Bersambung lagi berkenan pendidikan
PPSMI
secara umum dan dasar memang seseorang itu akan mudah mahir dengan menggunakan bahasa ibunda. namun siapakah pemain sebenar kepada isu ini? tak lain dan bukan, mereka terdiri dari NGO dan golongan kiasu dalam menjadi hero kepada isu ini, dan kejayaan mudah ini dicapai dengan bantuan para nasionalis tempatan yang rata-ratanya orang MELAYU! mereka amat bijak mengatur rancangan, seolah-olah tiada kesan lansung campurtangan.Mengapa ketika hilangnya bahasa jawi lansung tidak ramai yangg cubamenjadi hero? jika cuba memartabatkan bahasa jawi pun sekadar hangat tahi ayam saja!dan lihat pada waktu itu "pawn" pun turut serta secara fizikal(yakni ada campurtangan)
namun sewaktu PPSMI, mereka tahu sentimen orang melayu dan terus memainkan peranan secara tersembunyi,hasilnya mereka berjaya menyelamatkan bahasa ibunda mereka dalam masa yang sama mereka secara senyap senyap menggalakkan anak-anak mereka mahir berbahasa inggeris. TDM pada waktu itu telah nampak jauh kepentingan bahasa inggeris sebagai bahasa utama dan ia juga bahasa teknologi. mungkin ada yang mempersoalkan jepun rusia china boleh pun guna bahasa ibunda? yea memang betul, namun kita perlu lihat, teknologi yang dihasilkan adalah teknologi terbaru dan amat berlainan hal pula bilamana hasil dari reverse engineering yang memakan masa bertahun tahun penterjemahan bahasa inggeris kepada bahasa ibunda masing masing.. mengapa kita perlu membazirkan masa bertahun tahun seperti mereka semata-mata untuk maju? lift sudah disediakan mengapa perlu guna tangga? yang ruginya orang melayu itu sendiri, apabila di IPT terkial kial untuk faham bahasa kejuruteraan, dan dialih bahasa pun pasti bercelaru maknaya.
Gerakan mahasiswa siswi di IPT
Diperhatikan senario keadaan di IPT adalah amat sama dialam realiti kehidupan diluar kampus, rata-rata gerakan masih mengikut dasar pecah dan perintah, dimana setiap kaum mewakili kaum masing masing. ini sesuatu yang bahaya kerana tidak membentuk sama sekali jati diri sebagai rakyat malaysia.
Mewujudkan IPT berasaskan kaum
mereka amatlah benci terhadap entiti yang membantu bumiputra sehinggakann membuatkan kerajaan menerima meluluskan kehendak mereka dalam membina IPT yang didominasi oleh kaum mereka sendiri. dalam masa yang sama berterusan menyerang entiti yang menjaga kepentingan bumiputra dalam sektor pendidikan.
Tidak mengiktiraf kelayakkan IPT Awam
apabila seorang graduan telah lulus dengan jayanya, jika mencari peluang pekerjaan disektor swasta sudah pasti amat sukar, dimana mereka mengatakan IPTA adalah tidak berkualit dan pekara ini selalu terjadi kepada melayu.
itulah sedikit sebanyak isu diketengahkan, selepas ini akan masuk ke sektor sosial masyarakat pada bahagian inilah media memainkan peranan yang amat besar dicampuri oleh para Think Tank Strategik dan para ahli politik kebudakkan. pada bahagian inilah akan digaulkan semua ramuan yang lepas dan hasilnya telah dilihat pada hari ini.
akan bersambung lagi untuk bahagian akhir OPS RAMPAS
(maaf post ini lambat keluar kerana sibuk)
2 comments:
bahasa hanya alat komunikasi.. sewajarnya kajian dilakukan menguitamakan kreativity dan inovasi kepada sebuah aplikasi bukan tumpuan pada apa bahasa. itu yang rosak. banyak negara maju tak sibuk pun bahasa apa.
thanks
yup betul, namun setiap kreativity dan inovasi perlukan rujukan dalam bahasa global
malaysia tertinggal jauh dalam teknologi, jadi menguasai bahasa teknologi ia memudahkan kreativity dan inovasi sesuatu produk
jika org asing sanggup mempelajari teknologi maritim dalam bahasa melayu suatu ketika dahulu,maka kite perlu semula kejar kembali apa yag hilang
Post a Comment