Thursday, February 9, 2012

Kisah xenoglossy






hai hai

BESUT: Seorang pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah yang cedera selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya bulan lalu kini terlantar di rumahnya akibat kesan trauma kejadian berkenaan.

Noraini Ismail, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah dekat sini mendakwa berperasaan luar biasa dan bercakap ganjil dalam bahasa tidak difahaminya dipercayai berpunca daripada kemalangan. “Dalam kejadian itu saya membonceng motosikal abang, Jefri Ismail yang terbabit dalam satu perlanggaran dengan sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat di Kampung Alor Lintang pada 10 Januari lalu dalam perjalanan pulang dari sekolah. “Akibat kemalangan itu saya terjatuh dan terhantuk kepala ke atas jalan raya dan dimasukkan ke Hospital Besut serta tidak sedarkan diri selama 11 jam,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Medang dekat Kampung Raja di sini, kelmarin.

Noraini kemudian menerima rawatan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan dan menjalani imbasan di bahagian kepala yang mendapati terdapat kesan darah beku. Menurut ibunya, Mansena Daud, 48, apabila anaknya itu menjalani imbasan kali kedua dan ketiga di hospital sama, doktor memberitahu bahawa kesan darah beku itu sudah tiada. Selepas tiga hari dirawat di HUSM, Kubang Kerian, anak keenam daripada tujuh beradik itu dibenarkan pulang ke rumah, tetapi keadaannya menjadi teruk hingga tidak dapat bercakap.

Tidak lama kemudian, dia mula bercakap bahasa ‘ganjil’ tidak difahami yang didakwa bahasa Cina, Jepun, Korea dan Indonesia. Mansena berkata, anaknya kemudian dimasukkan semula ke hospital bagi rawatan seterusnya atas arahan doktor. Walaupun berperangai pelik, katanya, Noraini kelihatan sihat dan berselera makan serta ingatannya masih baik, namun sering mengadu sakit kepala pada waktu malam hingga terpaksa menghantarnya ke hospital. Sementara itu Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Putra, Muhammad Pehimi Yusoff ketika ditemui meminta pakar membuat kajian teliti bagi mengetahui punca sebenar masalah dihadapi pelajar berkenaan. - Bernama

***************************************

Nah memang pelik dengan apa yang berlaku kepada noraini, mungkin ada yang menganggap ia sebagai bahan lawak jenaka namun sebaliknya.Terlebih dahulu mohon maaf saya bukan pakar dalam bidang sains, cuma cuba ingin merungkai apa yang mungkin sebenarnya berlaku.

Kebocoran Data DNA (istilah anggapan saya)

Dimana sumber kod-kod DNA noraini itu telah ditasfirkan oleh otak, secara ringkasnya setiap dari kita telah diprogramkan dengan pelbagai pekara sewaktu di alam bayi(kandungan) Pernahkan anda semua fikir bila dialam kubur nanti kamu semua cakap bahasa apa? jawapanya ialah bahasa Arab dan bergitulah juga di hari akhirat. kenapa? sebab ia bahasa Allah jadi sebagai hasil ciptaan Nya sudah tentu kita mampu berbahasa arab walaupun anda tidak pernah nak belajar bahasa arab. cuma jangan jadi macam sekumpulan ajaran yang diharamkan mengaku rasul bagi melayu.

Anda semua pernah tonton hindustan, latin, english dan yang lain lain? sudah tentu YA. pernahkah anda tanya diri sendiri, eh nape aku seakan faham apa yang dikatakan? itu kerana didalam DNA itu terdapat pelbagai sumber rujukkan tentang individu yang lahir kedunia. Pihak US zion amat giat menjalankan kajian terhadap GENOM @ genetik ini membuktikan ada rahsia yang terselindung.

Dalam kenyataan akhbar itu dinyatakan "namun sering mengadu sakit kepala pada waktu malam" ini menunjukkan segala input data telah flood(memenuhi) otak si pesakit dimana terpaksa memproses pelbagai data yang diterima ditasfir serta difahami dari kefahaman biasa.

Minda manusia terdiri daripada pelbagai jenis daya ingatan, menurut Hilgard dan Atkinson (1979), ingatan manusia boleh digolongkan kepada dua jenis yang utama iaitu ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.

Ingatan Jangka Pendek
ingatan jangka pendek merujuk kepada berapa banyak data disimpan dalam satu masa mengikut tumpuan secara sedar dalam masa pendek. Ia mempunyai kadar lupaan yang cepat tanpa latihan. Biasanya, maklumat-maklumat yang disimpan di dalamnya boleh hilang dalam masa kurang daripada 30 saat, adakalanya lebih cepat lagi.

