Saturday, January 12, 2013

Checkmate





Salam hormat kepada semua pembaca budiman yang dirahmati Allah.Diharapakan pembaca sihat rohai dan jasmani. Sebenarnya sejak kebelakangan ini banyak rancangan akan bakal dilaksanakan sebelum PRU berlansung pada ?(sy simpan tarikh ini) untuk menjunamkan kerajaan sekarang supaya menjadi pembangkang pada tahun akan datang.. TAPI adakah ia berhasil ? :)



Kalimah Allah

yea yea yea, semua orang didalam malaysia khususnya melayu sibuk membicarakan mengenai isu tersebut.Nampaknya isu terbaru untuk spin masalah yang berlaku didalam DAP telah berjaya membuatkan kita semua lupa tentang korupsi mereka didalam mendapat kuasa.

oklah kita ringkaskan sahaja hal ini

Saya amat tidak setuju penggunaan nama Allah dikalangan pengikut kristian. kerana ia akan memberikan impak yang besar terhadap isu isu akan datang, dulu saya pernah postingkan rancangan mereka mengenai serangan terhadap agama dan raja.

Jika anda setuju Allah itu dikongsi dengan kristian, mohon anda fikirkan kembali dan rujuk sejarah agama kristian itu sendiri. anda semua tahu bahawa bible itu bukan ada isi kandungan yang benar dari injil, maka kristian itu adalah sesat sama sekali, apabila telah sesat adakah layak untuk menggunakan kalimah Allah? dalam kristian ada fahaman Trinity yakni ada Tuhan bapak Tuhan anak dan Roh kudus, maka apabila diterjemahkan sebagai Allah apa jadinya sudah tentu jadi bergini Allah bapak Allah anak dan Roh Kudus, kalau anda lihat pekara ini nampak janggal tak?

Dalam surah Al Ikhlas telah diberi tahu bahawa Allah itu satu dan tiada dua atau tiga, bahkan beranak dan diperanakan, tidak tidor makan, tidak menyerupai sesuatu pun yang dilangit atau bumi, jadi kalau anda setuju apakah sesuai untuk mereka gunakan nama Allah tersebut?

Oklah anda dakwa di sabah sarawak telah lama guna bible ditulis Allah, baik berkenaan isu bible disana, ia adalah yang diseludup masuk dari indonesia dan ia cetakkan indonesia bukanya malaysia. keadaan semasa disana adalah tidak sama disemenanjung dimana majoritinya melayu islam, kalau anda kata orang cina beragama kristian ingin baca bible dalam bahasa melayu, anda mengarut sama sekali, sebab cina kristian disemenanjung ini lebih suka baca versi bahasa inggeris, apa kelasnya bahasa melayu dimata kepala orang cina kristian? dan jika bukan kristian pun mereka tidak mahu berbahasa melayu sekalipun. kalau suka bahasa melayu sudah tentu ramai fasih berbahasa.

Hari ini mereka ingin guna dalam cetakkan bible bahasa melayu, besok lusa gereja ditukar kepada rumah Allah, dalam kenyataan mahkamah tinggi hari ini, menyatakan bahawa orang bukan islam layak guna kalimah Allah dan oleh itu ia tidak lagi eksklusif untuk agama Islam lagi.

kita renungkan kembali... Al-quran itu sendiri diturunkan dalam bahasa arab,didalam Al-quran disebut Allah, tidak pun Allah disebut didalam bible. kita kena ingat apabila Allah perintahkan nabi Muhammad menyampaikan Ajaran Islam, maka yang sebelumnya adalah terbatal sama sekali, kerana berlaku penyelewengan terhadap kitab kitab yang Allah turunkan sebelum itu.

Ada yang mendakwa sewaktu era Paklah tak kisah pun hal ini? Beliau memang tak kesah kerana, yang menguruskan hal hal negara banyak campurtangan dari geng geng tingkat 4 dan sewaktu inilah IFC giat ingin dilaksanakan atas konsep Islam Hadhari.

Anda sendiri lihat tentang kelemahan dan kesilapan pemimpin mengakibatkan genarasi islam yang lain mendapat tempias untuk tempoh akan datang.

Setujunya pemimpin PAS benarkan kalimah Allah digunakan oleh pengikut kristian maka ia akan menjadi benchmark oleh orang bukan islam untuk menafikan hujah orang islam yang lain, kerana menganggap PAS itu ISLAM dan lebih baik dari Umno, keputuasan mahkamah tinggi yang dihakimi oleh orang bukan islam telah memberi padah yang besar kepada negara dan umat islam khususnya.

Jika diperhatikan komen penyokong penggunaan kalimah Allah dimalaysiakini harakah, mereka dengan tanpa ilmunya mempersoalkan nama Allah didalam lagu negeri lambang pasukan keselamatan rukun negara. baiklah berkenaan isu terbabit ia adalah lambang sahaja, dan dinyayikan, ikrarkan tanpa tersematnya Allah dikalangan hati orang bukan Islam, jadi perlu ke dipersoalkan dari isu utama yakni penggunaan oleh bukan Islam?

Dan malang sekali apabila titah Sultan selangor telah dipertikaikan oleh paderi kristian, mempertikaikan titah bererti telah memperlekehkan kuasa sultan sebagai ketua agama dinegeri masing masing..dan titah baginda itu menjadi gurauan kepada mereka yang benci sistem beraja yang ada.

Lihat isu disebalik tabir ini, majoriti berbahasa melayu adalah orang melayu Islam jadi apakah sebenar yang hendak dibuat? ia adalah untuk memecahkan sistem pelembagaan mengenai Islam dan melayu, apabila ada kes agama di mahkamah maka ia akan menjadi "kes rujukan" terhadap sebarang keputusan yang akan dibuat untuk kes akan datang.

Nama Allah memang ada banyak, tapi Allah itu adalah nama yang utama dari nama nama lainNya, mengapa ada persoalkan kita tidak guna nama nama lain? atau ini satu hujah hujah dangkal yang libreal dan provokasi terhadap kefahaman orang melayu islam terhadap nama Allah..

Anda telah lihat bagaimana indonesia berlakunya "rojak" tentang kefahaman agama mengakibatkan pelbagai masalah sosial, mahukah anda nanti anak dara anda berkahwin dengan non muslim tanpa memeluk Islam?
apakah nasib anak itu telah besar nanti? anda lihat bagaimana seorang ahli politik cina yang bersuamikan india tidak mahu anaknya dikatakan sebagai keturunan india. sebaliknya ciptakan isu ia sebagai "anak malaysia" mungkin beliau malu anaknya ditulis sebagai keturunan india..  cina amat pentingkan keturunanya.

Saya amat berharap DSNR dapat meyelesaikan perkara ini dan mohon majlis raja raja bersidang bersama mufti mencari kata sepakat mengenai isu ini, adalah ditakuti akan memberi kesan yang buruk kepada umat Islam.

Akhir posting ingat Bible bukan Injil asli, isu ini bukan melibatkan emosi tapi ia persoalan akidah dan kefahaman agama. kalau anda nak kata saya bodoh atau apa saja kerana tidak bersetuju nama Allah dikongsi dengan orang bukan Islam terpulang, tunggu diakhirat nanti saya akan melihat anda, dan anda melihat saya dimana tempatnya, angan demi undi, agama jadi bahan permainan antara kita.

Kepada blog yang membongkar penyelewengan teruskan usaha bersama bukti kukuh supaya rakyat sedarkan penipuan mereka

Anda juga boleh rujuk post di abatasa umat terakhir bagi mendapatkan pandangan yang jelas mengenai sesuatu isu 

Sekian


3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Saudara, Anda slh berkenaan Nama Allah Di SabahSarawak.

Disini, para kristian masih menggunakan bahasa inggeris didlm bible harian mereka. Saya tanya kwn2 saya, xda bhsa melayu ke? Diorg ketawa. Mana ada bible dlm bhsa melayu, sbb melayu beragama islam.

Sekarang kat semenanjung, ada hal seperti ini. Maksudnya, adakah org murtad disana ingin dialih terjemah dlm bhsa melayu.

Ini terjadi di semenanjung. Dan perubahan itu akan membawa bible bhsa melayu di sabah dan sarawak. Sbb, di semenanjung, itu kerajaan pusat malaysia.

Kalau kat brunei, mmg kena hentam lah para ultra kiasu dan kuncu2 nya.

Dizaman dulu, kami dibawah Melayu Brunei. Sekarang Melayu Semenanjung. Insyallah dibawah pentadbiran Melayu Islam Memegang panji2 Allah.

Anonymous said...

sokong ayat terakhir org di atas!

OrgOrg said...

thanks

yea majoriti menggunakan bahasa inggris namun yang dikatakan adalah menggunakan bible versi indonesia

maaf jika tersilap