Sunday, February 5, 2012

Suara Suara Itu?



Salam hormat semua

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: "Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajjal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah beliau turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya"

Boleh rujuk posting http://oraclekini.blogspot.com/2010/08/2012-hehe.html

berikut adalah link ke youtube yang menjadi bualan semua orang
http://www.youtube.com/watch?v=c-H_fcegi18


suara siapa itu?







Dajjal


Dia akan bangun dan keluar ke dunia yang kini duduk dihujung dunia
Dalam hal ini berkemungkinan juga hasil dari gelombang radio Frekuensi Tinggi(haarp weapon) disamping juga hasil dari letusan gelombang magnet dari matahari, walupun kawasan khatulistiwa kurang impak dari ribut matahari ia sedikit pasti akan sampai ke sini.Jikalau benarlah pertengahan ramadhan ini berlaku ribut solar paling hebat maka bersiap sedialah untuk berhadapan dengan Dajjal. Kerana ribut solar itu ada tenaga yang mampu membuka ruang dimensi disamping bina binaan yang memberi tenaga kepada pintu dimensi (stargate, senkaimoon, gerbang).

Kita semua akan mudah kenal dajjal melalui rupa bentuk fizikalnya serta didahinya telah tertulis kafir, walupun anda tidak mahir baca jawi/arab ia pasti akan mudah disebut. tentera dajjal terdiri dari kalangan manusia. sebab itu Allah jadikan ribut solar supaya segala jenis peralatan canggih ciptaan mereka gagal berfungsi, anda semua perlu ingat dajjal itu juga manusia biasa cume dia belajar pekara rahsia tentang alam tertapi terbatas.

fahami lagu ini Diddy Coming Home

I’m coming home
I’m coming home
Tell the World I’m coming home
Let the rain wash away all the pain of yesterday
I know my kingdom awaits and they’ve forgiven my mistakes
I’m coming home, I’m coming home
Tell the World that I’m coming

Dajjal inspirasi penulis lagu supaya menyampaikan maksud tersuratnya..

Dia akan menggunakan sesiapa saja dalam misi menawan dunia

I'm gonna use you and abuse you
I'm gonna know what's inside
Gonna use you and abuse you
I'm gonna know what's inside you

(sweet dream- marlin masson)

Siapa dajjal secara ringkas

Pada suatu pagi Rasullullah berbincang dengan para sahabatnya mengenai Dajjal, kadang kala beliau meninggikan suaranya dan kadang kala merendahkan suaranya, sehingga kami merasa seolah-olah kami berada di dalam kelompok lebah.

Petang hari kami yang mendengar cerita Rasullullah pergi ke rumah Rasullullah, beliau telah tahu tentang soalan kami. Tanya Rasullullah; "Apa khabar kamu semua", jawab kami "Baik", tapi kami hendak bertanya mengenai Dajjal, dan mengapa apabila Rasullullah berbicara, kadang kala suara Rasullullah tinggi dan kadang kala rendah ?. Jawab Rasullullah; "Bukan dajjal yang kerisauan terhadap kamu semua, jika dia muncul dan aku masih berada di antara kamu tentu aku akan membela kamu terhadapnya. Dan jika dia muncul, sedangkan aku tidak berada disamping kamu, maka umat manusia akan menjadi pembela atas dirinya sendiri, dan Allah Taala pengantiku menjadi pembela atas setiap orang muslim".

Dajjal pemuda berambut kerinting, matanya sepet. Aku lebih suka mengatakannya serupa dengan Abdul Uzza bin Qathan. Barang siapa di antara kamu bertemu dengannya, hendaklah dibacakan padanya permulaan surah Al-Kahfi. Dia akan muncul di suatu tempat sunyi antara Syam dan Iraq. Lalu dia akan merusak ke kanan dan ke kiri. Wahai hamba Allah kerana itu teguhkan pendirian kamu!.

Tanya kami; "Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi ?", jawab Rasullullah : "Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang". Tanya kami; "Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?", jawab Rasullullah; "Tidak" tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. Berapakah kecepatannya di bumi ?" jawab Rasullullah; Seperti hujan ditiup angin. (telah diolah bahasanya "Himpunan Cerita-Cerita Wanita dan Laki-Laki Dalam Al-Quran dan Hadis", Jilid 1, masa. 52. © Hakcipta Terpelihara 1991, Syarikat Nurulhas.)

Dalam satu komen lain pula

Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya dalam satu artikelnya ‘suara dari langit’ pada 2 September tahun lepas pernah menjelaskan ada satu hadis Rasulullah yang menyatakan tentang huru hara besar akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadan, di mana akan menyebabkan semua orang terjaga dari tidurnya
.Katanya, hadis itu menggambarkan ada satu suara yang amat dahsyat akan kita dengari dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak dua pertiga, yang tinggal hanya satu pertiga sahaja.

“Menurut kajian Agensi Angkasa Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA), pada 21 Disember 2012 satu planet yang dikenali Planet X akan melintasi bumi.

“Adakah kita semua ini tergolong dalam satu pertiga itu? Adakah ia akan berlaku pada 2012? Peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Rasulullah”, katanya.

Hadis tersebut diriwayatkan daripada Nu’aim bin Hammad bahawa Rasulullah pernah bersabda : Bila telah muncul suara di bulan Ramadan, maka akan terjadi huru hara di bulan itu.

“Kami bertanya : Suara apakah, ya Rasulullah? Rasulullah menjawab : ‘ Suara keras’ di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras membangunkan orang tidur, manjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa.

‘Jika kalian melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian’.

Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah : Maha suci AlQuddus, Maha suci Al-Quddus,, Rabb kami Al-Quddus, kerana barang siapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa’.

berkenaan text yang saya boldkan itu. ada keraguan sila abaikan sebaliklah berdoala pada Allah yang ESA.
Tak mengapa setiap kita berhak untuk menyatakan sesuatu berlaku pebezaan pendapat adalah pekara biasa, pekara akhir zaman ini hanya Allah saja yang tahu sepenuhnya melainkan kita hanya diberi sedikit ilmu sahaja.


Nota penting.
Nabi Muhammad itu klue bagi setiap cerita seisi alam.

fahami selami alam maka ia akan beritahu apa yang kita mahu semua atas izin Allah yang Esa.

tq

2 comments:

siv5515 said...

"Kita semua akan mudah kenal dajjal melalui rupa bentuk fizikalnya serta didahinya telah tertulis kafir, walupun anda tidak mahir baca jawi/arab ia pasti akan mudah disebut."

Pembetulan,
Saudara artikel saudara amat menarik kerana pemikiran saudara sama dgn saya. Ini bermakna kita sama2 setuju apa yg akn berlaku pd masa depan menunjukan ada lagi pemikir yg hebat. Namun pembetulannya ialah, apabila Dajjal Laknatullah diturunkan, pd mulanya ia spt org biasa. Wajah nya tidak buta,ayt kafir blum muncul di dahinya dan sbgnya. Namun ketika dia sudah mengumpul ramai pengikut, maka dia berkata yg di adlh tuhan. Maka berubah lah wajah nya spt asalnya. Maka segelintir manusia yg beriman kpd Allah akan melarikan diri dari si dajjal itu dan tahulah mereka bahawa itulah si laknatullah Dajjal dan mereka berpaling daripadanya

OrgOrg said...

terima kasih atas perkongsian anda
yup adakalanya saya pun mis mis juga dalam menilai

tq