Ingatan Jangka Panjang
Ingatan jangka panjang ialah kemampuan untuk menyimpan pelbagai maklumat didalam minda tanpa had melalui pelbagai kaedah seperti

Ingatan Ikonik
Ingatan Episodik
Ingatan Semantik
Ingatan Berprosedur
Ingatan Kederiaan

Semasa kita hidup minda(akal manusia ada dua)

a. sewaktu kandungan

b.sewaktu selepas boleh bercakap

ketika masih bayi didalam kandungan segala data dimuat turun dan tersimpan didalam DNA setiap individu. Proses muat turun data dilakukan sehingga umo 4bulan usia kandungan selepas 4bulan kita akan mengalami pelbagai sesi pembelajaran daripada data yang tersimpan.Namun apabila dialam kanak kanak selepas saja mereka boleh bercakap dengan baik segala ingatan itu terpadam, terpadam tidak bermakna ia delete terus, ia masih lagi tersimpan didalam minda sesorang cuma berlaku kesamaran yakni data tidak dapat disaring dengan baik.

Berbalik pada kisah adik noraini menurut Pakar Neurologi Jabatan Neurosains HUSM, Dr Muzaimi Mustapha berkata, gadis berkenaan, Noraini Ismail, 17, mungkin menghidap sindrom xenoglossy iaitu sebahagian perubahan personaliti yang berlaku kepada pesakit yang mempunyai trauma pada otak.“Xenoglossy juga boleh disebabkan di bawah hipnosis dan ia biasanya tidak bertahan lama.Dalam kes Noraini, trauma otak yang dialami dalam kemalangan jalan raya mungkin bertindak sebagai pencetus yang mengeluarkan personaliti kedua dengan salah satu yang dia bayangkan ialah dirinya sebagai seseorang yang boleh bercakap bahasa asing dan mungkin dipengaruhi oleh drama asing yang sering ditontonnya sebelum ini,” katanya ketika dihubungi, semalam. Bagaimanapun, Dr Muzaimi enggan mengulas kesahihan bahasa dituturkan itu sama ada benar-benar bahasa asing termasuk Korea, Cina dan Jepun seperti didakwa keluarga gadis terbabit."

Kalau benar beliau mampu bertutur dalam bahasa yang disebutkan bermakna ada ruang untuk belajar bahasa tersebut. Minda apabila dilatih ia akan merekodkan segalanya didalam memori cuma bergantung pada memori itu sama ada sekejap atau pun lama.Pada pandangan saya, mereka yang tiba-tiba ada kebolehan lain ini saya panggil sebagai clone prodigy kerana kebolehan yang dimiliki tidak sepenuhnya serta ia boleh hilang dan kekal dalam sesuatu tempoh sahaja serta diperolehi dengan cara kejadian, berbanding real prodigy mereka sememangnya dianugerahkan sesuatu kebolehan khusus mengenai sesuatu pekara dan bersifat kekal seperti adi putra.

Diharapkan ada satu kesimpulan perubatan yang konkrit terhadap permasalahan ini.

Sekian Dahulu






3 comments:

Anonymous said...

Wanita Inggeris bercakap pelat Perancis selepas hidap selesema

LONDON: Debie Royston terkejut apabila mendapati dia tiba-tiba mula bercakap dengan pelat Perancis selepas menghidap selesema, lapor media semalam.
Ibu berasal dari Birmingham itu berkata, dia mengalami masalah selesema beberapa kali sejak tahun lalu.

Menurut Debie akibat masalah itu, dia tidak mampu bercakap selama sebulan dan panik jika masalah itu berlanjutan.

Kata Debie, 40, dia terfikir untuk berkata sesuatu tetapi mulutnya gagal berfungsi.

“Selama beberapa bulan, saya terpaksa belajar bertutur semula, tetapi apabila suara saya kembali, saya terkejut gaya pertuturan saya bertukar daripada loghat Inggeris kepada pelat Perancis,” katanya.

Lebih aneh, Debie tidak pernah menjejakkan kakinya ke Perancis.

Kata Debie, dia memang gembira mampu bertutur semula tetap berasa janggal dengan gaya pertuturannya.

Sementara itu, pakar terapi pertuturan mengesyaki Debie mengalami Sindrom Pelat Asing. - TS


sumber : myMetro

p/s - apa pendapat OrgOrg ttg berita diatas?

OrgOrg said...

kisah yang serupa dengan xenoglossy
kecelaruan dalam memproses maklumat yang tersimpan..

lebih lanjut kena tanya pakar bidang otak dan saraf + genom

tq

nai330 said...

tq amat membantu thanks dear