Wednesday, June 20, 2012

DAJJAL.











Dajjal adalah "Manusia Iblis" pertama ciptaan Izazil laknatullah. Dajjal adalah manusia yang berhati dan perangai Iblis. Bapanya dan ibunya adalah berketurunan Turki dan Mesir. Mereka berasal dari sebuah kampung kecil bernama Rablah. kedua-dua ibubapanya itu adalah merupakan adik beradik seibu sebapa. Mereka bersekududukan tanpa nikah dan apabila orang kampung mengatahuinya, mereka berpakat menghalau mereka dari kampung tersebut. Mereka berpindah ke kampung pendalaman bernama Samiri dinegeri Mesir. Pekerjaan bapanya mengambil upah menjaga ternakan dan membersihkan kandang ternakan dan juga membelah kayu api. Setelah beberapa ketika tinggal didalam rumah tumpangan milik seorang peladang, maka teringinlah mereka untuk mendapatkan anak. Setelah berusaha sedaya upaya isterinya itu tidak juga mengandung maka isterinya telah bermunajat memohon supaya diberi petunjuk. Maka satu ketika bermimpilah sang isteri akan bertemu dengan seorang abadi kaum mereka (Izazil telah menyerupai dan menjelma sebagai orang abadi itu). Ia disuruh memohon pertolongan disebuah kuil jauh dihujung kampung itu. Si isteri telah menceritakan akan mimpinya itu dan keesokannya juga mereka berdua mencari akan kuil itu. Akhirnya mereka telah bertemu dengan kuil tinggal yang kecil dihujung kanpung itu sama seperti mimpi isterinya yang didalamnya terdapat sebuag patung anak lembu. Mereka berdua pun membersihkan kuil itu dan memulakan upucara memuja dan memohon pertolongan dewa patong anak lembu itu. Setelah beberapa kali memohon tetapi tetap begitu juga. Maka mereka pun berhenti dari memohon. Tidak berapa lama isterinya bermimpi lagi supaya melakukan persetubuhan sewaktu dia datang bulan (didalam haid) didalam kuil dan dihadapan patong anak lembu itu.

Maka ia pun menceritakan pekara mimpinya itu kepada suaminya dan apabila sampai waktunya mereka pun melakukan seperti yang disuruh didalam mimpi isterinya itu (Izazil yang perintah). Tidak berapa lama itu si isteri mengandung, tetapi kandungannya itu sangat besar dan selama 13 bulan. Semasa isterinya sarat mengandung bapanya meninggal dunia. Tinggallah si isteri seorang diri. Dalam masa yang sama berita akan mereka ini sampai pula ketelinga tuan punya ladang itu. Ia terpaksa menghalau keluar ibu yang sarat mengandung itu kerana takutkan orang kampung yang sedang mencari mereka. Mereka dicari untuk dibunuh kerana mengikut kata sami puak mereka yang keluarga ini akan mendatangkan musibah besar didunia ini. Itulah sebabnya orang-orang kampung sentiasa mencari keluarga ini. Ibunya pun pergi kekuil kecil untuk melahirlan anaknya disitu. Setelah melahirkan anaknya ia pun meninggal dunia dengan keadaan tumpah darah yang banyak kerana kandungan yang sangat besar. Bayi ini sangat pelik, ia cacat sebahagian angotanya, bersisek kulitnya seperti ular, berkepala besar, matanya kena jangkitan dan buta sebelah kiri. Ia hanya tidur sahaja selama 55 tahun dan dimasa itu ia telah dipelihara oleh Malaikat Jibril dengan diberi susu lembu sahaja atas perintah Allah swt. Sewaktu dialam tidurnya, Malaikat Jibril as telah pula mengajarkan ilmu-ilmu hikmah kepadanya tampa mengatahui bahawa budak itu dipelihara oleh Izazil. Ini adalah permintaan Izazil kehadrat Allah yang juga dimakbulkanNya.


