Sejak bermulanya era kelembutan mantan PM TAB agama islam makin diserang dengan rancak, jika suadara semua ikuti perkembangan terkini ia makin menjadi jadi tatkala pemimpin melayu dan orang melayu cukup lemah dalam menghadapi serangan serta sekelompok orang melayu yang mempertahankan mereka tersebut..
Ketika era itu saya amat geram sekali dengan polisi pentadbirannya, kerana kesilapan itu membuatkan apa yang direnungkan suatu ketika menjadi kenyataan hari ini, dalam hal ini tidak salahkan 120% kepada beliau cume apa yang dilakukan menambahkan virus barah kepada masyarakat hari ini
Bermula dari IFC,baling mercun,provokasi gereja dibakar(oleh mereka), menghina azan tudung oleh namewee, permohonan menjadi peguam hal ehwal islam, mempertikai spin kenyataan sultan dalam isu pemeriksaan jais terhadap gereja haram, larangan membaca AL-Quran dan perlahankan azan, bacaan doa oleh pelajar muslim, ibadah korban dan pelbagai isu lagi.
Hari ini dalam protal fitnah tahap iblis terjelir lidah "Wouldn't it be nice to take religion out of schools?" spin kenyataan seorang pemimpin NGO(karut) telah menyebabkan pelbagai komen yang mencabar agama islam oleh responden artikel berkenaan
Itulah yang paling bahaya sekali jika berjaya, sudahlah sistem pendidikan malaysia ini bercelaru serta dibebani sistem pendidikan venukuler.jika masalah ini kerajaan gagal mengawalnya maka kite akan terpaksa tunduk lagi dengan kehendak pelampau yang didalang oleh konspirator dari luar..
Jika kerajaan benar-benar serius dalam mengatasi masalah ini maka perlulah
1.rombakan sistem pendidikkan mengenai subjek-subjek di sekolah rendah dan menengah
2.menghapuskan sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil dengan menjadikan ia sekolah kerajaan, jika tidak mahu biarkan ia berfungsi tanpa bantuan kerajaan.
3.memberi bantuan lebih kewangan kepada sekolah agama islam dan sepatutnya kepada sekolah aliran agama lain.
4.sistem anjal dimana waktu persekolahan seperti waktu pejabat dimana kerajaan perlu beri pengkhususan terhadap matapelajaran yang boring pada waktu yang sesuai.
5.tambah besar sekolah dengan rekabentuk mersa alam serta mempunyai kemudahan yang mencukupi serta sesuai dengan sekolah terbabit.
6.sekolah aliran vokasional perlu diperluaskan skop serta ditambah bilanganya.
Apa kaitan yang ditulis?
dengan itu maka kita mudah memberi didikan kepada para pelajar dan kerajaan boleh menggunakan hari sabtu dan ahad kokurikolum wajib dalam 1 bulan 4kali kelas agama dikalangan para pelajar islam khususnya dan amnya kepada pelajar bukan islam mengikuti kelas mereka, waktu pelajaran agama bagi kelas dapat dipanjangkan dua sesi pada hari yang sesuai. Pada hari sabtu ahad pihak sekolah boleh tetapan 2 sesi sahaja
Adakah mereka terbeban?
oklah mesti akan dengar rungutan pelbagai kecaman, sekarangan ini saudara saudari semua hendak islam bangkit atau tidak? mahukah kita ini disoal dengan teruk diakhirat nanti? sudah cukuplah kesilapan kita yang lalui, spatutnya kita kena bentuk generasi baru ini dengan ilmu agama yang mantap TERTAPI pengisian minda terhadap ketahaan IQ(daya intelektual)EQ(emosi)SQ(spritual) perlu juga ada tidak boleh dibiarkan lopang sahaja. cara pembelajaran yang sedia ada perlu diubah supaya menjadi menarik mudah difahami.
Pakaian dan warna.
saudara saudari semua tentu menghadapi zaman persekolahan, perasan dan tahu warna baju seluar kasut sekolah yang boring bukan? Nah ni yang perlu ditukar suapaya warna tersebut tidak mempengaruhi pemikiran seseorang.. PUTIH? ia cantik tampak suci tapi ia kosong dan cepat kotor, semasa zaman sekolah itulah yang saya rasa.. bayangkan baju sekolah warna putih itu ketika anda sedang sedap makan mee kari bihun sup terpercik kebaju ahhh! comotkan bergitu juga kasut sekolah bile dipijak dan tak sengaja dipijak atau pijak lecak? tension rasanya... penampilan dan keyakinan diri akan sedikit terjejas. pekara inilah yang perlu dielak supaya kita akan merasa selesa, bila selesa maka hati akan tenang lalu ia memudahkan input diterima diproses otak.
