Saturday, January 28, 2012

Kerana Mu Emas



hai

hari ini nak cerita siki pasal emas, semua orang tahu akan bertapa besar nilainya dan syukur dari sejak dahulu kala lagi tanah melayu ini kaya dengan emas tidak pernah susut pun lagi, sebab itu lah kita dijajah oleh kuasa asing yang inginkan kelebihan yang ade dibumi tanah melayu ini.

Bercakap pasal emas mesti sinonim dengan wanita kerana mereka sajalah yang dibenarkan menggunakan dalam bentuk perhiasan diri, namun hari ini emas menjadi sedikit kegilaan para pelabur emas dikalangan orang lelaki, ketika dulu yang saya tahu hanya keluar masak kedai pajak gadai untuk mendapatkan wang tatkala sukar dan kini pun masih lakukan juga, maklumlah orang susah.

Posting kali ini adalah untuk menjawab mengapa barang kemas lebih bernilai dalam pelaburan emas, terlebih dahulu mohon maaflah kepada geng-geng penjual jongkong wafer dinar emas ni. kalau anda semua lihat web-web mereka mesti posting hadis kata emas adalah yang paling bernilai diakhir zaman nanti...cuba anda tanya diri sendiri akhir zaman tu bile? sudah tentu tak boleh jawab, betulkan? apatah saya ini pun tak tahu bila akhir zaman sebenar dan kiamat, Ingatlah Allah dah berkata kata sesungguhnya kiamat itu rahsia DIA!

Nah! berbondong bondong umat melayu ni yang beli emas dalam bentuk goldbar/bullion/wafer dinar dalam hati mereka gembira ade simpanan pelaburan emas, walhal penjual compy bank yang untung gila gila menjual emas kepada mereka ini.oklah kalau anda ade modal belilah emas dari KFH PAMP dan ape-ape jua dalam sarung dan koyakkan sarung serta keluarkan emas tersebut cuba pergi gadai/pajak/bank, saya yakin anda akan mendapat pulangan wang yang sangat rugi.Ada pula bank tawarkan dalam saving acc emas, alahai... rugi kalau kita melabur tapi emas itu tidak nampak, hanya angka saja sudah tentu emas itu tiada.Dan ada lebih bijak lagi minta anda labur duit selepuk haaa bulan-bulan dapat income... gila ape skim ini, Allah kata kite kena usaha nak cari rezeki bukan sandarkan sesuatu untuk dapat rezeki dari DIA.Dan malang ada satu negeri itu keluarkan dinar emas, dinar nya tidak diterima oleh negeri lain dan hanya untuk dagangan dalam negeri tersebut saja.. alahai kesianya.

Mengapa saya selalu melabur dalam barang kemas?

Kerana kadar kecairan emas yang amat tinggi! dimana ia mudah trade in, harga gadai/pajak tinggi, diterima dimana-mana saja kedai emas dibawah persatuan barang kemas emas malaysia(PGJAM) andai terdesak kat luar negara ia masih ada nilai yang baik. kalau anda beli dinar/buillon/bar banyak-banyak tak kesian ke kepada isteri anda? merajuk dia nanti dan lebih baik beli barang kemas bagi isteri anda semua cantik bergaya pakai emas.Andai tak cukup duit gi ahranu untuk modal kewangan.

Kalau ada yang kata "takpe kita trade in dinar/buillon/bar kat compy balik untuk dapatkan wang" anda betul tapi nilai belian semula adalah amat rendah, andai beli dinar masa itu harga RM780 dan dibeli semula harga sekarang katalah RM747 bukan ke satu kerugian, hmm tak mengapa duit anda hehe. dan apa yang paling saya risaukan terjadinya emas celup (dinar/goldbar/coin/wafer) ia akan memberikan kerugian kepada pembeli.

Namun anda semua jangan lupa jika emas tidak dipakai dan melebih simpanan sebanyak 85gram maka wajib zakatkan katakanlah.

ade RM4000 nilai semasa dan 2.5% nilai yang perlu dikeluarkan
RM 4,000 X 2.5% = RM 100
jadi bayarlah RM100 kat pusat zakat.

Oklah saya akan beritahu mengenai mengapa ia penting untuk akhir zaman.

1. ia adalah wang anda.
2. emas memberikan nilai tambah ekonomi ISLAM kerana kita ada satu sistem yang cukup baik.
3. emas menjadikan anda ade kuasa "tawar menawar" dalam segala hal dunia.

Anda semua jangan risau segala apa jua bentuk emas pada masa itu akan berguna asalkan yang asli bukan tiruan.


hehe

Monday, January 23, 2012

SBPA - TQ Najib ?

Terima kasih kepada DSNR kerana menubuhkan skuad untuk menilai kembali SBPA, Selaku CEG(chief executive gov) dalam kerajaan, beliau patut menggunakan segala kuasa yang ada padanya untuk mengelakkan kesilapan berulang dan terus berulang.

Apa yang DSNR perlu tekankan?

1. Semak semula gaji bagi setiap kumpulan perkhidmatan
2. Semak had umur persaraan dari 60tahun kepada kekal 58tahun
3. Sistem Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi (PROSPEK)

berikut adalah hebahan mengenai penangguhan SBPA :

SEMAKAN SEMULA SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM

Saya merujuk kepada Kenyataan Media YAB Perdana Menteri bertarikh 12 Januari 2012 mengenai semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Semakan semula ini tidak menjejaskan SBPA yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2012.

2. Sehubungan ini adalah dimaklumkan sebuah Pasukan Petugas akan ditubuhkan bagi melaksanakan semakan semula SBPA dengan mengambil kira prinsip-prinsip perkhidmatan dan saraan perkhidmatan awam.

3. Pasukan Petugas tersebut akan dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ismail Adam, bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berdasarkan pengalaman beliau yang luas dalam hal-hal yang berkaitan Perkhidmatan Awam setelah memegang beberapa jawatan penting dalam perkhidmatan awam.

4. Pasukan Petugas itu akan dianggotai oleh pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) serta Pegawai kementerian yang berkaitan.

5. Pasukan Petugas tersebut akan mengadakan konsultasi dan perbincangan dengan pihak-pihak berkenaan termasuk kesatuan dan persatuan sekerja.

6. Isu-isu berhubung pelaksanaan SBPA hendaklah dialamatkan atau diemelkan dalam tempoh 1 bulan dari kenyataan media ini, iaitu sehingga 15 Februari 2012 kepada:

YBhg. Datuk Farida Mohd Ali,

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,

Jabatan Perkhidmatan Awam, Aras 13,

Blok C1, Kompleks C,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA.

E-mel: farida.sbpa@jpa.gov.my

7. Pasukan Petugas diberi tempoh 2 bulan, iaitu sehingga 16 April 2012 untuk mengkaji isu-isu tersebut dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan kepada Kerajaan.

8. Bagi mereka yang telah pun bersetuju memilih SBPA, opsyen tersebut adalah kekal.

9. Bagi mereka yang belum mengemukakan borang opsyen SBPA pada tarikh kenyataan media ini dan mereka yang telah membuat opsyen untuk tidak memilih SBPA, borang opsyen yang baru akan dikemukakan setelah keputusan muktamad ke atas semakan semula itu dibuat.

10. Walau apa pun Kerajaan memberi jaminan bahawa SBPA yang telah disemak semula itu adalah terpakai kepada semua pegawai dan tidak akan menjadi kurang baik (less favourable) daripada terma dan syarat SBPA yang telah ditawarkan terdahulu termasuklah kemudahan dan gaji.

Tan Sri Mohd Sidek Bin Hj Hassan
Ketua Setiausaha Negara

13 JANUARI 2011

itu adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh KSN

Jika anda semua menilai dari kenyataan media dari KSN dan kenyataan DSNR, ada yang agak pelik dimana semacam berlaku pecanggahan mengenai SBPA.

Persoalan kini adalah siapa yang kena siapa? atau DSNR sengaja main wayang? seperti yang telah diterangkan DSNR mempunyai kebolehan memanipulasi sesuatu pekara. saya percaya ada pekara yang cuba diperbaiki dan ada yang dikekalkan ataupun diberi kelebihan.

Mengenai baki gaji SBPA akan dibayar pada hujung bulan ini adakah bermakna gaji yang telah diterima semasa sign borang opsyen itu kekal? dimana setiap penjawat awam pada 16/1/2012 telah diberikan gaji mengikut SSM akan dibayar baki gaji baru.

Apakah Penangguhan ini juga melibatkan gaji?

Mengikut pandangan saya, mungkin akan berlaku backdate yakni pada 30/1/2012 semua penjawat awam dibayar baki gaji baru contoh seperti berikut.

gaji tok misai pada skim SSM ialah RM1,200 dan gaji SBPA RM1250 maka pada 30/1/2012 baki RM50.00 akan dibayar pada account bank tok misai.

Jika berlaku penyelarasan dari RM1250 dan SBPA ditangguhkan selama 3bulan maka backdate akan dibayar pada gaji bulan 5 (backdate adalah perbezaaan gaji yang tertangguh tidak dibayar pada bulan 2,3,4) dimana pada bulan 2,3,4 gaji tok misai adalah RM1,250 katakan contoh seperti berikut

gaji skim SBPA RM1250 dan diselaraskan menjadi RM1300 = maka perbezaan RM50 pada bulan 2,3,4 (RM50x3=150) akan dimasukan kedalam gaji bulan 5 nanti.

Nota: sekadar kira-kira cincai namun bukan betul yea *_^

Ataupun tiada sebarang bayaran baki pada 30/1/2012 ini dan backdate akan dibayar pada bulan 5(katakanlah)

DSNR jika anda mahu perkhidmatan awam menjadi produktif sepatutnya had kelayakan pencen kekal pada umur 58Tahun, namun jika ia seorang pegawai berprestasi tinggi adalah diberi kelayakan jawatan kontrak selama 2tahun serta boleh ditamatkan perkhidmatan pada bila bila masa jika diperlukan mengikut kesesuaian keadaan semasa.

Bagi mengelakkan negara belanja besar dalam membayar gaji/pencen/bonus perkhidmatan awam seharusnya DSNR menilai faktor ekonomi semasa sebagai contoh barangan keperluan harian, harga minyak, insuran moto, Tol, itu adalah faktor membebankan rakyat didalam menikmati setiap sen gaji/pencen yang diterima.

Gaji dan emolumen bagi ahli parlimen perlu disemak dan dihapuskan mana yang tidak patut, yang menjadi tidak puashati dikalangan penjawat awam rendah, asal tiap kali penyelarasan, kenaikan gaji mesti mereka yang berjawatan tinggi dengan gaji sememangnya besar akan menikmati kelebihan.

Sebagai contoh bonus, bonus diberi setengah bulan gaji jika lebih RM1,000 atau RM1000 jika gaji kurang dari RM1000. cuba anda semua nilai siapakah yang mendapat imbuhan paling besar? jika gaji pegawai rendah RM1,500 dan bonus hanyalah RM750(kena pula dibayar setangah bulan) TERTAPI bagi kumpulan atasan jika gaji RM8,000 maka RM4000 bonus mereka wow! kalau setengah bulan pun masih besar lagi. Apabila kenyataan media seolah bonus ini hanya untuk kakitangan bawahan sahaja, maka rakyat malaysia yang lain akan timbul rasa tidak puashati mendengar nilai bonus yang dibayar akhirnya menyebabkan pandangan orang awam terhadap perkhidmataan awam adalah lekeh.

Sistem Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi (PROSPEK)

ini adalah pekara yang perlu ditekankan kerana ia menggantikan sistem lama yakni PTK(penilaian tahap kopentensi) diharapakan penilaian PROSPEK 360* hanya tertakluk kepada setiap unit saja dan dinilai oleh mereka dibidang masing masing, sebagai contoh tak akan pula juruteknik nak nilai pembantu tadbir hehe jadi biar penilai itu mesti dari pegawai atasan sahaja dan dinilai sesama jawatan mereka.

Diharapkan pihak Pasukan Petugas itu akan dianggotai oleh pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) serta Pegawai kementerian yang berkaitan dapat menjalankan kerja dengan amanah cekap dan bersih tanpa sebarang pekara yang terselindung serta memberi kelebihan kepada satu pihak dan mendatangkan kerugian kepada pihak lain.

Semoga berjaya dan berhasil.

insyaallah

SBPA jangan jadi Siapa Belit Perkhidmatan Awam


Nota:

p/s :DSNR kakitangan awam bahawahan adalah deposit undi yea.. hati hati







Tuesday, January 17, 2012

SBPA Najib Disabotaj?

Salam Hormat kepada semua pembaca.

hurmm mungkin agak lambat saya postingkan tajuk ini, namum ia tidak mengapa kerana saya ingin meluahkan pendapat peribadi mengenai isu ini. Struktur perkhidmatan di bawah SBPA adalah terbahagi kepada empat (4) kumpulan perkhidmatan iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, dan Kumpulan Pelaksana.

Kumpulan Premier merupakan lapisan teratas dalam struktur Perkhidmatan Awam
yang menyandang atau memegang strategic and key positions.

Kumpulan Pengurusan Tertinggi terdiri daripada Jawatan Utama dan Jawatan Gred
Khas. Jawatan Utama dimaksudkan sebagai jawatan di peringkat pengurusan tertinggi dalam perkhidmatan-perkhidmatan tertentu yang berperanan strategik menerajui jentera pengurusan organisasi sesebuah Kementerian/ Jabatan/ agensi. Manakala Jawatan Gred Khas pula ditetap berdasarkan pengiktirafan tahap kepakaran dan pengalaman pegawai yang tidak melaksana peranan ataupun tugas yang bersifat pengurusan dan strategik.

Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah
dikekal dengan lapisan gred jawatan/ gred gaji sebagaimana sedia ada.

STRUKTUR GAJI.

Gaji Single Point
Gaji Single Point adalah diperuntuk bagi Jawatan Premier di bawah Kumpulan Premier.

Gaji Minimum - Maksimum.
Gaji Minimum - Maksimum adalah diperuntuk untuk Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas di bawah Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Gaji Sebaris
Jadual Gaji Sebaris (JGS) adalah dibentuk bagi menggantikan JGM sedia ada yang terpakai bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional,serta Kumpulan Pelaksana.

Yang menjadi persoalan cukup hangat adalah.

1. perlaksanaan yang tergesa gesa.
2. sifir tangga gaji tiada dalam surat opsyen.
3. pekiraan gaji yang tidak tepat berbeza dari yang dicadangkan.


Rasionalisasi Perkhidmatan.

Sejak era TDM kerajaan mengalami pelbagai perubahan didalam sektor awam, namun dibawah DSNR, beliau cuba untuk meminimakan tenaga kerja didalam sektor kerajaan yang dikenali sebagai program transformasi menjadikan sektor awam "Lean Government" ini bermakna terdapat beberapa jawatan/jabatan akan dimasuhkan serta dikecilkan saiz anggota perkihdmatan awam.

Pelaksanaan Perkhidmatan Awam kejat memberi penekanan ke atas saiz Perkhidmatan Awam dan penggunaan tenaga kerja secara optimum. Langkah-langkah ke arah merasionalisasikan saiz Perkhidmatan Awam meliputi penjajaran semula fungsi utama agensi, kajian pertindihan fungsi, pengenalpastian perkhidmatan yang boleh dialih daya dan perekayasaan proses kerja serta semakan skim perkhidmatan.

Dalam pada itu, opsyen persaraan 60thn adalah sesuatu yang tidak baik kerana
1.menghadkan peluang tenaga muda untuk berkhidmat dengan kerajaan.
2.tidak efisen dari segi menjalankan kerja harian.

Cuba bayangkan cikgu opsyen bersara 60thn, alahai nenek mengajar anak anak anda semua mohon maaf pada guru guru, opsyen 60thn adalah wajib bagi mereka yang berkhidmat dalam kerajaan mulai 1 Januari 2012.

Betul memang dinegara maju ada yang bersara pada umur 60tahun, TAPI lihat bagaimana kos kehiduapan, faktor kesihatan serta tangga gaji mereka jauh lebih tinggi dari malaysia dan yang paling penting rakyat mereka mempunyai sikap yang baik tidak seperti rakyat malaysia yang pentingkan diri sendiri.

Siapa Kena Siapa?

Sudah menjadi sikap rakyat malaysia menyalahkan Parti memerintah yakni Umno/BN namun mereka tidak mahu faham bagaimana kerajaan itu berfungsi.Oklah anda semua pernah dengar mengenai kerenah birokrasi, suatu masa dahulu sistem dalam kerajaan ini perlu melalui pelbagai proses kerja untuk mendapatkan sesuatu. namun pada hari ini sistem tersebut telah diperbaiki dan pelbagai pemudah cara dilakukan demi kebaikan kerajaan serta rakyat.

Dalam hal ini kita tidak patut menyalahkan DSNR dalam polisi terbaru mengenai SBPA ini kerana kumpulan yang perlu diperhatikan ialah kumpulan penggubal dasar yakni mereka yang berada di Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Mereka inilah yang perlu diambil perhatian. Apabila pengagihan kuasa dilakukan bagi membenarkan sesuatu keputusan dibuat adalah ditakuti berlaku penyelewengan didalam proses pembuat dasar.

Ramai kakitangan awam seolah dipaksa tandatangi surat skim baru dengan masa yang amat singkat tiada ruang untuk diperhalusi oleh ramai kakitangan awam terutamanya di Kumpulan Pelaksana kerana apabila tandatangan setuju terima skim SBPA mereka telah diberikan skim mata gaji yang berlainan dari apa yang diperkatakan didalam siri taklimat SBPA.

Benar kata setengah komen, "jika mahu gaji tinggi belajarlah tinggi-tinggi" anda betul berkata sedemikian namun anda semua perlu ingat jurang perbezaan kenaikan gaji adalah terlalu tinggi berbanding Kumpulan Pelaksana, bukanlah bermaksud mereka ingin tangga gaji yang tinggi juga seperti kumpulan atasan. Pekara utama ialah gaji mereka tidak berada 7%-13% RM80 hingga RM320 mengikut gred. ada yang terima gaji setelah tandatangan tak sampai pun lebih dari 5% dari apa yang dicadangankan. naik RM10 RM30 RM50 RM60 RM70 bahkan ada yang beza beringgit saja.Suka ingin diberitahu bahawa anda semua perlu fahamm terdapat perbezaan mengenai maksud kenaikkan dan penyelarasan gaji, ramai rakyat salah faham ketikan era TAB kakitangan awam diberi penyelarasan gaji yakni sistem gaji diperbaharui.




Kakitangan awam perlu mengucapkan terima kasih kepada presiden Cuepacs didalam ketegasan mengenai hal ini. walaupun kadang saya kurang berkenan dengan cara beliau menyampaikan sesuatu kepada BOSS besar namun sedikit sebanyak ia telah mewujudkan ruang baikpulih SBPA ini dimana mereka sepatutnya turut serta dalam jawatankuasa supaya tidaklah berlaku seperti hari ini, dalam masa yang sama pihak NUTP juga ini turut serta supaya pandangan mereka perlu didengar.

DSNR perlu mewujudkan satu skuad untuk mengenalpasti kepincangan dalam membuat keputasan supaya beliau tidak menjadi mangsa keadaan, DSNR perlu berhati hati dalam mewujudkan sesuatu polisi baru untuk kakitangan awam dikhuatiri anasir luar mempengaruhi minda kakitangan awam untuk menolak kerajaan sedia ada.walupun segelintir kakitangan cenderung kepada pakatan pembangkang, namun undi mereka siapalah yang tahu.

Kepada semua janganlah percaya kepada khabar angin mengatakan PRU 13 akan berlansung bulan 3 ini. kerana DSNR perlu menyelesaikan pelbagai pekara mengenai masalah rakyat dan negara, Beliau sama juga seperti arwah bapanya namun DSNR melakukan sesuatu pekara ada muslihat tersembunyi.

sedikit mengenai DSNR mengenai sikap beliau.

1. berani ambil risiko.
2. sosialis.

jadi anda renungkanlah kerana rakyat sekarang dibawah pengaruh sosialis DAP dan DSNR mengambil pendekatan yang sama juga, sejarah itu pasti berulang anda semua rujuklah cara pemerintahan arwah ayah beliau ketika itu bagaimana? tak percaya?

hehe


sekian

Nota

TDM = Tun DR M
TAB = Tun Abdullah
DSNR = Dato seri Najib Razak





Sunday, January 8, 2012

kerana 901

salam hormat
telah lama saya tinggalkan posting untuk blog ini, ia disebabkan saya melalui proses perubahan kehidupan menukar status, syukur kepada Allah telah iktif saya sebagai pemimpin dan menyempurkan doa saya, maklumlah tempoh kritikal makin hampir untuk malaysia.



Dari awal tahun baru lagi kita dikejutkan dengan insiden DEMO oleh segolongan para pelajar yang tercicir dan pelajar dari luar UPSI, pelbagai fitnah dan cerita rekaaan timbul dengan dahsyat sekali. Jika kita lihat permainan mereka sama saja skript dengan ahli politik PR, cerita patah rusuk gigi beterabur dibelasah didendangkan oleh ramai blogger yang bijak setapak sahaja. Sebagai seorang yang mengaku Islam kita lihat saja perangai pelajar yang berdemo itu dan cuba tanya diri sendiri, adakah kita perlu mengikuti pemimpin yang tidak cerdik ilmunya? adakah kita perlu berpekik sebegitu untuk menyatakan perasaan hati terhadap ketidakpuasan hati mengenai sesuatu pekara? TIDAK sama sekali, didalam Islam terdapat nilai-nilai murni dalam menghadapi sesuatu pekara, kalau mereka bijak sila salurkan dengan cara yag berhemah dan bijaksana barulah akan dipandangan mulia oleh rakyat.

kita lihat pula kes-kes lain seperti pelajar tajaan petronas dan kerajaan.Teramat malang sekali cerdik pandai melayu yang dibantu kerajaan mencontengkan arang nama negara, mereka memilih untuk cara hidup yang sedemikian lari dari nilai-nilai Islam. seharusnya mereka menunjukkan nilai murni kepada luar, barulah Islam negara dan bangsa mendapat sanjungan dari semua pihak. Dalam Kes pelajar cemerlang 2004, ternyata kasih ibu tidak kenal apa-apa asalkan boleh lindungi anak, ia sanggup melakukan apa-apa saja. Dan si anak pula memberikan jawapan yang amat jahil mengenai sesuatu pekara.

saudara sekalian, itu adalah sebahagian dari rentetan golongan yang bergelar mahasiswa siswi dan kita lihat pula seorang yang mempunyai rangkaian serta pengaruh paling kuat sekali yakni DSAI, bermula dari gerakan pelajar hingga menjadi menteri dalam kerajaan dan ahli parlimen cara pemainan beliau cukup pelbagai cara, namun jika kita lapangkan minda dan hati menilai dari sudut lain kita akan lihat bahawa cara yang dilakukan cukup kotor.



Hari ini keputusan mahkamah mengenai kes liwat telah keluar, pada awalnya saya hendak posting namun nanti dicaj sebagai tidak menghormati mahkamah, UMUMnya ramai menjangka DSAI akan dipenjarakan, namun bagi saya ia tidak akan berlaku dibawah pemerintahan DSNR kerana gemar akan risiko terhadap sesuatu tindakan beliau.jikalau DSNR penjarakan DSAI maka pemerintahan najib akan dikecam hebat oleh para alim alimin PAS, kiasu DAP dan rakyat sendiri.

kenapa BEBAS? sebab bahan bukti DNA TAK BOLEH JAMIN 100% INTERGRITI terhadap kes dan TIDAK BOLEH SABIT SABIT KESALAHAN HANYA BERDASARKAN KETERANGAN SAKSI PERTAMA SAHAJA
jadi secara jelasnya bergini mahkamah tak nafikan saiful diliwat dan bahan bukti DNA tidak boleh menjadi bukti utama dalam kes saiful.Takpa saiful hari ini Allah kasi kamu ujian didunia jika berada dipihak yang benar, bersabarlah moga akan dapat pembalasan yang baik disana nanti.

Hari ini juga diperlihatkan ramai orang tertipu dengan drama,jika TDM menjatuhkan musuhnya dengan kes rasuah terhadap DSAI cuba caj dalam kes liwat Tapi DSNR telah mengubah jalan cerita terdahulu, maka maka DSAI akan mencari helah lain dalam usaha tumbangkan BN, adakah benar benar BN tumbang? pada saya ia tidak tumbang jika saudara saudari semua masih ikut sistem yang sedia ada, namun jika saudara semua boikot sistem sekarang barulah ia akan tumbang dan jangan katakan ia tumbang bilamana PR menguasai kerajaan kerana anda semua masih dalam sistem kafir.



Dalam pada itu kita semua dikejutkan dengan pemecatan Hasan Ali didalam PAS, ternyata kerugian buat mereka, jika dahulu beliau umno ternyata PAS anggap beliau duri dalam daging PAS, Nasaruddin juga mungkin bakal dipecat..kita akan tengok perubahan akan berlaku dalam kerajaan negeri selangor, jika umno kembali berkuasa maka TSKI MB selangor boleh automatik bertukar umno kembali, ia adalah satu cara menyelamatkan diri pada masa itu beliau boleh dakwa pelbagai hal untuk memburukan DAP PAS PKR diselangor.. anda semua percaya? tunggu sajalah.

PRU tidak mungkin dilaksanakan dalam tahun ini seperti yang telah ditegaskan dalam posting yang lalu, ini kerana DSNR perlu selesaikan pelbagai hal dahulu sebelum menjalankan PRU. jika dalam tahun ini maka DSNR akan bedepan dengan pelbagai masalah tapi saya yakin dengan DSNR dalam pecaturan yang beliau lakukan.

sama samalah kita renungkan dan bersedia menghadapi kemungkinan.

Saturday, December 10, 2011

Gerhana Itu Tanda



salam hormat

maaf lama menyepi kerana urusan donia dan dalam proses perubahan status diri serta cube memahami rahsia rahsia alam.

semalam telah pun berlaku lagi satu gerhana bulan ia adala petanda terakhir yakni peringatan kepada semua orang dimalaysia kenapa? ia amat jelas sekali kelihatan
sewaktu bulan rahmadan yang lalu kejadian bulan penuh(moon halo)jelas kelihatan disamping planet lain juga turut kelihatan dan ia berlaku pada waktu dan tarikh yang memberikan makna dalam melihat apakah yang ingin cuba disampaikan. Memahami menyelami perasaan alam adalah sesuatu pekara yang amat sukar dimengertikan kadangkala bisikan jahat akan hadir, namun kite kena saring maklumat berdasarkan ilmu yang dipelajari dan diperolehi.didalam tahun 2011 ini telah berlaku 2 gerhana bulan dan termasuk kali adalah 3 kali, gerhana bulan boleh berlaku dalam 1 tahun 3 kali sesungguhnya peringatan kepada semua.

Dalam posting posting yang lepas telah diberitahu bahawa jika awal muharaham jatuh pada hari sabtu/ahad tahun kelender masihi itu menunjukkan kelemahan Islam sedang berlaku, jika tidak percaya tak mengapa kerana anda semua boleh nilaikan ape yang sedang berlaku ketika ini terhadap orang islam melayu dimalaysia.

Jika anda semua terlepas kejadian ini maka perlu tunggu sekitar 2014. setiap kejadian alam dapat memberikan pertanda baik dan buruk sesuatu pekara namun semua itu hanyalah kehendak Dia yang kuasa, pada tahun 2014 masihi, awal muharram akan jatuh pada hari jumaat ini memberikan tanda bahawa Islam akan kembali bersinar inysaalah.Dalam islam hari kebesaran umat islam adalah pada hari jumaat, namun sistem hari ini menyebabkan kita mengikut acuan barat dengan mengagungkan hari sabtu dan ahad ia adalah hari untuk orang yahudi dan nasrani..

Persiapan terakhir.

kewangan.
kembali kepada sistem islam yang berasaskan emas, tiada riba. anda semua simpanlah emas dalam bentuk barangan kemas bukan bentuk dinar ataupun bullion.

Politik.
parti dominan orang islam perlu bergabung membentuk pakatan bersama bagi melancarkan pentadbiran negara.

Diri sendiri.
bersedia dengan ilmu agama, pertahanan diri, ilmu survival, kenalpasti cara untuk selamatkan diri serta apa saja yang dirasakan perlu untuk diri dan keluarga.

Untuk kerajaan
1. perlu stok ubatan/kesihatan.
2. perlu ade khidmat logistik/kemudahan asas
3. perlu stok makan asas.

Kenapa?
ini adalah fasa persiapan terkahir sebelum memasuki akhir tahun 2012, ditakuti akan berlaku sedikit kekacauan melalui makanan kesihatan ekonomi dan politik.

Dan target utama dimalaysia adalah POLITIK!
adalah dijangkakan DSNR tidak akan mengadakan PRU13 dalam tahun tersebut kerana beliau sedang cuba untuk merancanakan malaysia dengan lebih baik dan memperbaiki kesilapan pemimpin yang lepas.Dalam masa ini berkemungkinan HERO politik yang dipecat oleh TDM akan dimungkin cuba dihapuskan agen asing, ini bertujuan memberikan kredit kepada agen asing untuk mewujudkan kekacauan politik sekaligus rakyat yang BUTA matahati akan mudah memberontak menuduh konspirasi kerajaan sedia ada.

Hari ini parti dominan rasis kaum cina telah berlajar dari kesilapan di perak dan dalam posting lepas saya telah mengenalpasti cara-cara yang akan digunakan untuk mengugut kerajaan yang sedia ada.saya tidak mahu mengulas panjang cukuplah sekadar keypoint sesuatu pekara.Dan anda semua boleh baca perkembangan sekarang dengan apa yang telah saya sampaikan sebelum ini.

Jangan Khuatir 2012 ia adalah proses pemurnian dunia dan diri sendiri, namun agen asing akan cube menggambarkan pekara yang buruk seperti mana filem hollywood 2012 dan macam macam lagi rekaan mereka.Jika anda lihat dalam punghujung 2012 yakni musim monson timur laut adalah musim hujan lebat petir kilat guruh akan berlaku.Adalah dijangkakan banjir besar mungkin berlaku disamping ASAP yang digambarkan itu adalah hasil dari peperangan, letusan gunung berapi, meteor dan kebakaran akibat huru hara dan apa saja yang menyumbang berlakunya kejadian yang disebutkan dalam peringatan ASAP tersebut.Yang perlu dibimbangi adalah 2013 masihi adalah tempoh paling kritikal......

sekian...

Gerhana Itu Tanda, Fahamilah Alam Nescaya Kita Beroleh Sesuatu Dari NYA

Friday, November 25, 2011

Awal Muharram



Salam/hai
Waktu hampir setahun akan terus berlalu dan menjelang ahad 27 nov 2011 masihi, ia adalah 1 Muharram 1433Hijrah, syukur Allah bagi peluang untuk kita semua lalui lagi setiap awal tahun dalam tahun tahun islam.Kepada semua rebutlah peluang ini supaya tidak tertunggu tunggu berjumpa bulan muharram ini.

Apakah Muharram?

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah).Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi.Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah(Al Baqarah: 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting

1 Muharam –Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam –Dinamakan juga hari ‘Asyura’.Pada hari ini telah banyak berlaku pelbagai pekara didalam proses penting dalam perjuangan dan keadilan.


Aapa yang berlaku pada 10 Muharram itu?
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40
hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan ‘Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.


DOA AKHIR TAHUN HIJRAH


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”



DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata.
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.



Antara amalan disunatkan pada bulan Muharram.

Berpuasa.Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis,Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

Kisah Hijrah

RASULULLAH(SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail(as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira.Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun,kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.

Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah(ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.

Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT.Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.

Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq(ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib(ra).Baginda memberitahunya: “Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah.” Ali(ra)tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah(SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah(SAW).Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW).Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali(as) dan bukannya Rasulullah(SAW) bangun dari katil itu.

Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu.

Rasulullah(SAW)dan Abu Bakr(as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah(SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.

Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah(SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah(SAW) dan Abu Bakr(as)tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.

Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah(SAW) dan Abu Bakr(as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT.

Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW).Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah(SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.

Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah(SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah(SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.

Ketika Rasulullah(SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah(SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.

Maka pada satu hari Jumaat yang ceria,Rasulullah(SAW) akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah(SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah(SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah(SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.

Thursday, November 17, 2011

Kuasa Tawar Menawar



Situasi 1

Peniaga: Akak mali la ni ikan sekilo 10linggit je
Pembeli: Ala takmolah
Peniaga: angkatla akak...
Pembeli: sudah pecah perut mau 10ringgit ke? kasi kuranglah tokey
Peniaga: aiyaa rugila saya
Pembeli: kalau tokey kasi 6ringgit sekilo saya angkat.

dalam keadaan tertekan @ suka
Peniaga : oklah akak punya pasai, angkatlah.. ni saya kasi tambah sekilo lebih

lalu hati pembeli rase happy ^_^

walhal si peniaga sudah untung juga dan berjaya dalam teknik tawar menawar utk lakukan peniagaan hehe

Situasi 2

Satu siri ucapan seorang pemimpin negara (contoh yea)
Kita Parti memerintah akan terus melindungi sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil bla bla bla...panjang lebar penuh berapi tanpa fikir kesanya.

Bila tiba pilihanraya
sekumpulan pendesak yang rasis muncul menuntut cakap-cakap ucapan beliau dan meminta yang bukan bukan, lalu pemimpin tersebut, kata tak bolehlah itu ini..

Lalu ketua pendesak kata dua pada beliau "kalau u tak kasi nanti Pilihanraya kita naikkan harga barangan perkhidmatan dan kami akan kempen bahawa kerajaan sekarang anti cina, tidak telus dan macam macam lagi, serta kami tak nak undi kerajaan sekarang"

Bekerutlah dahi pemimpin melayu itu bila disergah oleh kumpulan pendesak terbabit, maka segala yang diminta ditunaikan satu persatu, maka makan hatilah orang-orang melayu tapi tetap juga nak pangkah mereka apa boleh buat ibarat pil merah dan biru lambat atau cepat matinya sahaja. lansung tiada sepakat untuk tidak memilih mencari jalan keluar dari permasalahan terbabit.

***********

Saudara Saudari sekalian, itulah dua situasi contoh yang sering berlaku dalam kehidupan seharian kita. TAWAR MENAWAR menjadi lumrah dalam kehidupan, isu kali ini saya nak sentuh mengenai kelemahan sebuah negeri yang KONONnya kerajaan islam penuh kebajikan namun tiada tawar menawar dengan pemerintah pusat mengenai apa yang mereka mahukan, segelinitir mereka gagal dalam mempelajari kehidupan seharian dan sejarah yang lalu walupun dikatakan saf kepimpinan terdiri dari golongan ilmuan.OK kita kembali sekitar tahun 90an tentu saudara saudari pernah dengar mengenai sebuah ajaran yg difatwakan sebagai sesat yakni AL arqam. saya tidak mahu becerita mengenai ajaran mereka, namun ingin becerita mengenai kesepakatan ekonomi dikalangan mereka.

Jika diimbas kembali, saya melihatkan mereka mampu mencipta rangkaian ekonomi dikalangan orang islam masa tu, saya amat berminat dengan cara mereka mengendalikan pertubuhan yang direka serta imej yang dibentuk.Ketika itu kita orang melayu islam sering dimomokkan serta terimplan kata-kata penjajah "orang melayu mana reti berniaga hanya layak duduk kampung" tapi kata kata itu berjaya dinafikan oleh mereka kerana ada usaha mewujudkan suasana ekonomi yang dijana oleh orang islam melayu, dari membuat tauge, tahfu dan beberapa produk yang lain ia menjadi igauan dikalangan kapitalis tokey berbangsa cina ketika itu.Namun memang benar kata Allah jika kita susah atau senang jangan lupa pada DIA sebab DIA la yang memberi kamu rezeki.Segala harta dunia telah menjadikan mereka lupa akan matlamat asal dan menyimpang dari ajaran sebenar ketika itulah mereka semua kecundang,namun tidak pada perniagaan mereka walupun ada usaha untuk menghapuskanya namun ia tidak berjaya.

****
Dalam sering menyalahkan serta SPIN segala isu terhadap kerajaan pusat tiada apa usaha yang benar benar BOM!! kepada rakyat negerinya, bahkankan saban hari minggu bulan tahun rakyat negeri terpaksa berhijrah ke negeri lain untuk mencari rezeki tapi dalam masa yang sama pemimpin mereka sering kali salahkan juga pemerintah pusat.Setiap anak negeri yang lahir didoktrin bahawa pemerintah pusat zalim melalui ceramah,bual kosong dan media.Kini sudah 21thn kerajaan negeri dipimpin tapi apa yang ada hari ini untuk dibanggakan negeri tersebut berkebajikan.

Jika pertubuhan sesat ibarat setahun jagung boleh mewujudkan ekonomi islam, mengapa selama 21thn kerajaan negeri perintah tiada sistem ekonomi islam yang boleh menggugat dan mewujudkan suasana tawar menawar seperti yang dipostingkan. Oklah mungkin akan rasa tidak senang dan mendakwa dakwi bahawa Kerajaan pusat zalim firaun sekat bantuan tak beri duit minyak takpelah lupakan seketika.

Baiklah mari kita lihat kelantan sebagai sebuah negeri yang bersempadanan dengan Thailand dari segi geografi ia ada kelebihan dalam hubungan dengan luar negara disamping faktor keturunan melayu dan ISLAM dibahagian selatan thai. Kelantan mempunyai sumber ali yang kaya, kita ketepikan soal duit minyak sebagai kerajaan negeri jika benar tidak terima bantuan atau duit mereka seharunya mewujudkan rantaian ekonomi melalui syarikat anak negeri apa yang boleh mereka kendalikan?

Saya bagi satu yang mudah yakni ARGO meliputi pertanian, perikanan, penternakan dan pelbagai cabang argo yang berkaitan. Dalam sibuk membalun skandel NFC(National Feedlot Corp) mereka lansung tak ada senjata untuk mengatasi masalah tersebut,jika sebelum ini mereka ada kelebihan dalam penternakan, mereka boleh memberikan contoh terbaik kepada masyarakat.Ini kerana pemimpin mereka kurang visi dan misi serta tidak berpandangan jauh 10,15,20thn akan datang sepertimana TDM.

