Salam Syaawal dan Salam Hormat
Dalam beberapa bulan lepas heboh dikatakan china akan meneruskan pembinaan terusan dikawasan segenting kra bagi memudahkan laluan perkapalan yang mana sedia maklum akan melalui selat melaka sebelum ke china jepon taiwan filipina.
Projek terusan ini telah lama di ilhamkan namun mendapat tentangan dari singapura dan kegusaran ini turut dirasai oleh US, singapura selaku sekutu kuat US di asia tenggara amat ambil berat akan pekara ini kerana memberi impak ekonomi kerana ia sebuah negara yang menjalankan bisnes trading
Terdapat juga para blogger wujudkan teori yang mana tanah melayu menjadi pulau berdasarkan perkiraan diri sendiri. suka saya nyatakan disini, apa jua imiginasi blogger tersebut tidak akan berlaku kerana segenting kra dan tanah melayu terletak dalam satu kawasan petas (kerak/plak), pembinaan terusan tidak memotong plak tersebut, sepertimana terusan panama adakah ia memisahkan benua amerika dan amerika latin? lansung tdak sama sekali.
TDM dan para think tank beliau telah nampak akan kebaikan perkara ini. lantas mewujudkan IMT-GT (indonesia, malaysia thailand- growth traingle) pekara ini mendapat sepakatan antara ke tiga negara tersebut.
Pada masa tersebut, TDM telah mewujudkan projek 2020, ia adalah pemangkin pembangunan negara, rancangan fizikal negera telah dirangka bagi memudahkan projek ini berjalan, tertapi malangnya projek 2020 terhenti apabila era paklah projek di namakan semula kepada berberapa nama projek koridor utara selatan, pantai timur,score. dan berlaku cubaan monopoli oleh orang orang tertentu berkepentingan politik dan wang.
Projek 2020 sepatutnya dibiayai melalui skim initiative pembiayaan persendirian dan bukannya PFI (private finace initiative) yakni melalui pelaburan asing dan umum mewujudkan bon, sukuk,ipo bukan itu maksudnya. Pembiayaan persendirian ini datangnya dari dana dana pelaburan tanah melayu sebelum merdeka melalui aset raja raja melayu tidak sedikit pun menggunakan wang rakyat, mungkin pembaca pernah baca dana raja melayu, tabung amanah dan pelbagai nama lagi didalam alam maya ini.
Blueprint RFN (rancangan fizikal negara) telah dirancangan seperti lebuhraya central spine road, pantai barat, pantai timur, highspeed train malaysia thailand asia dan rangkaian pengangkutan bagi menyokong jaringan pengangkutan darat, jambatan malaysia sumatera dan jambatan ketiga malaysia singapura ke pulau bantam seterunya mungkin ke pulau java indonesia.
Malangnya projek 2020 ini berlaku seperti tidak dirancang teliti oleh TDM, dimana diera DSNR kerajaan telah menyerahkan tanah ktm di singapura, termasuk juga pembatalan jambatan bengkok di era paklah, pembatalan jambatan ini satu kerugian buat negara dimana ia memberi kelebihan kepada singapura untuk terus menerus menambak laut diselat teberau kerana arus laut tersebut mati. ruginya kepada negara apabila pesempadanan semua negara berlaku, dimana singapura akan mendapat lebih luas kawasan dan tidak mustahil ia akan mendapat tanah diselatan johor.
DSNR ternyata pro US dan amat tunduk dengan singapura, sehingga projek highspeed train hendak mula sambung ke singapura, jika syarikat malaysia mempunyai kepentingan projek 60-70% tidak mengapalah sebab projek malaysia tapi lain yang berlaku sepertimana pembangunan tanah ktm di singapura.Ini turut mengundang rasa tidak puas hati TDM, maka terjadilah sepertimana hari ini serangan berterusan TDM kepada DSNR.
Oleh yang demikian dalam misi melaksanakan projek terusan kra isthmus, china telah pun melakukan kerja kerja penambakkan pulau di spartly disekitar pulau terumbu mischief bagi menempatkan sistem radar kapal perang,kapal terbang dan landasan kapal terbang serta kelengkapan logistik yang lain. nampknya china memang agresif bagi persediaan jika berjayanya projek terusan tersebut.
China amat berhati hati dalam rancangan tersebut kerana US cuba menekan malaysia untuk bertapak di sabah serta mencipta satu zon tidak selamat di segenting kra dan kepulauan mindano. filipina cuba membuat provokasi menuntut sabah melalui bantuan US.
Ada berkemungkinan projek terusan tidak berjaya kerana kos tinggi dan jangka masa panjang 10-15thn, namun sebaliknya jika diikutkan rancangan think tank TDM membina pelabuhan darat dan tempat kapal berlabuh bagi pantai barat dan timur segenting kra tersebut. ia akan disambung melalui sistem keretapi atau sistem "automated guided vehicle" semacam keretapi membawa barang. melalui cara ini impak alam sekitar dikawasan tersebut dapat diminimakan. faktor mukabumi bergunung bukit serta kepadatan penduduk perlu diambil kira dan belum lagi kawasan sensitif bagi pihak keselamatan thai seperti hutan simpan,tadahan air, jaringan tenaga.
