Thursday, November 17, 2011
Kuasa Tawar Menawar
Situasi 1
Peniaga: Akak mali la ni ikan sekilo 10linggit je
Pembeli: Ala takmolah
Peniaga: angkatla akak...
Pembeli: sudah pecah perut mau 10ringgit ke? kasi kuranglah tokey
Peniaga: aiyaa rugila saya
Pembeli: kalau tokey kasi 6ringgit sekilo saya angkat.
dalam keadaan tertekan @ suka
Peniaga : oklah akak punya pasai, angkatlah.. ni saya kasi tambah sekilo lebih
lalu hati pembeli rase happy ^_^
walhal si peniaga sudah untung juga dan berjaya dalam teknik tawar menawar utk lakukan peniagaan hehe
Situasi 2
Satu siri ucapan seorang pemimpin negara (contoh yea)
Kita Parti memerintah akan terus melindungi sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil bla bla bla...panjang lebar penuh berapi tanpa fikir kesanya.
Bila tiba pilihanraya
sekumpulan pendesak yang rasis muncul menuntut cakap-cakap ucapan beliau dan meminta yang bukan bukan, lalu pemimpin tersebut, kata tak bolehlah itu ini..
Lalu ketua pendesak kata dua pada beliau "kalau u tak kasi nanti Pilihanraya kita naikkan harga barangan perkhidmatan dan kami akan kempen bahawa kerajaan sekarang anti cina, tidak telus dan macam macam lagi, serta kami tak nak undi kerajaan sekarang"
Bekerutlah dahi pemimpin melayu itu bila disergah oleh kumpulan pendesak terbabit, maka segala yang diminta ditunaikan satu persatu, maka makan hatilah orang-orang melayu tapi tetap juga nak pangkah mereka apa boleh buat ibarat pil merah dan biru lambat atau cepat matinya sahaja. lansung tiada sepakat untuk tidak memilih mencari jalan keluar dari permasalahan terbabit.
***********
Saudara Saudari sekalian, itulah dua situasi contoh yang sering berlaku dalam kehidupan seharian kita. TAWAR MENAWAR menjadi lumrah dalam kehidupan, isu kali ini saya nak sentuh mengenai kelemahan sebuah negeri yang KONONnya kerajaan islam penuh kebajikan namun tiada tawar menawar dengan pemerintah pusat mengenai apa yang mereka mahukan, segelinitir mereka gagal dalam mempelajari kehidupan seharian dan sejarah yang lalu walupun dikatakan saf kepimpinan terdiri dari golongan ilmuan.OK kita kembali sekitar tahun 90an tentu saudara saudari pernah dengar mengenai sebuah ajaran yg difatwakan sebagai sesat yakni AL arqam. saya tidak mahu becerita mengenai ajaran mereka, namun ingin becerita mengenai kesepakatan ekonomi dikalangan mereka.
Jika diimbas kembali, saya melihatkan mereka mampu mencipta rangkaian ekonomi dikalangan orang islam masa tu, saya amat berminat dengan cara mereka mengendalikan pertubuhan yang direka serta imej yang dibentuk.Ketika itu kita orang melayu islam sering dimomokkan serta terimplan kata-kata penjajah "orang melayu mana reti berniaga hanya layak duduk kampung" tapi kata kata itu berjaya dinafikan oleh mereka kerana ada usaha mewujudkan suasana ekonomi yang dijana oleh orang islam melayu, dari membuat tauge, tahfu dan beberapa produk yang lain ia menjadi igauan dikalangan kapitalis tokey berbangsa cina ketika itu.Namun memang benar kata Allah jika kita susah atau senang jangan lupa pada DIA sebab DIA la yang memberi kamu rezeki.Segala harta dunia telah menjadikan mereka lupa akan matlamat asal dan menyimpang dari ajaran sebenar ketika itulah mereka semua kecundang,namun tidak pada perniagaan mereka walupun ada usaha untuk menghapuskanya namun ia tidak berjaya.
****
Dalam sering menyalahkan serta SPIN segala isu terhadap kerajaan pusat tiada apa usaha yang benar benar BOM!! kepada rakyat negerinya, bahkankan saban hari minggu bulan tahun rakyat negeri terpaksa berhijrah ke negeri lain untuk mencari rezeki tapi dalam masa yang sama pemimpin mereka sering kali salahkan juga pemerintah pusat.Setiap anak negeri yang lahir didoktrin bahawa pemerintah pusat zalim melalui ceramah,bual kosong dan media.Kini sudah 21thn kerajaan negeri dipimpin tapi apa yang ada hari ini untuk dibanggakan negeri tersebut berkebajikan.
Jika pertubuhan sesat ibarat setahun jagung boleh mewujudkan ekonomi islam, mengapa selama 21thn kerajaan negeri perintah tiada sistem ekonomi islam yang boleh menggugat dan mewujudkan suasana tawar menawar seperti yang dipostingkan. Oklah mungkin akan rasa tidak senang dan mendakwa dakwi bahawa Kerajaan pusat zalim firaun sekat bantuan tak beri duit minyak takpelah lupakan seketika.
Baiklah mari kita lihat kelantan sebagai sebuah negeri yang bersempadanan dengan Thailand dari segi geografi ia ada kelebihan dalam hubungan dengan luar negara disamping faktor keturunan melayu dan ISLAM dibahagian selatan thai. Kelantan mempunyai sumber ali yang kaya, kita ketepikan soal duit minyak sebagai kerajaan negeri jika benar tidak terima bantuan atau duit mereka seharunya mewujudkan rantaian ekonomi melalui syarikat anak negeri apa yang boleh mereka kendalikan?
Saya bagi satu yang mudah yakni ARGO meliputi pertanian, perikanan, penternakan dan pelbagai cabang argo yang berkaitan. Dalam sibuk membalun skandel NFC(National Feedlot Corp) mereka lansung tak ada senjata untuk mengatasi masalah tersebut,jika sebelum ini mereka ada kelebihan dalam penternakan, mereka boleh memberikan contoh terbaik kepada masyarakat.Ini kerana pemimpin mereka kurang visi dan misi serta tidak berpandangan jauh 10,15,20thn akan datang sepertimana TDM.
OK saya akan kupas mengenai penternakan, seharusnya kerajaan negeri cuba rebut peluang dari awal awal lagi tentang kepentingan makanan HALAL seharusnya mereka tahu ia adalah satu industri yang cukup cukup bernilai dan berimpak tinggi sebab itulah kerajaan pusat meletakkan ia didalam program ekonomi berimpak tinggi.Dan negara luar yang bukan islam berebut rebut untuk memasuki pasaran HALAL.Tapi apa pemimpin mereka lakukan tidor? membuncitkan perut? buat lawak jenaka? ceramah maki hamun? mungkin itulah yang dilakukan.
MACAM MANA?
1. Tanah yang luas boleh digunakan sebagai ladang ternakkan, dimana kelatan mempunyai kawasan yang belum diteroka dan digunakan dengan maksima.Dalam kawasan ladang tersebut mereka boleh bina pusat sembelihan,pusat R&D,logistik,kuarantin.
2.Dengan kelebihan dengan sempadan thailand, kos membawa masuk lembu dari thailand,kemboja,vietnam,loas akan lebih murah kerana ada jariangan jalanraya, mungkin ada yang mengatakan susah? apa susah kite minta saja pengimport lembu dari thai untuk kumpulkan stok atau kerahkan tenaga anak negeri mencarinya.
Jika mereka faham tentang kepentingannya ekonomi dan kuasa tawar menawar sudah tentu ia memberikan pulangan kewangan yang cukup besar kepada kerajaan negeri.Dengan itu mereka ada kuasa tawar menawar dengan kerajaan pusat, barulah senang nak mohon pelbagai pertolongan dari pusat.Jika mereka telah rebut peluang ini dari awal sudah tentu mereka membina ekonomi islam khasnya dan serta am kepada rakyat dan kerajaan negeri.