OK saya akan kupas mengenai penternakan, seharusnya kerajaan negeri cuba rebut peluang dari awal awal lagi tentang kepentingan makanan HALAL seharusnya mereka tahu ia adalah satu industri yang cukup cukup bernilai dan berimpak tinggi sebab itulah kerajaan pusat meletakkan ia didalam program ekonomi berimpak tinggi.Dan negara luar yang bukan islam berebut rebut untuk memasuki pasaran HALAL.Tapi apa pemimpin mereka lakukan tidor? membuncitkan perut? buat lawak jenaka? ceramah maki hamun? mungkin itulah yang dilakukan.

MACAM MANA?

1. Tanah yang luas boleh digunakan sebagai ladang ternakkan, dimana kelatan mempunyai kawasan yang belum diteroka dan digunakan dengan maksima.Dalam kawasan ladang tersebut mereka boleh bina pusat sembelihan,pusat R&D,logistik,kuarantin.

2.Dengan kelebihan dengan sempadan thailand, kos membawa masuk lembu dari thailand,kemboja,vietnam,loas akan lebih murah kerana ada jariangan jalanraya, mungkin ada yang mengatakan susah? apa susah kite minta saja pengimport lembu dari thai untuk kumpulkan stok atau kerahkan tenaga anak negeri mencarinya.

Jika mereka faham tentang kepentingannya ekonomi dan kuasa tawar menawar sudah tentu ia memberikan pulangan kewangan yang cukup besar kepada kerajaan negeri.Dengan itu mereka ada kuasa tawar menawar dengan kerajaan pusat, barulah senang nak mohon pelbagai pertolongan dari pusat.Jika mereka telah rebut peluang ini dari awal sudah tentu mereka membina ekonomi islam khasnya dan serta am kepada rakyat dan kerajaan negeri.

Sepatutnya pemimpin mereka simpan dendam dan azam serta semangat "takpa kalau kerajaan pusat sekat bantuan kewangan hari ini esok lusa kerajaan pusat dan rakyat malaysia tahu bahawa kami mampu jana pendapatan sendiri" (ini adalah contoh saje) dan bukannya terus terusan ceramah membenci kerajaan.

Apa kelebihanya jika mereka berjaya?
1. mereka ada markah politik.
2. dapat memberi peluang pekerjaan kepada anak negeri.
3. dapat memecahkan monopoli dari peniaga bukan islam.
4. menjana pendapatan dan mewujudkan pelbagai industri dari penternakkan.
5. dapat membantu dalam industri halal bagi umat islam.

Jika mereka sedar dari awal sudah tentulah setakat skandel pecah amanah NFC(national feedlot corp) boleh dijadikan modal politik bahawa mereka lebih baik dari kerajaan pusat dimana daya urus tadbir penuh ketelusan serta mengikut prinsip nilai murni dalam islam.Dan bukan sekadar pusing pusing isu dan menimbulkan kebencian semata mata.

Andainya terjadi seperti situasi bergini

menteri berbincang bahawa malaysia kurang stok makanan berasaskan daging jenuhlah siang malam bincang nak selesaikan masalah berbahaslah macam ayam berkokok rimau mengaum tapi last last bagi projek kat anak beranak..

Dalam masa yang sama kerajaan negeri kelantan ade stok yang cukup2 banyak mempunyai pelbagai kepakaran serta kemudahan. bila berlaku bergitu maka masa inilah pemimpin negeri yang paling lama muncul

drama sikit (sorrylah saya tak reti klate) ^_^

Nik : jib buat ape pening kepala deh, negeri ambo ade banyak stok daging
Jib : yeke poknik, bila mase demo ada stok banyak
Nik: aloh demo ni... tak cayo mari tgk, mu datang negeri ambo..

jib masa ni dah pening kepala lalu berkata
Jib : kalau lagu tu, poknik boleh supply ke untuk tampung kekurangan stok negara berasaskan daging ni..

masa ni poknik main peranan
Nik :Boleh jib memang boleh cukup lebih dari cukup.. tapi kalu nak banyok stok demo kena tolong ambo

dalam tergaru garu kepala sambil toleh belakang melihat mah
Jib : ghapo dio poknik

Nik : ambo tolong mu, mu kena tolong ambo beri modal nak besorkan saiz ladang ternakkan dan memenuhi stok negara..

Pada masa ini lah kuasa tawar menawar berlaku diantara mereka, jika bijak mereka boleh dapat apa yang mereka mahukan, lihat saja orang cina menguasi ekonomi negara. Mereka tawar menawar dalam pelbagai hal sehinggakan pemimpin melayu tunduk lesu membisu dan kaku terhadap tuntutan mereka, jikalau ada pun macam hangat hangat tahi ayam saje.

Sampai bilakah pemimpin melayu islam ini ingin bercakaran serta membantu merencanakan agenda asing? ia perlu dijawab oleh pemimpin melayu dan kita sendiri, kita cuma wujudkan platfom suapaya golongan yang ingin bebas dari politik kebiasaan ini berubah kepada satu sistem yang benar benar berteraskan islam.



Sama samalah kita renungkan

Nota
duit note RM500 dan RM1000 itu lah yang dibawa keluar oleh insan teragung dalam kuantiti yang cukup banyak, oleh kerana itu TDM bekukan nilai terbabit, jika mereka memerintah tidak mustahil ia kan muncul kembali.