Tuesday, September 25, 2012

Ringkasan Perjalanan





Hi Pembaca semua berikut adalah ringkasan perjalanan

Sejarah manusia perlu ditulis berdasarkan Al-Quran dimana para nabi yang diutuskan menjadi tanda aras sesuatu perkembangan zaman tersebut

Adam a.s
Idris a.s
Nuh a.s
Salleh a.s
Ibrahim a.s
luth a.s
Ismail a.s
Ishak a.s
Ya`qub a.s
Yusuf a.s
Ayub a.s
Syuib a.s
Musa a.s
Harun a.s
Zulkifli a.s
Daud a.s
Sulaiman a.s
Ilysa a.s
Ilyasa a.s
Yunus a.s
Zakaria a.s
Yahya a.s
Isa
Muhammad s.a.w

Peta Dunia
Peta Dunia hari ini telah banyak berubah, kalau anda rajin takpayah chek satu dunia tapi cube selidiki nama nama tempat di semenanjung akan lihat nama nama tempat seperti kuala, ujung, teluk, hulu. sebagai contoh negeri perak ada banyak lokasi bernama bergitu tertapi terletak jauh didaratan. ada tanah dikawasanya adalah berpasir, banjaran bintang hingga ke kuala selangor adalah lautan selat.

Bermulanya Kelahiran Baharu
Setelah Era nabi Adam dan Idris dizaman nabi Nuh adalah permulaan untuk kehidupan yang baru. setelah banjir besar melanda bumi, manusia di zaman nabi nuh memulakan kehidupan yang baru setelah berada didalam bahtera mereka kembali bertebaran mencari lokasi dan berkomuniti serta berkembang, ada yang cuba mencari tempat asal mereka yakni di timur jauh mereka menempuhi pelbagai rintangan dan cabaran untuk sampai ditanah asal mereka, kembalinya mereka juga bersama haiwan ternakan tumbuhan, proses pindah randah bergitu lama, ada juga dikalangan mereka terus tinggal dan mengembangkan zuriat dikawasan yang dilalui oleh pengembara ini.

Promised Land
Akhirnya perjalanan bangsa kembali ditanah asal mereka (lemuria), setelah menyepi seketika mereka kembali membentuk negara, ekonomi, masyarakat. mereka juga kembali berhubung dengan barat melalui jalan yang dilalui, lautan.

Nabi Ibrahim
munculnya Nabi Ibrahim tatkala kesesatan dan bermacam hal melanda umat dunia beliau telah kemerata tempat didunia dan telah sampai ke timur jauh dalam berdakwah. disinilah nabi ibrahim telah dikatakan berkahwin dengan gadis yang dikatakan "keturah" maka lahirlah zuriat dari keturunan nabi ibrahim, nabi ibrahim telah kembali ke tempat asalnya dan tinggalah zuriatnya disebelah timur hari berganti malam, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun keturunan ini terus berkembang pesat.

Sejarah terus berlalu dan berkembang ketamdunan bangsa ini telah menjalinkan hubungan diplomatik ekonomi dengan kerajaan timur tengah eropah, mereka sentiasa dicemburui oleh musuh dengan kekayaan semulajadi.

Setelah Nabi Muhammad s.a.w wafat
Hukum alam sesuatu adalah berulang ulang setelah bermacam perkara berlaku maka gelombang kedua penghijrahan terus mencari promised land dan mereka telah bertemu serta bermasyarakat dengan penduduk asal sebelum gelombang penghijrahan kedua berlaku, mereka yang berhijrah ini terdiri dari kalangan ahlul bait berserta pengikutnya kerana tidak tahan dengan nasib menimpa dizaman kerajaan umayyah dan abbasiah.

