Sunday, January 8, 2012

kerana 901

salam hormat
telah lama saya tinggalkan posting untuk blog ini, ia disebabkan saya melalui proses perubahan kehidupan menukar status, syukur kepada Allah telah iktif saya sebagai pemimpin dan menyempurkan doa saya, maklumlah tempoh kritikal makin hampir untuk malaysia.



Dari awal tahun baru lagi kita dikejutkan dengan insiden DEMO oleh segolongan para pelajar yang tercicir dan pelajar dari luar UPSI, pelbagai fitnah dan cerita rekaaan timbul dengan dahsyat sekali. Jika kita lihat permainan mereka sama saja skript dengan ahli politik PR, cerita patah rusuk gigi beterabur dibelasah didendangkan oleh ramai blogger yang bijak setapak sahaja. Sebagai seorang yang mengaku Islam kita lihat saja perangai pelajar yang berdemo itu dan cuba tanya diri sendiri, adakah kita perlu mengikuti pemimpin yang tidak cerdik ilmunya? adakah kita perlu berpekik sebegitu untuk menyatakan perasaan hati terhadap ketidakpuasan hati mengenai sesuatu pekara? TIDAK sama sekali, didalam Islam terdapat nilai-nilai murni dalam menghadapi sesuatu pekara, kalau mereka bijak sila salurkan dengan cara yag berhemah dan bijaksana barulah akan dipandangan mulia oleh rakyat.

kita lihat pula kes-kes lain seperti pelajar tajaan petronas dan kerajaan.Teramat malang sekali cerdik pandai melayu yang dibantu kerajaan mencontengkan arang nama negara, mereka memilih untuk cara hidup yang sedemikian lari dari nilai-nilai Islam. seharusnya mereka menunjukkan nilai murni kepada luar, barulah Islam negara dan bangsa mendapat sanjungan dari semua pihak. Dalam Kes pelajar cemerlang 2004, ternyata kasih ibu tidak kenal apa-apa asalkan boleh lindungi anak, ia sanggup melakukan apa-apa saja. Dan si anak pula memberikan jawapan yang amat jahil mengenai sesuatu pekara.

saudara sekalian, itu adalah sebahagian dari rentetan golongan yang bergelar mahasiswa siswi dan kita lihat pula seorang yang mempunyai rangkaian serta pengaruh paling kuat sekali yakni DSAI, bermula dari gerakan pelajar hingga menjadi menteri dalam kerajaan dan ahli parlimen cara pemainan beliau cukup pelbagai cara, namun jika kita lapangkan minda dan hati menilai dari sudut lain kita akan lihat bahawa cara yang dilakukan cukup kotor.



Hari ini keputusan mahkamah mengenai kes liwat telah keluar, pada awalnya saya hendak posting namun nanti dicaj sebagai tidak menghormati mahkamah, UMUMnya ramai menjangka DSAI akan dipenjarakan, namun bagi saya ia tidak akan berlaku dibawah pemerintahan DSNR kerana gemar akan risiko terhadap sesuatu tindakan beliau.jikalau DSNR penjarakan DSAI maka pemerintahan najib akan dikecam hebat oleh para alim alimin PAS, kiasu DAP dan rakyat sendiri.

kenapa BEBAS? sebab bahan bukti DNA TAK BOLEH JAMIN 100% INTERGRITI terhadap kes dan TIDAK BOLEH SABIT SABIT KESALAHAN HANYA BERDASARKAN KETERANGAN SAKSI PERTAMA SAHAJA
jadi secara jelasnya bergini mahkamah tak nafikan saiful diliwat dan bahan bukti DNA tidak boleh menjadi bukti utama dalam kes saiful.Takpa saiful hari ini Allah kasi kamu ujian didunia jika berada dipihak yang benar, bersabarlah moga akan dapat pembalasan yang baik disana nanti.

Hari ini juga diperlihatkan ramai orang tertipu dengan drama,jika TDM menjatuhkan musuhnya dengan kes rasuah terhadap DSAI cuba caj dalam kes liwat Tapi DSNR telah mengubah jalan cerita terdahulu, maka maka DSAI akan mencari helah lain dalam usaha tumbangkan BN, adakah benar benar BN tumbang? pada saya ia tidak tumbang jika saudara saudari semua masih ikut sistem yang sedia ada, namun jika saudara semua boikot sistem sekarang barulah ia akan tumbang dan jangan katakan ia tumbang bilamana PR menguasai kerajaan kerana anda semua masih dalam sistem kafir.



Dalam pada itu kita semua dikejutkan dengan pemecatan Hasan Ali didalam PAS, ternyata kerugian buat mereka, jika dahulu beliau umno ternyata PAS anggap beliau duri dalam daging PAS, Nasaruddin juga mungkin bakal dipecat..kita akan tengok perubahan akan berlaku dalam kerajaan negeri selangor, jika umno kembali berkuasa maka TSKI MB selangor boleh automatik bertukar umno kembali, ia adalah satu cara menyelamatkan diri pada masa itu beliau boleh dakwa pelbagai hal untuk memburukan DAP PAS PKR diselangor.. anda semua percaya? tunggu sajalah.

PRU tidak mungkin dilaksanakan dalam tahun ini seperti yang telah ditegaskan dalam posting yang lalu, ini kerana DSNR perlu selesaikan pelbagai hal dahulu sebelum menjalankan PRU. jika dalam tahun ini maka DSNR akan bedepan dengan pelbagai masalah tapi saya yakin dengan DSNR dalam pecaturan yang beliau lakukan.

sama samalah kita renungkan dan bersedia menghadapi kemungkinan.

5 comments:

UJANGNS said...

Terima kasih atas artikel yg dikongsikan....

Anonymous said...

begitu jugak dari pihak saya . terima kasih ..banyak manfaatnya..

bila difikirkan, situasi di malaysia nampak semakin menakutkan.. tak habis habis hal mengejutkan berlaku..sesuatu yg xpernah terlintas dek fikiran saya sebelum ni.

pada saya.., zaman TDM lah yang paling bahagia kerana sy membesar di zaman pemerintahannya.

ya, sy bersetuju. ada sesuatu yg besar dan mengejutkan bakal berlaku kat negara kita ni nanti.

syabas saudara! teruskan membongkar!

tmg said...

Salam sdr OrgOrng

Menarik sekali apa yang saudara cuba ketengahkan. Ada benarnya juga DSN sedang berhadapan beberapa isu yang belum selesai. Dia akan ikut kemana sahaja rentak tari PR dan membiarkan mereka kehilangan segala isu (habis modal. DSN mengelak kekerasan yang munkin menjadi alasan oleh USA dan sekutunya menyerang Malaysia. Kita tahu peranan DSAI raja demo ini.

DSN juga dijangka akan perkemaskan pentadbirannya sedikit semi sedikit tetapi bukan atas desakan pembangkang. DSN faham bagaimana DSAI berfikir. DSN pernah menjadi timbalan DSAI dalam Pemuda UMNO dahulu.

Benar. Kehancuran politik semasa banyak disebabkan DSAI, itu tak dapat dinafikan. Sayang sekali perpecahan hanya terjadi kepada orang Melayu tetapi tidak kaum Cina. Kerugian semakin meningkat, namun dengan fenomena ini DSN ada alasan untuk menolak tuntutan kaum Cina kerana tidak lagi menyokong kerajaan.

Ingat, sekarang DSAI gunakan diplomat antarabangsa pula menjadi agen untuk menyuarakan serangannya kepada BN. Sama rentaknya saling tak tumpah apa yang disebut bekas Duta USA ke Malaysia. DSAI memang anak emas USA - mungkin watak utama huru hara negara.

PAS pula hadapi kemelut dalaman semakin parah. JIM anak buah Anwar sedang berkerja untuk merampas PAS, kini telah disedari oleh beberapa pemimpin pro Ulama. Sukar untuk perbetulkan dalam masa terdekat.

Jika mampu saudara OrgOrg boleh bangunkan satu serangan khas bogelkan maklumat rahsia DSAI yang paling jahat. Dia sebenarnya sedang berusaha membawa Islam Liberal ke Malaysia. Kerjasamanya dengan NED dan Soros ada kaitan yang jelas dengan Islam Liberal ini. Jika ini dapat dilakukan, saya percaya sokongan kepada DSAI akan menurun dengan drastik.

Saya juga sedang mengumpul maklumat untuk bangunkan serangan ini sebagaimana dilakukan ABATASA. Saya terkesan dengan pembongkaran AIDC dan ABATASA itu dan merasakan Islam sekarang terdedah kepada serangan hebat Islam Liberal berbanding Kristianisasi.

Ini adalah kebajikan tak ternilai harganya pada era fitnah ini. Selamatkan rakyat Malaysia dari Islam Liberal. Ugama Syaitan berselindung dibelakang baju berjenama Islam. Contohnya Sister in Islam yang dibawa Marina Mahathir. Inilah musuh dalam selimut yang perlu ditentang habis-habisan.

Kita boleh berkerjasanma dalam isu ini membuat serangan serentak untuk dihalusi oleh rakyat negara ini semoga ada yang terselamat..

Sekian, selamat berjuang, Wassalam

Siti Najwa said...

sy juga setuju PRU tidak diadakan tahun ni. ini kerana perpecahan dalam kalangan rakyat masih dlm keadaan kritikal. bg saya, bukan soal BN menang atau kalah jika PRU diadakan pada tahun ni, tapi soal kuasa autonomi orang melayu islam dalma tampuk pemerintahan negara. dlm keadaan sekarang, kelompok kita yg paling teruk perpecahnnya. sy khuatir jika PRU diadakan dlm kedaaan skrg, perpecahan akan menjadi lebih besar. DSNR juga masih belum menunaikan bnyk manifesto PRU yang dahulu. NKRA, 1 malaysia adalah antara perancangan beliau utk pembangunan negara. polisi2 ini masih baru dirangka dan mula dilaksanakan. walaupun tidak yakin 100% beliau akan menunaikan semuanya, dan tak berminat dgn kepimpinan beliau, sy tetap mahu melihat keberkesanan perancangan kerajaan pimpinan beliau

OrgOrg said...

terima kasih semua

desas desu kuat mengatakan PRU akan dilakukan dalam tahun ini

kita tunggu sajalah, saya amat berharap DSNR tidak mengadakan PRU thn ini