Setelah seberapa tahun maka tempat persembunyaian Dajjal telah diketahui oleh orang kampung. Mereka berpakat untuk membakar saja kuil itu. Dajjal telah diselamatkan oleh Malaikat Jibril as dan diletakkan dibenua Antartik didalam sebuah gua dan ditambat dengan rantai kaki dan tangannya kerana takut ia melarikan diri pula jika sedar dari tidurnya. Dikala ini Izazil pula telah menjelma menjadi ular besar dan memberinya makanan dan air minuman yang dimasukkan terus kedalam mulutnya. Apabila umurnya telah sampai 55 tahun dia pun sedar seperti manusia biasa. Pekara ini telah diceritakan oleh Jibril as kepada Nabi Musa as. Nabi Musa as telah menerimanya bekerja menjaga kuda dan membersihkan kandang kuda Nabi. Tetapi Dajjal bukan bekerja sahaja, dia selalu mengintip perbualan Nabi Musa dengan Nabi Harun dan juga perbualan Nabi bersama Jibril as. Ia selalu mengikut dari belakang akan Kuda Nabi dan apabila disatu ketika Jibril as mendatangkan nabi Musa sedang berkuda, kesempatan itulah yang diambilnya untuk mengutip pasir tempat tijak kaki kuda Malaikat Jibril as dan disimpannya. Ia juga selalu memerhatikan tingkah laku pengikut-pengikut dan bantahan-bantahan yang mereka limparkan kepada Nabi Musa as.

 
(Setelah selesainya urusan itu) maka Allah berfirman kepada Nabi Musa: "Sesungguhnya Kami telah mengenakan kaummu satu fitnah ujian sepeninggalanmu, dan mereka telah disesatkan oleh Samiri" TAHA 20:85

Apabila Nabi Musa a.s pergi bermunajat selama 40 hari dibukit Tursinar, peluang ini diambil oleh Dajjal as Samiri menunjukkan belangnya. Dia telah berucap dihalayak kaum nabi Musa as iaitu bani Israil supaya mengumpulkan semua emas yang mereka ada untuk menunjukkan kepada "Tuhan" Nabi Musa a.s. Setelah mereka kumpulkan emas itu maka diberikan kepada Dajjal. Emas itu telah ditempa menjadi patung anak lembu yang dimasukkan pasir bekas tempat tijak kaki kuda Jibril as yang disimpannya dulu. Patung itu diletakkan dihadapan puak dan kemudian dengan mentera yang diajar oleh Izazil. Tiba-tiba patung anak lembu itu berkata-kata mengaku dialah "tuhan" nabi Musa as. Kaum bani Israil yang selama itu mencari-cari tuhan Nabi Musa telah berpaling dan menyembah patung anak lembu emas itu. Sekembalinya Nabi Musa dari Munajatnya, beliau dikatakan sungguh marah akan perbuatan as Samiri, beliau juga memarahi Nabi Harun yang tidak dapat mengawal keadaan itu. Maka Nabi Musa as memohon berkata-kata dengan Allah. Diadukan semua peristiwa itu kepada Allah swt. Perbuatan Nabi Musa meninggalkan kaumnya kepada jagaan Nabi harun telah ditemplak. Seharusnya Nabi Musa meninggalkan kaumnya dibawah jagaan Allah swt kerana Dia adalah tempat sebaik-baik yang Memelihara dan Menjaga. Kenapa Nabi Musa beri kuasa penjagaan itu ditangan manusia yang lemah yang tidak berdaya menjaganya ?


Nabi Musa as telah memohon ampun kehadrat Allah swt serta memohon agar Dajjal as Samiri ini dipisahkan dari kaumnya dan seluruh manusia selama-lamanya hingga hari kiamat. Kemudian permintaan Nabi Musa as telah diperkenankan oleh Allah swt. Maka Nabi Musa a.s dan Malaikat Jibrai as telah menangkap Dajjal as Simiri dan di sumbat didalam penjara Nabi Musa as iaitu di Lautan Qauzum bersama-sama Hamman dan Firaun. Sesetengah riwayat ahli tafsir menyatakan bahawa lautan Qauzum itu terletak ditengah-tengah laut Merah di Mesir iaitu dibahagian yang paling dalam. Tetapi ia dirasakan kurang tepat. Riwayat yang lain pula mengatakan ia terletak di Lautan Atlantik. Rasanya ini lebih tepat kerana disitu juga telah Izazil ciptakan sebuah pintu Alam Jin seperti di Bermuda Traingel yang boleh menyedut apa saja yang lalu dan cuba untuk melintas dipermukaannya. Pintu Alam Jin ini merupakan sebuah Kerajaan Jin tempat untuk memenjara roh-roh manusia yang berjaya mereka tanggkap dan mereka-mereka yang kafir, sesat dan Islam yang mengikut telunjuk mereka sewaktu hidupnya serta yang menjadi sahabat dan khadam mereka. Manusia-manusia ini apabila mereka mati semua roh-roh mereka akan disumbat disini dan tidak boleh keluar, menjadi hamba abdi mereka membuat senjata-senjata canggih untuk perang akhir zaman nanti. 

Telah juga diriwayatkan bahawa Allah swt telah memberi pelepasan kepada Dajjal sehari dalam setahun kepermukaan bumi. Maka peluang itu dimanafaatkan secukupnya dengan membuat huruhara kerosakan besar dimuka bumi seperti berlakunya gempa bumi, letupan gunung berapi, tsunami, ribut taufan, ribut salji, puting beliong hingga menyebabkan kematian manusia beratus ribu, berpuluh ribu jiwa yang melayang dan ditanggkap oleh balatenteranya, diheret dan disumbatkan didalam penjara mereka itu. Kerosakan yang berlaku dikepulauan Hyaiti(12 jan 2010) adalah salah satu dari tindakan Dajjal untuk mengambil roh-roh kafir untuk menjadi hambanya di penjara alam Jin itu.


Dajjal as Samiri telah juga diriwayatkan pernah hadir dihadapan Nabi Isa as sewaktu zaman Nabi Isa as masih hidup didunia dahulu. Ia hadir untuk membuat pertarungan dengan Nabi Isa as tetapi telah ditolak dan disuruh bersabar menunggu masa dan ketika yang telah ditetapkan Allah swt kelak. Begitu juga semasa zaman Nabi Muhammad saw. Diriwayatkan pada satu ketika semasa Nabi bersama-sama sahabatnya sedang duduk berbincang, tiba-tiba dia muncul dan memperkenalkan dirinya dan mengajak Rasullah saw untuk bertarung. Syadina Omar yang merupakan seorang Sahabat yang sangat garang telah menghunuskan pedangnya dan lantas hendak dipancung kepala Dajjal disitu juga. Beliau telah ditahan oleh Nabi sendiri dan menerangkan hanya Nabi Isa as saja yang boleh membunuh Dajjal, Dajjal tidak akan mati ditangan sesiapa kecuali Nabi Isa sahaja. Nabi saw telah menyuruhnya bersabar menunggu masa yang telah dijanjikan Allah swt untuk mereka bertarung kelak, maka berundurlah Dajjal. Jika pun Syadina Omar berjaya membunuhnya disitu, Nabi bersabda, hukuman qisas akan dikenakan kepada Sahabatnya itu kerana membunuh tampa sebab yang membolehkan ia dibunuh mengikut Hukum Syarak. Jadi tiada gunanya untuk dia dibunuh dikala itu.


sekian kisah hidup Dajjal

*pembetul ejaan/tatabahasa telah dilakukan 
*surah Taha ada kisah samiri 
*kredit kepada atok zamany

dalami tentang iblis dan alamnya

artikel ini sebahagian dari tajuk iblis dan alamnya tulisan atok zamany

http://kubranewszamany.blogspot.com/2010/01/iblis-dan-alamnya-musuh-kamu-yang.html

http://kubranewszamany.blogspot.com/2010/02/iblis-dan-alamnya-musuh-kamu-yang.html

http://kubranewszamany.blogspot.com/2010/02/iblis-dan-alamnya-musuh-kamu-yang_23.html


http://kubranewszamany.blogspot.com/2010/03/iblis-dan-alamnya-musuh-kamu-yang.html

Tuesday, June 19, 2012

Merapu

PAS Ramal PRU13 Tahun Hadapan

KUALA LUMPUR, 19 Jun: PAS menjangkakan pilihan raya umum ke-13 berkemungkinan besar akan diadakan pada tahun hadapan, sehingga habis tempoh penggal.Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, Parlimen tidak akan dibubarkan pada tahun ini kerana Selangor tidak akan membubarkan Dun dan bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan.

Mustafa berkata, Umno BN tidak akan berpuas hati jika Selangor tidak turut serta dalam PRU kerana mereka memang mahu merampas kembali Selangor."Saya rasa pilihan raya ini tunggu sampai tamat tempoh. Ini bukan saya bergurau, tapi serius."Selangor akan berasingan kerana ada masalah dengan daftar pemilih, penambahan pengundi yang ketara," kata beliau kepada Harakah dan Harakahdaily semalam.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata,  Dun Selangor tidak akan dibubarkan meskipun kerajaan Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen lebih awal namun hanya bersedia menyertai pilihan raya umum ke-13 jika ia diadakan selepas Jun 2012.Di bawah sistem Persekutuan, negeri mempunyai hak dan kedaulatan untuk menentukan tarikh Dun akan dibubarkan seperti yang dilakukan Sarawak.Mustafa berkata, Umno BN yakin dapat merampas Selangor dengan menggunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Strategi BN memang nak rampas Selangor. Dia tidak akan puas hati melainkan dia boleh tawan Selangor dengan strategi yang dibuat ini. Dengan kerjasama KDN, SPR dia merasakan ada harapan untuk tawan Selangor."Bila Selangor kata tak akan bersama, Umno BN akan tunggu."Dia akan buat pada tarikh yang Selangor tak boleh tangguh lagi. Jadi memang pilihan raya tak akan berlaku, akan berlaku tahun depan," katanya.Mustafa bagaimanapun berkata, PAS bersedia pada bila-bila masa untuk menghadapi PRU ke-13."Bagaimanapun dari segi kaedah politik, pilihan raya, PAS tetap bersedia untuk menghadapi pilihan raya bila-bila masa.

"Tapi pemikiran dalam BN mungkin pilihan raya sampai kepada tahun depan," katanya lagi.


Hai
salam hormat kepada semua.... kepada pembaca semua diharapkan takpayah percayala dengan ramalan nujum pemimpin PAS ini, mereka dah abis akal bile PRU akan dilansungkan, sudahlah menimbulkan polemik PRU di musim haji dan pelbagai andaian serta cerita karut al marut dicanangkan.

Percayalah walaupun DSNR seorang islam, tidak kira lurus jalannya atau tenggelam timbul macam kapal selam, insyaallah beliau tidak akan tergamak mengadakan PRU pada bulan tersebut.Saya amat memohon pembaca menilai dengan baik dan buat kajian dari pelbagai sumber dalam menerima cerita atau berita, supaya tidak terjebak menjadi pak angguk apa yang diperkatakan oleh pemimpin mereka sejak dari pertengahan tahun lepas lagi mereka sentiasa meramal, mencari tarikh bila PRU13 akan dilansungkan tapi lansung tidak akal.

Bajet dipercepatkan tarikh supaya dapat memberi ruang kepada parlimen membahaskan apa yang telah dibentangkan pada bajet tersebut. untuk makluman anda semua insyaallah bajet untuk BR1M akan diteruskan untuk tahun akan datang dan bajet bantuan persekolahan akan ditingkatkan jika bajet diperuntukan lebih untuk tahun ini.

sekian

sok luse ade posting menyusul lagi...


Saturday, June 2, 2012

Kejora



Ya Kejora, bintang kejora atau dalam bahasa sainsnya Zuhrah

2012/06/01KUALA TERENGGANU: Orang ramai di negara ini dijangka berpeluang melihat fenomena lintasan planet zuhrah dengan matahari pada 6 Jun ini, iaitu fenomena yang tidak akan berulang sehingga tempoh 105 tahun akan datang.