Tamadun digua? gunung?
Tinggalan tamadun di gua gua bukanlah bermakna kita orang gua tapi gua dijadikan tempat persembunyian perlindungan simpanan harta makanan serta tempat semadi jasad, mereka yang didalam gua ini adalah sebahagian yang menyelamatkan diri ketika era banjir besar, banjir besar dunia bukanlah bermakna abis tenggelam satu dunia, kaum maya telah membina peradaan di puncak gunung yang tinggi.

Beruntunglah saudara semua tinggal dimalaysia, hargai nikamat ini sebelum Allah mengubah skript dan menimpakan bala bencana yang dahsyat, anda semua perlu faham bala bencana bukan semata banjir gunung berapi tapi boleh jadi dikalangan masyarakat melalui penyakit diri, sosial dan ekonomi.

kembalilah bersama islam, kalau pun masih merangkak tidak pandai tak mengapa, kita usaha perbaiki diri

insyaallah Islam itu benar, jika anda bukan islam yang membaca kembalilah ajaran yang sebenar .

sekian




 

Tuesday, September 18, 2012

Sudahkah anda bersedia?



Salam hormat kepada semua pembaca budiman...

Dunia sedang menghadapi permulaan untuk fasa yang baru, maka bersedialah dengan pelbagai perkara untuk tahun hadapan serta seterusnya, mari tarik nafas dalam dalam dengan hati yang tenang dan fikiran terbuka.

Kegagalan zionis dalam merancang pencetus keganasan besar dunia dirantau timur tengah telah menciptakan sesuatu agenda terbaru menerusi filem "Innocence of Muslims" ternyata membuatkan seluruh umat islam marah, jika anda tanya saya, saya juga marah tapi anda semua kena ingat marah itu mengundang syaitan, maka anda lihat pelbagai cara demo dilakukan oleh orang islam, ganas bukan? merosakkan harta benda dan melibatkan kerugian kepada kerajaan.

Islam itu indah, sabar itu mendekatkan kita kepada Allah, andai kita tenang saat menghadapi provokasi insyaallah kita akan selamat. seperti telah sedia maklum di malaysia tidak terlepas akan berdemo tapi kedua parti politik melayu ini seakan ingin mengambil kredit diatas demo yang akan dilaksankan.tak apa biarkan mereka asal kita ikhlas didalam usaha yang dilakukan.

Why Malaysia is main target?
serangan terhadap agama islam telah dilancarkan dengan kerap pada akhir akhir ini, siri penerbitan filem telah membuatkan seluruh orang melayu islam marah dan ditambah dengan kata-kata seorang bukan muslim dari parti pembangkang mengatakan "buang masa" apabila ini berlaku andai ade sesuatu yang berlaku terhadap beliau, pasti kesalahan akan terus kepada orang melayu yakni islam dan seterusnya kepada kerajaan.

Semenanjung malaysia ialah jantung dunia
itulah Allah mencipta sesuatu saling berkait, jika Allah menjadikan manusia ada jantung, maka dunia ini disemenanjung adalah jantungnya, jika lihat peta ia letak sebelah kiri, jantung manusia juga sebelah kiri.. nabi pesan tidur mengiring kekanan suapaya jantung dapat berehat, lihat disebelah kanan jantung dunia virus telah menyerang kini ia menghampiri sebelah kiri dirantau asia.

Siri penghinaan terhadap agama islam sebelum ini telah disuarakan oleh pemimpin MCA dan DAP tapi malang kerajaan terlalu berlembut menghadapi mereka ini, saya bermohon apabila menang PRU akan datang supaya dibentangkan undang undang anti provokasi agama islam, suapaya mereka yang menghina agama islam dapat dikenakan tindakkan sepatutnya.jika kata negara ini ISLAM agama rasmi maka WAJIB untuk laksanakanya.

Campurtangan pihak kristian makin kelihatan dimana blog helen ang telah sedikit merungkai agenda pembangkang dan pihak kristian didalam mewujudkan suasana anti agama dikalangan rakyat malaysia. jika anda tanya kenapa kristian? jawapnya kristian hari ini adalah topeng zionis didalam agenda sebenar mereka.perlu diambil perhatian apabila siap saja pusat keagaman kristian di bukit jalil, maka misi untuk menawan malaysia pasti bertambah giat dijalankan dimana ia bakal menjadi tempat pertemuan dan perancangan agen agen asing di malaysia.

