Tuesday, May 22, 2012

Berulang Ulang






Hai

Berulang  Dan Ulang

Ya itu la cara kehidupan ini berfungsi, setiap kejadian, perbuatan, percakapan, penulisan pasti anda semuanya berulang dan berulang cuma cara, masa, lokasi berlaku adalah berbeza.Sebelum anak adam itu turun kedunia yakni roh dimasukan kedalam jasad, Allah telah tetapkan program yang sesuai untuk setiap mahluk ciptaanya, setiap kita anggap MATI itu sebagai mati tapi pada saya, mati itu proses kehidupan bermula dari

Roh- jasad dalam rahim ibu- anak- remaja-dewasa-tua-mati. MATI itu perubahan dari alam nyata ke alam ghaib kita masih hidup disitu cuma proses "defrag" data data yang telah digunakan sewaktu hidup dialam nyata


Sewaktu kecil pernah suatu ketika saya mimpi berada disatu tempat yang penuh dengan manusia ada satu stage, diatasnya ada suara berkata "siapa mahu turun ke dunia untuk menjalankan misi Allah", lalu saya angkat tangan dan beri jawapan mengapa saya layak untuk kedunia dan akhirnya dipilih untuk menjalankan misi diantara billion jutan ribuan manusia disitu..


Seperti saya, anda pembaca semua adalah mereka yang memberi jawapan paling hebat, sebab itu anda berjaya didalam alam nyata ini, kisah ini lama dah saya simpan dan kalau boleh mahu delete dari memori tapi tidak mampu kerana setiap dari kita ada tugas masing masing dan perlu diselesaikan sebaik mungkin.


Gerhana cincin telah berlaku pada 20 mei yang lalu, dan akan ada lagi 3 gerhana akan berlaku dlm tahun ini, jika kita kaji maksud gerhana ini, ia memberikan sesuatu hint tentang perjalanan dunia hari ini.


Soal saya kepada emak " kenapa jadi gerhana bulan dan matahari, dia org wat ape?"
emak " dia orang berjumpa mcm orang dating"

Yang kelaka bila disoal pada kawan-kawan sekolah.. ini jawapan mereka.

"dorang berjumpa tu yang kita nampak anak bulan" hehe 


Ah puas saya fikir jawapan penuh tergantung dan kelaka itu sewaktu kecil..tapi bila dah besar mulalah faham sebabnya.


"Allah telah tetapkan perjalanan dilangit dan dibumi dan sentiasa berulang ulang serta berpasangan" 


Al-quran bukti nyata mengenai fenomena berulang ulang, jika anda mengkaji dan membaca pasti faham apa yang saya katakan. bahkah terdapat pelbagai bukti bahawa ianya sememangnya benar rujuk SINI didalam blog itu ada sedikit maklumat, sebelum itu banyak artikel didalam webpage blog tersebut..


Ke isu semasa


Isu yang amat perlu diberi perhatian ialah komen Irshad Manji: Gay dan lesbian juga ciptaan Tuhan 

WAWANCARA Penulis wanita Kanada, Irshad Manji mempertahankan pendiriannya selama ini yang percaya Islam tidak mendiskriminasi golongan gay dan lesbian.Menurutnya, Al-Quran sendiri menjelaskan bahawa setiap manusia adalah ciptaan Tuhan dan ia termasuklah golongan tersebut.Tambahnya, konsep kononnya Islam menolak dan membenci golongan itu sama sekali tidak selari dengan konsep Allah sebagai Tuhan yang Maha Penyayang."Kembali kepada Al-Quran, setiap orang adalah ciptaan Tuhan. Malahan gay dan lesbian juga dicipta Tuhan...

