Wednesday, March 20, 2013

BattelArena 2






Salam hormat kepada semua pembaca budiman lagi bijaksana

Nampaknya perkiraan untuk PRU13 pada bulan ini tidak mungkin atau mungkin terjadi, isu lahad datu menjadikan DSNR pening seketika tatkala jadual asalnya pada bulan ini.saya pun masih menanti dan membuat perkiraan, sebaik baik perancangan manusia, hanya Allah saja lebih baik tepat dan Maha tahu bila waktu sesuai untuk gerakkan hati DSRN dalam menjalankan PRU13 akan datang.dan telah diberitakan bahawa DSNR telah menghadap YDPA untuk mendapat perkenan pembubaran parlimen, tunggu sajalah pengumuman akan dibuat.

Sebelum meneruskan posting berkenaan game lahad datu, saya ingin menyentuh mengenai pekara yang menjadi perbualan hangat yakni Projek IC

Sewaktu TDM menjadi PM, beliau sedar akan permasalahan keluar masuk rakyat filipina ke sabah dimana waktu itu orang melayu selatan filipina amat berhubungkait dengan sedara mara di sabah, perkara ini juga menjadi masalah di utara semenanjung malaysia. dengan kebanjiran tidak terkawal warga filipina maka TDM mengarahkan penyelesaian "projek ic". projek ini bukan dibuat untuk memberi undi kepada BN tapi demi kelansungan hubungkait persaudaraan diantara kedua negara . TDM sedar jika tidak dilakukan sesuatu pasti perkara lebih buruk akan terjadi.diakui perkara ini memberikan kesan kepada negara namun TDM tiada pilihan lain ketika itu kerana kekangan kewangan, modal insan serta kelengkapan pengawasan maritim seperti bot peronda terhad dan uzur.

Anasir luar seperti CIA melalui tentera filipina antara sebab ramai orang-orang islam filipina lari ke sabah, yea suatu masa dahulu memang sabah dibawah pemerintahan kesultanan sulu. tapi sekarang kesultanan sulu itu sendiri dipertikaikan kerana lebih dari seorang individu mendakwa beliau adalah sultan yang sah, dan dalam pungutan suara melalui suruhanjaya cobbold 1963 sabah, mereka ingin menyertai persekutan malaysia bukan dibawah kuasa sultan sulu mahupun kerajaan filipina itu sendiri.

Nampaknya ramai tidak faham akan taktik peperangan, penggunaan jet, kereta perisai, mortar adalah satu cara awal untuk memasuki kawasan musuh, tatkala mempertikaikan kenapa jointforce menggunakan aset sedemikian untuk berhadapan dengan sekelumit musuh, cuba anda semak cara perang US di vietnam, sebelum askar US menjejaki askar vietkong, mereka bom dahulu dan "spary" mesingun dihala kesasaran. 7batalion askar digunakkan bukanlah untuk semua memburu tapi diagihkan kelokasi lain bagi backup kepada kumpulan barisan hadapan. ada mengatakan kenapa tak hantar kereta perisai? anda sendiri melihat akan keupayaan persenjataan penceroboh yang dilengkapi RPG, andai serang hendap berlaku sudah tentu kemusnahan atau kerosakkan aset pertahanan negara. setiap tindakan perlukan kefahaman mengenai sesuatu pekara.

Sulu, kerajaan filipina adalah "Pawn"

Ada perkara lain disebalik pencerobohan, jika anda menilai pembacaan berita diluar negara, filipina vietnam adalah dua negara dimana kerajaan china amat geram, baiklah saya tumpukan di filipina. perebutan pulau scarborough shoal gugusan spartly adalah antara penyebab cubaan campur tangan zionis US di asia tenggara, telah berlaku beberapa siri ketegangan dipulau terbabit. untuk campur tangan sesuatu isu mesti diwujudkan, sewaktu askar US dan filipina menjalankan operasi ketenteraan di kepulauan mindanau, mereka telah mengumpul risikan tentang keupayaan orang orang selatan ini. US tidak sekali mengulangi sejarah hitam vietnam didalam menentang gerakkan gerila, ia akan memberikan kekalahan kepada mereka.


