Thursday, August 16, 2012

Salam Syawal



Salam hormat kepada semua pembaca budiman

ahh dah 3 minggu tidak menulis terasa hilang idea ketika dipapan keyboard, kadangkala hendak saja posting via blackberry

hmm kepada muslimin muslimat bagaimana ramadhan anda semua kali ini? bagaimana persiapan raya? harap semunya berjalan lancar, kepada yang bertugas pada hari raya nanti, semoga menjalankan tugas dengan baik cekap dan gemilang, saya juga akan bertugas pada 1syawal :)

kepada bukan muslim, lihatlah bertapa gembiranya orang islam akan menyambut syawal nanti, andai semua insan dimalaysia beragama islam tentu lagi seronok, boleh cuti lagi lama, buangkan persepsi bahawa menganuti islam bermakna menjadi melayu..

didalam bulan mulia ini saya banyak memerhati saja keadaan sekitar, dan dibulan ini juga Allah telah beri hint-hint tentang masalah yang diciptakan oleh ahli ahli politik ini. jika kita menilai pasti akan tahu kebenaran, namun tidak jika kita telah buta hati akan apa yang telah terjadi

Syira
kalau anda lihat dimedia, facebook rata rata ramai yang menyokong penentangan terhadap pemimpin syria, hmm masih lalai orang melayu ini tidak mahu buat homework tentang sesuatu pekara.. suka saya ingatkan tentera pemberontak disokong oleh zinios via US, tujuan mereka mudah yakni menjajah melalui pemimpin boneka mereka. adakah kita percaya 100% bahawa tentera kerajaan melakukan tindakkan sewenangnya, mungkin ya dan mungkin tidak.. dalam kes peperangan dinegara arab yang lain US secara senyap membantu usaha sabotaj bagi memburukkan pemimpin negara tersebut. Hari ini malang buat syria digantung dari menjadi ahli OIC. anda boleh rujuk blog-blog akhzaman abatasa didalam memahami kekacauan yang berlaku, mereka ada menyediakan klue berguna untuk kita berfikir tentang sesuatu pekara.

Burma/myanmar
Kes etnik rohinga mengalami pembersihan etnik telah lama berlaku. ia mendapat liputan dan pendedahan antarabangsa. motif utama yakni ann syuki tidak lagi releven kepada tujuan US, kini simpati etnik rohinga ini mendapat perhatian turki? saya boleh senyum simpul melihatkan pekara tersebut. tapi malang bagi malaysia dimana DSNR dicemuh kerana dikata tidak mahu mengambil serius tentang masalah tersebut. hmm lupa lagi agaknya,orang malaysia khususnya melayu dimana era TDM telah membawa ramai pelarian dan menerima mereka. oklah perlu ingat turki adalah sekutu US, andai jadilah turki mengambil tindakan ketenteraan terhadap burma, sudah tentulah US akan gembira mengambil kesempatan dari isu ini ibarat disorongkan bantal, sebarang provoksi terhadap turki akan membawa campur tangan US, burma ada sumber bumi yang banyak.

Seksyen 114 (a) Akta Keterangan 2012
kali ini DSNR terkena tempias akta keterangan ini, setelah bantahan beliau mengarahkan sisatan dijalankan supaya lebih adil dan telus, secara dasar saya tidak bersetuju dengan pindaan kepada akta tersebut kerana
1. tidak menjamin terjadinya jenayah siber
2. meletakkan kesalahan terus kepada tuan punya peralatan, media sosial

selaku penulis blog adalah bahaya jika ade komen/artikel didalam blog menghasut untuk menjatuhkan kerajaan atau apa saja kegiatan menyalahi undang-undang. didalam hal ini saya berharap DSNR menghalusi pindaan akta ini supaya memberikan kebebasan ruang media didalam menyampaikan sesuatu pekara. jangan pekara kecil ini memberi kesan kepada kerajaan suatu hari nanti.

Raja
umum tahu bahawa malaysia adalah antara negara didunia mempunyi raja sehingga hari ini. didalam artikel ops rampas saya ada memberitahu bahawa usaha memburukan golongan kerabat dan raja raja giat dijalankan dan pada hari ini anda boleh lihat proses itu sedang berlansung dan mendapat sokongan orang orang melayu sendiri, dari segi moral saya juga tidak setuju jika ada yang tidak mengikut syariat islam tapi bukan bermakna kita perlu menghapuskan raja. sebagai orang melayu Raja adalah payung kepada ummah dinusantara, telah direkodkan sejak dari dahulukala lagi Raja adalah simbol pemerintahan orang orang melayu nusantara. Tujuan menghapuskan raja adalah memudahkan republik dan menukar agama rasmi negara.
************************************************************



Sempena bulan syawal yang hampir tiba, saya memohon maaf andai ada bahasa didalam blog ini mengganggu hati perasaan para pembaca, apa yang saya sampaikan didalam ini adalah pandangan sesuatu pekara yang berlaku atau yang mungkin akan berlaku secara sipi sipi(bahasa rojak). Sebelum bercuti pastikan rumah berkunci, kepala gas memasak ditanggalkan, kucing burung ditempatkan dipusat jagaan ataupun menyediakan makan minum dengan kadar secukupnya, switch off elektrik. kenderaan yang berkeadaan baik dan jangan lupa duit tu jangan diabiskan..jika membuat perjalanan menggunakan kenderaan pastikan kesihatan baik dan tidak mengantuk

hari ini 27 ramadhan adalah hari yang berkat untuk mereka yang memperolehinya, tahniah diucapkan, kepada yang belom insyaallah jika berusaha tiada yang mustahil.semoga kita semua dipanjangkan umor, diberikan kesihatan dan kelapangan untuk bertemu semula bulan ramadhan ini.bersama sama kita berdoa supaya islam dan malaysia terselamat dari kejahatan yang makin ganas ketika ini.


Ya Allah Kau Satukanlah Hati Hati Kami Supaya Dapat Menjaga Menghayati Menyebarkan Agama Mu di Malaysia ini

Ya Allah Kau Lindungilah Umat Islam Diseluruh Dunia Supaya Kekal Bersama Agama Mu

Amin....