Friday, April 19, 2013

Battel Arena 3




Assalamualaikum dan salam hormat kepada pembaca budiman, maaf saya lambat membuat posting baru, sesungguhnya bila seseorang insan ingin berubah ke arah kebaikan dia pasti diuji, saya diuji dengan hal-hal dunia yakni penyakit yang melanda pada emak saya. tapi tidak mengapa ia adalah sebahagian dari kehidupan.sebagai insan kita kena berserah kepada Allah yang ESA.

Bubar parlimen sudah, pelbagai tarikh berkaitan pru pun sudah diumumkan, paling utama jalankan tanggungjawab anda mengenai pilihan hati anda. sebelum anda membuat pilihan izinkan saya cuba merungkai pelbagai perkara sedikit sebanyak memberi impak pada parti pilihan anda.

Hmm jika masih mengundi maka kita masih terperangkap dalam sistem fitnah yang amat dahsyat, bagaimana pula jika tidak mengundi? anda pun pasti dipersoalkan juga.. sistem yang ada ketika ini telah perangkap kita semua didalam game amat licik ini.

Apa perlu dilakukan?

Tinggalkan sistem ini, bersatulah atas dasar islam, nescaya kita semua mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. bahkan segala seisi alam akan berdoa untuk keberkatan umatNya yang ada dimuka bumi malaysia pada hari ini.

Pada posting lepas saya ada mengatakan PRU akan berlangsung pada bulan 3 dan sehingga cukup penggal kerajaan sekarang, ternyata ia akan dilansungkan pada bulan mei, dan kerajaan baru akan diwujudkan seawal minggu pertama bulan 6 nanti. ini memberi ruang untuk protes proses PRU akan berlansung.

Kes lahad datu memberi tekanan dan menyebabkan DSNR terpaksa menunda PRU ke bulan 5, ini berlaku setelah berberapa kali mengadap Yang Dipertuan Agong, update kes lahad untuk mendapat pandangan istana berhubung kes sedang yang berlaku .Semasa kes lahad datu berlansung, DSNR telah mengambil kesempatan untuk mewujudkan sokongan rakyat kepada kerajaan.

Pada posting kali ini, saya terpaksa hentam UMNO yang masih tidak mahu sedar akan kesilapan dulu kini dan selamanya, UMNO ibarat pill biru dan team pakatan pill merah. apa itu pill biru dan pill merah.

"you take the blue pill- the story ends, you wake up in your bed and believe whatever you want to believe.You take the red pill- you stay in wonderland and i show you how deep the rabbit hole goes"
-matrix

Ramai fikir bahawa DSA agen zionis untuk New world Oder tapi sebenarnya DSA adalah mangsa keadaan dipergunakan oleh zionis dalam misi untuk menawan malaysia, ini berlaku akibat kesilapan beliau terlalu mengikut hawa nafsu melawan kerajaan sedia ada. dan PRU kali ini adalah medan terakhir peperangan dendam beliau terhadap UMNO.

Bagaimana pula dengan UMNO? ia adalah sebuah parti kebangsaan yang terikat dengan taktik kotor zionis, UMNO gagal untuk keluar dari kemelut penjajahan dimana terus menerus bergantung kepada sistem demokrasi ketika ini.andai berjaya keluar tentu tidak terlambat seperti hari ini. mereka menimbulkan ketakutan kepada orang melayu dengan pelbagai perkara walhal merekalah musang berbulu ayam melahap harta anak bangsa dengan berselindung atas dasar pembangunan.lihat saja kempen yang dilakukan seolah oleh mereka, seolah mereka saja mampu beri macam macam pada rakyat. saudara semua jangan bimbang rezeki Allah yang punya, DIA memberi segalanya dilangit dan bumi percayalah.tidak perlu takut pada UMNO.

Ternyata kini UMNO keseorangan didalam perjuangan untuk terus kekal sebagai parti pemerintah, rakan taulan komponen menjadi gunting dalam lipatan merosakkan UMNO. memang kesian tertapi kebodohan melampau menyebabkan UMNO terus didalam fantasi. kesilapan didalam memahami aspek perkongsian kuasa diantara parti komponen telah membuka kembali jurang antara kaum semakin jauh pada hari ini.

