Saturday, September 25, 2010

OPS RAMPAS 3

Bersambung lagi berkenan pendidikan

PPSMI
secara umum dan dasar memang seseorang itu akan mudah mahir dengan menggunakan bahasa ibunda. namun siapakah pemain sebenar kepada isu ini? tak lain dan bukan, mereka terdiri dari NGO dan golongan kiasu dalam menjadi hero kepada isu ini, dan kejayaan mudah ini dicapai dengan bantuan para nasionalis tempatan yang rata-ratanya orang MELAYU! mereka amat bijak mengatur rancangan, seolah-olah tiada kesan lansung campurtangan.Mengapa ketika hilangnya bahasa jawi lansung tidak ramai yangg cubamenjadi hero? jika cuba memartabatkan bahasa jawi pun sekadar hangat tahi ayam saja!dan lihat pada waktu itu "pawn" pun turut serta secara fizikal(yakni ada campurtangan)

namun sewaktu PPSMI, mereka tahu sentimen orang melayu dan terus memainkan peranan secara tersembunyi,hasilnya mereka berjaya menyelamatkan bahasa ibunda mereka dalam masa yang sama mereka secara senyap senyap menggalakkan anak-anak mereka mahir berbahasa inggeris. TDM pada waktu itu telah nampak jauh kepentingan bahasa inggeris sebagai bahasa utama dan ia juga bahasa teknologi. mungkin ada yang mempersoalkan jepun rusia china boleh pun guna bahasa ibunda? yea memang betul, namun kita perlu lihat, teknologi yang dihasilkan adalah teknologi terbaru dan amat berlainan hal pula bilamana hasil dari reverse engineering yang memakan masa bertahun tahun penterjemahan bahasa inggeris kepada bahasa ibunda masing masing.. mengapa kita perlu membazirkan masa bertahun tahun seperti mereka semata-mata untuk maju? lift sudah disediakan mengapa perlu guna tangga? yang ruginya orang melayu itu sendiri, apabila di IPT terkial kial untuk faham bahasa kejuruteraan, dan dialih bahasa pun pasti bercelaru maknaya.

Gerakan mahasiswa siswi di IPT
Diperhatikan senario keadaan di IPT adalah amat sama dialam realiti kehidupan diluar kampus, rata-rata gerakan masih mengikut dasar pecah dan perintah, dimana setiap kaum mewakili kaum masing masing. ini sesuatu yang bahaya kerana tidak membentuk sama sekali jati diri sebagai rakyat malaysia.

Mewujudkan IPT berasaskan kaum
mereka amatlah benci terhadap entiti yang membantu bumiputra sehinggakann membuatkan kerajaan menerima meluluskan kehendak mereka dalam membina IPT yang didominasi oleh kaum mereka sendiri. dalam masa yang sama berterusan menyerang entiti yang menjaga kepentingan bumiputra dalam sektor pendidikan.

Tidak mengiktiraf kelayakkan IPT Awam
apabila seorang graduan telah lulus dengan jayanya, jika mencari peluang pekerjaan disektor swasta sudah pasti amat sukar, dimana mereka mengatakan IPTA adalah tidak berkualit dan pekara ini selalu terjadi kepada melayu.

itulah sedikit sebanyak isu diketengahkan, selepas ini akan masuk ke sektor sosial masyarakat pada bahagian inilah media memainkan peranan yang amat besar dicampuri oleh para Think Tank Strategik dan para ahli politik kebudakkan. pada bahagian inilah akan digaulkan semua ramuan yang lepas dan hasilnya telah dilihat pada hari ini.

akan bersambung lagi untuk bahagian akhir OPS RAMPAS

(maaf post ini lambat keluar kerana sibuk)

Wednesday, September 22, 2010

OPS RAMPAS 2

Telah diterangkan taktik yang digunakan, kini sambung lagi

Misi utama THH ia meminta agen2 mereka untuk menguasi badan kehakiman dengan menjadi ketua hakim negara, jika berjaya sebarang isu-isu melibatkan raja sultan melayu dimalaysia akan cuba dimanipulasi dengan hebat sekali, maka pada masa yang sama wujud suara desakan mahu mengheret raja & sultan ke muka pengadilan melalui mahkamah khas jika peguam negara ketika itu agen talibaru THH mereka akan menggunakan pekara 182 & 183 " "183. Tiada tindakan boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri.

Tiada tindakan, sivil atau jenayah, boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya atas sifat peribadinya kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri."

