Wednesday, June 17, 2015

Pelarian atau Pendatang iii



Salam Hormat...


Setelah anda semua disajikan dengan pelbagai input mengenai rohingya didalam media, maka harapnya anda dapat menilai siapa mereka semua.ternyata berlaku sindiket human trafficking merentas sempadan dengan sokongan melalui orang dalam negara terlibat.

1.Penemuan kem transit di sempadan malaysia thailand menunjukkan ia telah berlaku amat lama dan dipercayai lebih ramai warga rohingya sebenarnya telah ada di malaysia sekitar 200ribu orang

2.Sejak umumnya didalam media, masyarakat terus membuta tuli menghentam kerajaan lebih lagi kononya turki datang membantu, walhal turki lansung tidak hadir membantu, pekara ini telah disahkan oleh pasukan keselamatan tiada sebarang kehadiran kapal dari turki.

3.Kerajaan telah lama membantu warga rohingya dengan memberi pelbagai kemudahan dari segi kesihatan, pelajaran, tempat tinggal. perkara ini lansung tidak dipedulikan oleh masyarakat yang suka menghukum tanpa melihat apa sebenarnya isu ini.

4.Kehadiran warga bangladesh menyamar rohingya merupakan penipuan kepada masyarakat malaysia, mereka membayar sejumlah wang kepada sindiket human trafficking, bahkan pendatang rohingya dikatakan pelarian, amat hebat bagaimana mereka yang dikatakan pelarian ini mampu mendapatkan bot-bot besar untuk hadir di malaysia.

5.Di utara langkawi terdapat sebuah perkampungan haram pendatang rohingya dan bangla, kehadiran mereka meresahkan penduduk tempatan. manakala di negeri selangor, KL ia sedikit sebanyak memberi ancaman kepada penguatkuasa dan penduduk sekitar, rajin rajinlah membaca, lihat mengenai permasalahan mereka.

6.Orang kita terutamanya melayu lebih guna hati dari fikiran dalam membuat analisa dan keputusan dalam sesuatu isu. kena faham konflik yang berlaku bukan masalah agama, jika agama sudah tentu orang melayu diselatan burma(sempadan thailand) sudah mengalami masalah seperti rohingya

7.Para extrimis buddha tersebut bukanya pure sami buddha tertapi pegawai tentera burma itu sendiri menyamar, ia salah satu cara untuk meraih simpati penduduk burma buddha supaya menghalalkan pembunuhan etnik rohingya tersebut. penghapusan etnik belaku sejak dahulu lagi apabila runtuhnya kerajaan islam diwilayah tersebut yang meliputi sebahagian kawasan di selatan bangladesh.

8.Saya bersetuju bahawa setiap orang islam itu bersaudara dan harus dibantu, sebenarnya kerajaan malaysia telah bantu mereka secara "senyap" dengan pelbagai cara namun atas sikap nak senang, berpuak dan tidak bersatu mengakibatkan rohingya terus ditindas serta mengambil jalan mudah lari ke malaysia.Kesempatan ke malaysia juga diambil peluang oleh warga bangladesh mengaku rohingya

9.UNCHR sepatutnya dipantau dan dihadkan kuasa didalam memberi status pelarian kepada rohingya, dimana kerajaan harus membuat tapisan teliti.

10.Malaysia selaku pengerusi asean seharusnya mengarahkan ahlinya untuk boikot burma didalam apa jua perkara.

11.Akhir posting kerajaan harus lebih tegas mengatasi masalah pendatang asing

sekian


salam hormat salam ramadhan...