Susunan Jadual Waktu.
sesuatu yang menyeronokan perlu diawal pagi kerana daya pemikiran masih lagi segar, contohya pagi sesuai untuk matapelajaran teori dan selepas waktu rehat yakni petang matapelajaran yang memerlukan kemahiran seperti matematik english sains dan pendidikan jasmani.
Waktu Anjal?
ia paling sesuai dalam keadaan sekarang kenapa? kerana ia memberikan lebih ruang untuk kita belajar disamping dapat mengurangkan budaya ponteng kelas dan sekolah berlaku.jika ada diantara saudara saudari pelajar bekas vokasional tentu akan faham.
kelas bermula jam 8am dan akan berhenti rehat pada jam 12.45pm sampai pukul 2pm, kelas berlansung hingga jam 4pm@5pm(lupa dah) selepas itu pelajar boleh beriadah seperti biasa berbanding emosi seorang pelajar yang pagi kena sekolah agama kemudian balik bergeges makan mandi solat bersiap tunggu bus pergi sekolah dan bergitu juga sebaliknya jika sekolah biasa pagi tengahari dengan panasnya tunggu bus bersiap makan kemudian ke sekolah agama, bukankah ia membebankan dengan rutin seharian berbanding pelajar yang belajar pada waktu anjal.. pagi boleh berjemaah dengan keluarga tengahari boleh berjemaah bersama guru rakan makan bersama bukankah ia lebih seronok tidak terganggu emosi tapi sayang mengapa ada ibu bapa yang membantah? saya pun tak faham ;)
Teknologi.
Sudah sampainya masa kerajaan memperkenalkan alat bantuan mengajar kepada para pelajar dengan mengunakan komputer pintar seperti ipad motorola xoom(contohlah) dimana didalamnya ada perisian pembelajaran yang ada serta kemudahan sepertimana komputer biasa, dengan ini beban para pelajar nak angkut beg sekolah yang berat berkilo(dah mcm askar traning angkat berat) akan terhapus. bukankah ia akan memberi keselesaan dan saudara saudari tidak perlu kesian sedih melihat anak memikul beg yang berat. para pelajar hanya perlu bawa buku latihan alat tulis dan komputer tablet. Tapi biasalah pasti ramai akan kondem kalau kena curi hilang macam mana? apa yang susah sangat, sekarang teknologi RFID boleh diimplan jika berlaku sebarang kejadian ia boleh kita programkan untuk tidak berfungsi, seperti mana kenderaan yang dicuri.
Pemberian Elaun Kepada Para Pelajar.
sebelum ini pernah memberi pandangan mengenai pemberian elaun kepada para pelajar namun tidak diendahkan ataupun tidak dikesan serta diceduk oleh kakitangan mereka dan kini terima kasih kepada DSNR kerana menunaikan impian tersebut. patutnya kerajaan naikkan nilai kepada RM180 untuk pelajar sekolah rendah dan RM250 untuk sekolah menengah jika ini berlaku ia akan memberi kelegaan kepada ibu bapa sekaligus rakyat nampak yang duit mereka kembali semula kepada anak anak, tapi macam biasalah segolongan manusia paling malang akan berbunyi "ahhh itu tanggungjawap kerajaan" terus menghasut membenci kerajaan.
Kesihatan.
para pelajar perlu diberi perhatian kesihatan yang selayaknya, dimana pemeriksaan kesihatan boleh dijalankan setiap 3bulan dengan ini kerajaan dapat mengenalpasti masalah kesihatan sekaligus memberikan satu kelebihan kepada kerajaan dalam merangka dasar pemakanan negara serta bajet kewangan yang diperlukan, bila ini berlaku maka akan mudah bantuan diberikan, bukan seperti waktu sekarang cek gigit bcg kancing gigi hpv tertapi menyeluruh barulah boleh membangunkan modal insan yang cemerlang terbilang.
Rasenya cukuplah jika kerajaan bersungguh-sungguh melahirkan modal insan yang cemerlang buatlah apa yang patut dan amat penting sekali penerapan nilai nilai islam perlu ada suapaya orang yang islamnya macam kapal selam dan bukan islam akan melihat kebajikan kerajaan islam melayu ini memimpin penuh dedikasi kepada rakyat dan negara.
sekaligus memberikan kelebihan kepada islam akan didekati oleh semua orang. berdakwah bukan sekadar mulut tapi perlu perbuatan dan contoh barula ia dapat menimbulkan kesan kepada semua, Insyaallah amin
sekian
1 comment:
The King Casino: The New King & The World of Gaming
The King Casino https://tricktactoe.com/ is 출장샵 the new place where the real money https://jancasino.com/review/merit-casino/ gambling is legal in Florida and gri-go.com Pennsylvania. We love the new casino. We've got some septcasino.com great
Post a Comment