Banyak kes-kes yang melibatkan raja-raja melayu diketengahkan secara serampang dua mata bertujuan untuk menghapuskan sistem monarki dinegara ini. Apabila berlaku kes sebegini maka ahli ahli politik akan mudah memanipulasi minda masyarakat sekaligus memudahkan mereka menjadikan malaysia sebagai repulik.

Pendidikan.
sebelum merdeka lagi pemimpin melayu telah didesak untuk menerima sekolah jenis kebangsaan sabagai pra syarat merdeka maka sekali lagi pemimpin melayu telah teperangkap pada dasar "pecah dan perintah" melalui sekolah jenis ini ideologi akan mudah diserapkan kepada para pelajar mereka untuk membenci kerajaan orang melayu serta orang melayu dan hasilnya boleh dilihat dengan ketara pada ketika ini

Dengan bantuan media, mereka membuat propaganda kononya sekolah jenis kebangsaan mereka lebih baik dan teratur, ini bertujuan untuk membuat serangan terhadap sistem sekolah kebangsaan dan kerajaan, jika berjaya ia akan memberikan kelebihan kepada mereka untuk mewujudkan seolah jenis kebangsaan dengan banyak sekali.

Apabila kerajan hendak melaksanakan sistem sekolah kebangsaan dan mengurangkan sekoah jenis kebangsaan, para pemimpin NGO mereka akan lantang mendesak serta membuat kecaman kepada kepimpinan negara. usaha kerajaan untuk memasuki sekolah jenis kebangsaan ini gagal dimana sekali lagi kerajaan tunduk kpd NGO mereka, dengan mendakwa guru-guru yang dihantar adalah tidak berkualiti.

Bahkan media membesarkan cerita yang kononya orang melayu adalah rasis, rasiskah orang melayu? mengapa tidak mampu bertutur bahasa melayu dengan baik walhal telah hidup dan sampai mampus pun tidak mahir berbahasa? Lihat saja berapa ramai anak ibu bapa mereka setelah merdeka dan hidup dibumi ini masih gagal untuk bertutur dalam bahasa melayu dengan baik sekali, cuba lihat di indonesia, tidak kira apa pun suku bangsa mereka tetap tiada pelat yang keterlaluan malahan fasih berbahasa indonesia.

Cubaan ceroboh sistem pendidikan orang melayu
Ini telah berjaya dengan baik dimana MARA sebuah badan yang menjaga kebajikan bumiputra(melayu dan pribumi sabah sarawak) diganggu gugat oleh pemimpin melayu yang kononnya global tidak rasis termakan hasutan pemimpin "pawn" supaya membenarkan bangsa mereka memasuki dan menikmati kemudahan yang diberikan kepada orang melayu, ini berjaya dengan MRSM IKM dan serangan hebat dilakukan kepada Uitm. Sekolah agama rakyat juga tidak terkecuali dalam serangan mereka, mereka juga mahu kerajaan membantu dari segi kewangan dan infrastruktur serta kemudahan, dan malang sekali kerajaan mengambil langkah sambil lewa tidak memberikan dana kewangan infra kepada SRA demi mengelak tuntutan oleh mereka. Mereka seolah tidak faham dengan pelembagaan yang memberikan kelebihan kepada agama ISLAM sekaligus merugikan orang melayu terpaksa berlembut dengan mereka.

Tulisan Jawi
Hari ini telah berjaya dengan baik sekali dimana ramai orang melayu tidak mampu membaca tulisan jawi. ini kerana kerajaan tidak memberikan perhatian kepada tulisan dan bahasa jawi itu sendiri. Mereka telah menuduh rasis kepada orang melayu sedangkan mereka amat menyayangi bahasa dan kebudayaan mereka, lansung tidak boleh disentuh sama sekali.

Matapelajaran sejarah
kerajaan tiada usaha untuk menulis semula sejarah dan memperkenalkan module pelajaran pembelajaran sejarah yang baru, akibat daripada ini ramai diantara mereka sering mempersoalkan orang melayu sebagai penduduk pribumi di semenanjung tanah melayu walhal mereka secara terang-terangan adalah pendatang yang dibawa masuk oleh inggeris dalam menjayakan strategi pecah dan perintah ditanah melayu. Melayu itu merujuk pada bangsa MELAYU yang mempunyai pelbagai suku, melayu telah wujud dinusantara ini sejak berabab lamanya adakah dengan gelaran parameswara kepada sultan melaka, maka terus COP melayu sebagai pendatang? adakah nama menunjukkan bangsa? ia tidak sama sekali kerana mereka lansung tidak faham akan sejarah! dan terlebih malang sekali ahli politik pemimpin melayu yang bodoh bahlul angguk kepala mendakwa melayu pendatang, bahkan menerima bulat-bulat kajian sampah hang tuah itu sebagai cina, jika mendakwa hang tuah itu cina, bagaimana pula hang jebat kasturi lekir nadim? adakah mereka cina juga? HANG adalah satu gelaran spt dato sri tan sri yang diberikan oleh raja melayu ketika dahulu.

