Thursday, November 20, 2014

Krisis Halal : GMO




Salam Hormat


Bercerita pasal makan pasti semua orang suka lepak lepak dan makan tapi adakah kita bersedia dengan lambakkan produk produk yang mengandungi bahan bahan terlarang, didalam konsep halalan toyibban, halal bukan bermaksud binatang tumbuhan yang halal dimakan sahaja bahkan ia bermula dari awalan proses kitaran menjadi makanan. GMO adalah suatu kerisauan tentang masalah mendatang.

Apa itu GMO
ia adalah geneticlly modified organism yakni gen sesuatu tumbuhan haiwan serta bekteria kimia digabungkan kedalam satu DNA gen untuk menghasilkan produk bermutu tinggi sebagai contoh pokok jagung, dimana DNA jagung diubahsuai melalui kejuruteraan genetik dimana memberi kerintangan kepada penyakit, haiwan perosak serta mampu menghasilkan baka bermutu tinggi.


Kesan kepada manusia.
secara ringkasnya GMO boleh mendatangkan kesan kepada pengamal makanan tersebut, walaupun jumlahnya sedikit tapi lama kelamaan ia memberi mudarat kepada kita. disamping tidak tahu DNA apakah yang disuntik kedalam gentik sesuatu haiwan dan tumbuhan tersebut.

1. memberi kesan sampingan kepada kesihatan
2. memberi kesan kepada haiwan tumbuhan
3. memusnahkan sistem rantaian makanan haiwan
4. mengakibatkan pencemaran toksin hasil dari bahan buangan yang mengandungi bakteria bahaya kepada persekitaran

Apa kerajaan perlu lakukan.

1. Mewajibkan produk produk GMO dilabelkan ataupun lebih tepat lagi haramkan kemasukan produk GMO tersebut.
2. Membuat testing terhadap apa jua produk makanan yang masuk ke malaysia
3. Menetapkan syarat ketat terhadap produk GMO seperti negara EU dan negara lain

Didalam hal ini kerajaan perlu memantau pelbagai produk dan menetapkan syarat ketat setiap makanan perlu melalui ujian sebelum dipasarkan, anda semua tentu arif dengan lambakan makanan produk dari china yang diragui status hal dan kandungan bahan tersebut, sebagai pengguna anda semua harus bijak dan perlu boikot produk diragui status halalnya.

Anda semua boleh lihat kesan kesan GMO kepada manusia, sila google sahaja kalau anda kata mengarut sila buat cross ref terhadap penilaian perubatan yang dikeluarkan

GMO juga adalah satu senjata untuk mengawal jumlah penduduk dunia, disamping memberi nilai tambah kepada perubatan yang terhasil dari kesan GMO terbabit. USA adalah negara yang paling kerap membuat perubahan terhadap gen DNA baik haiwan dan tumbuhan.

Didalam doktrin NWO, jumlah penduduk dunia perlu dikawal bagi keseimbangan makanan, penempatan, ketenteraan, nampak macam tidak berhubungkait tertapi ia bertindak pelahan.

Amerika selatan dan afrika adalah tempat ujikaji makan dan penyakit, salah satu contoh Ebola ia suatu virus yang diubah genetiknya serta memberikan kesan kepada sistem pertahan darah putih manusia.

Apa beza GMO Dan Konsep Konvensional.

Dalam konsep konvensional crossbred dilakukan sesama haiwan mahupun tumbuhan yakni bersamaan katakanlah lembu baka kedah kelantan(KK) di kacuk dengan lembu baka brahman, ia masih lagi mempunyai genetik lembu. berbeza dengan GMO, DNA genetik haiwan terbabit di tambah ataupun dibuang serta dimasukan dengan genetik dari haiwan lain seperti babi disamping bakteria tertentu.

Akhir posting, kita sebagai pengguna harus bijak didalam memilih makanan kerana melalui makanan ia menjadi darah daging, jika ada yang haram maka api neraka adalah tempatnya untuk disucikan. kerajaan harus memandang serius hal berkaitan halalan toyibban.

Sekian terima kasih

No comments: