Monday, January 23, 2012

SBPA - TQ Najib ?

Terima kasih kepada DSNR kerana menubuhkan skuad untuk menilai kembali SBPA, Selaku CEG(chief executive gov) dalam kerajaan, beliau patut menggunakan segala kuasa yang ada padanya untuk mengelakkan kesilapan berulang dan terus berulang.

Apa yang DSNR perlu tekankan?

1. Semak semula gaji bagi setiap kumpulan perkhidmatan
2. Semak had umur persaraan dari 60tahun kepada kekal 58tahun
3. Sistem Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi (PROSPEK)

berikut adalah hebahan mengenai penangguhan SBPA :

SEMAKAN SEMULA SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM

Saya merujuk kepada Kenyataan Media YAB Perdana Menteri bertarikh 12 Januari 2012 mengenai semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Semakan semula ini tidak menjejaskan SBPA yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2012.

2. Sehubungan ini adalah dimaklumkan sebuah Pasukan Petugas akan ditubuhkan bagi melaksanakan semakan semula SBPA dengan mengambil kira prinsip-prinsip perkhidmatan dan saraan perkhidmatan awam.

3. Pasukan Petugas tersebut akan dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ismail Adam, bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berdasarkan pengalaman beliau yang luas dalam hal-hal yang berkaitan Perkhidmatan Awam setelah memegang beberapa jawatan penting dalam perkhidmatan awam.

4. Pasukan Petugas itu akan dianggotai oleh pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) serta Pegawai kementerian yang berkaitan.

5. Pasukan Petugas tersebut akan mengadakan konsultasi dan perbincangan dengan pihak-pihak berkenaan termasuk kesatuan dan persatuan sekerja.

6. Isu-isu berhubung pelaksanaan SBPA hendaklah dialamatkan atau diemelkan dalam tempoh 1 bulan dari kenyataan media ini, iaitu sehingga 15 Februari 2012 kepada:

YBhg. Datuk Farida Mohd Ali,

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,

Jabatan Perkhidmatan Awam, Aras 13,

Blok C1, Kompleks C,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA.

E-mel: farida.sbpa@jpa.gov.my

7. Pasukan Petugas diberi tempoh 2 bulan, iaitu sehingga 16 April 2012 untuk mengkaji isu-isu tersebut dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan kepada Kerajaan.

8. Bagi mereka yang telah pun bersetuju memilih SBPA, opsyen tersebut adalah kekal.

9. Bagi mereka yang belum mengemukakan borang opsyen SBPA pada tarikh kenyataan media ini dan mereka yang telah membuat opsyen untuk tidak memilih SBPA, borang opsyen yang baru akan dikemukakan setelah keputusan muktamad ke atas semakan semula itu dibuat.

10. Walau apa pun Kerajaan memberi jaminan bahawa SBPA yang telah disemak semula itu adalah terpakai kepada semua pegawai dan tidak akan menjadi kurang baik (less favourable) daripada terma dan syarat SBPA yang telah ditawarkan terdahulu termasuklah kemudahan dan gaji.

Tan Sri Mohd Sidek Bin Hj Hassan
Ketua Setiausaha Negara

13 JANUARI 2011

itu adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh KSN

Jika anda semua menilai dari kenyataan media dari KSN dan kenyataan DSNR, ada yang agak pelik dimana semacam berlaku pecanggahan mengenai SBPA.

Persoalan kini adalah siapa yang kena siapa? atau DSNR sengaja main wayang? seperti yang telah diterangkan DSNR mempunyai kebolehan memanipulasi sesuatu pekara. saya percaya ada pekara yang cuba diperbaiki dan ada yang dikekalkan ataupun diberi kelebihan.

Mengenai baki gaji SBPA akan dibayar pada hujung bulan ini adakah bermakna gaji yang telah diterima semasa sign borang opsyen itu kekal? dimana setiap penjawat awam pada 16/1/2012 telah diberikan gaji mengikut SSM akan dibayar baki gaji baru.

Apakah Penangguhan ini juga melibatkan gaji?

Mengikut pandangan saya, mungkin akan berlaku backdate yakni pada 30/1/2012 semua penjawat awam dibayar baki gaji baru contoh seperti berikut.

gaji tok misai pada skim SSM ialah RM1,200 dan gaji SBPA RM1250 maka pada 30/1/2012 baki RM50.00 akan dibayar pada account bank tok misai.

Jika berlaku penyelarasan dari RM1250 dan SBPA ditangguhkan selama 3bulan maka backdate akan dibayar pada gaji bulan 5 (backdate adalah perbezaaan gaji yang tertangguh tidak dibayar pada bulan 2,3,4) dimana pada bulan 2,3,4 gaji tok misai adalah RM1,250 katakan contoh seperti berikut

gaji skim SBPA RM1250 dan diselaraskan menjadi RM1300 = maka perbezaan RM50 pada bulan 2,3,4 (RM50x3=150) akan dimasukan kedalam gaji bulan 5 nanti.

