhkan pendirian kamu!.

Tanya kami; "Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi ?", jawab Rasullullah : "Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang". Tanya kami; "Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?", jawab Rasullullah; "Tidak" tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. Berapakah kecepatannya di bumi ?" jawab Rasullullah; Seperti hujan ditiup angin. (telah diolah bahasanya "Himpunan Cerita-Cerita Wanita dan Laki-Laki Dalam Al-Quran dan Hadis", Jilid 1, masa. 52. © Hakcipta Terpelihara 1991, Syarikat Nurulhas.)

Dalam satu komen lain pula

Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya dalam satu artikelnya ‘suara dari langit’ pada 2 September tahun lepas pernah menjelaskan ada satu hadis Rasulullah yang menyatakan tentang huru hara besar akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadan, di mana akan menyebabkan semua orang terjaga dari tidurnya
.Katanya, hadis itu menggambarkan ada satu suara yang amat dahsyat akan kita dengari dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak dua pertiga, yang tinggal hanya satu pertiga sahaja.

“Menurut kajian Agensi Angkasa Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA), pada 21 Disember 2012 satu planet yang dikenali Planet X akan melintasi bumi.

“Adakah kita semua ini tergolong dalam satu pertiga itu? Adakah ia akan berlaku pada 2012? Peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Rasulullah”, katanya.

Hadis tersebut diriwayatkan daripada Nu’aim bin Hammad bahawa Rasulullah pernah bersabda : Bila telah muncul suara di bulan Ramadan, maka akan terjadi huru hara di bulan itu.

“Kami bertanya : Suara apakah, ya Rasulullah? Rasulullah menjawab : ‘ Suara keras’ di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras membangunkan orang tidur, manjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa.

‘Jika kalian melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian’.

Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah : Maha suci AlQuddus, Maha suci Al-Quddus,, Rabb kami Al-Quddus, kerana barang siapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa’.

berkenaan text yang saya boldkan itu. ada keraguan sila abaikan sebaliklah berdoala pada Allah yang ESA.
Tak mengapa setiap kita berhak untuk menyatakan sesuatu berlaku pebezaan pendapat adalah pekara biasa, pekara akhir zaman ini hanya Allah saja yang tahu sepenuhnya melainkan kita hanya diberi sedikit ilmu sahaja.


Nota penting.
Nabi Muhammad itu klue bagi setiap cerita seisi alam.

fahami selami alam maka ia akan beritahu apa yang kita mahu semua atas izin Allah yang Esa.

tq