Ketua Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), Dr Baharrudin Zainal, berkata fenomena unik itu membolehkan orang ramai melihat planet berkenaan pada saiz yang sama dengan bumi pada jarak kedudukan 42 juta kilometer (km) dari bumi.



Katanya, ia juga membolehkan orang ramai melihat planet zuhrah yang turut dikenali sebagai kejora dalam keadaan gelap.

 
 Beliau berkata, berdasarkan hitungan falak, sentuhan planet zuhrah dengan matahari dijangka berlaku kira-kira jam 6.10 pagi dengan bentuk planet itu mula kelihatan sepenuhnya di permukaan matahari kira-kira 18 minit kemudian.

“Pada waktu itu (6.10 pagi) hanya pemerhati di pantai timur Sabah dan Sarawak berpeluang melihatnya. Bagi pencerap di Pantai Timur Semenanjung, matahari hanya akan terbit jam 6.54 pagi.


“Ketika ini, planet sudah melata hampir lapan peratus daripada keseluruhan laluan rentasannya di permukaan matahari. Kira-kira jam 9.30 pagi, planet zuhrah yang dilihat dalam bentuk ‘bulatan hitam’ sudah berada di tengah laluan rentasannya. Planet zuhrah akan dilihat meninggalkan sepenuhnya permukaan matahari kira-kira jam 12.50 tengah hari,” katanya, di sini, semalam.


Baharrudin berkata, berikutan saiz planet zuhrah hampir sama dengan bumi, planet itu diumpamakan sebagai ‘saudara kembar bumi’. 

“Apabila kita melihat planet zuhrah dalam keadaan ‘bulatan hitam kecil’ sedang melintas di permukaan matahari, kita bagaikan melihat ‘begitulah kerdilnya bumi yang kita huni’ dari kedudukan 42 juta km.

“Bagi masyarakat awam, fenomena lintasan planet zuhrah ini mengimbau rasa takjub terhadap alam semesta yang harmoni sebagaimana dicatatkan dalam al-Quran. Orang ramai tidak seharusnya melepaskan peluang menyaksikan fenomena ini yang tidak akan berulang sehingga 105 tahun akan datang,” katanya.


Beliau berkata, di Kuala Terengganu, orang awam boleh menyaksikan fenomena itu mulai jam 8.30 pagi hingga 12.45 tengah hari pada 6 Jun ini, di tempat letak kereta Lapang Sasar Memanah, UnisZA Kampus Gong Badak, manakala di kawasan lain, orang ramai boleh mengunjungi pusat cerapan di kawasan masing-masing.


“Fenomena ini hanya boleh dilihat menggunakan peralatan teleskop lengkap dengan penebat khas matahari. Justeru, orang ramai boleh berada di tempat cerapan yang diadakan pelbagai agensi di seluruh negara,” katanya.


Fenomena itu berlaku apabila planet zuhrah yang mengambil masa selama 0.6 tahun (225 hari bumi) untuk mengelilingi matahari, akan berada pada kedudukan sejajar dengan bumi dan matahari mengikut tempoh ulangan berkenaan.


Penjajaran itu dinamakan ‘ijtimak dalaman’ dan disebabkan orbit planet zuhrah dengan satah bumi-matahari condong pada sudut tertentu, kedudukan satah matahari, bumi dan planet ketika penjajaran ini tidak sentiasa sama. sumber BH
Kejora = zuhrah = venus
 
Ya planet ini adalah kembar bumi, setiap apa yang Allah ciptakan ada pasangan dan dari segi sains merupakan planet yang kedua didalam sistem suria, ia menyerupai bumi dari segi saiz dan jisim berbanding planet lain didalam sistem. Diameter 12,104km yakni 95% daripada diameter bumi serta berjisim 4.87 x 1024kg, 81% daripada bumi. bagi tarikan graviti zuhrah adalah lebih sedikit iaitu 0.91 kali daripada graviti bumi. bermakna ia lebih kurang dengan bumi.
 