Sultan tipu ini dihasut untuk memberontak serta menuntut sabah dari malaysia, filipina sedar untuk berhadapan malaysia dari segi ketenteraan adalah amat sukar, dan malaysia sendiri boleh remote penduduk selatan mindanau untuk melawan kembali filipina, sudah tentu akan mengakibatkan kelumpuhan kepada kerajaan filipina jadi dengan isu perebutaan pulau di gugusan spartly Us zionis menawarkan ubat kepada filipina " jika sultan tipu ini berjaya dalam misi merampas sabah, kami akan tolong anda berhadapan china"
kerajaan filipina dilihat amat lemah dimana tidak mampu mengatasi masalah dalaman negara terbabit. banyak tidak tanduk mereka seperti merelakan pencerobohan, media filipina sendiri memainkan peranan didalam penyampaian berita palsu. syabas kepada pasukan PDRM ATM kerana tidak membenarkan wartawan membuat liputan menyeluruh, jika dibenarkan sudah tentu spin cerita akan berlaku.

Jika anda perhatikan kelengkapan senjata penceroboh banyak terdiri dari senjata keluaran US, jadi pembiaya kelengkapan ini sudah tentu dari mereka. kenapa saya kata dari mereka? ok setiap kerja jenayah ada profile masing masing, pasukan tentera MNLF yang dipimpin oleh Nur misuari pernah mendapat latihan ketenteraan dari kerajaan filipina general Musa dibantu oleh US. Malaysia reject nur misuari kerana kebebalan serta tambak haloba setelah diberikan jawatan didalam kerajaan filipina, maka tergantunglah rundingan damai dan dalam masa yang sama puak MNLF ini memusuhi MILF agaknya dah memang sikap melayu, mesti tak sebulu dan suka bergaduh, tak percaya? baca kembali sejarah melayu dimana peperangan kerajaan antara saudara mara melayu sentiasa berlaku itu adalah bukti hujah saya ini. Malaysia sebagai negara membangun amat khuatir akan perkembangan selatan filipina ini. jika berlanjutan ia akan mengakibatkan kemerosotan ekonomi kepada sabah dan impaknya pendapatan negara berkurangan.justeru malaysia perlu mendamaikan saudara seagamanya jika berjaya sudah tentu memberikan kemakmuran diselatan filipina tersebut, sekaligus mengurangkan kemasukan warga selatan filipina ke sabah.Seperti yang keluar didalam berita dimana kerajaan melalui jabatan imigresen telah memperketatkan kawalan kemasukan warga selatan filipina ke malaysia, sememangnya memberikan kerugian kepada warga selatan filipina, jika sebelum ini bebas keluar masuk, maka kebebasan itu kini terhad.

US memang mencari ruang untuk masuk ke asia tenggara, memujuk malaysia adalah sukar bagi mereka, walaupun malaysia ada ketegangan di pulau pulau yang diduduki malaysia, namun malaysia masih mampu mengarahkan kapal peronda china untuk beredar dari kawasan yang diduduki. malaysia telah mengambil langkah selamat dimana membuat diplomasi dari segi ekonomi dan politik dengan china oleh demikian ia memberikan sedikit kelebihan kepada malaysia. jika anda lihat cara vietnam dan filipina memang tiada diplomasi dan kerana itu china amat anti kepada dua negara ini. pihak tentera merah telah menghalakan peluru bepandu balistik kepada dua negara ini.



Sumber Asli

Mungkin ada diantara anda telah membaca tentang kisah kisah emas kesultanan sulu, kononya pencerobohan ini berkaitan dengan emas, ahh jangan buat lawak konon emas kesultanan sulu ini terlalu banyak, rizab emas terbesar ada disemenanjung tanah melayu ini. Fort Knox dikatakan disimpan emas yang banyak pun mana ada, sikit sangat sahaja dalam tu, zionis telah tipu kita semua dimana nilai dolar tiada bersandarkan emas sepenuhnya. kalau betul emas sulu ada di sabah, mengapa perlu bersenjata untuk mengambil emas tersebut, buatlah perancangan yang teratur tak boleh ke? di sabah jumlah rizab emas adalah 30tan metrik bersamaan RM227 juta bukan itu saja bahan mineral lain seperti tembaga Ferum nikel, emas hitam cukup banyak adanya dan nilainya billion ringgit. itulah saya katakan sebelum ini melayu kadangkala terlalu tamak. kawasan kepulauan sulu ada rizab minyak tertapi tidak dapat digunakan oleh kerana faktor sekitar politik dan permusuhan dikalangan puak puak terbabit. Memang saya ada dengar dan berjumpa dengan seseorang yang mendakwa beliau caretaker persekutuan malaysia dibawah pentadbiran raja raja bahawa kita ada tabung kewangan diraja, emas emas yang ada, adalah kepunyaan kerajaan melayu berlegar legar didalam dunia ini, pernah dengar dimana bekas sultan yang mangkat ingin ke china, dikhabarkan untuk melihat emas yang ada, paling last didengar emas tersebut ada di shanghai. itulah yang menjadikan china amat bertolak ansur dengan malaysia, suatu ketika dahulu pusat niagaan hadapan di singapura(CLOB) telah ditutup dengan bantuan puak triad yang berpusat di hongkong shanghai melalui bantuan kewangan,CLOB cuba berfungsi sebagai BSKL untuk malaysia, jahat betul game zionis kan...jika anda membaca posting srikandi difacebook dibawah tajuk "Social Engineering" mungkin memberi anda petunjuk.

saya berikan petunjuk mengenai jumlah emas kerajaan melayu yang banyak dan anda fikirkanlah
1. bahan mentah emas dibawa dari timur jauh di mount ophir
2. dalam hikayat gunung ledang yakni jambatan emas

ESSCOM

Mewujudkan pusat kawalan bersepadu di sabah adalah langkah yang amat baik, ini bertujuan sebagai langkah pencegahan awal jika pencerobohan ini berterusan. apa yang penting didalam ESSCOM ialah, ahli jawatankuasa anggota perlulah dari mereka yakni ATM atau POLIS, ini bagi menjamin segala gerak kerja tiada dicampuri oleh orang orang politik. saya amat berharap kerajaan memberikan tumpuan dikawasan berhampiran pulau pulau kecil dengan sabah, bahkan mengharapkan kerajaan membina chekpoint dilaut dilengkapi sistem radar, senjata, bekalan air elektrik dengan cara tambak benting pasir yang sedia ada

Indonesia

Negera yang selalu menyimpan perasaan benci terhadap bangsa serumpun dan seagama ini sentiasa dimomokkan bahawa malaysia ini maling, kalau dilihat komen-komen warganya banyak penuh cacian dan tidak berfakta didalam menyampaikan pandangan, dikhabarkan bahawa pihak TNI juga meningkatkan kawalan sempadan, bagi mengelak kemasukan pengganas terbabit, pihak Zionis kini sedang melobi dan membuat perancangan bagaimana cubaan mengheret indonesia didalam konfik ini, kegagalan kiram didalam meminta bantuan ketenteraan, menyebabkan mereka mencari cara lain.

Krisis spratly adalah punca utama zionis untuk hadir di asia tenggara, dan filipina adalah mangsa sesuai untuk gunakan untuk menghadapi malaysia, zionis tidak memilih vietnam kerana jumlah penduduk islam tidak ramai dan thailand tidak boleh dijadikan medan peperangan sebaliknya laluan ke semenanjung, saya berharap pihak ATM menambah kekuatan anggota diselatan thai, kerana ia akan digunakan dalam game zionis terhadap malaysia. kelebihan sumber asli menjadi idaman oleh mereka, seharusnya digunakan dengan lebih baik, bukan jadi seperti pak arab yang suka bergaduh dan berpuak puak. mereka tahu sikap ganas orang selatan filipina ini boleh dijadikan senjata melawan malaysia, malaysia sebagai sebuah negara yang dipimpin oleh orang islam sudah tentunya tidak mahu membunuh saudara seagama, ternyata mereka benar-benar menguji kerajaan malaysia, anggota keselamatan diperlakukan kejam terhadap jasadnya, mereka juga menggunakan tangkal didalam menghadapi pasukan keselamatan malaysia, namun itu adalah sia sia.