Dasar pecah dan perintah dimana orang-orang cina diberi kelebihan untuk menguasai ekonomi telah membuahkan hasil ketika ini. dengan menguasi ekonomi mereka dapat menekan kerajaan sekarang didalam membuat permintaan yang melampau melalui MCA NGO dan dibantu baik oleh DAP, mereka menggunakan kelemahan kerajaan melalui polisi yang dirangka.agenda memusnahkan malaysia untuk menghilangkan agama rasmi, raja serta melayu itu sendiri diliberalkan dan perkara utama ialah republik of malaysia + singapura

Sejarah melayu bergitu panjang dan ada hubungkait ketara dengan kerajaan nabi daud nabi sulaiman, kita jangan tertipu dengan sejarah disekolah yakni paleolitik mesolitik atau bermacam tik tik, sejarah tamadun perlu diukur dari zaman nabi nabi yang diturunkan.sejak terhapusnya peradapan awal ketika era nabi nuh orang orang melayu terus berevolusi dan menerap buadaya luar didalam kehidupan seharian, jika ada membaca sejarah-sejarah lama semenanjung tanah melayu adalah tanah yang dijanjikan, maka tidak hairanlah nabi ibrahim mengembara ke timur jauh dan berkahwin dengan salah orang wanita yang dikatakan "keturah" keturah itu bukan namanya tapi panggilan wanita dari asia tenggara. hikayat camelot prester john bukan sekadar hikayat tapi ade klue mengenai melayu namun ia dihilangkan kerana sejarah ditulis oleh mereka yang menang.

misi utama zionis adalah berpaksikan sejarah nabi daud dan nabi sulaiman untuk membentuk israel raya atau persekutuan israel.

Berbalik mengenai perancangan zionis di malaysia mereka menyalurkan dana dana melalui NGO dan Parti politik dan paling hangat dikatakan melalui SUARAM oleh media ketika ini. itu baru satu, belum lagi yang lain lain kerana setiap dana disalurkan atas nama hak asasi, pembangunan rakyat dan pelbagai lagi nama. jika kerajaan mengambil tindakkan maka mudah untuk mereka mengadu domba.

dana - dibersihkan melalui
1. NGO/Politik
2. Compy

kemudian dana akan disalurkan semula kepada "mereka"

Sempena perhimpunan yang diadakan mohon pihak berkuasa berhati hati kerana akan cuba diambil kesempatan oleh agen asing untuk mengerohkan suasana.syawal telah berlalu dan kini telah memasuki bulan 9 dan ada 3bulan lagi sedaya upaya zionis untuk cuba menwujudkan kekacauan, saudara semua tidak perlu risau tentang pandangan 2012 cuma ia adalah permulaan untuk sesuatu yang baru. maka bersedialah minda hati kekuatan doa kepada Allah didalam menjalani kehidupan akan datang yang mencabar umat islam dimalaysia

"Akulah Tuhan kamu! Akulah yang sepatutnya ditakuti. Oleh itu janganlah kamu mengambil tuhan selain Aku. Dan barangsiapa yang takut untuk mengambil tuhan yang lain selain daripada Aku, maka layaklah dia mendapat pengampunanKu" (Riwayat Ahmad dan Tirmidzi -Hadis qudsi)

Diharapkan pemimpin islam bertegaslah demi agama Allah, jangan risau jika ujian dikenakan kerana ia bakal menyelamatkan anda disana..

kenangkan nasib suadara di burma tentang apa yang berlaku, dan berani untuk menolong mereka. senyapkan mulut kafir dimalaysia ini suka mempertikaikan duit bantuan kepada muslimin muslimat disana oleh kerajaan.