Hari ini mereka dan dibantu pemimpin melayu yang dungu mempertikaikan peperiksaan yang dijalakan, ini memberikan ruang untuk mereka supaya kerajaan mengiktiraf tahap pendidikan serta sijil- sijil mereka, apabila ini berlaku secara automatik ramai diantara mereka akan menghantar anak mereka ke tanah besar bagi mendapatkan acuan pendidikan disana sekaligus menghilangkan jati diri sebagai rakyat malaysia.

Diakui sistem pendidikan yang sedia ada mempunyai kelemahan,seharusnya think tank kerajaan melihat lopang ini dan memperbaiki supaya tidak menjadi bom jangka yang memakan diri sendiri dan merugikan negara.

bersambung.....

Monday, September 20, 2010

OPS RAMPAS 1

Salam

Tidak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya walau pun secara dasarnya hari raya hanyalah 1hari namun kerana setiap bulan ada 30 hari maka tidak terkecuali bulan syawal sebab itu ramai org Islam melayu khususnya menyambut Hari Raya 1Bulan hehe..itulah bezanya orang melayu islam dimalaysia dengan bangsa-bangsa lain didonia terlalu istimewanya, tok arab yang dikatakan hebat-hebat pun tak sehebat melayu malaysia ini..

Maaflah lama tidak meluahkan idea dalam kepala ini lagipun saya kurang mahir nak terangkan secara panjang lebar macam para blogger yang lain, cume hanya mampu terangkan sedikit saja point utama kepada hal hal yang disampaikan.

Negara umumnya telah mencapai yakni dikatakan sebagai merdeka, namun pada hakikatnya ia terlalu pahit untuk pemimpin terdahulu untuk menerima kemerdekaan dahulu kerana terpaksa menerima pelbagai tekanan dari pihak inggeris yakni tali barut THH. Baru- baru ini juga PM DSNTR telah mengistiharkan 16 september sebagai Hari Malaysia dimana berlaku pembentukan Malaysia dimana disertai oleh sabah serawak, jika tanpa gangguan sudah pasti selatan mindanau serta kalimantan juga akan turut serta menyertai malaysia.

Jika tuan puan belajar sejarah serta belajar konspirasi donia sudah tentu akan mudah faham apa yang akan disampaikan. Hari ini saya akan memberi point secara ringkas apa, sedang dirancangkan berjalan dengan mengikut acuan THH.

Bagaimana untuk merampas malaysia secara halus dan teratur?

Pihak THH telah memahami jiwa orang melayu, ia amat halus serta penuh sentimental,mudah terhutang budi, simpati serta empati. Segalanya perlu mengikut aturan yang memakan masa dan memberikan hasil yang memuaskan ketika ini proksi THH sedang giat menuai sedikit hasil daripada pecaturan yang terdahulu, dimana "pawn" telah chek "kuda" bangsawan melayu(pemimpin).

"Pawn" chek apa?

Sistem Ekonomi
walaupun DEB dilancarkan bertujuan membantu pribumi namun ia masih tidak berjaya, ia tidak berjaya bukan kerana keMALASan Melayu itu sendiri namun ia hasil kawalan minda penjajah sejak dari dahulu kala ketika jatuhnya satu persatu empayar melayu, sistem ekonomi malaysia kini telah mencapai 99% dibawah kawalan "pawn" mereka menguasai sektor kewangan, Perkhidmatan, Kesihatan, Perkilangan Pembuatan, Pengangkutan dan Tenaga.

Apabila ekonomi telah dikuasai hampir 100% maka proses seterusnya ialah POLITIK!

"pawn" ini bergabung sesama sendiri atas dasar pelbagai nama parti serta NGO bertujuan menguasai MALAYSIA!

setelah dua kunci utama dikuasai maka mereka menekan beberapa sektor yang lain pendidikan, sosial masyarakat

anda semua nampak bukan apa yang telah berlaku? lihat saja pihak inggeris sengaja menimbulkan pegeseran dikalangan pemimpin melayu dahulu, kes paling ketara ialah perebutan kawasan bijih timah! dimana THH menghidu peluang membawa "pawn" dari tanah besar china untuk dijadikan kuli serta tokey dilombong bijih tersebut sekaligus merampas lombong bijih dengan tipu helah kepada pemimpin melayu ketika itu.

