Saturday, May 26, 2012

Puisi Kuatrain Nostradamus



Sebuah artikel dari Mistisfiles




Nostradamus atau nama sebenarnya, Michel de Nostredame adalah seorang pengamal perubatan di Perancis. Nostradamus terkenal kerana kumpulan puisinya yang telah diterbitkan di Lyon pada tahun 1555 yang terdiri dalam kelompok-kelompok seratus kuatrain (syair empat baris). Kumpulan puisi ini menjadi perhatian kerana ia sebenarnya adalah ramalan-ramalan tentang apa yang terjadi di dunia dan malah untuk menjadikannya lebih menghairankan sebahagian ramalan tersebut betul-betul terjadi, contohnya kemunculan Napoleon, kebangkitan Hitler, Perang Dunia I dan II dan yang paling popular adalah peristiwa 911.

Bagaimana Nostradamus mengetahui masa depan?Atau darimana beliau mendapat semua maklumat tentang masa depan?Hakikat sebenarnya ialah beliau mendapat semua maklumat ini berdasarkan manuskrip-manuskrip lama yang asli ataupun yang telah diterjemahkan dari manuskrip asal, yang bersumber dari dunia Islam; semua ini akhirnya berpunca dari percakapan Nabi Muhammad s.a.w kepada para Sahabatnya tentang peristiwa akhir zaman. Sebenarnya terdapat sekelompok hadis Nabi yang semuanya berkaitan peristiwa yang terjadi pada masa depan atau lebih dikenali sebagai Hadis Akhir Zaman ataupun Hadis Fitan.

Antara sarjana Islam yang terkenal membicarakan Hadis Akhir Zaman ini adalah Ibnu Kathir. Hadis-hadis ini kurang mendapat perhatian kecuali segilintir darinya yang kebanyakan kita telah maklum iaitu yang membicarakan tentang persoalan TANDA-TANDA KIAMAT seperti kemunculan Dajal, turunnya Nabi Isa dan Padang Mahsyar. Kebanyakan hadis-hadis ini adalah masih bersifat rahsia dan hanya dapat ditemui di dalam kelompok manuskrip atau karya-karya ulama-ulama dahulukala. Kitab-kitab mereka pun digelar kitab-kitab Fitan. Sebenarnya sabda-sabda Rasullullah s.a.w adalah terlalu banyak;melampaui beribu-ribu hadis, maklumlah segala percakapan, perbuatan dan keputusan dari manusia teragung ini akan segera diambil tahu, dicatat dan direkod oleh para Sahabat selama baginda masih hidup di dunia ini. Tidak semua hadis nabi ini dimasukkan di dalam apa yang dikenali sebagai Enam Kitab Hadis Utama iaitu riwayat al-Bukhari, riwayat Muslim, riwayat Ibnu Majah, riwayat at-Tirmizi, riwayat Abu Dawud dan riwayat an-Nasa'i. Masih ada hadis-hadis lain yang sebagiannya adalah percakapan spontan nabi; bukannya di dalam majlis-majlis rasmi atau pertemuan dengan para Sahabat mahupun khutbah-khutbah baginda.

Masalah terbesar dalam menentukan kesahihan hadis-hadis ini adalah percampurannya dengan hadis-hadis palsu, maudhu' atau lemah, berbanding dengan hadis-hadis dari enam riwayat utama itu di mana setiap ulama hadis memilih hadis-hadis yang terbaik sahaja dari segi riwayat, nasab dan pelbagai lagi tapisan yang semua ini terdapat dalam disiplin ilmu hadis. Tetapi mujurlah terdapat ulama-ulama Islam dahulukala yang terkenal contohnya Ibnu Kathir ini yang tidak diragukan taraf keilmuannya, mengkaji dan mengumpulkan hadis-hadis akhir zaman ini. Salah seorang Sahabat nabi terkenal mengetahui rahsia-rahsia akhir zaman adalah Huzaifah Ibnu Yaman r.a iaitu Penjaga Rahsia Nabi. Pada hari-hari akhir Huzaifah Ibnu Yaman r.a, beliau telah berkata, "Saya adalah orang yang lebih tahu akan semua fitnah yang akan berlaku sehingga hari kiamat. Baginda tidak merahsiakan sedikitpun tentang hal itu yang tidak diceritakan kepada sesiapa pun melainkan aku. Akan tetapi Rasullullah s.a.w telah menceritakan di dalam suatu majlis, di mana baginda telah sampaikan kepada mereka tentang fitnah yang akan terjadi; diantaranya terdapat fitnah besar dan fitnah yang kecil. Kumpulan manusia itu semuanya pergi kecuali aku."

Beliau berkata lagi,"Semua pembawa fitnah yang bilangan mereka mencapai tiga ratus orang, kalau aku mahu dapat kuberikan NAMA-NAMAnya, NAMA BAPAnya mahupun KEDIAMANnya sehingga hari kiamat. Kesemuanya diajarkan Rasullullah s.a.w kepadaku. Sesungguhnya kamu bertanyakan kepada Rasullullah s.a.w perkara-perkara yang baik, sedangkan aku bertanyakan yang buruk, kamu bertanyakan kepada baginda perkara yang telah berlaku, manakala aku bertanyakan PERKARA YANG AKAN BERLAKU"

Manakala Ali bin Abu Talib karamallahuwajhah berkata pula,"Tanya oleh kamu akan daku, demi Allah kamu tidak menanyakan aku tentang segolongan yang keluar memerangi ratusan atau menunjuki ratusan orang kecuali aku ceritakan kepada kamu siapa PENGANJURnya, KETUAnya dan PENCETUS atau PEBGGERAKnya, di ANTARA kamu dan MASA terjadinya hari kiamat"

Sememangnya terdapat hadis-hadis ini yang ditemui nama seperti Hitler, Saddam atau Napoleon, cuma ia ditulis dalam loghat atau lenggok Arab ketika itu. Saya sendiri pernah membaca hadis-hadis ini cuma pada masa yang lain saya akan cuba menurunkan satu dua hadis seperti ini.

Berbalik kepada Nostradamus, tembelangnya pecah apabila para pesakitnya melaporkan ketika Nostradamus mengubati mereka, beliau telah mengucapkan sesuatu dalam bahasa yang dikenal mereka sebagai bahasa Arab malah kesemua ubat-ubatannya datangnya dari negara-negara Arab. Semua kata-kata pengubatan atau jampi-jampinya adalah dalam bahasa Arab (tidak diceritakan pula adakah jampi-jampi itu berasal dari al-Quran yang mulia). Kemudian ditemui pula satu manuskrip yang berisi pengakuan dari Nostradamus sendiri yang menceritakan kisah hidupnya, di antaranya terdapat rahsia yang amat besar ertinya kepada kita umat Islam; Nostradamus telah mengaku bahawa datuknya telah mencuri sejumlah manuskrip Baitulmaqdis dan turut juga terlibat bapanya melarikan manuskrip-manuskrip yang sangat berharga dari Baghdad, Mesir dan negara-negara Arab yang lain, dan mereka pun berhijrah ke Perancis (perlu diingatkan bahawa Nostradamus berketurunan Yahudi dan keluarganya berasal dari Jerusalem (BaitulMaqdis) dan datuknya berkawan rapat dengan orang-orang Arab di sana) dan semua rahsia sulit ini diajarkan kepada Nostradamus selaku cucu dan anak mereka, kesemuanya di dalam BAHASA ARAB! Jadi apalah hendak dihairankan dengan semua ramalan Nostradamus ini, jika akhirnya ia berbalik juga kepada sumber Islam yang kita selaku umat Islam telah pun tahu bahawa ia adalah kebenaran.

Tidak timbul soal ramalan-ramalannya menjadi benar kerana ia bersumber dari kata-kata nabi yang sememangnya benar!Jika anda ingin tahu lebih lanjut, pergilah ke kedai-kedai buku dan cuba hayati ramalan Nostradamus ini, anda akan temui beberapa ramalan akhir zaman yang menyerupai dengan apa yang kita dengar sebelum ini; dari ustaz mahupun ustazah, dari kitab hadis mahupun ceramah-ceramah agama. Terdapat beberapa kuatrain yang menceritakan penaklukan Islam ke atas negara-negara Barat yang diketuai oleh seorang penakluk yang agung!Yang saya hairankan buku puisi Nostradamus ini semuanya diterbitkan atau diimport dari Barat (ketika itu saya membacanya di kedai buku Popular) dan ditulis dalam bahasa Inggeris yang fasih; di dalam terjemahan dari kuatrain Nostradamus yang ditulis dalam bahasa Perancis, terang-terang terjemahan Inggeris itu menyatakan bahawa tentera Islam akan menakluk dunia, walaupun di dalam kuatrain itu tidak dituliskan perkataan Islam atau Arab!Mereka sudah tahu akan hal ini namun masih angkuh dan ego dan tetap mahu mengubah sejarah.

Dan kita selaku umat Islam. Saya masih sedih dengan segilintir umat Islam yang tidak mengambil peduli langsung tentang hadis-hadis nabi malah al-Quran yang agung. Bukan sahaja tidak mempedulikan langsung, malah ada juga yang tergamak berangan-rangan mahu keluar dari Islam (di antaranya di atas nama CINTA suci..huhu..) Orang-orang Barat berlumba-lumba mengkaji hadis dan manuskrip-manuskrip berharga dari dunia Islam. Malah mereka juga semestinya wajib mengkaji al-Quran yang penuh rahsia dan hikmah, di mana sejak kebelakangan ini al-Quran menjadi medium paling saintifik kerana membicarakan tentang Big Bang, Nebula, awan-awan hidrogen mahupun daya-daya nuklear. Di mana?Terdapat banyak sumber jika anda ingin cari dan insya Allah saya akan ungkapkan juga dalam artikel-artikel saya yang akan datang. Cukuplah surah al-Anbiya' yang menceritakan tentang Big Bang. Dan Surah Yasin yang kita baca setiap malam Khamis, majlis kematian ataupun majlis-majlis lain tu sebenarnya ada mengungkap perihal bananapi petroleum!






***********



Selaku umat islam kite kena cuba belajar fahami dan ambil tahu mana yang patut

sekian


Rujuk mengenai cerita Nostradamus



terima kasih kerana sudi membaca

Tuesday, May 22, 2012

Berulang Ulang






Hai

Berulang  Dan Ulang

Ya itu la cara kehidupan ini berfungsi, setiap kejadian, perbuatan, percakapan, penulisan pasti anda semuanya berulang dan berulang cuma cara, masa, lokasi berlaku adalah berbeza.Sebelum anak adam itu turun kedunia yakni roh dimasukan kedalam jasad, Allah telah tetapkan program yang sesuai untuk setiap mahluk ciptaanya, setiap kita anggap MATI itu sebagai mati tapi pada saya, mati itu proses kehidupan bermula dari

Roh- jasad dalam rahim ibu- anak- remaja-dewasa-tua-mati. MATI itu perubahan dari alam nyata ke alam ghaib kita masih hidup disitu cuma proses "defrag" data data yang telah digunakan sewaktu hidup dialam nyata


Sewaktu kecil pernah suatu ketika saya mimpi berada disatu tempat yang penuh dengan manusia ada satu stage, diatasnya ada suara berkata "siapa mahu turun ke dunia untuk menjalankan misi Allah", lalu saya angkat tangan dan beri jawapan mengapa saya layak untuk kedunia dan akhirnya dipilih untuk menjalankan misi diantara billion jutan ribuan manusia disitu..


Seperti saya, anda pembaca semua adalah mereka yang memberi jawapan paling hebat, sebab itu anda berjaya didalam alam nyata ini, kisah ini lama dah saya simpan dan kalau boleh mahu delete dari memori tapi tidak mampu kerana setiap dari kita ada tugas masing masing dan perlu diselesaikan sebaik mungkin.


Gerhana cincin telah berlaku pada 20 mei yang lalu, dan akan ada lagi 3 gerhana akan berlaku dlm tahun ini, jika kita kaji maksud gerhana ini, ia memberikan sesuatu hint tentang perjalanan dunia hari ini.


Soal saya kepada emak " kenapa jadi gerhana bulan dan matahari, dia org wat ape?"
emak " dia orang berjumpa mcm orang dating"

Yang kelaka bila disoal pada kawan-kawan sekolah.. ini jawapan mereka.

"dorang berjumpa tu yang kita nampak anak bulan" hehe 


Ah puas saya fikir jawapan penuh tergantung dan kelaka itu sewaktu kecil..tapi bila dah besar mulalah faham sebabnya.


"Allah telah tetapkan perjalanan dilangit dan dibumi dan sentiasa berulang ulang serta berpasangan" 


Al-quran bukti nyata mengenai fenomena berulang ulang, jika anda mengkaji dan membaca pasti faham apa yang saya katakan. bahkah terdapat pelbagai bukti bahawa ianya sememangnya benar rujuk SINI didalam blog itu ada sedikit maklumat, sebelum itu banyak artikel didalam webpage blog tersebut..


Ke isu semasa


Isu yang amat perlu diberi perhatian ialah komen Irshad Manji: Gay dan lesbian juga ciptaan Tuhan 

WAWANCARA Penulis wanita Kanada, Irshad Manji mempertahankan pendiriannya selama ini yang percaya Islam tidak mendiskriminasi golongan gay dan lesbian.Menurutnya, Al-Quran sendiri menjelaskan bahawa setiap manusia adalah ciptaan Tuhan dan ia termasuklah golongan tersebut.Tambahnya, konsep kononnya Islam menolak dan membenci golongan itu sama sekali tidak selari dengan konsep Allah sebagai Tuhan yang Maha Penyayang."Kembali kepada Al-Quran, setiap orang adalah ciptaan Tuhan. Malahan gay dan lesbian juga dicipta Tuhan...

"Tolong jelaskan kepada saya," kata Irshad dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

Kedatangan Irshad ke Malaysia mengundang kontroversi apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggesa jabatan agama Islam setiap negeri menghalang sebarang program beliau.Pandangan Jamil Khir disokong Pemuda PAS yang turut membuat seruan yang sama.Jamil Khir juga menggesa agar buku terbaru Irshad yang diterjemah dengan judul Allah, Kebebasan dan Cinta diharamkan pengedarannya atas alasan "bukunya merbahaya kepada umat Islam".

Tidak perlu minta maaf

Selain daripada membela golongan gay dan lesbian, Irshad turut dikenali ramai kerana menyokong perkahwinan antara individu Muslim dengan individu berlainan agama tanpa perlu menukar agama masing-masing.Mengulas perkara itu, Irshad berkata ia dirumuskan berdasarkan interpretasinya terhadap Al-Quran dan juga ijtihad yang dilakukannya.Beliau percaya perkahwinan sedemikian dapat menghentikan golongan muda Islam daripada meninggalkan Islam semata-mata kerana cinta.

Tegasnya, beliau tidak perlu meminta maaf kepada sesiapa hanya kerana berbeza pendapat dengan orang lain dalam perkara tersebut."Mungkin saya perlu minta keampunan dari Tuhan pada hari pengadilan dan Tuhan yang penuh dengan kasih sayang pastinya akan memberikan saya perbicaraan yang adil," katanya.Menurutnya lagi, pendirian itu turut disokong seorang imam dan didokumenkan di laman webnya. Sehingga kini, dokumen itu diterjemah ke dalam lebih 20 bahasa termasuklah bahasa Melayu, ujar Irshad.Imam yang dimaksudkan adalah Dr Khaleel Mohamed yang memiliki ijazah doktor falsafah dalam perundangan Islam dari McGill University.

bahaya sungguh permainan mereka, jika anda terpedaya maka sergalah keluar dari zon tersebut, Allah dah beri peringatan jelas didalam kisah Nabi Lut dimana golongan gay lesbian ditimpa bala bencana, didalam hal ini kerajaan perlu tamatkan visa lawatan dan halau keluar dari malaysia, jika suatu ketika dulu "salman rushdie" menghina agama kita kecam tapi kali ini ada yang senyap buat tak tahu atau sengaja tidak ambil tahu.bahkan ada yang menyokong dalam diam.. aduhai malang sungguh pemimpin melayu hilang taringnya..

saya memohon pihak KDN mengambil tindakan segera terhadap malaysiakini, penganjur bicara irshad manji jangan biarkan orang bukan islam dan semacam islam terus menghina islam dan menyebabkan melayu tiada maruah didalam mempertahankan serangan fikiran dan agama oleh mereka.

****

Apa yang mahukan oleh PAS dalam isu Muzakarah

Nik azid mahu umno terima sah Pakatan Rakyat dan sebagai balasan mungkin PAS akan kembali bersama UMNO ini bertujuan untuk mewujudkan sistem dua parti sepertimana rancangan pakataan rakyat didalam cuba mewujudkan sistem seperti di Amerika syarikat, terdapat kenyataan bercanggah dikalangan pemimpin pas didalam isu ini, atau saya silap "pembacaan" hurm tidak mungkin. saya mohon para penyokong tegar supaya nilaikan apa yang dilakukan oleh pemimpin kamu, jika tiada sepakat didalam menjawab sesuatu isu, bagaimanakah hendak memerintah negara, ya saya faham perlu ada perbezaan tapi didalam isu ini mereka perlu sepakat didalam menjawab persoalan yang bermain difikiran rakyat.

Umno perlu berlapang dada serta berhati hati dengan spin pemimpin pas, mereka terkenal dengan jawapan "double meaning" supaya senang nak spin, dalam masa yang sama pemimpin umno perlu berubah supaya lebih islamik menurut ajaran agama janganlah ikutkan sangat nafsu serta terlalu bersikap lembut dengan orang bukan islam, maksud saya tegas dalam hal hal agama islam.

Di tegaskan disini saya bukan penyokong Umno, saya berkhidmat untuk agama rakyat dan negara saya, apa yang dikehendaki ialah pemimpin melayu islam/islam melayu keluar dari sistem zionis dan bentuk sistem berteraskan islam adil dan saksama.

****

 Lebih 18,000 Melayu tinggalkan Penang

saya tidak heran akan berita ini, kerana telah nampak permainan tersembunyi kaum ini apabila "kongsi kuasa" oleh TDM waktu itu. kelembutan serta tolak ansur yang melampau umno telah melenyapkan orang melayu dipulau pinang, krisis ini bertambah parah apabila umno serahkan kuasa kepada MCA didalam mentadbir pulau pinang, misi mereka mudah apabila dapat tempat maka gerakan mula diperkuatkan untuk mendominasi pulau pinang. kejayaan ini dibantu dengan manipulasi ekonomi yg dikuasai oleh mereka, REHDA sebuah persatuan juga membantu proses ini.Apabila telah kuat mereka telah menangkan DAP, kisah wayang makin rancak apabila segelinitir ahli DAP keluar membentuk GERAKAN. Umno secara terang menyokong GERAKAN, apabila GERAKAN berjaya di P.Pinang, Umno menawarkan GERAKAN menyertai BN ini bagi membolehkan BN berkuasa.

Umno ibarat pelanduk dalam diam GERAKAN perangkap umno melalui kelemahan kepimpinan negeri menyebabkan persekutan akur akan pemintaan, sejak dari itu proses pemutihan lokasi melayu india dijalankan atasa nama "PEMBANGUNAN" anda boleh rujuk posting saya yang lepas-lepas ada memberitahu secara ringkas taktik mereka.

Dan PRU 12 DAP berjaya merampas pulau pinang dari BN secara SAH, maka proses kemusnahan adalah lebih cepat ibarat ambil pill merah.

Apa kerajaan perlu lakukan?

cari pengarah yang jujur telus dalam UDA, melalui UDA .
1. bina rumah pangsa dikawasan yang dimiliki dengan keluasan 900sq ft.
2. peruntukan kepada kaum bumiputra( melayu, pribumi sabah sarawak) sahaja.
3. jika berkuasa semula lakukan pensempadanan semula kawasan.
4. sistem bayaran bulanan yang rendah bergantung kepada gaji pembeli.
5. daftarkan semula penduduk lokasi pengundian.
6. wujudkan rakaian ekonomi bumiputra.

*****

akhir posting sedarlah sesuatu yang berlaku sentiasa berulang ulang, sejarah membuktikan bahkan Al-quran sahkan apa yang terjadi melalui firman Allah. adakah kita masih lena dibuai realiti hologram(alam nyata)
sama sama la kita renungkan

insyaallah




update: 26/5/2012 ralat jumlah gerhana ade 3 lagi


Saturday, May 12, 2012

Pasangan





Hai..

Hari ini nak lari sikit topik dan agak ringkas


Jodoh/pasangan

Ya jodoh mengapa dengan jodoh? bukan ke Allah dah siapkan semuanya? Tapi adakah anda kenal jodoh anda? dan pernah berjumpa secara unformal? Allah telah tetapkan tiga pekara yakni rezeki jodoh dan maut ketika ruh ditiupkan kedalam jasad sekarang tapi kita boleh ubahnya sebelum turunnya malam 1000 bulan (lailatulqadar) dalam tiap tiap tahun.

Berkenaan dengan jodoh setiap manusia dibumi ini tidak kira apa jua fahaman agamanya. Allah telah beri pertunjuk akan jodohnya secara sedar bagi yang memahaminya dan secara tidak sedar bagi yang tidak mengetahuinya.

Bila?
Secara ringkasnya saya boleh beritahu, bilakah kita sebenarnya jumpa pasangan ialah ketika sewaktu dalam umo 3-10 tahun itu adalah suatu jangka waktu yang Allah tunjukan kita tentang pasangan masing masing.

Kategori waktu ditunjukkan.
1. Secara sedar dan tidak sedar anda berhubung dengannya dengan tidak sengaja.

2. Sekali imbas tanpa berhubung.
3. Dipertemukan oleh ibubapa.

Jikalau ditanya anda semua pasti akan lupa akan memori umo 3-10tahun kenapa? kerana akal akan menyimpan segala memori itu didalam database seperti mana hard disk dalam "root" bahasa komputer. jika anda ada ingatan kuat dan mampu mencari trigger(pencetus) masuk ke memori sudah pasti anda boleh ingat apa yang telah berlaku.

Berdasarkan 3 kategori yang telah saya simpulkan, anda rasa bagaimana? anda tentu bertanya bagaimana pula sewaktu dewasa ini?

1.Dipilih anda sendiri.
2.Jodoh yang dipertemukan sewaktu awal lagi


Kata rezeki, jodoh dan maut Allah dah tetapkan tapi kenapa ada 2 kategori itu? Sebagai seorang islam kita digalakan berusaha bertawakal dan berdoa akan tiap tiap perkara yang kita lakukan itulah sebabnya ia boleh diubah, maksud ditetapkan bukanlah sesuatu yang khas tapi am kerana dalam hadis qudsi "Sesungguhnya Allah mengikuti sangkaan hambanya"

Bagaimana pula dengan mereka yang lambat jodoh atau tiada pasangan?
Ini disebabkan pekara pekara yang menghalang jodoh itu sampai yakni kerana

1.Tiada usaha jitu
2.Dosa dosa


Akhir posting jika anda masih belum mempunyai teman hidup harap bersabar, kerana Allah sentiasa menguji tahap keimanan kita kepadanya. niatkan didalam hati untuk hidup sebagai umat nabi muhammad s.a.w kerana beliau akan kenal umatnya yang berkahwin, andai anda tidak berkahwin disebabkan masalah syahwat atau ketidakupayaan fizikal ia tidak mengapa kerana Allah mengetahui yang terbaik untuk hambanya.

jika ada komen, sila tinggalkan diruangan komen

insyaallah

p.s : jangan mimpi DSNR bubar parlimen besok lusa  hehe *_^







Monday, May 7, 2012

Sekadar Pandangan



Hai kali ini saya nak beri pandangan tentang perancangan yang sedang dan akan berlaku.

BERSIH 3

Tujuan Tersembunyi
1. Rusuhan
2. Kecederaan
3. momentum sokongan untuk PRU terhadap PR

Blame game
1. salahkan POLIS

BERSIH 4 akan berlansung sebelum PRU

MATI adalah objektif utama
berpunca dari (mungkin: kalau tak tulis mungkin nnti kena cop peramal hehe)
letupan bom sekala kecil
tembak terhadap pemimpin utama oleh agen zionis

daripada itu siri rusuhan besar besaran akan dilakukakn

Blame POLIS

Jika DSNR mohon Perintah Berkurung yakni tentera dan polis

Blame game
SPBYDP Agong.

Mewujudkan proses membenci kerajaan dan SPBYDP Agong dengan lebih berkesan

Bilamana itu berlaku US Zionis akan terus masuk campurtangan melalui NGO serta Pertubuhan yang dibayainya serta melakukan tindakan susulan.

1. sekatan ekonomi
2. meminta china untuk melakukan provokasi di kepulauan spratly di pulau yang dimiliki malaysia
3. memberi kemudahan ketenteraan terhadap indonesia dan meminta bertapak di sumatera

Jika Zionis Berjaya dalam misi diatas

1.PRU semula di adakan
2.mendakwa YDP Agong di mahkamah
3.sistem republik dilaksanakan dan sistem beraja dimansuhkan

Tempoh Masa Campurtangan Asing
Ia bergantung kepada kerajaan bagaimana hendak selesaikan punca masalah yang berlaku serta ada opsyen penyelesaian yang baik untuk semua pihak.

Siapa PRESIDENT?

Jika Pemimpin utama tidak dilenyapkan semasa BERSIH 4, dia bakal di dakwa oleh rakan-rakan lain dengan menjalankan undi tidak percaya, ugutan atau apa apa jua yang membuatkan pemimpin itu gagal menjadi president. dan mereka akan lantik sesiapa saja yang mahu ikut telunjuk NWO new world oder.

Dalam pada itu dasar tanah, warganegara dilonggarkan ia sebagai persediaan kemasukan singapura, singapura akan bergabung dengan malaysia, apabila pekara tersebut berlaku maka pensempadanan negeri, laut, akan dilakukan untuk memberikan kelebihan kepada singapura. penyusunan komposisi pengundi akan dilakukan seperti dipulau pinang melalui gerakan terancang melalui harga hartanah, umno lupa bahawa GERAKAN adalah parti serpihan dan gunting dalam lipatan.

Parti Politik PAS dan UMNO
mereka akan sama sekali dipinggirkan dan dilabel sebagai puak pelampau, tindakan penjara, merampas dan membekukan aset akan dikenakan seperti mana mulanya berkuasa PAP di singapura terhadap pemimpin melayu islam

BERSIH 4
Jika pihak mereka ingin sekali lagi menganjurkan BERSIH, saya mohon pada pihak berkuasa lakukan seperti apa yang saya fikirkan

1. Setiap peserta perlu gunakan baju BERSIH 4
2. Tempat berhimpun dibuka jangan ada sebarang sekatan
3. Pihak berkuasa hanya memantau dan senjata api tidak dibawa melainkan pegawai atasan
4. PRU- perlu berkawal di bangunan bagi mengelakkan insiden pecah masuk oleh peserta BERSIH 4

5. Perlu hebahan media supaya tidak kanak kanak orang tua, dan mereka bermasalah kesihatan TIDAK menyertai BERSIH 4
6. Pihak berkuasa merakam aktiviti peserta BERSIH dari segi audio visual dan gamba.
7. Pergerakan anggota polis dihadkan dan camera pengawasan dipasang pada kenderaan
8. Lencongan jalan perlu untuk orang awam dan lokasi berhimpun perlu ditetapkan bagi memudahkan peserta berhimpun
9. Bangunan tinggi perlu diawasi.
10. Pihak Media perlu baju yang seragam dari segi warna yakni Hijau.
Malaysia
Adalah satu satunya negara majoriti penduduknya menganuti islam, berbanding di indonesia walaupun ramai umat islam tapi mereka senang dijinakkan kerana proses ekonomi yang lemah menyebabkan rakyatnya terdesak dalam mendapatkan sumber kewangan.Ingat lagi kempen SAPU malingsia oleh segelintir rakyat indonesia? Bagaimana dengan Brunai? pada hemat saya Brunai tidak menjadi ancaman besar kepada zionis kerana faktor ekonomi dan ketenteraan. 

Bagaimana untuk counter kembali?

1.PRU perlu dilaksanakan pada tahun hadapan.
2.Bajet kali ini perlu penekanan terhadap ekonomi, infrastruktur dan pertahanan.
3.Perlu selesaikan isu-isu berkaitan GLC.
4.Meletakan calon yang bersih dari skandal.
5.Tidak memberi ruang pesalah parti lain diberikan tempat dalam parti pemerintah.
6.Harga minyak perlu dikekalkan ataupun diturunkan 10sen untuk RON95.
7.Lakukan apa yang dituntut oleh BERSIH serta siapkan laporan terperinci.
8.Letakan calon berdasarkan majoriti kaum yang ada dilokasi dan bukanya calon import dari luar kawasan.
9.Elakkan isu isu berbaur sex didalam media mengenai pemimpin PR

PRUAndai DSNR berkeras hendak laksanakan PRU dalam masa bulan 6 ini, maka pecaturan adalah 50/50 % undi jika tahun hadapan BN60/PR40 % itu adalah "pandangan" peribadi saya dan selangor kedah akan dapat kembali tapi tidak di P.pinang kecuali letakan semula calon islam berkuasa kembali.

Elaun Sara Hidup
Terima kasih kerana memberi gaji minimun kepada sektor swasta oleh kerana rasa ketidakpuasan hati mengenai jurang gaji antara semenanjung dan malaysia timur, kerajaan perlu memberi elaun sara hidup sebanyak RM200 kepada mereka yang telah disahkan didalam perkhidmatan mereka setelah 3bulan bekerja harap menjadi kenyataan pada bajet kali ini.