Jika projek 2020 berjalan mengikut jadual malaysia mampu membangunkan kawasan segenting kra sekaligus memadamkan impian china membina terusan tersebut.namun malaysia perlu menjadi pelopor pembangunan IMT-GT.Ia bakal memberi impak yang besar, apabila wujudnya pelaburan darat serta dilengkapi pusat penapisan penyimpanan minyak, loji loji petrokimia dan dihubungkan sistem rel ke negara asia sekaligus dapat mengurangkan kehadiran PLA china dikawasan spartly dan tidak sewenangnya menceroboh ke wilayah malaysia di sabah dan sarawak.
Sebenarnya terdapat pelobi zionis didalam kerajaan china bagi mewujudkan ketegangan di spartly, hasil dari campurtangan tersebut dapat memberikan kelebihan kepada US untuk melobi negara negara yang menuntut sebahagian pulau pulau tersebut.malaysia dibawah era DSNR amat tertekan dengan pihak US.jika DSNR mengikuti gesaan TDM untuk bersara lebih awal ada peluang untuk menyelamatkan FELDA,MAS, dan dana awam yang lain. ini kerana TDM diberikan mandat menjaga dana tersebut. bukan bermakna TDM menjaganya tapi pemegang amanah memberi peluang TDM membantu urus tadbir dana itu sahaja.Masa TDM tidak banyak, malaysia perlu sedia kehilangan negarawan tertapi sebagai manusia saya hanya mampu memahami sedikit bahasa alam dan berserah semuanya atas takdir Allah sahaja.
Apa yang perlu Malaysia lakukan
Kerajaan seharusnya mengambil pendekatan kongsi bagi meredakan ketegangan dengan china,walaupun rugi kita masih ada peluang kongsi hasil dengan china, atau terus rugi seperti vietnam dan filipina dimana PLA china menzahirkan secara fizikal di terumbu rebutan spartly.DSRN tidak seharusnya tunduk dengan para pelobi singapura melalui ahli politik kerajaan,NGO dan pembangkang ataupun lebih baik DSRN berundur dari jawatan maka semua isu isu berkaitan beliau dapat diatasi serta tidak selamanya diberikan reputasi buruk oleh rakyat media tempatan dan antarabangsa.
Kerajaan seharusnya tegas membuktikan kehadiran fizikal di terumbu patinggi ali, jangan menghantar nota bantahan sahaja tertapi wujudkan kehadiran kita, jika tidak pasti PLA akan menduduki pulau terumbu tersebut.perkara sama ini perlu dilakukan kepada pulau,terumbu lain milik malaysia.
Kelebihan IMT-GT
1.Memberikan kelebihan ekonomi diutara malaysia disamping meningkatkan ekonomi umat islam di aceh dan kawasan melayu di segenting kra.
2.Apabila ada kemajuan di segenting kra, ia memberikan kestabilan ekonomi dimana rakyat selatan thai tidak perlu lagi bergantung harap pada pihak thai.
3.Penguasaan ekonomi oleh singapura dapat dikurangkan, dimana kargo boleh terus dihantar menggunakan keretapi.
4.Vietnam akan juga mendapat tempias ekonomi bilamana bahagian selatan vietnam bole jadi pusat perkapalan dan loji-loji petrokima.
Faktor halangan
1.Antara cabaran dikenalpasti cubaan campurtangan US melalui TPPA
2.Cubaan mewujudkan konflik di kawasan burma loas dan kemboja
3.Mempengaruhi dan mewujudkan konflik di Malaysia.
Adakah ia mengancam selat melaka?
Memang ada sedikit kesan keatas pelabuhan klang,tanjung pelepas. ia akan memberi ruang kepada selat melaka sebagi pusat pelancongan dimana kapal kapal persiaran boleh melalui tanpa berebut dengan kapal dagang dan kapal dagang yang hendak ke australia new zeland masih melalui selat melaka, kapal dagang bersaiz mega masih boleh transit barang dipelabuhan sumatera barat ataupun melalui selat sunda ke pelabuhan tanjung pelepas. dan barang tetap boleh dihantar kepada pelabuhan klang melalui jalan darat dan laut.
Kesan kepada Rapid Pengerang
Jika berlakunya terusan atau inland port, malaysia boleh mencari cara dengan mewujudkan transfer pipeline dari depoh simpanan di sumatera terus ke rapid pengerang. untuk makluman, kapal kapal tangki kategori super ultra tanker masih melalui laut sunda untuk ke selatan
Saya secara menyeluruh amat sokong projek 2020 kembali berjalan seperti dirancang sekaligus kita ada kelebihan timbangtara dengan china, jika berjaya mengusai segenting kra terlebih dahulu, sudah pasti pihak thai berkerjasama baik dengan malaysia, kerana ia mendatangkan peluang ekonomi negara tersebut.sekurang kurangnya meredakan aktivi china di laut china selatan.
Malaysia punyai masa 5 tahun saja lagi sebelum 2020, berjaya atau tidak kita lihat saja jalan yang di pilih pemimpin negara ketika ini, dimana visi dan misi tidak menyeluruh kepada masyarakat hanya lebihkan rank dan persepsi umum mengenai negara berpendapatan tinggi.
Akhir posting, orang melayu perlu bersatu supaya tidak hanyut di bumi sendiri,melayu bukan pendatang dari indonesia tapi sebaliknya tanah melayu adalah motherland bagi orang melayu di nusantara ini.percayalah rezeki datang dari Allah,kite usahakan dengan baik insyaallah menjadi milik kita.
sekian
26 julai
10 syaawal
TDM = tun dr mahathir
DSNR = Dato seri najib razak