Nota: sekadar kira-kira cincai namun bukan betul yea *_^

Ataupun tiada sebarang bayaran baki pada 30/1/2012 ini dan backdate akan dibayar pada bulan 5(katakanlah)

DSNR jika anda mahu perkhidmatan awam menjadi produktif sepatutnya had kelayakan pencen kekal pada umur 58Tahun, namun jika ia seorang pegawai berprestasi tinggi adalah diberi kelayakan jawatan kontrak selama 2tahun serta boleh ditamatkan perkhidmatan pada bila bila masa jika diperlukan mengikut kesesuaian keadaan semasa.

Bagi mengelakkan negara belanja besar dalam membayar gaji/pencen/bonus perkhidmatan awam seharusnya DSNR menilai faktor ekonomi semasa sebagai contoh barangan keperluan harian, harga minyak, insuran moto, Tol, itu adalah faktor membebankan rakyat didalam menikmati setiap sen gaji/pencen yang diterima.

Gaji dan emolumen bagi ahli parlimen perlu disemak dan dihapuskan mana yang tidak patut, yang menjadi tidak puashati dikalangan penjawat awam rendah, asal tiap kali penyelarasan, kenaikan gaji mesti mereka yang berjawatan tinggi dengan gaji sememangnya besar akan menikmati kelebihan.

Sebagai contoh bonus, bonus diberi setengah bulan gaji jika lebih RM1,000 atau RM1000 jika gaji kurang dari RM1000. cuba anda semua nilai siapakah yang mendapat imbuhan paling besar? jika gaji pegawai rendah RM1,500 dan bonus hanyalah RM750(kena pula dibayar setangah bulan) TERTAPI bagi kumpulan atasan jika gaji RM8,000 maka RM4000 bonus mereka wow! kalau setengah bulan pun masih besar lagi. Apabila kenyataan media seolah bonus ini hanya untuk kakitangan bawahan sahaja, maka rakyat malaysia yang lain akan timbul rasa tidak puashati mendengar nilai bonus yang dibayar akhirnya menyebabkan pandangan orang awam terhadap perkhidmataan awam adalah lekeh.

Sistem Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi (PROSPEK)

ini adalah pekara yang perlu ditekankan kerana ia menggantikan sistem lama yakni PTK(penilaian tahap kopentensi) diharapakan penilaian PROSPEK 360* hanya tertakluk kepada setiap unit saja dan dinilai oleh mereka dibidang masing masing, sebagai contoh tak akan pula juruteknik nak nilai pembantu tadbir hehe jadi biar penilai itu mesti dari pegawai atasan sahaja dan dinilai sesama jawatan mereka.

Diharapkan pihak Pasukan Petugas itu akan dianggotai oleh pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) serta Pegawai kementerian yang berkaitan dapat menjalankan kerja dengan amanah cekap dan bersih tanpa sebarang pekara yang terselindung serta memberi kelebihan kepada satu pihak dan mendatangkan kerugian kepada pihak lain.

Semoga berjaya dan berhasil.

insyaallah

SBPA jangan jadi Siapa Belit Perkhidmatan Awam


Nota:

p/s :DSNR kakitangan awam bahawahan adalah deposit undi yea.. hati hati







3 comments:

abatasa said...

terima kasih atas penerangan yang panjang lebar. sdr oracle wajar hantarkan maklumat ini kepada mereka yang berkaitan. saya pernah lakukan sebelum ini artikel tokmisaigondrong saya send ke facebook DSNR dan 3 lagi highcore.. sehari sebelum ia ditangguhkan. entah itu membantu atau tidak saya tak tahulah.

walaupun fb saya telah disekat hampir 3 minggu selepas itu,(tak tahu apa sebabnya, mungkin repot scam kot) saya rasa ia berbaloi.

Kita terpaksa lakukan kerana msg kita tidak akan sampai pada mereka, maklumlah blog kecil. Mungkin ada yang membacanya dan ambil tindakan yang sama, harap begitulah. JPA tetap mempertahankan apa yang mereka mahu.. memang telah menjadi amalan,,

apapun tk kepada oracle yang membangunkan artikel ini....

OrgOrg said...

insyaallah

agak pelik google selalu minta isi no hp

panggil je saya orgorg ^_^

Anonymous said...

sori bro, saya tak baca komen balas ni. saya juga dahulunya kena macam tu (no HP), Lebih baik jangan bagi. Ya lah bimbang juga kita dikesan dan di.. ehem.. paham2lah. Blog saya juga pernah cuba dimatikan dulu nasib baik saya isikan 2nd email, boleh on balik. Diorang nak kesan kita di mana.. agak nya la.

abatasa