 
                                                                                    
 
Malam tidak berpurnama fajar tiada kejora
 
"Beliau berkata, berdasarkan hitungan falak, sentuhan planet zuhrah dengan matahari dijangka berlaku kira-kira jam 6.10 pagi dengan bentuk planet itu mula kelihatan sepenuhnya di permukaan matahari kira-kira 18 minit kemudian.“Pada waktu itu (6.10 pagi) hanya pemerhati di pantai timur Sabah dan Sarawak berpeluang melihatnya. Bagi pencerap di Pantai Timur Semenanjung, matahari hanya akan terbit jam 6.54 pagi. " (petikan akhbar)
 
Frasa "fajar tiada kejora"

Fajar bermaksud terbitnya sinaran matahari
kejora adalah planet yang melintasi matahari, ia boleh dilihat ketika fajar mula kelihatan dan pada 6 jun nanti kita berpeluang untuk melihat kejora melintasi matahari 

Pakar sains angkasa mengandaikan Venus suatu masa dulu merupakan sebuah planet yang lengkap termasuk mempunyai lautan air yang sangat luas. Namun, ia musnah akibat kesan rumah hijau yang berlaku kepadanya hampir 1 billion tahun dahulu. Ia bermula apabila air dari lautan yang luas tersejat ke permukaan atmosferanya tanpa kawalan lalu membebaskan gas-gas karbon dioksida (CO2) yang seterusnya bergabung dengan gas-gas berbahaya lain yang sedia wujud di atmosfera lalu membentuk sulfur dioksida (SO2) yang akhirnya membentuk awan tebal yang mengandungi asid sulfurik. Kini, 95% kandungan atmosfera Venus adalah CO2. Kesan ini mengakibatkan kemusnahan teruk kepada ekosistem Venus dan meningkatkan suhu planet tersebut secara mendadak sehingga menjadi sebuah planet yang dipenuhi lautan alrva yang panas mendidih.
 
Dari pandangan peribadi apa yang tejadi pada zuhrah adalah akibat daripada tempias solar flare dari matahari, dimana kesan dari solar flare dan bahang matahari itu menyebabkan berlaku kepanasan zuhrah sekaligus berlaku pelepasan gas karbon dioksida yang berpunca dari sumber semula jadi akibat kebakaran, pemeluwapan air, dan aktiviti gunung berapi.
 
Fenomena kejora ini sungguh menarik, oleh kerana itu ia selalu disebut sebut didalam bait bait puisi, lagu, syair, gurindam, kata kata madah pujangga. jika tidak percaya, googlelah pasti akan jumpe mengenai kejora bahkan sama seperti sifat yang dibuktikan oleh sains

oleh itu sama samalah jangan lepaskan peluang untuk melihatnya, fahami selami hatinya......

"Dan dari tiap-tiap sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan.. ( Az-Zaariyaat : 49)"
 
" Maha Suci Zat yang telah menciptakan berpasang-pasangan semuanya dari apa yang ditumbuhkan bumi dan dari diri-diri mereka sendiri dan dari apa yang tidak mereka ketahui". (Yaasiin : 36 )

http://eclipse.gsfc.nasa.gov/OH/transit12.html 
http://eclipse.gsfc.nasa.gov/transit/transit.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Zuhrah
 
 
 kejora ku bersatu
 
 
 
p/s petanda untuk sesuatu perkara itu kalau penuh kitaranya, transit kejora ini memberi tahu bahawa kita ini kecil sahaja dan bakal menerima nasib yang sama seperti kejora andai kita ditempatnya. hargailah sesuatu sebelum kita kehilangan. 2013 adalah tahun yang kritikal untuk orang islam (1433)

 

 
 
 
 
 
 

 

Friday, June 1, 2012

Melayu : Pelik Pelik



artikel selingan 

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjangkakan, perdana menteri akan mengadakan pilihan raya umum ke-13 pada September depan ketika musim haji bagi memastikan kejayaan BN.Tindakan itu didakwa diambil ekoran banyak penyokong PAS akan mengerjakan haji pada masa itu, kata Abdul Hadi.Anggota parlimen Marang itu berkata, Umno sebagai parti tunjang BN akan menggunakan pelbagai kaedah untuk mengelakkan isu sebenar berhubung membersihkan sistem pilihan raya sebelum pengundian.