UMNO terjerat atau menjerat?
Umum tahu bahawa undian CEC DAP berlaku penyelewengan dan ROS membatalkan CEC DAP seperti mana yang berlaku pada UMNO, pada pandangan saya. ini sengaja dilakukan oleh DAP didalam membuktikan bahawa UMNO bermain politik kotor, ini akan mengheret suruhanjaya hak asasi dunia serta mafrel (badan bebas pemerhati pilihanraya) untuk mendesak undian semula diadakan. jika ia berlaku maka perlunya diadakan semula undian. Kononya DAP mengubah undi CEC bahawa memberi ruang kepada melayu didalam parti amat janggal sekali dimana melayu yang didakwa melayu itu adalah anak tiri sahaja dan bukanya 120% melayu. dari situ telah terlihat permainan DAP didalam taktik melawan UMNO. apakah UMNO dan blogger upahan UMNO buta? memang BUTA! Hari ini PAS membenarkan calon DAP menggunakan lambang PAS, Kepada UMNO memang satu kerugian.


Dari situlah yang dikatakan huru hara, mereka akan menggunakan melayu untuk tentang melayu, permusuhan akan makin meningkat diantara penyokong tegar parti masing masing. jika kekecohan berlaku, apa saja tindakan kerajaan pada waktu itu akan menyebabkan desakan suruhanjaya diraja kertas putih akan diadakan. kerajaan akan mendapat kemusnahan dari sudut akauntabiliti, rakyat akan tidak percaya lagi kepada gov yang sedia ada ketika itu, ketika inilah agen zionis akan membuat kacau dengan bantuan secara tidak lansung oleh rakyat sendiri.

UMNO tak pernah belajar dari kesilapan, sebagai contoh diselangor jumlah kerusi parlimen selangor berapa kerat? mungkinkah kisah P.Pinang akan berlaku diselangor? P.pinang satu ketika majoriti UMNO tapi atas dasar kongsi kuasa kononya, telah melenyapkan melayu disana, sebelum ini saya telah postingkan taktik mereka menguasai gov dengan licik.

Orang cina tidak kira parti apa pun tetap akan untung, mereka berkerjasama didalam menuntut hak walaupun nampak mustahil tertapi ia menjadi mungkin berlaku, lihat saja pejuang pejuang UMNO kononya kerajaan harus hanya memberi pengiktirafan kepada sekolah kebangsaan namun bila di twist oleh pemimpin UMNO maka senyaplah pejuang bacul itu tadi.maka UEC (Unified Examination Certificate) secara rasmi boleh diterima oleh IPTA/IPTS. kita ambil contoh didalam akujanji BN katanya nak wujudkan sekolah 1sesi.. sepatutnya dasar ini telah lama dilaksanakan secara total, jika ia dilaksanakan memberikan keuntungan jangka panjang kepada negara dari pelbagai sudut. dan inilah yang dilaksanakan oleh sekolah jenis kebangsaan cina sejak sekian lama terbukti berkesan didalam penyampaian ilmu oleh guru guru.

Pemimpin tertinggi masih gagal memahami akar umbi, dimana masih gagal meletakkan calon tempatan ini boleh memberikan undi protes sebagai contoh s.alam selangor telah memberikan kemenangan kepada calon PAS, itu baru satu tempat, bagaimana yang lain tentu banyakkan? pembaharuan dari segi kelulusan akedemi adalah baik namun apa yang lebih penting adalah calon itu beragama jujur amanah ikhlas serta kompetan didalam menjalankan tugas diberi oleh rakyat untuk mentadbir negara.UMNO sepatutnya menjaga hak rakyat bukanyer sibuk membedal lawan seperti PAS, jika UMNO fokus dalam membela rakyat sudah tentu rakyat tidak protes terhadap UMNO ketika ini, janganlah dilembukan rakyat lagi jika menang pada kali ini.

Didalam hal ini ada Pro dan Con terhadap pilihan parti kesukaan anda, proses kehilangan akan berlaku cepat atau lambat sahaja. walaupun BN, UMNO masih lagi dominan berbanding PAS didalam PR. ketika ini kekuatan pakatan telah memberi tamparan hebat kepada UMNO, beberapa cadangan manifesto PR diguna pakai oleh BN dalam menarik sokongan rakyat sebagai contoh harga kereta, tapi anda semua faham akan game UMNO, janji kata akan turun 20%-30% oklah cume mungkin ada syarat terselindung, silap silap hanya untuk kereta proton dan produa sahaja. dalam bab rumah melalui PR1MA diputrajaya syarat utama adalah pengundi putrajaya, maka mengeluhlah orang ramai.

Boleh dikatakan majoriti orang melayu menjadi mangsa politik, bahkan wujud pula golongan golongan kononya pejuang akhir zaman, ada pula membuat duit melalui agama, serta membuat gempak kononya hampir mati dan pelbagai lagi wayang.. teruk memang sangat teruk keadaan orang melayu ketika ini terpecah dek kerana politik UMNO dan PAS.

Allah telah menetapkan aturan hidup, jika anda melihat alam ini melalui mata hati. sudah tentu faham apa akan berlaku. PRU pada bulan mei seakan memberi gambaran ulangan sejarah mei tahun 69, namun diharapkan ia tidak terjadi. Kegagalan UMNO membentuk dan menyatupadukan melayu dibawah dasar islam telah memberi kesan pada hari ini, muncul juga segolongan manusia berkata melayu telah disihir maka upacara membuang sihir dijalankan.. haa sungguh lucu

Matrix ini berkaitan sistem, ramai antara kita tidak bersedia untuk berubah, alangkah untungnya jika UMNO dan PAS dibubarkan serta bernaung dibawah panji panji agama, sekaligus memberi kekuatan ekonomi sosial dan politik orang melayu. itulah yang dikatakan awal posting berkenaan tinggalkan sistem ini, UMNO PAS perlu beralah bagi memastikan islam terus dijaga, bubarkan sahaja keduanya bukan UMNO masuk PAS, dan bergitulah sebaiknya diharapkan oleh orang melayu khususnya golongan atas pagar.

Kalau pun mereka nak merompak harta rakyat, rompaklah sepuas hati, besok mati jawablah diakhirat, ketamakkan pemimpin melayu menyebabkan rakyat bawahan terpaksa mencari pelbagai cara untuk hidup, dengan pelbagai tekanan kehidupan, membuatkan orang melayu hilang arah didalam kehidupan, sekaligus jauh dari agama.

Sudah sampainya UMNO dan PAS berubah ke arah yang satu dibawah panji panji islam, dan diharapkan kepada mereka yang mengaku perjuang akhir zaman, janganlah mengelirukan fikiran orang melayu.kini heboh mengenai raja nusantara, terus terang saya katakan bahawa proses untuk al mahadi keluar dikhalayak ramai masih belom masanya.. bukan tahun ini, cuma tahun ini adalah tahun paling getir untuk malaysia khususnya melayu akan diasak oleh darah dagingnya sendiri.sejarah bangsa melayu cukup panjang penuh liku namun diatas sikap sabar memberikan nafas kepada orang melayu walupun ditahap sesak nafas
*****

Kepada bukan melayu

Anda perlu ingat, orang melayu malaysia bukan asal indonesia, tapi nusantara ini adalah homeland orang orang melayu dari dahulu kini dan selamanya. jika ada melayu yang lain mata hidung warna kulit, itu berlaku kerana proses amilisasi melalui perkahwinan.sejak kembalinya keturunan nabi nuh ketanah melayu, mereka membina peradapan berhampiran gunung ganang bukit bukau tasik lembah dan lurah sebelum ke pesisir pantai. saya tahu ramai pengkaji luar mencari kota gelanggi kononnya sebagai bukti menafikan melayu pemilik nusantara ini. anda cari lah, anda tidak akan jumpa selagi orang-orang melayu islam yang diberikan amanah menjaga harta pusaka tidak mendedahkanya...


Jika UMNO dan PAS bersatu atas dasar Islam, kami bukan rasis, kami tidak hipokrit seperti kamu berlainan parti tapi misi utama masih sama. Islam sebenar tidak mengajar rasis tamak zalim, jika kami kembali atas jalan agama kami,percayalah anda semua akan senang lenang di malaysia ini. dan lebih baik anda mengamalkan islam kerana agama yang benar. 

******

Kepada UMNO dan PAS, carilah titik persamaan jika anda masih mahu kekal didalam sistem dajjal ini, jangan dimangsa dan dilembukan orang orang melayu, cukup cukuplah akibat dari politik dengki mendengki, kelak anak bangsa mu juga kan rugi. pada saya dunia bukan target utama kehidupan ini, tapi sementara dunia belum kiamat jagalah anak bangsa supaya nasi tidak menjadi bubur.. agihkan kekayaan kepada anak bangsa, biar semua merasa.

UMNO berubahlah supaya lebih beragama telus jujur amanah didalam menjalankan amanah rakyat yakni orang melayu khususnya dan secara am nya untuk semua kaum dimalaysia ini. tidak ruginya berbuat baik kerana dibalas pahala kerana itulah kredit kejayaan di akhirat nanti.

Kepada semua sila jalankan tanggungjawab untuk inikali lah, walupun masih terperangkap didalam sistem dajjal ini, hendak taknak terpaksa juga dilakukan dan berdoalah kita terlepas dari bala bencana.Akhir posting sama samalah berdoa supaya kita terselamat dari campurtangan luar selepas PRU13 ini, sediakan apa yang patut untuk keluarga anda demi hari mendatang penuh getir nanti...


sekian

Nota
saya bukan penyokong UMNO atau PAS




7 comments:

Anonymous said...

Apa nk buat OrgOrg,bukan semua suka berparti2 jugak..tp ini adalah pilihan yg ada di waktu ini.

Nurrohi said...

Salam Admin,
terharu membaca tulisan tuan. Memang dahsyat perangai orang Melayu ni, Allah sudah datangkan seorang pemimipin penyelamat Melayu, yang berjuang untuk memartabatkan Islam sekaligus bangsa Melayu. tetapi beliau ditolak mentah-mentah dan dizalimi, hanya kerana hasad dengki. Tohmahan dan fitnah sudah sebati dlm diri orang Melayu. mereka sedang menempah jalan ke neraka. Neraka dunia sebelum neraka akhirat. Sekiranya berlaku malapetaka, jangan pula ada yang salahkan Tuhan. tetapi bala bencana itu adalah hasil tangan dan perbuatan kita sendiri yang degil. (wal'iyazubillah) Perangai Melayu sudah macam Yahudi sebab itu boleh bersekongkol dengan Yahudi.

Masih belum terlambat untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Carilah pemimpin yang sudah terbukti dapat melaksanakan Islam yang sebenar . Pemimipin yang boleh membimbing,memberi panduan,petunjok arah ke jalan Islam yang indah, selamat lagi menyelamatkan. Pemimpin yg bukan sekadar cakap-cakap Islam tapi tak serupa bikin. Pemimpin yang telah membuktikan Kebenaran Islam berlaku ditangannya. Itulah pembuktian hadis. Beliau juga mendapat bantuan dari Allah dan Rasul.

Dia adalah pemimpin mujaddid berbangsa Melayu yang telah mengembalikan maruah Islam, meletakkan Allah dan Rasul ditempat yang tinggi . Pemimpin yang kita tunggu-tunggu selama ini sebelum kedatangan alMahdi. Kita sangat memerlukan kehadiran beliau. Dia masih hidup. Dia belum mati .

Maaf Admin. sekiranya coretan ini menggusarkan hati tuan. Kebenaran hanya Satu. tidak dua dan tidak tiga.Kukatakan kebenaran walaupun pahit.

OrgOrg said...

terima kasih

nurrohi
terima kasih saya faham maksud tuan, kerana masih sayang saya cubit manje parti tersebut, utk satu lagi saya memang tidak meletakkan harapan tinggi utk memimpin negara kerana dah nampak game bakal berlaku kepada malaysia



OrgOrg said...

masih syg bererti masih memberi peluang kpdnyer utk berubah, insyaallah akan sampai masanya juga orang melayu bersatu atas dasar islam

Anonymous said...

Ada pemimpin yang boleh mengembalikan maruah Islam sebelum ketibaan AlMahadi? Siapa ya? Boleh dedahkan namanya?

Saya salah seorang pengundi atas pagar juga. Melihat bendera berkibar dan kemudian bersepah bertaburan hanya membuatkan saya merasa betapa hodohnya kaedah berkempen.

Tiap hari saya mendapat mesej dan risalah, setelah mengamatinya banyak yang bersifat substance over foam, benda sama cuma di segmentkan,namun natijahnya keuntungan kepada pihak yang terbabit dalam perniagaan; mereka yang memberikan konsultansi dan pihak pembekal bahan dan servis. No, bukan telus kepada rakyat dalam erti keseluruhan rakyat marhain; tapi rakyat- macam DSNR kan rakyat juga?

Malah tak satu pun dari Manifesto BN saya dapat menafaat dalam erti merasa selesa dan tenang selain dari kos pendidikan anak-anak sekolah...itupun dikontrakan pula oleh sumbangan dan aktiviti 'nilai-tambah' lainnya seperti kem teknik menjawab soalan yang hanyasanya membogelkan ketidak fokus dan kompetennya warga pengajar sedang semua kewangan mereka telah jauh diupgrade.

For the benefit of doubt saya telunsuri pula Manifesto PR. Membaca tentang konsep persaudaraan di permulaan sahaja saya sudah nampak bala yang bakal ditanggung. Menerimanya, beerti soalan talkin terakhir, siapa saudaramu? boleh dijawab dengan Lim Kit Siang. Ada terlalu banyak ayat dah hadis yang boleh dibacakan tapi saya percaya tentu arah akan dimoderatekan dengan disandarkan kepada ulama scapegoat.

Keharmonian Malaysia bukan atas persaudaraan, tapi semangat perpaduan dan kerjasama antara kaum, dimana Kaum Melayu itu De Facto penduduk asal dan di stampkan sebagai Muslim. Ini saya rasakan satu pencabulan nilai, kerana pertailan persaudaraan itu bagi kita sebahagian dari Jin dan sekelian manusia yang bersyahadatain. PAS tak teliti pun hal persaudaraan ini dan buat donno jer, bermuka-muka dengan bertumpu kepada kerjasama dibolehkan. Memanglah boleh, tapi boleh bersaudarakah?

Ini menyebabkan saya merasa begitu meluat terhadap UMNO kerana tidak berusaha keras mendakwah kaum lain dari dulu! Ya saya faham- pucuk pimpinannya dulu adalah anak didik Freemason, NWO umumnya.

Insyaallah saya akan mengundi. Kerana saya masih ada taat setia kepada Institusi Beraja. Saya titipkan, kalau Engku2 masih leka tidak turun mengatur budi Datuk wakil dan pembesar. Rakyat akan robohkan institusi. Bukan derhaka.

OrgOrg said...

salam terima kasih saudara

buat masa ini kita ada dua pilih, satu harimau, dan satu lagi buaya
dgn harimau kita masih boleh lari lari lagi, tapi dengan buaya sekali melekat habis dibenam ke dasar sg

nama? lupakan masih jauh lagi sebelum yang dinantikan muncul, sebaliknya tentera dajjal telah muncul dgn ramai..

kite berhak, cume kite perlu fikir jauh sebelum menghancurkan, sbb ia berkaitan rapat dgn kite sendiri, andai roboh adakah yang lain telah bersedia? jika belum fikirkan yang lain..

insyaallah ade perubahan

Anonymous said...

Ape..rimau ngan buaya nak gigit kita?
ini semua salah umno...
wakaka..