Projek IC
Mengenai tuduhan Projek IC untuk PRU, Kerajaan perlu memberikan penjelasan dengan berfakta serta informasi jika ia benar belaku.

Jalan Terbaik untuk ISLAM dan seluruh rakyat malaysia

Tinggalkan PAS & UMNO
Saya amat berharap orang melayu yang beragama islam tinggalkan parti politik tersebut dan bergabung dibawah 1 parti sahaja dimana Islam adalah keutamaan yang paling penting dan merubah pelembagaan malaysia supaya tidak lagi terjajah dengan benih benih sistem zionis.apabila kuat maka orang lain juga akan tunduk patuh bersama serta berganding bahu dalam mentadbir negara. bacalah sejarah dan kisah tauladan suatu masa dahulu, dan rujuklah Al-quran Hadith tentang kesilapan serta peringatan yang telah diberikan sejak dahulu lagi.

Sebagai seorang manusia kita perlu bijak menilai tentang keadaan yang berlaku, berfikir jauh kehadapan menilai sesuatu dari pelbagai sudut, ketepikan emosi tatkala menilai berita, seperti mana kejadian BERSIH banyak betul fitnah dilakukan segala bentuk gambar, cerita palsu dari blogger digunakan untuk mewujudkan kebencian, ramai blogger mereka sekadar copypaste artikel, anda semua boleh nilai kembali rujuk blog mereka bandingkan dengan yang lain, saya pasti anda akan beroleh kebenaran. disini saya tidak menangkan parti pemerintah namun mahu anda semua fikir sebaik mungkin tentang sesuatu berita. jangan cepat sebarkan sesuatu yang tidak pasti. sebab itu ramai orang melayu sentiasa terjebak dengan golongan opportunist, spinner.

Janganlah kerana satu orang atau segelintir puak malaysia bakal menerima nasib yang sama seperti saudara islam ditimur tengah yang dimomokan dengan pelbagai fitnah dan perancangan menjatuhkan serta mengaibkan nasib mereka di mata dunia, sehingga kini walaupun kerajaan lama telah digulingkan namun tanda tanda kebaikan lansung tiada kelihatan. rakyat menderita lebih teruk dari apa yang sepatutnya sedarah daging masih bermusuhan hendakkan kuasa, apakah ini yang dikehendaki dimalaysia?

kalau anda terut serta dalam demo kali ini, pasti melihat tiada yang BERSIH nya hati hati mereka dengan cacian, dendam, tiada adab didalam menjayakan demo tersebut. lihat orang cina dimana lokasi mereka? tempat paling utama ialah jalan sultan dimana lokasi tersebut diambil alih kerajaan untuk projek KVMRT, mereka menzahirkan dalam BERSIH, walaupun demo BERSIH mereka secara terang menggunakan ia sebagai agenda peribadi.

Ada antara penulis blog pembangkang menggambarkan segelintir orang cina sudi mengutip botol mineral sesuatu yang amat baik, penuh pujian tapi orang melayu sikit pun tidak sedar bahawa, apa yang dilakukan adalah untuk kepentingan peribadi walupun zahirnya nampak inginkan kebersihan tapi hakikatnya botol mineral itu boleh mendatangkan duit, ya DUIT saudara ku semua.. pengutip botol tidak perlu selongkar tong sampah tapi hanya perlu kutip dari sang pendemo.. dari itu juga menunjukkan segelintir sikap pendemo orang melayu islam adalah KOTOR! lihat cara dua kaum ini berdemo, satu tiada matlamat jitu dan satu lagi menangguk di air yang keroh hehe..


Akhir kata marilah orang melayu islam keluar dari permainan zionis ini, semoga kita terselamat menjadi tentera Dajjal, dia semakin hampir, hampir keluar dari dimensi lain ke alam nyata. Jika kita merasa diri itu tidak islam tulen tak mengapa, ambil masa fahami dan cuba lakukan yang terbaik, kerana hati yang lama telah tinggalkan ajaran islam akan liat untuk melakukan apa yang disuruh.kita sama sama berubah kearah kebaikan.


Insyaallah


maaf lewat posting kerana hal hal dunia...