Hai..
Hari ini nak lari sikit topik dan agak ringkas
Jodoh/pasangan
Ya jodoh mengapa dengan jodoh? bukan ke Allah dah siapkan semuanya? Tapi adakah anda kenal jodoh anda? dan pernah berjumpa secara unformal? Allah telah tetapkan tiga pekara yakni rezeki jodoh dan maut ketika ruh ditiupkan kedalam jasad sekarang tapi kita boleh ubahnya sebelum turunnya malam 1000 bulan (lailatulqadar) dalam tiap tiap tahun.
Berkenaan dengan jodoh setiap manusia dibumi ini tidak kira apa jua fahaman agamanya. Allah telah beri pertunjuk akan jodohnya secara sedar bagi yang memahaminya dan secara tidak sedar bagi yang tidak mengetahuinya.
Bila?
Secara ringkasnya saya boleh beritahu, bilakah kita sebenarnya jumpa pasangan ialah ketika sewaktu dalam umo 3-10 tahun itu adalah suatu jangka waktu yang Allah tunjukan kita tentang pasangan masing masing.
Kategori waktu ditunjukkan.
1. Secara sedar dan tidak sedar anda berhubung dengannya dengan tidak sengaja.
2. Sekali imbas tanpa berhubung.
3. Dipertemukan oleh ibubapa.
Jikalau ditanya anda semua pasti akan lupa akan memori umo 3-10tahun kenapa? kerana akal akan menyimpan segala memori itu didalam database seperti mana hard disk dalam "root" bahasa komputer. jika anda ada ingatan kuat dan mampu mencari trigger(pencetus) masuk ke memori sudah pasti anda boleh ingat apa yang telah berlaku.
Berdasarkan 3 kategori yang telah saya simpulkan, anda rasa bagaimana? anda tentu bertanya bagaimana pula sewaktu dewasa ini?
1.Dipilih anda sendiri.
2.Jodoh yang dipertemukan sewaktu awal lagi
Kata rezeki, jodoh dan maut Allah dah tetapkan tapi kenapa ada 2 kategori itu? Sebagai seorang islam kita digalakan berusaha bertawakal dan berdoa akan tiap tiap perkara yang kita lakukan itulah sebabnya ia boleh diubah, maksud ditetapkan bukanlah sesuatu yang khas tapi am kerana dalam hadis qudsi "Sesungguhnya Allah mengikuti sangkaan hambanya"
Bagaimana pula dengan mereka yang lambat jodoh atau tiada pasangan?
Ini disebabkan pekara pekara yang menghalang jodoh itu sampai yakni kerana
1.Tiada usaha jitu
2.Dosa dosa
Akhir posting jika anda masih belum mempunyai teman hidup harap bersabar, kerana Allah sentiasa menguji tahap keimanan kita kepadanya. niatkan didalam hati untuk hidup sebagai umat nabi muhammad s.a.w kerana beliau akan kenal umatnya yang berkahwin, andai anda tidak berkahwin disebabkan masalah syahwat atau ketidakupayaan fizikal ia tidak mengapa kerana Allah mengetahui yang terbaik untuk hambanya.
jika ada komen, sila tinggalkan diruangan komen
insyaallah
p.s : jangan mimpi DSNR bubar parlimen besok lusa hehe *_^
6 comments:
Komen ringkas juga
Quote
tapi kita boleh ubahnya sebelum turunnya malam 1000 bulan (lailatulqadar) dalam tiap tiap tahun
Karut semata.
Usaha dan tawakkal semata kerja makhluk menyatakan ketetapan pencipta.
Ngundi sebelum/selepas haji.
untuk kategori waktu, saya rasa yang kedua... tapi entahlah...
saya tidak pasti tentang usaha, kerana bagaimana dengan insan2 yang seolah-olah tidak dapat nak melaksanakan usaha2 mencari jodoh? susah untuk dijelaskan... tapi berkenaan dosa, ya ada benarnya...
ctmy
Jangan sampai usaha itu keakuan semata, melainkan kamu muktazilah. Untuk berusaha pun sudah ketentuan, kamu MEMANG tiada daya dan upaya melainkan menyertai kamu adalah Allah jua- dalam ayat marhain , seizinnya.
Ada aqal, buat sahaja mengikut landasan/petunjuk. Mahu jodoh? sama siapa- nyatakan , jadi atau tidak, bahagia atau tidak, kerja kamu sudah selesai bagi kategori usaha. Ingatlah penilaian Allah itu taqwa hamba, bagaimana ia 'mengembalikan' anugerahnya m menifestasi dalam bentuk bentuk tasbih, tahmid dan takbir.
anon may 13 1.16am
terpulang, setiap dari kita diberi pilihan, pilihlah jalan disukai kita merancang segala keizinan dari Allah
ngudi sblm/selepas aji pun xbetul gak
*******
anon may 13 6.14am
sabar, setiap kite diberi halangan terlalu fikirkan halangan menyebabkan kita lalai dlm fokus utama
********
may 13 10.33pm
Dia mengizinkan Dia juga boleh menafikan asalkan setiap dari kite berusaha dan memohon kebenaranNYA dgn izin akan ditunaikan
Rasa itu rahsia..
Rahsia itu sirr..
Insan adalah rahsia "Aku"..
Barang siapa mahu kenal "Aku" kenal dahulu dengan diri..
Kenal diri maka binasalah akan ia..
Yang ada cume "Aku"..
"Aku"lah yang berkehendak akan sesuatu..
Diri cume cermin bagi "Aku"........
Jalan cerita dah lama tertulis,kita cumalah watak lakonan semata.
Usah leka dek kerana terlalu banyak topeng yang dipakai.
'Wajah' diri yang dibawa.
....aku yang disini,nak 'berniat' pun tak mampu..lagikan nak 'beraksi'...semuanya dengan izin aku yang disana.
wah semakin komplikated...
to admin, thanz... benar terlalu memikirkan halangan kita akan lalai dalam fokus...
maknanya kena cari keutamaan dalam keutamaan... bukan begitu?
alhamdulillah, sedikit sebanyak saya sudah nampak... apakah keutaman saya... semoga Allah beri kekuatan pada saya...i_Allah.
terima kasih sekali lagi..
ctmy
Post a Comment