Dan paling penting ialah "MEDIA"
tanpa media mereka tidak mampu menjalankan kegiatan subversif sabotaj espionage

okay mari masuk lebih dalam lagi....

Politik
1. Mewujudkan seberapa banyak pertubuhan persatuan atas agenda pejuangan bangsa mereka talibarut mereka berada didalam kerajaan yang sedia ada dan selaku pembangkang membuat pelbagai tuntutan yang pelbagai bagi mewujudkan suasana kurang selesa.

2. Merendahkan dan melemahkan keperibadian pemimpin melayu. mereka berpura pura menjadi kawan baik dan buruk serta mendedahkan segala keburukan mereka ketika sesuatu isu berlaku, ia juga sebagai bahan ugutan jika sesuatu isu tidak dipenuhi.

3. Mengambil kesempatan pertelagahan pemimpin melayu kerajaan dan pembangkang, orang melayu kini terbahagi kepada dua golongan utama yakni yang konon isle tulen dan islam ala-ala kapal selam tidak dinafikan ada yang betul jalannya.

4. Pemimpin pawn berpura pura mengambil berat tentang agama anutan serta budaya orang melayu walhal ia sekadar cuma untuk mengambil hati perasaan orang melayu sahaja sekaligus menunjukkan seolah olah mereka lebih sayang pada melayu walhalnya TIDAK sama sekali lihat saja cara LKY menggula-gulakan melayu singapura.

5. Serangan secara halus kepada sistem monarki dan pelembagaan dengan hujah pendapat halus serta serampang dua mata, mereka juga mewujudkan forum bawah tanah untuk menghentam serta merancang agenda serangan seterusnya.

6. Mereka juga bergabung dengan setengah melayu radikal dimalaysia dan indonesia untuk menghentam kerajaan mereka dimana pawn memberi bantuan kewangaan.

rasanya cukuplah untuk bahagian Politik

Mari lihat lagi apa yang perlu?

Menguasai badan kehakiman serta undang-undang.

ini adalah badan yang paling "kritikal". cuba anda semua lihat berapa ramaikah orang melayu yang ada sebagai majlis? mungkin kita tidak boleh salahkan mereka kenapa ramai, ini MUNGKIN disebabkan pecaturan THH dimana sesiapa yang mengambil jurusan guaman kos amatlah tinggi dan THH faham orang melayu amat kurang mampu mengambil jurusan guaman dan kurang fasih berbahasa inggeris.

Kesilapan pemimpin melayu ketika itu adalah amat dikesali dimana menghilangkan imuniti raja raja melayu serta cuba menabalkan sultan bagi negeri melaka, pemimpin melayu ketika itu menggunakan media dengan jayanya, ini memberi ruang para pelampau bangsa lan untuk turut serta, mujur caretaker campurtangan.

Dalam masa yang sama mereka menekan pemimpin melayu dengan serangan peribadi, jika ada orang melayu yang membela raja rajanya maka mereka akan mendakwa dakwi dengan pelbagai tomahan mengatakan pemimpin orang melayulah yang mahu kami(pawn)turut serta

Lina joy
Kes ini adalah cabaran paling besar kepada badan kehakiman dan undang-undang malaysia, pada ketika ini pemimpin melayu ketika itu amat berlembut dengan golongan pelampau sehinggakan wujudnya forum majlis bawah tanah menjadi sesuatu yang rasmi ditaja NGO dan mendapat perhatian majlis peguam yang konon jadi orang tengah.

Cubaan menjadi peguam syari'e
Baru baru ini mereka cuba sekali lagi untuk menguasai sistem kehakiman ISLAM dengan memfilekan kepada mahkamah untuk membenarkan peguam bukan islam menjadi peguam kepada orang ISLAM. Didalam islam hanya peguam yang beragama ISLAM adalah LAYAK menjadi peguam kepada orang islam yang lain.

Melalui kumpulan pendesak(pelampau) mereka mengutrakan idea-idea yang kononnya global tertapi dalam masa yang sama ia memakan diri pribumi itu sendiri.Mereka mendesak kerajaan meluluskan sesuatu rang undang-undang memberikan mereka kelebihan, dalam masa yang sama menidakkan kepentingan pribumi.

Lihat saja nasib Kem. Pertanian industri Asas Tani melalui LKIM dimana memperkenalkan kotak berinsulasi yang baru, walaupan ada undang udang namun hasil boikot pawn amat berjaya menidakkan undang-undang yang telah diperkenalkan.jika semua menggunakan nescaya ekonomi mereka akan terjejas kerana tidak menjana pendapat melalui syarikat menyedia membekalkan kotak lama tersebut.

akan bersambung lagi...