Sesungguhnya zionis sedaya upaya menjadikan asia tenggara ini bergolak, dan ada juga mengatakan kejadian  di lahad datu ini sebagai pertunjuk kebangkitan islam dari timur, bentuk sabah yang semacam kepala anjing dikatakan memberi isyarat mengenai gerakan zionis di timur ini, mungkin yea dan mungkin tidak, apa yang penting sekarang ini perkukuhkan amalan kita serta eratkan tali persaudara islam, itu lebih penting dan jangan ulangi sejarah lampau melayu sekali lagi, adakah kita semua mahu mengulai kesilapan semasa zaman nabi nuh dan mempersiakan perjalanan pulang sebahagian anak beranak nabi pulang ke tanah dijanjikan ini yang penuh getir, mengharungi gurun, salji, belantara lembah lurah bukit gunung ganang semata mata membina kembali zaman kegemilangan dan tidak menghargai nabi ibrahim didalam mengeratkan kembali hubungan kekeluargaan islam  fikirkanlah semua..

Sebagai umat muhammad s.a.w kita harus bersatu menentang perkara yang tidak benar, dengan ilmu fakta doa dan tawakal. janganlah kita tepengaruh seperti segelintir orang melayu didalam satu acara yakni Himpunan kedaulatan melayu akhir zaman berkenaan pembatalan sihir demokrasi, pada pandangan hati saya.. tiadalah sihir pun, cuma sikap orang melayu itu sendiri yang menjadi punca Islam dan umatnya mengalami perpecahan serta tidak sefahaman didalam sesuatu isu, hentikanlah perkara karut marut didalam masyarakat melayu supaya tidak terpesong generasi muda hari ini.kalau benar ingin menjadi sebahagian dari tentera Allah dibawah pimpinan imam mahadi, kembalilah kepada ajaran yang sebenar, ingatan ini juga saya sematkan dalam hati supaya dapat bersama sama mengembalikan kegemilangan islam pada masa akan datang.

Semoga kita semua terselamat dari perancangan zionis pada ketika ini.


Bersatu teguh, Bercerai roboh

biarlah roboh kota melaka namun jangan roboh iman kita kepada Allah

InsyaAllah 

Sekian





6 comments:

Siti Najwa said...

first time baca pasal emas kerajaan melayu yang berlegar-legar ke serata dunia. eh? kerajaan melayu eh? bkn kerajaan malaysia?

more amusing. hehe

sal said...

Salam Org2,

Tulisan yg baguss..Sya pun tetanya2 bekenaan sihir demokrasi.
X adanya sihir demokrasi cuma sikap bangsa kita aja yg suka berdengki2 dn berbantah2.
Kalo camana sistem pun terbaik pun dijalankan dalm kejaan kita..kalo hati manusia2 di dalam negara tu x baik x akan baik jugak..kan Org2.. ;)

Anonymous said...

...emas tersimpan oleh "penjaga" yg sangat amanah di sebuah tempat d SABAH...

p/s: kita semua di"game"kan...

Anonymous said...

Salam,,

x ada artikel terbaru ka orgOrg?

. said...

..

Proses proses terakhir untuk menzahirkan berlian yg gilang kemilau sinarnya..
keras amat sifatnya..

Buat bangsa yang satu ini,saat 'itu' hampir pasti tibanya.

OrgOrg said...

ia kerajaan melayu dulu kala, dan gov sekarang hanya mengurus sahaja

tidak dinafikan mmg ade emas cuma belom masanya..

tq