"Tolong jelaskan kepada saya," kata Irshad dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

Kedatangan Irshad ke Malaysia mengundang kontroversi apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggesa jabatan agama Islam setiap negeri menghalang sebarang program beliau.Pandangan Jamil Khir disokong Pemuda PAS yang turut membuat seruan yang sama.Jamil Khir juga menggesa agar buku terbaru Irshad yang diterjemah dengan judul Allah, Kebebasan dan Cinta diharamkan pengedarannya atas alasan "bukunya merbahaya kepada umat Islam".

Tidak perlu minta maaf

Selain daripada membela golongan gay dan lesbian, Irshad turut dikenali ramai kerana menyokong perkahwinan antara individu Muslim dengan individu berlainan agama tanpa perlu menukar agama masing-masing.Mengulas perkara itu, Irshad berkata ia dirumuskan berdasarkan interpretasinya terhadap Al-Quran dan juga ijtihad yang dilakukannya.Beliau percaya perkahwinan sedemikian dapat menghentikan golongan muda Islam daripada meninggalkan Islam semata-mata kerana cinta.

Tegasnya, beliau tidak perlu meminta maaf kepada sesiapa hanya kerana berbeza pendapat dengan orang lain dalam perkara tersebut."Mungkin saya perlu minta keampunan dari Tuhan pada hari pengadilan dan Tuhan yang penuh dengan kasih sayang pastinya akan memberikan saya perbicaraan yang adil," katanya.Menurutnya lagi, pendirian itu turut disokong seorang imam dan didokumenkan di laman webnya. Sehingga kini, dokumen itu diterjemah ke dalam lebih 20 bahasa termasuklah bahasa Melayu, ujar Irshad.Imam yang dimaksudkan adalah Dr Khaleel Mohamed yang memiliki ijazah doktor falsafah dalam perundangan Islam dari McGill University.

bahaya sungguh permainan mereka, jika anda terpedaya maka sergalah keluar dari zon tersebut, Allah dah beri peringatan jelas didalam kisah Nabi Lut dimana golongan gay lesbian ditimpa bala bencana, didalam hal ini kerajaan perlu tamatkan visa lawatan dan halau keluar dari malaysia, jika suatu ketika dulu "salman rushdie" menghina agama kita kecam tapi kali ini ada yang senyap buat tak tahu atau sengaja tidak ambil tahu.bahkan ada yang menyokong dalam diam.. aduhai malang sungguh pemimpin melayu hilang taringnya..

saya memohon pihak KDN mengambil tindakan segera terhadap malaysiakini, penganjur bicara irshad manji jangan biarkan orang bukan islam dan semacam islam terus menghina islam dan menyebabkan melayu tiada maruah didalam mempertahankan serangan fikiran dan agama oleh mereka.

****

Apa yang mahukan oleh PAS dalam isu Muzakarah

Nik azid mahu umno terima sah Pakatan Rakyat dan sebagai balasan mungkin PAS akan kembali bersama UMNO ini bertujuan untuk mewujudkan sistem dua parti sepertimana rancangan pakataan rakyat didalam cuba mewujudkan sistem seperti di Amerika syarikat, terdapat kenyataan bercanggah dikalangan pemimpin pas didalam isu ini, atau saya silap "pembacaan" hurm tidak mungkin. saya mohon para penyokong tegar supaya nilaikan apa yang dilakukan oleh pemimpin kamu, jika tiada sepakat didalam menjawab sesuatu isu, bagaimanakah hendak memerintah negara, ya saya faham perlu ada perbezaan tapi didalam isu ini mereka perlu sepakat didalam menjawab persoalan yang bermain difikiran rakyat.

Umno perlu berlapang dada serta berhati hati dengan spin pemimpin pas, mereka terkenal dengan jawapan "double meaning" supaya senang nak spin, dalam masa yang sama pemimpin umno perlu berubah supaya lebih islamik menurut ajaran agama janganlah ikutkan sangat nafsu serta terlalu bersikap lembut dengan orang bukan islam, maksud saya tegas dalam hal hal agama islam.

Di tegaskan disini saya bukan penyokong Umno, saya berkhidmat untuk agama rakyat dan negara saya, apa yang dikehendaki ialah pemimpin melayu islam/islam melayu keluar dari sistem zionis dan bentuk sistem berteraskan islam adil dan saksama.

****

 Lebih 18,000 Melayu tinggalkan Penang

saya tidak heran akan berita ini, kerana telah nampak permainan tersembunyi kaum ini apabila "kongsi kuasa" oleh TDM waktu itu. kelembutan serta tolak ansur yang melampau umno telah melenyapkan orang melayu dipulau pinang, krisis ini bertambah parah apabila umno serahkan kuasa kepada MCA didalam mentadbir pulau pinang, misi mereka mudah apabila dapat tempat maka gerakan mula diperkuatkan untuk mendominasi pulau pinang. kejayaan ini dibantu dengan manipulasi ekonomi yg dikuasai oleh mereka, REHDA sebuah persatuan juga membantu proses ini.Apabila telah kuat mereka telah menangkan DAP, kisah wayang makin rancak apabila segelinitir ahli DAP keluar membentuk GERAKAN. Umno secara terang menyokong GERAKAN, apabila GERAKAN berjaya di P.Pinang, Umno menawarkan GERAKAN menyertai BN ini bagi membolehkan BN berkuasa.

Umno ibarat pelanduk dalam diam GERAKAN perangkap umno melalui kelemahan kepimpinan negeri menyebabkan persekutan akur akan pemintaan, sejak dari itu proses pemutihan lokasi melayu india dijalankan atasa nama "PEMBANGUNAN" anda boleh rujuk posting saya yang lepas-lepas ada memberitahu secara ringkas taktik mereka.

Dan PRU 12 DAP berjaya merampas pulau pinang dari BN secara SAH, maka proses kemusnahan adalah lebih cepat ibarat ambil pill merah.

Apa kerajaan perlu lakukan?

cari pengarah yang jujur telus dalam UDA, melalui UDA .
1. bina rumah pangsa dikawasan yang dimiliki dengan keluasan 900sq ft.
2. peruntukan kepada kaum bumiputra( melayu, pribumi sabah sarawak) sahaja.
3. jika berkuasa semula lakukan pensempadanan semula kawasan.
4. sistem bayaran bulanan yang rendah bergantung kepada gaji pembeli.
5. daftarkan semula penduduk lokasi pengundian.
6. wujudkan rakaian ekonomi bumiputra.

*****

akhir posting sedarlah sesuatu yang berlaku sentiasa berulang ulang, sejarah membuktikan bahkan Al-quran sahkan apa yang terjadi melalui firman Allah. adakah kita masih lena dibuai realiti hologram(alam nyata)
sama sama la kita renungkan

insyaallah




update: 26/5/2012 ralat jumlah gerhana ade 3 lagi


4 comments:

Anonymous said...

Saya sokong cadangan-cadangan tersebut. Bagaimana pun saya ingin menambah bahawa persekitaran kawasan pangsa itu mesti juga diberi perhatian lebih. Kemudahan riadah, kawasan tadika, dewan umum, surau, padang permainan kanak kanak, etc haruslah standard yang elok serta mencukupi. Jangan setakat melepaskan batuk di tangga. Harus menyediakan persekitaran yang bagus, insyaalah dapat menyumbang kepada generasi yang sihat tubuh dan akal...

Anonymous said...

dan akan ada lagi 2 gerhana akan berlaku dlm tahun ini...

OrgOrg said...

mohon maaf ralat jumlah gerhana

melalui nasa dalam tahun ini ada 3 lagi bakal terjadi

http://eclipse.gsfc.nasa.gov/OH/OH2012.html

OrgOrg said...

terima kasih Anonymous 23 may 6.03pm

insyaallah akan ada hamba Allah sampaikan...

sebagai rakyat kita beri idea yang terbaik, tak glemor tak apa asalkan buah fikiran yang ikhlas itu dpt memberi bekal pahala di akhirat

insyaallah