Abdul Hadi berkata demikian dalam sidang media selepas program "Munajat dan Himpunan Hijau ke Putrajaya" di ibu pejabat PAS Kedah di Kota Darul Aman hari ini.


Haaa Pelik Pelik

Saya kurang pasti apekah maksud malaysiakini, adakah saja provokasi? adakah kenyataan betul keluar dari mulut pemimpin PAS ini? awatnya hadi ni bole fikir macam ni? nak bangkitkan perasaan marah rakyat kepada kerajaan atau saje test market?karut sungguh kenyataan beliau ni, sejak dari tahun lepas dan awal tahun ini ramai betul ahlul ahlul PAS membuat kajian dan cakap-cakap mulut PRU.

Gini la DS Abdul hadi awang

yea DSNR bentangkan bajet pada bulan september, jika bulan sembilan sekalipun bukan bermakna berlaku PRU. andai DSNR bentang bajet bulan 10,11, 12 adakah tanda akan berlaku PRU? tidak sama sekali, Najib seorang "pemanipulasi" sejak tahun lepas dan awal tahun anda semua dimomokan dengan gendang PRU. Tokjib kata akan bentang pada 28.9.2012 kalau anda lihat kelander 28 tu hari ape? tahu dah? tinggal 2hari saja untuk 1.10.2012. tiada bezanya pun kalau bentang pada bulan 10. apakah semua orang orang pakatan rakyat pergi haji? bagaimana pula pengundi umno yang pergi haji? pelik pelik perangai pemimpin PAS ini.Apa hendak dibimbangkan wahai hadi, andai dah takdir kata kalah adakah tidak rela takdir Allah?

Tujuan bentang bajet awal dari bulan 10 seperti sebelumnya.

1. bagi membolehkan kerajaan mempunyai masa untuk bersidang mengenai bajet tersebut.
2. ingin melihat maklumbalas rakyat tentang bajet yang dibentang, supaya mudah untuk diperbaiki

SPR
SPR akan melancarkan semakan daftar pemilih selama 1bulan dan mungkin bakal dilanjutkan sehingga hujung tahun untuk mendaftarkan pemilih yang masih belum mendaftar.dalam masa yang sama SPR akan membersihkan daftar pemilih.

Kemungkinan PRU bukan pada bulan 9, sudah cukup sudah rakyat dimomokan dengan tilikkan para pemimpin ini. cuba anda fikir apakah berbaloi untuk DSNR umumkan bajet dan kemudian umumkan pula PRU sebelum Hari Raya Haji?. saya mohon anda semua pertimbangkan senario ini

andai PRU diadakan dalam tahun ini pasti ayat ayat ini akan keluar dari mulut mereka yang sentiasa busuk hatinya

1. BN menang sebab daftar undi tak telus
2. Pengundi Hantu
3. BN membazirkan wang rakyat sepatutnya tunggu selangor bubar DUN

andai tahun depan PRU

1. ala SPR aritukan sibuk daftarkan pengundi, tu import pendatang jadi pengundi ditambah undi pos semua undi BN susah kita nak menang
2. mereka rasuah rakyat dan takutkan orang melayu

lain lain anggapan pandai la anda sendiri fikirkan :)

tak lama lagi ramai orang melayu khususnya akan demam BOLA maka bertambahlah demam orang melayu dengan PRU Hari Raya, Raya Haji

oleh itu janganlah difikirkan sangat bila PRU 13 akan berlansung, fokuskan matlamat hidup kita seharian dan mendatang demi agama dan negara

insyaallah










p/s teropong saya pru13 tahun depan, sbb najib nak selesaikan isu-isu dan memberi fokus kemajuan rakyat dan negara dismping menjimatkan perbelanjaan PRU sekali dengan selangor.. andai Allah tukarkan hajat najib pada hujung tahun bulan 11,12 siapa dapat melawan takdirnya ;)