Friday, February 13, 2015

Ketentuan




Salam hormat semua,bersua kembali....


Bercerita mengenai takdir adakalanya perlukan pemahaman yang tinggi dan nampak mudah namun ia ada kerumitan jika tidak mengikut cara sesuai.

Setiap apa dimuka bumi dan seisi langit telah ditetapkan peraturan. kali ini saya cuba menerangkan secara ringkas mengenai ketentuan serta bagaimana menjadikan ianya terbaik buat kita semua


1.Apa jua hidupan ada kitaran dan ada waktu kelemahan
2.Waktu kelemahan itu biasanya terjadi hampir dengan tarikh lahir, kemalangan, bencana, penyakit yang mungkin membawa kematian
3.Kita semua hidup diatas ketentuan dan disetiap ketentuan itu diberi pilihan, disini gunanya akal fikiran didalam memilih sesuatu perkara.

Apa tool yang perlu kita gunakan didalam menentukan pilihan kita diatas setiap ketetapan?

SOLAT

Ia adalah membawa kita kearah lebih baik, kerana apa? didalam solat ada bacaan surat pemula @ pembukaan yakni AL-Fatihah, disini terletaknya rahsia solat dan didalam bacaan tersebut bermaksud tunjukkan kami jalan yang lurus yakni jalan jalan yang Engkau telah kurniakan nikmat dan bukan pula jalan yang Engkau murkai.

Hidup ini tak semestinya lurus adakalanya ada pasang surut, maka solat ialah penyelesaiannya.jadi selain solat wajib Allah beri lagi cara reset jalan jalan ketetapan tersebut dengan solat hajat

Allah bagi lagi satu solat yang istimewa yakni solat tasbih, jikalau pernah melakukannya maka setiap sesuatu perkara yang tidak betul dilakukan seolah olah mendapat perhatianNYA. dan kita berasa bersalah dengan tidakkan tersebut.solat ini semacam talian terus kepadaNYA

DOA
Dibumi tanah melayu ini terdapat ramai manusia diberikan taraf ikhlas didalam hidupnya, disini adanya guru yang mampu menyampai ke baginda nabi muhammad s.a.w, sebab itu kita perlu cari guru agar dapat membimbing apa apa jua tindakan. jikalau anda semua diuji dengan macam macam perkara pelik, maka berlapang dadalah serah saja kepada Allah, kosongkan hati pasrah insyaallah beroleh kebahagian.

Akal Fikiran
Apabila perkara diatas dilakukan dengan baik dan jaya maka disini letaknya AKAL fikiran untuk penakulan sesuatu tindakan, seperti seorang pemain catur, selangkah gerakan buah lawan, telah wujud 10 kemungkinan langkah balas difikirkan.

Namun ada satu perosak untuk setiap aliran kerja diatas yakni

HATI PERASAAN(nafsu)
Didalam daerah ini wujudnya gangguan syaitan dan kecelaruan antara keperluan ataupun kehendak, ramai yang tewas disini, sekaligus mendorong kita melakukan kesilapan.

Untuk counter hati, kita perlu tegaskan dalam akal fikiran supaya dapat mengawal emosi tidak terjebak dengan penakulan hati(nafsu). jika mampu puasa sunat,ia akan membantu melembutkan hati.
Melalui perasaan ini juga menyebabkan malaikat tewas dalam cubaan menjadi manusia.

Jadi proses kerja ini tetap berulang ulang sehingga matinya manusia.

Zikir dan membaca,mendengar Alquran
ia adalah antivirus membantu diri agar terhindar dari perkara tidak baik, biasanya ia perlu di update dari semasa ke semasa, dengan rajin melakukanya.

Tawakal
diperingkat ini kita serahkan 110% yakni 10% itu kita ikhlaskan diri untuk serah segalanya kepada Allah.

Setiap ketentuan boleh diubah kecuali ajal maut jodoh, walaupun rezeki seseorang telah ditentukan sebelum dilahirkan, namun melalui tawakal dan usaha kita pasti akan diberikan ganjaran baik, mungkin ada diantaranya pernah mengalami keadaan pelik berjumpa sesorang entah dari mana, menyapa mendoakan anda.. anggap saja rezeki Allah pasti ada kebaikan yang tidak kelihatan pada mata zahir.

Masa adalah sesuatu yang amat misteri mempunyai ruang lingkup amat luas(infiniti), semua didunia ini berkaitan dengan masa, jika anda mampu menyelami keadaan semasa dengan bantuan alam atas ehsan Allah, saya percaya semua akan mendapat kebaikan

Pada tahun ini dan mendatang kalian semua bersedialah untuk pengakhiran permulaan fasa kehidupan baru, lengkapkan keperluan diri dan sekitar kita dan fokus. tiada siapa dapat bantu kita selagi mana kita tidak berusaha mengatasi permasalahan.saya telah pun memberi klue apa yang berlaku pada posting terdahulu

Dibumi tanah melayu sungguh dirahmati dimana setiap hamba Allah yang baik amalnya pasti alam dan seisi langit bersedih akan kehilangnya kenapa saya katakan bergitu? kerana mereka tak dapat nak sharing berkat pahala umat manusia beramal soleh, mereka lah akan menjadi saksi kebaikan kita, seperti mana kita berjalan naik kereta pergi ke majlis ilmu sekolah universiti atau apa apa tujuan baik pasti dirahmati.

Takziah kepada Tuan guru Nik Aziz, semoga Allah membantu memudahkan urusan beliau didalam perjalanan kehidupan dialam barzah sebelum ke alam akhirat.berbahagialah sesiapa anak murid beliau.


Sekian

mas airasia firefly

Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu



No comments: