Saturday, January 19, 2013

Test Market?




Isu kalimah Allah, makin lama ia menguji kesabaran orang islam majoriti yakni orang melayu, cakap cakap orang politik membuatkan isu ini makin lame bertambah sensasi, malah dipihak penentang ia menuduh pihak pemerintah punya angkara.

berikut adalah pic-pic yang didakwa pengedaran bible versi melayu di pulau pinang 

LAPORAN POLIS 

Disyaki
Disyaki
 Disyaki naskah bible
Pengetua sekolah berbincang dengan orang Disyaki 


ada motif provokasi dimana didalam laporan polis tercatat beg warna hijau cop RELA? ia tidak lain sebagai cara menimbulkan presepsi bahawa kerajaan persekutuan menyokong sepenuhnya pengedaran tersebut. jika mereka di hentam, mereka akan menafikan segalanya.

mengapa bermula dipulau pinang? ia adalah proses secara halus menghalau orang islam yakni melayu dari pulau pinang, dalam pelan akan datang, mereka melalui kerajaan negeri akan berterusan untuk menggunakan taktik halus ini. pekara tersebut saya telah nyatakan teknik mereka melalui

1. pendidikan
2. ekonomi

Ia adalah teknik paling baik untuk dikenakan kepada orang melayu, sejarah telah membuktikan ia digunakan para penjajah, bahkah elite freemason telah lama menggunakan kepada masyarakat dunia.

Susulan terhadap komen-komen bukan islam berpegang kepada kata kata pemimpin mereka, telah membuatkan segelintir orang islam melayu terkedu dengan penyataan percakapan mereka. tapi apabila ada bukan islam didalam kerajaan menentang ia akan diserang sehabis habisnya.. itulah dinamakan double standart, bahkan mereka sebolehnya mempertahankan kenyataan yang keluar dari pemimpin mereka.

Tujuan saya tulis "disyaki" adalah menunjukkan kemungkinan bersalah atau tidak seseorang itu, itu adalah proses kerja biasa bagi kes kes pendakwaan kepada pesalah sebelum dijatuhkan hukum apakah benar orang itu bersalah atau pun tidak

Saya berharap kita sepakat dalam isu ini, andai anda tidak fasih posting dalam bahasa inggeris bagi menentang mereka, gunakan sahaja bahasa melayu.. gunakan bahasa yang sopan bagi mengelak "character assassination" terhadap anda.

Saya juga mengharapkan ketegasan HTH(menteri kdn) dalam mengambil tindakan kepada mereka.. kami tidak mahu luka lama berdarah kembali, kalau ia menjadi nanah dan bertukar tokak buruk padanya kepada negara. cubalah sebaik mungkin jika gagal anda bukan lagi menteri KDN untuk penggal akan datang ataupun sekadar menteri yang duduk di PEMANDU menggantikan KTS hehe


Sekian 







Monday, January 14, 2013

Betul ke ni?






Hmmm cerita pasal kalimah Allah ini tiada kesudahanya, balik balik salah kepada kerajaan sekarang, hebat benar connar baring yang dilakukan mereka...

Oklah anda teliti surat yang dilampirkan kepada semua yang dikutip dari blog http://kerabubersuara.blogspot.com/2013/01/surat-pekeliling-kerajaan-malaysia-bab.html

Jika anda kakitangan awam sudah tentu melihat kejanggalan pada surat yang didakwa ini

1. tiada latterhead PMO 
2. no rujukan surat sepatutnya sebelah kanan anda
3. selalunya surat hanya menggunakan Ybg Tuan/Puan(dan gelaran lain)
4.Pekara yakni tajuk adalah HURUF besar
5. Akhir surat biasanya dilengkapi motto spt berkhidmat utk negara dan sebagainya.
6. penama penerima perlu ada alamat sekali.
7. gelaran dan nama adalah rasmi.
8. kalau pun "lampiran" pejabat pemandu miskin sgt sampai tiada cop LAMPIRAN hingga perlu guna tulisan tangan?


hmmm amat pelik tp benar adakah ini benar-benar surat dari PMO DSNR atau mereka tidak kenal beza memo dan jenis surat-surat?

Saya tidak mahu mencari kesalahan tapi ini membuka minda supaya kaji dahulu sebelum terima apa apa input dan saya berharap dapat penjelasan dari PMO berhubung pekara ini kerana, mereka telah tersilap langkah dan langkah yang tempang itu kini di hala kembali kepada kerajaan dengan cara spin dan blame game..


sekian



Saturday, January 12, 2013

Checkmate





Salam hormat kepada semua pembaca budiman yang dirahmati Allah.Diharapakan pembaca sihat rohai dan jasmani. Sebenarnya sejak kebelakangan ini banyak rancangan akan bakal dilaksanakan sebelum PRU berlansung pada ?(sy simpan tarikh ini) untuk menjunamkan kerajaan sekarang supaya menjadi pembangkang pada tahun akan datang.. TAPI adakah ia berhasil ? :)



Kalimah Allah

yea yea yea, semua orang didalam malaysia khususnya melayu sibuk membicarakan mengenai isu tersebut.Nampaknya isu terbaru untuk spin masalah yang berlaku didalam DAP telah berjaya membuatkan kita semua lupa tentang korupsi mereka didalam mendapat kuasa.

oklah kita ringkaskan sahaja hal ini

Saya amat tidak setuju penggunaan nama Allah dikalangan pengikut kristian. kerana ia akan memberikan impak yang besar terhadap isu isu akan datang, dulu saya pernah postingkan rancangan mereka mengenai serangan terhadap agama dan raja.

Jika anda setuju Allah itu dikongsi dengan kristian, mohon anda fikirkan kembali dan rujuk sejarah agama kristian itu sendiri. anda semua tahu bahawa bible itu bukan ada isi kandungan yang benar dari injil, maka kristian itu adalah sesat sama sekali, apabila telah sesat adakah layak untuk menggunakan kalimah Allah? dalam kristian ada fahaman Trinity yakni ada Tuhan bapak Tuhan anak dan Roh kudus, maka apabila diterjemahkan sebagai Allah apa jadinya sudah tentu jadi bergini Allah bapak Allah anak dan Roh Kudus, kalau anda lihat pekara ini nampak janggal tak?

Dalam surah Al Ikhlas telah diberi tahu bahawa Allah itu satu dan tiada dua atau tiga, bahkan beranak dan diperanakan, tidak tidor makan, tidak menyerupai sesuatu pun yang dilangit atau bumi, jadi kalau anda setuju apakah sesuai untuk mereka gunakan nama Allah tersebut?

Oklah anda dakwa di sabah sarawak telah lama guna bible ditulis Allah, baik berkenaan isu bible disana, ia adalah yang diseludup masuk dari indonesia dan ia cetakkan indonesia bukanya malaysia. keadaan semasa disana adalah tidak sama disemenanjung dimana majoritinya melayu islam, kalau anda kata orang cina beragama kristian ingin baca bible dalam bahasa melayu, anda mengarut sama sekali, sebab cina kristian disemenanjung ini lebih suka baca versi bahasa inggeris, apa kelasnya bahasa melayu dimata kepala orang cina kristian? dan jika bukan kristian pun mereka tidak mahu berbahasa melayu sekalipun. kalau suka bahasa melayu sudah tentu ramai fasih berbahasa.

Hari ini mereka ingin guna dalam cetakkan bible bahasa melayu, besok lusa gereja ditukar kepada rumah Allah, dalam kenyataan mahkamah tinggi hari ini, menyatakan bahawa orang bukan islam layak guna kalimah Allah dan oleh itu ia tidak lagi eksklusif untuk agama Islam lagi.

kita renungkan kembali... Al-quran itu sendiri diturunkan dalam bahasa arab,didalam Al-quran disebut Allah, tidak pun Allah disebut didalam bible. kita kena ingat apabila Allah perintahkan nabi Muhammad menyampaikan Ajaran Islam, maka yang sebelumnya adalah terbatal sama sekali, kerana berlaku penyelewengan terhadap kitab kitab yang Allah turunkan sebelum itu.

Ada yang mendakwa sewaktu era Paklah tak kisah pun hal ini? Beliau memang tak kesah kerana, yang menguruskan hal hal negara banyak campurtangan dari geng geng tingkat 4 dan sewaktu inilah IFC giat ingin dilaksanakan atas konsep Islam Hadhari.

Anda sendiri lihat tentang kelemahan dan kesilapan pemimpin mengakibatkan genarasi islam yang lain mendapat tempias untuk tempoh akan datang.

Setujunya pemimpin PAS benarkan kalimah Allah digunakan oleh pengikut kristian maka ia akan menjadi benchmark oleh orang bukan islam untuk menafikan hujah orang islam yang lain, kerana menganggap PAS itu ISLAM dan lebih baik dari Umno, keputuasan mahkamah tinggi yang dihakimi oleh orang bukan islam telah memberi padah yang besar kepada negara dan umat islam khususnya.

Jika diperhatikan komen penyokong penggunaan kalimah Allah dimalaysiakini harakah, mereka dengan tanpa ilmunya mempersoalkan nama Allah didalam lagu negeri lambang pasukan keselamatan rukun negara. baiklah berkenaan isu terbabit ia adalah lambang sahaja, dan dinyayikan, ikrarkan tanpa tersematnya Allah dikalangan hati orang bukan Islam, jadi perlu ke dipersoalkan dari isu utama yakni penggunaan oleh bukan Islam?

Dan malang sekali apabila titah Sultan selangor telah dipertikaikan oleh paderi kristian, mempertikaikan titah bererti telah memperlekehkan kuasa sultan sebagai ketua agama dinegeri masing masing..dan titah baginda itu menjadi gurauan kepada mereka yang benci sistem beraja yang ada.

Lihat isu disebalik tabir ini, majoriti berbahasa melayu adalah orang melayu Islam jadi apakah sebenar yang hendak dibuat? ia adalah untuk memecahkan sistem pelembagaan mengenai Islam dan melayu, apabila ada kes agama di mahkamah maka ia akan menjadi "kes rujukan" terhadap sebarang keputusan yang akan dibuat untuk kes akan datang.

Nama Allah memang ada banyak, tapi Allah itu adalah nama yang utama dari nama nama lainNya, mengapa ada persoalkan kita tidak guna nama nama lain? atau ini satu hujah hujah dangkal yang libreal dan provokasi terhadap kefahaman orang melayu islam terhadap nama Allah..

Anda telah lihat bagaimana indonesia berlakunya "rojak" tentang kefahaman agama mengakibatkan pelbagai masalah sosial, mahukah anda nanti anak dara anda berkahwin dengan non muslim tanpa memeluk Islam?
apakah nasib anak itu telah besar nanti? anda lihat bagaimana seorang ahli politik cina yang bersuamikan india tidak mahu anaknya dikatakan sebagai keturunan india. sebaliknya ciptakan isu ia sebagai "anak malaysia" mungkin beliau malu anaknya ditulis sebagai keturunan india..  cina amat pentingkan keturunanya.

Saya amat berharap DSNR dapat meyelesaikan perkara ini dan mohon majlis raja raja bersidang bersama mufti mencari kata sepakat mengenai isu ini, adalah ditakuti akan memberi kesan yang buruk kepada umat Islam.

Akhir posting ingat Bible bukan Injil asli, isu ini bukan melibatkan emosi tapi ia persoalan akidah dan kefahaman agama. kalau anda nak kata saya bodoh atau apa saja kerana tidak bersetuju nama Allah dikongsi dengan orang bukan Islam terpulang, tunggu diakhirat nanti saya akan melihat anda, dan anda melihat saya dimana tempatnya, angan demi undi, agama jadi bahan permainan antara kita.

Kepada blog yang membongkar penyelewengan teruskan usaha bersama bukti kukuh supaya rakyat sedarkan penipuan mereka

Anda juga boleh rujuk post di abatasa umat terakhir bagi mendapatkan pandangan yang jelas mengenai sesuatu isu 

Sekian


Friday, December 7, 2012

Nampak Tak??





Semakin menghampiri tahun baharu masihi, semakin kita akan melihat pelbagai isu tempatan dan dunia akan berlaku, segalanya dirancang dan menggunakan kesempatan yang ada.Jika anda gagal mengenalpasti permasalahan sekitar, maka kita akan terus hanyut didalam dunia penuh tipu daya ini, ingatlah sesungguhnya Allah menguji setiap dari kita yang bernama manusia tidak kira siapa anda sekalipun.

Posting hari ini akan menjurus kehendak sebenar disebalik permain oleh ahli politik, ekonomi, mahupun mereka yang dibelakang tabir isu isu berlaku pada hari ini

Dasar Pecah Dan Perintah

Inilah game paling mudah dilaksanakan dimalaysia hari ini. ahli politik dipihak kerajaan mahupun pembangkang masing masing cari nama tapi tidak lansung menyelesaikan permasalahan yang timbul. tuding jari diantara mereka kerap berlaku. cuba anda kaji isu-isu seperti contoh bajet pertahanan, pembekuan anggota polis. jika faham apa yang berlaku adalah mudah untuk menafikan kata kata mereka itu. pertikaian mengenai kapal selam adalah ingin menjurus kepada suruhanjaya kira kira wang awam, jika proses ini berjaya, segala bajet, aset kelengkapan akan tidak menjadi rahsia penting ATM kerana ia akan dibukukan oleh pihak audit serta menjadi bahan bacaan orang ramai. untuk makluman kapal selam negara adalah aset yang tercanggih dirantau ini dan amat sesuai dengan suasana serta kedalam laut di selat melaka dan china selatan, bak kata orang "kecil kecil cili api"

Pembekuan pengambilan anggota polis
ini adalah lawak jenaka bertujuan memisahkan bidang kuasa pusat dengan kerajaan yang diperintah oleh pakatan, bagaimana? jika mereka menang lagi dan sememangnya menang di pulau pinang sebagai contoh, pihak kerajaan negeri akan melantik polis sendiri, ini akan mewujudkan percanggahan bidang kuasa polis di pihak pusat. mereka juga akan mengadakan pilihanraya negeri walaupun dihalang perkara ini akan tetap diteruskan, sekaligus menafikan kuasa pusat dalam melantik ketua kampung, jkkk dan pelbagai lagi kuasa pusat. jikalau DSNR terikut dengan kehendak mereka, andai berlaku sesuatu hal, ia menjadi modal untuk menyalahkan pusat berhubung pembekuan pengambilan anggota polis.



Acaman terhadap tentera
sebuah negeri pulau dengan kepadatan penduduk yang tinggi, mereka melalui JPBD oleh arahan ahli majlis tempatan cuba menghimpit kem-kem ini dengan membina pelbagai aktiviti berhampiran kem sekaligus mengancam kawasan sensitif tersebut, dan tujuan paling utama ialah memastikan tiada bantuan undi pos dikawasan terbabit. Rancangan struktur negari(RSN) akan diubah mengikut kehendak mereka dan sekaligus merencatkan sebahagin masterplan Rancangan Fizikal Negara(RFN) yang telah dirancang sebelum ini. pihak mereka seringkali cuba mendapatkan bajet sebenar ATM dan inginkan iventori peralatan kelengkapan spesifikasi yang ada didalam simpanan ATM, mempertikaikan pembelian pembuatan LCS kereta perisai dan pelbagai lagi adalah untuk mendapat maklumat sulit mengenai perkara tersebut. seharusnya pihak Menteri pertahanan, menepis segala tomahan serta perlu tindakkan saman terhadap fitnah dilakukan.DSNR perlu kaji semula mengenai plan memindahkan lapangan terbang sg besi. seharusnya ia dikekalkan bagi tujuan kecemasan warga KL suatu hari nanti dimana pada pandangan saya ia boleh menjadi tempat kordinasi bencana, apa yang saya harapkan dari lapangan terbang tersebut ada laluan yang luas ke terowong smart, ia bole dijadikan tempat berlindung.
Lynas
Isu kilang pemprosesan nadir bumi ini cukup hangat diperkatakan dan sering dilaungkan bahaya kepada kesihatan tapi adakah anda tahu monitor PC Tablet Handphone lampu simen mircowave, senang cerita peralatan elektrik elektronik mahupun bahan campuran kimia boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan. kesemua itu mempunyai tahap radiasi dan kimia yang tersendiri dan kesanya adalah bergantung pada caramana kita menggunakan serta tempoh pendedahanya. oklah anda semua gosok gigi pakai ubat gigi florida dan berkumuh dengan air terawat berklorin, jika salah satu kandungan klorin atau florida tinggi ini akan menyebabkan masalah kesihatan kepada anda, tak percaya? tanya doktor.Untuk makluman pembaca setiap apa projek impak tinggi sebelum dimulakan akan dibincangkan dan diberitahu kepada pemimpin tempatan. sepatutnya beliau memprostes sebelum penilaian awal tapak(PAT) Enviromental Index Assesment (EIA) dan pelbagai kajian dilakukan, mengapa setelah kilang hampir 80%90% siap baru terhegeh hegeh protes? ok kita tengok game ini, andai ada penduduk tempatan termakan dakyah bahawa bahaya radiasi seolah macam radiasi nukler, maka ekonomi disitu akan drop dan nilai hartanah akan turun mendadak. dan dikesempatan itu mereka ini akan borong hartanah disitu. komposisi penduduk akan berubah dan nilai undi juga akan berubah. Sepatutnya pada saya mereka harus bimbangkan mengenai buangan terjadual yang terhasil dari proses dan dibuang dengan sempurna oleh pihak berkenaan.

Tahun 2013 krisis ekonomi

Krisis yang terjadi bukanlah sampai semua orang hilang pekerjaan, tiada tempat tinggal dan sebagainya yang buruk tapi melibatkan krisis kemanusiaan, makanan,kesihatan, keselamatan, politik, dalam posting lepas lepas saya ada ingatkan tentang masalah yang timbul hasil dari ketidakstabilan tersebut. sebagai ingatan kepada semua, fahami puasa dan zikir, insyaallah ia akan menyelamatkan anda disamping itu juga kita sediakan apa yang patut seperti stok makanan, alatan, ubatan kesihatan serta rancang pebelanjaan supaya dalam menyelamatkan sedikit diri kita dan keluarga serta masyarakat secara am.

Akhir posting, marilah kita buka minda hati naluri untuk fahamkan sesuatu isu dengan mengikut cara yang ditetapkan yakni kaji, buat perbandingan sesuatu pekara agar tidak terjerat dengan game lagi hebat untuk tahun hadapan.

Selamat maju jaya pasukan harimau malaya, jangan leka dengan gol awal

Thanks kerana sudi membaca....

 

Saturday, November 24, 2012

Salam Tahun Baru Islam




Salam hormat kepada semua, terima kasih dan mohon maaf kerana telah sebulan tiada posting dibuat, sepanjang waktu tersebut saya hanya memerhati suasana sekitar tentang perjalanan malaysia pada masa akan datang disamping melakukan tugasan harian.

Syukur kepada Allah kerana telah panjangkan umur untuk masih bernafas dalam tahun baru islam ini.semoga anda semua ada pasang azam yang baik pada tahun ini. tahniah juga kepada mereka yang berpuasa sunat.

Pada akhir tahun yang lalu kita sekali lagi melihat gerhana cincin berlaku di australia dan pada 28.11.12 rabu akan berlaku satu lagi gerhana bulan penumbra yang akan melihatkan Musytari (jupiter) apa yang ada di musytari ini hinggakan kerap kali terlihat di tahun lepas dalam siri-siri gerhana? biarlah menjadi teka teki...

Pembaca tentu telah membaca posting mengenai binaan piramid disemenanjung tanah melayu dan tertanya tanya dimanakah letaknya? ia ada dibanjaran titiwangsa, titiwangsa adalah satu set banjaran yang menjadi laluan orang terdahulu untuk kembali ke semenanjung. jika zaman sekarang banyak kerajaan membina pencakar langit, tapi waktu dahulu binaan piramid menjadi trend dikalangan kerajaan terdahulu.piramid yang ada mempunyai binaan yang unik, ketinggian besarnya boleh dikatakan seperti gunung ganang amat besar sekali berbanding di mesir. untuk mencarinya anda perlu faham asas dan cara pembinaanya yang mengikut garisan bintang, serta garis garis tenaga dibumi. makhluk yeti antara makhluk yang berada dipokok pokok, gunung dan suka hawa yang sejuk, dihutan pahang ia masih lagi ada hingga ke hari ini, sebab itulah teori darwin menyatakan manusia sama dengan beruk kerana teori yeti ini. yeti boleh dikatakan berbentuk manusia beruk seperti didalam teori darwin tersebut. namun bagi anda yang normal teori itu adalah salah sama sekali.

Perkara yang menjadi penulisan adalah berkaitan dengan islam dimalaysia, dalam siri posting ops rampas siri serangan terhadap pelembagaan(islam melayu raja) ada dinyatakan akan berlaku dan ternyata berlaku pada hari ini. jika empayar melayu dahulu tewas kerana melayu, maka bergitu juga akan berlaku jika kita pada hari ini gagal mengenal apa maksud sebenar mereka. pada hari ini pemimpin melayu jugalah menjadi ketua perang terhadap bangsanya sekaligus agama anutan orang melayu itu sendiri yakni Islam.

Keceluparan pemimpin tersebut telah membuka ruang yang amat luas untuk mempertikaikan agama islam, NGO seperti SIS juga menyatakan sokongan untuk sesiapa saja untuk tinggalkan agama jika tidak yakin dengan agama asal anutan sebelumnya. bahkan pemimpin ala ala isle juga cube menyelamatkan pemimpin dikalangan mereka dengan menyatakan itu pandangan peribadi dan bukan parti. hari ini makin ramai pemimpin bukan islam menggasak agama islam. andai Allah beri peluang kepada mereka untuk memimpin maka tanggunglah dosa jika orang melayu islam keluar dari agama asal. kita jangan cakap pasal perbuatan orang islam yang tak berapa islam sebaliknya kita tahan mereka terus dari keluar islam. kalaupun sesorang itu tidak mengamalkan cara hidup islam sepenuhnya sekurangnya dia masih lagi islam, dan akan sampai masa ada kesedaran untuk kembali kepada Allah. hanya Allah saja layak menentukan ke islaman seseorang itu.

Atas dasar hak asasi kesamarataan maka makin banyak wujudnya gereja, fokus saya terhadap kristian kerana ia lebih bahaya berbanding budha hindu, kerana dakwah mereka cukup licik dan ramai dikalangan cina atau india ia dianggap agama rank tinggi dan penyucian kasta dikalangan mereka, maaflah itu hakikat dan tidak boleh dinafikan. dishah alam telah ada juga gereja, sewaktu umno menguasai shah alam, pernah ada percubaan membina gereja namun dibantah keras, tapi diera pas pkr dap dishah alam gereja telah hampir siap dikota kemuning.. jika anda mempertikaikan kenapa umnoBn meluluskan gereja terbesar di bukit jalil itu adaalah atas terperangkap didalam hak asasi, pemimpin melayu gagal mengenalpasti masalah yang timbul. gereja besar atau kecik bukan itu masalahnya tertapi mengapa diwujudkan dikawasan melayu yakni shah alam? berbanding bukit jalil ia jauh dari kawasan majoriti melayu.

Minoriti menguasai Majoriti.
dikalangan orang melayu beranggapan bahawa minoriti tidak boleh menguasai majoriti dan mereka telan bulat bulat kata pemimpin mereka, tapi adakah mereka celik hati melihat bagaimana zionis menguasai Amerika dan PBB, siapa Zionis itu adakah mereka dikalangan Majoriti? didalam konteks malaysia, seperti saya katakan agama kristian ini adalah agama meningkatkan kasta bagi orang cina dan india. pemimpin DAP rata-rata beragama kristian, jika mereka menang putrajaya adakah mereka tidak boleh kawal majoriti seperti mana zionis mengawal majoriti. apa kaitan zionis dan kristian? zionis menggunakan kristian didalam agenda NWO, jika kerajaan dikuasai kelompok kristian melalui pemimpin mereka, maka mudahlah agenda NWO dilaksanakan.

PAS dominan?
satu kenyataan lucu dikalangan mereka, andai mereka berjaya adakah akan dibiarkan PAS menjadi dominan? tidak tidak tidak. apabila mereka berjaya perkara yang menjadi keutamaan ialah pelembagaan setelah dibuang kluse penting memelihara islam dan melayu, dan barulah undi tidak percaya dilaksanakan. jawatan penting seperti kewangan, perumaahan, ketenteraan, kesihatan akan dikuasai oleh puak kristian ini. tak percaya? kalau Allah izinkan, itulah yang berlaku. lihat kes di perak walaupun undang-undang tubuh negeri mewajibkan islam melayu menjadi MB segala tindakan MB dari PAS itu dibayangi oleh DAP, ex MB itu sentiasa diapit dan diberi arahan.

Ingatlah mereka tidak akan bersetuju dengan kamu selagi tidak ikut agama mereka, jika faham ayat itu maka berhati hatilah wahai pemimpin melayu islam.

plan jangka panjang.
1. menguasai tanah dan perumahan.
apabila menguasai tanah dan perumahan, dan minoriti menjadi majoriti maka atas dasar hak asasi lebih banyak rumah ibadat dan sekolah persendirian diwujudkan sekaligus menolak pelembagaan menjadikan tidak relevan dan akan diubah kelak.

2.ekonomi dan kesihatan.
mereka akan melakukan dasar pecah perintah, dimana andai ada orang islam menjadi peniaga akan ditekan, ia terbukti pada hari ini. pusat kesihatan yang baik-baik diwujudkan dikawasan kejiranan mereka.

Menarik perhatian saudara sekelian mengenai DOA

ini adalah sesuatu yang bertentangan dengan ajaran islam apabila mendoakan kebinasaan kepada orang islam yang lain, jika rujuk sejarah para nabi, tiada seorang pun nabi doakan kehancuran kepada orang islam yang lain. kalaupun kenyataan spin dikeluarkan mengatakan dia berdoa untuk parti tersebut, sekarang anda tanya diri sendiri, siapa yang ada dalam parti teras tersebut? adakah mereka semua kafir? parti tidak akan hidup jika tiada manusia yang menjalankanya.sebaliknya dengan hadirin jemaah yang ramai itu doalah seperti bergini.

"Ya Allah jika kami(pas) diberi peluang memerintah maka bukakan hati orang orang islam didalam umno untuk bersama kami untuk menjalankan amanah MU ya Allah, berikan mereka hidayah Mu supaya mereka kekal dalm saf perjuangan dan agama Mu ya Allah"

"Ya Allah berikan hidayah kepada pemimpin DAP untuk menjadikan Islam agama pilihan didalam hati mereka, jika tidakpun berikan mereka hati yang terbuka untuk memahami Islam didalam pentadbiran negara."

Kalau bergitulah mereka berdoa, maka amat mulialah mereka tapi andaikata mereka berdoa bergitu pada akan datang, ia bukanya ikhlas tapi politik semata mata, sepajang hidup ini takpernah mereka berdoa membawa kebaikan sesama islam khusunya kepada mereka(umno)

Jika anda semak sejarah nabi, nabi mohon doa kehancuran kepada mereka yang zalim yakni yang ingkar arahan untuk ikut agama Allah, apakah umno itu parti yang terlalu ingkar sehinggakan mendoakan pelbagai kehancuran. apakah mahu menjadi seperti DSAI membuat dakwa dakwi seperti diracun arsenik, ugutan bunuh terhadapnya. jika DSAI kena keracuanan arsenik sudah tentu lama dah simpan dalam tanah wahai saudara sekelian. apakah terlalu bodoh pemimpin umno untuk tembak mati DSAI? jika ditembak maka makin cepatlah umno dikuburkan dan zionis US akan cepatlah sampai untuk menggasak malaysia ini.

Hari ini ramai orang melayu menjadi terlalu liberal mengiakan saja komen komen terhadap islam, kalau tidak percaya lihat sekeliling dan lihat apa komen komen melayu mengiakan islam dimainkan di malaysiakini, sindrom penafiaan cukup kuat di harakah dan bloger mereka yang sentiasa silap membuat isu sesuatu pekara. dan segelintir kita mudah percaya tanpa usul periksa.

Adakah anda semua sedar tentang kekerapan tentera US hadir dikawasan asia tenggara, jika tidak maka perlulah bersedia untuk sebarang kemungkinan, negara timur tengah afirka telah ditawan cuma dibahagian asia tenggara yakni malaysia belum dijinakkan lagi, kehadiran mereka bukan cara melalui peperangan tapi lebih kepada penjajahan hak asasi dan ekonomi, china adalah umpan untuk malaysia tunduk kepada zinois.

Akhir posting, kita kenalah bersedia untuk sebarang kemungkinan...
doakan kejayaan di gaza, keselamatan masjid al aqsa dari zionis, jangan terlalu ditangisi saudara islam kita kerana Allah memberikan mereka pahala mudah kepada mereka jika mereka sabar akan dugaan Allah, semua yang berlaku telah dirancangan oleh Nya.

sekian...

Wednesday, October 17, 2012

Penyakit keturunan?




Assalammualaikum dan salam hormat kepada semua
rasenya hampir 4minggu tiada posting yang saya lakukan disebabkan urusan dunia.

Hidup ini ada kitaran serta aturan, semuanya telah tertulis sama ada kehendak kita atau kehendak yang ESA.

Boleh dikatakan sepanjang 3minggu ini pelbagai isu yang amat menyakitkan hati dengan sikap kerajaan, pembangkang serta org melayu itu sendiri, saya tidak menyalahkan sikap bangsa lain yang sememangnya rasis hasad dengki, tamak haloba.. kalau tidak mengaku tak mengapa dan saya tahu tidak semua sebegitu.

Apa apa pun terima kasih kepada kerajaan sempena bajet hari itu walaupun tak seberapa namun jadilah daripada tak ada, dan apa yang penting ada idea diluahkan dapat diguna pakai untuk rakyat sekurangnya ada bekalan disana nanti.

Sebenarnya dalam tempoh tidak menulis, saya menguruskan emak ke hospital untuk macam-macam temujanji, memang meletihkan minda jiwa dan raga, esok pun masih ada temujanji tapi sebagai anak inilah masanya untuk kita jaga mereka dikala sakit, orang tua adalah penghubung utama antara kita dengan Allah, tanpa izin hati mereka mana mungkin kita mendapat keberkatan dari Allah yang Esa.kenapa saya kata bergitu? kerana hidup saya sentiasa mudah urusan walupun gaji tidak banyak mana namun perjalanan itu sungguh mudah dalam masa yang sama kita hendaklah solat, berdoa, sedekah, sayangi haiwan dan alam kerana mereka semua itu saksi kehidupan kita untuk akan datang.

Sudahkah anda mempunyai polisi insuran?
Jika belum, ambilah yang ada skim insuran simpanan dan janganlah layan skim insuran serendah puluhan ringgit sebab ia tidak berbaloi sama sekali, kadangkala indah khabar dari rupa tanya betul-betul dengan agen dan jangan main ye yea kan saja kata mereka, perlu ade counter attack hujah mereka. kalau anda kakitangan awam pun sepatutnya ambilah pelan insuran simpanan.

Darah Tinggi, Kencing Manis, Sakit Jantung
ahhhhhh selalu kita dengar itu adalah penyakit tiga serangkai dan digelar penyakit keturunan. hari ini saya ingin merubah persepsi tentang ketiga penyakit tersebut...

Pada saya ia bukan penyakit keturunan, apa yang menjadi keturunan disebabkan gaya permakanan dan gaya hidup tidak seimbang. jika mahu contoh terbaik, lihat cara masakan barat dan masakan timur dan yang paling penting apakah diet seorang Nabi junjungan besar kita muhammad s.a.w..
Ya cara pemakanan seimbang dan tertib.walaupun kesahihan pekara mengenai larangan cara makanan digabungkan menjadi persoalan, tak mengapa asalkan sains kita boleh jadi rujukan dan paling berharga
Al-quran.

Pernahkah anda melihat siaran astro channel AFC? jika Ya cuba kita lihat cara permakanan, masakan dan penyediaanya tampak menarik betul tak?
dan cuba bandingkan cara masakan orang kita. opss saya bukan kondem cara masakan orang kita tapi cara penyediaan makanan tidak seimbang.

Jika tidak percaya tengok cara makan kita, sama tak dengan cara mak ayah anda. jika sama berkemungkinan anda pun akan mendapat penyakit seperti mak ayah anda. saya memohon kepada semua supaya kita ubah gaya pemakanan dan masakkan

1. kurangkan makanan masin (ikan sotong kering, telor manis dll)
2. makanan laut dikurangkan terutama sotong kerangan laut (kerang ketam lala dll.)
3. kurangkan masakan berlemak (santan)
4. minum air kosong selepas minum air manis.
5. kurangkan makanan masam, peram
6. kurangkan makanan organ dalaman haiwan.
7. kurangkan manis.

saya kata "kurangkan" sebab kadangkala kita ni akan terlepas pantang juga, yang ditegah itulah yang sedap, betul tak?

Untuk orang islam eloklah kita berpuasa sunat disamping menjimatkan wang anda dan jangan lupa senaman serta membuat kerja riadah supaya tubuh badan dapat singkirkan toksin dalam badan.

Secara ringkasnya menu makanan saya biasanya sup, rebus, grill,bakar kalau goreng pun minyak sedikit sahaja.

Sate
ia adalah teknologi masakan orang melayu yang baik kerana ada bawang timun, kerana dua bahan ini dapat mengurangkan oksida pembakaran, lemak daging. lihat orang timur tengah makan daging kambing banyak-banyak tak ramai kena darah tinggi seperti kita kerana cara penyediaan seperti grill bahan seperti timun tomato bawang, tidak seperti kita daging kambing masak kurma, gulai kawah... waa berlemak berminyak bukan hehe.

Pada pandangan saya minyak zaitun adalah minyak terbaik untuk digunakan dalam masakan, namun harga yang mahal ramai orang kita beralih kepada minyak berasaskan kelapa sawit jagung soya bunga matahari, sedikit sebanyak menyebabkan pemendapan lemak. sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Adakah Anda Buncit?
jika ia, maka anda antara mereka mempunyai risiko kesihatan, perut perlu dikawal, kerana kata orang penyakit datang dari perut(yakni permakanan) tidak kisahlah orang kata buncit itu seksi, tapi fikirkan jangka panjang akibat buncit itu.tiada apa erti kalau dah terlantar dikatil hospital.

Senaman
ini adalah penyakit orang kita jarang sekali bersenam atau membuat aktiviti seperti berkebun, membersihkan rumah dan pelbagai lagi.oleh itu bersenamlah demi kesihatan kita.

Walau bagimana pun pengambilan makanan perlu juga dikawal supaya ia tidak menjadi lemak tepu didalam saluran darah mengakibatkan pelbagai komplikasi.

Ubahlah menu anda supaya tidak terikut dan lari dari apa yang biasa dimakan oleh keluarga kita.

Saya hanya cuma boleh sampaikan pesan disini sahaja, sebab sedih melihat mereka yang terlantar dikatil oleh penyakit tersebut. tidak dinafikan penyakit adalah salah satu kaffarah dosa, sebagai manusia kita pilihlah jalan yang terbaik.


Akhir posting makanlah dengan sihat dan ambil masa untuk bersenam, insyaallah kita akan diberi kesihatan terbaik

tq









 

Tuesday, September 25, 2012

Ringkasan Perjalanan





Hi Pembaca semua berikut adalah ringkasan perjalanan

Sejarah manusia perlu ditulis berdasarkan Al-Quran dimana para nabi yang diutuskan menjadi tanda aras sesuatu perkembangan zaman tersebut

Adam a.s
Idris a.s
Nuh a.s
Salleh a.s
Ibrahim a.s
luth a.s
Ismail a.s
Ishak a.s
Ya`qub a.s
Yusuf a.s
Ayub a.s
Syuib a.s
Musa a.s
Harun a.s
Zulkifli a.s
Daud a.s
Sulaiman a.s
Ilysa a.s
Ilyasa a.s
Yunus a.s
Zakaria a.s
Yahya a.s
Isa
Muhammad s.a.w

Peta Dunia
Peta Dunia hari ini telah banyak berubah, kalau anda rajin takpayah chek satu dunia tapi cube selidiki nama nama tempat di semenanjung akan lihat nama nama tempat seperti kuala, ujung, teluk, hulu. sebagai contoh negeri perak ada banyak lokasi bernama bergitu tertapi terletak jauh didaratan. ada tanah dikawasanya adalah berpasir, banjaran bintang hingga ke kuala selangor adalah lautan selat.

Bermulanya Kelahiran Baharu
Setelah Era nabi Adam dan Idris dizaman nabi Nuh adalah permulaan untuk kehidupan yang baru. setelah banjir besar melanda bumi, manusia di zaman nabi nuh memulakan kehidupan yang baru setelah berada didalam bahtera mereka kembali bertebaran mencari lokasi dan berkomuniti serta berkembang, ada yang cuba mencari tempat asal mereka yakni di timur jauh mereka menempuhi pelbagai rintangan dan cabaran untuk sampai ditanah asal mereka, kembalinya mereka juga bersama haiwan ternakan tumbuhan, proses pindah randah bergitu lama, ada juga dikalangan mereka terus tinggal dan mengembangkan zuriat dikawasan yang dilalui oleh pengembara ini.

Promised Land
Akhirnya perjalanan bangsa kembali ditanah asal mereka (lemuria), setelah menyepi seketika mereka kembali membentuk negara, ekonomi, masyarakat. mereka juga kembali berhubung dengan barat melalui jalan yang dilalui, lautan.

Nabi Ibrahim
munculnya Nabi Ibrahim tatkala kesesatan dan bermacam hal melanda umat dunia beliau telah kemerata tempat didunia dan telah sampai ke timur jauh dalam berdakwah. disinilah nabi ibrahim telah dikatakan berkahwin dengan gadis yang dikatakan "keturah" maka lahirlah zuriat dari keturunan nabi ibrahim, nabi ibrahim telah kembali ke tempat asalnya dan tinggalah zuriatnya disebelah timur hari berganti malam, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun keturunan ini terus berkembang pesat.

Sejarah terus berlalu dan berkembang ketamdunan bangsa ini telah menjalinkan hubungan diplomatik ekonomi dengan kerajaan timur tengah eropah, mereka sentiasa dicemburui oleh musuh dengan kekayaan semulajadi.

Setelah Nabi Muhammad s.a.w wafat
Hukum alam sesuatu adalah berulang ulang setelah bermacam perkara berlaku maka gelombang kedua penghijrahan terus mencari promised land dan mereka telah bertemu serta bermasyarakat dengan penduduk asal sebelum gelombang penghijrahan kedua berlaku, mereka yang berhijrah ini terdiri dari kalangan ahlul bait berserta pengikutnya kerana tidak tahan dengan nasib menimpa dizaman kerajaan umayyah dan abbasiah.

Tamadun digua? gunung?
Tinggalan tamadun di gua gua bukanlah bermakna kita orang gua tapi gua dijadikan tempat persembunyian perlindungan simpanan harta makanan serta tempat semadi jasad, mereka yang didalam gua ini adalah sebahagian yang menyelamatkan diri ketika era banjir besar, banjir besar dunia bukanlah bermakna abis tenggelam satu dunia, kaum maya telah membina peradaan di puncak gunung yang tinggi.

Beruntunglah saudara semua tinggal dimalaysia, hargai nikamat ini sebelum Allah mengubah skript dan menimpakan bala bencana yang dahsyat, anda semua perlu faham bala bencana bukan semata banjir gunung berapi tapi boleh jadi dikalangan masyarakat melalui penyakit diri, sosial dan ekonomi.

kembalilah bersama islam, kalau pun masih merangkak tidak pandai tak mengapa, kita usaha perbaiki diri

insyaallah Islam itu benar, jika anda bukan islam yang membaca kembalilah ajaran yang sebenar .

sekian