Sepatutnya pemimpin mereka simpan dendam dan azam serta semangat "takpa kalau kerajaan pusat sekat bantuan kewangan hari ini esok lusa kerajaan pusat dan rakyat malaysia tahu bahawa kami mampu jana pendapatan sendiri" (ini adalah contoh saje) dan bukannya terus terusan ceramah membenci kerajaan.
Apa kelebihanya jika mereka berjaya?
1. mereka ada markah politik.
2. dapat memberi peluang pekerjaan kepada anak negeri.
3. dapat memecahkan monopoli dari peniaga bukan islam.
4. menjana pendapatan dan mewujudkan pelbagai industri dari penternakkan.
5. dapat membantu dalam industri halal bagi umat islam.
Jika mereka sedar dari awal sudah tentulah setakat skandel pecah amanah NFC(national feedlot corp) boleh dijadikan modal politik bahawa mereka lebih baik dari kerajaan pusat dimana daya urus tadbir penuh ketelusan serta mengikut prinsip nilai murni dalam islam.Dan bukan sekadar pusing pusing isu dan menimbulkan kebencian semata mata.
Andainya terjadi seperti situasi bergini
menteri berbincang bahawa malaysia kurang stok makanan berasaskan daging jenuhlah siang malam bincang nak selesaikan masalah berbahaslah macam ayam berkokok rimau mengaum tapi last last bagi projek kat anak beranak..
Dalam masa yang sama kerajaan negeri kelantan ade stok yang cukup2 banyak mempunyai pelbagai kepakaran serta kemudahan. bila berlaku bergitu maka masa inilah pemimpin negeri yang paling lama muncul
drama sikit (sorrylah saya tak reti klate) ^_^
Nik : jib buat ape pening kepala deh, negeri ambo ade banyak stok daging
Jib : yeke poknik, bila mase demo ada stok banyak
Nik: aloh demo ni... tak cayo mari tgk, mu datang negeri ambo..
jib masa ni dah pening kepala lalu berkata
Jib : kalau lagu tu, poknik boleh supply ke untuk tampung kekurangan stok negara berasaskan daging ni..
masa ni poknik main peranan
Nik :Boleh jib memang boleh cukup lebih dari cukup.. tapi kalu nak banyok stok demo kena tolong ambo
dalam tergaru garu kepala sambil toleh belakang melihat mah
Jib : ghapo dio poknik
Nik : ambo tolong mu, mu kena tolong ambo beri modal nak besorkan saiz ladang ternakkan dan memenuhi stok negara..
Pada masa ini lah kuasa tawar menawar berlaku diantara mereka, jika bijak mereka boleh dapat apa yang mereka mahukan, lihat saja orang cina menguasi ekonomi negara. Mereka tawar menawar dalam pelbagai hal sehinggakan pemimpin melayu tunduk lesu membisu dan kaku terhadap tuntutan mereka, jikalau ada pun macam hangat hangat tahi ayam saje.
Sampai bilakah pemimpin melayu islam ini ingin bercakaran serta membantu merencanakan agenda asing? ia perlu dijawab oleh pemimpin melayu dan kita sendiri, kita cuma wujudkan platfom suapaya golongan yang ingin bebas dari politik kebiasaan ini berubah kepada satu sistem yang benar benar berteraskan islam.
Sama samalah kita renungkan
Nota
duit note RM500 dan RM1000 itu lah yang dibawa keluar oleh insan teragung dalam kuantiti yang cukup banyak, oleh kerana itu TDM bekukan nilai terbabit, jika mereka memerintah tidak mustahil ia kan muncul kembali.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
hmm ada msg terselindung... hahah memang kaw kaw lah oracle..
boss dulu yg ckp, tp dia xde dah
btol2 sya sokong apa yg ditulis..
Post a Comment