lihatlah dan fahami alam ini dengan ketenangan minda dan jiwa insyaallah ada jawapan untuk anda semua.. jika anda bukan islam maka marilah ke agama yang benar dan nyata selagi nyawa dikandung badan

insyaallah

salam hormat
terima kasih

 

Sunday, September 2, 2012

Kematian



Salam hormat kepada semua, bagaimana sambutan hari raya anda semua? dan bagaimanakah perasaan anda tentang hari kemerdekaan malaysia? apa jua pun diharapkan anda semua gembira sihat hendaknya. syukur kepada Allah kita masih lagi diberi peluang untuk berada didalam jasad untuk terus hidup sehingga waktu yang ditetapkan
Allah telah berfirman 

Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri.” (Al An’am : 59)

“Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang hari Kiamat; dan Dia-lah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana Dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. (Luqman : 34)

Ya Mati setiap yang hidup pasti akan merasai kematian tidak kira haiwan tumbuhan bintang dilangit organisma dan apa jua bentuk hidupan yang Allah jadikan.Namun fokus saya hari ini adalah tentang kematian. andai ditanya kepada anda semua pasal mati tentu akan takut, takut itu terjadi kerana
1. Dosa
2. Harta Benda\ Hutang
3. Keluarga
itulah yang biasa terjadi dikalangan insan biasa didunia tidak kira darjat keturunan mahupun amalanya.

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5kali
1. Aku rumah yang terpencil, maka perbanyakan membaca Al-quran
2. Aku rumah yang gelap, maka terangiku dengan solat diwaktu malam
3. Aku rumah penuh tanah debu, maka bawalah amal soleh menjadi hamparan
4. Aku rumah haiwan berbiasa, maka Bismillah sebagai penawar
5.Aku rumah soal jawap oleh Malaikat Mungkar Nankir maka bacalah Laa illallah Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat menjawap kepada nya

Firman Allah SWT; Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28) 

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. 

Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT

Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.

Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.

100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.

Rahsia sebuah doa
Sifat Allah adalah MAHA Pemurah Penyayang adalah kunci untuk umat Muhammad boleh memohon dipanjangkan umur dan kesihatan. Dalam perihal doa adalah bergantung kepada niat seseorang itu.

Umur Umat Muhammad
Hadis ini hadis hasan, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, katanya: Rasulullah saw telah bersabda: Umur umatku diantara 60 ke 70 tahun, dan tidak ramai yang melebihi daripada itu Riwayat Imam Tirmizi.

Sistem Hari Mengikut Islam
apabila berlaku pertukaran siang dan malam adalah diukur apabila masuknya waktu maghirb, dari waktu asar hingga maghirb adalah waktu pertukaran zon waktu dimana pada waktu ini akan berlaku kecelaruan pada sistem didalam tubuh badan, sbb itu Nabi tidak benarkan tidur selepas Asar ditakuti menghidapi penyakit seangkatan gila. maksud sesudah asar ini tidak pasti bila akan berlaku, adakah waktu seawal asar ataupun penghujung waktu asar hanya Allah saja yang tahu.

Taubat
apabila hampir sampai kepada hari kematian taubat adalah tertutup untuk anak adam tersebut, walaubagaimana pun semua ini bergantung kepada Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang.

Kematian ia adalah sebahagian pekara yang menjadi rahsia, tiada siapa yang boleh tahu waktu bilakah akan mati sesorang itu cuma boleh diberi pertunjuk sahaja. dan kalau pun seseorang yang hampir pada kematian, maka dia tidak akan boleh berkata yang dia akan mati kepada orang sekelilingnya kerana terkunci mulutnya mengenai mati.

Oleh yang demikian sama samalah kita berdoa akan mati dan kekal didalam islam, adapun yang disampaikan ini sekadar petunjuk untuk tingkatkan diri kita supaya dapat memperbaiki diri dan keluarga

insyaallah