Thursday, November 10, 2011

FRIDAY 13TH & MARK OF THE BEAST 666


artikel renungan semua dari megasutra.com


BERTEMU KADI MENGENAI KAJIAN

Saya bertemu seorang Kadi di pejabat beliau lebih 20 tahun lampau. Saya bawa bersama-sama saya Kajian Al-Fatihah dan penemuan FENOMENA BERULANG. Agak lama juga kami berbual. Antara yang dikatakan oleh beliau: "Saya yakin perkara ini (Fenomena Berulang dalam Al-Qur'an) telah diketahui oleh (ahli kitab) Yahudi dan Nasrani (sejak lama dulu) tetapi mereka telah merahsiakannya (dari pengetahuan umum)". Saya menjawab: "Betul itu Tuan Kadi. Pada satu masa dulu ahli kitab Nasrani telah menggantikan Amen dengan angka 99 dalam (salah satu versi) Bible, tapi kemudiannya mereka telah membuangnya (angka gematria 99 itu) dan menulis perkataan Amen kembali. Mengapa, saya tidak tahu."

DAKYAH MENGATAKAN JUMAAT 13HB ITU SIAL

Kali ini saya akan mencatat satu perkara yang mungkin menarik perhatian anda. Saya akan cuba catat seringkas mungkin kepada anda tanpa menjejaskan isi kandungan yang penting-penting. Saya akan catat mengenai: Mengapa Hari Jumaat 13 Haribulan Dan Angka 666 Difitnah Sebagai Perkara Sial-Majal oleh pendakyah Yahudi dan Nasrani.

Mereka agak berjaya dalam menipu orang ramai. Eloklah saya petik artikel berjudul Why Friday the 13th Is Unlucky oleh David Emery.

Paraskevidekatriaphobia: Fear of Friday the 13th

I just finished reading the abstract of a study published in the British Medical Journal in 1993 entitled "Is Friday the 13th Bad for Your Health?" With the aim of mapping "the relation between health, behaviour, and superstition surrounding Friday 13th in the United Kingdom," its authors compared the ratio of traffic volume to the number of automobile accidents on two different days, Friday the 6th and Friday the 13th, over a period of years. Incredibly, they found that in the region sampled, while consistently fewer people chose to drive their cars on Friday the 13th, the number of hospital admissions due to vehicular accidents was significantly higher than on "normal" Fridays. Their conclusion: "Friday 13th is unlucky for some. The risk of hospital admission as a result of a transport accident may be increased by as much as 52 percent. Staying at home is recommended." Paraskevidekatriaphobics — people afflicted with a morbid, irrational fear of Friday the 13th — must be pricking up their ears just now, buoyed by seeming evidence that their terror may not be so irrational after all. But it's unwise to take solace in a single scientific study — the only one of its kind, so far as I know — especially one so peculiar. I suspect these statistics have more to teach us about human psychology than the ill-fatedness of any particular date on the calendar.

MANA BILIK HOTEL NOMBOR 13?

Satu artikel lagi, Superstition Has Kept Its Grip On Buyers oleh Ben Flanagan:

You wouldn't think that people would let superstition put them off moving to 13 Smith Terrace, or even 666 Bloggs Boulevard. Many first-time buyers would consider it a lucky omen to be able to get a foot on the property ladder at all. But with a reported one in 10 people afflicted by triskaidekaphobia (the fear of the number 13), it seems that there is more than bricks and mortar at play when it comes to moving house.

Kepercayaan karut ini berleluasa hinggakan NASA yang kononnya amat canggih dari segi ilmu pengetahuan sains angkasa lepas pun terpengaruh:

While most architects have the humility by bypass the thirteenth floor of most buildings, NASA seems reluctant to admit to any such 'unscientific' frailty. Maybe they should. In April 1970, NASA launched Apollo 13 at 1313 hours central time. Sure enough, on April 13th, an oxygen tank exploded and if you've seen the movie, you know the rest. Not one to learn from their mistakes, NASA was forced to abort a launch in November 1981 scheduled for Friday the 13th due to a glitch in the fuel cells.

UMAT ISLAM AMBIL PERHATIAN..

Jadi, bagaimana pula pendirian kita umat Islam dari segi ini? Saya akan cuba dedahkan kepada anda RENTETAN BUKTI bahawa sebenarnya dakyah sial-majal Friday 13th dan 666: Mark of The Beast sengaja disebarkan oleh musuh-musuh Islam kerana mereka SUDAH TAHU bahawa Al-Qur'an itu punya BUKTI FENOMENA BERULANG, dan kerana bukti tersebut AMAT KUAT, mereka mencari jalan agar manusia menjauhkan diri dari Al-Qur'an, agar manusia rasa benci pada ANGKA 6 (Hari Jumaat ialah hari ke 6 dalam seminggu), ANGKA 13 dan ANGKA 666.

ANGKA 6, 13 DAN 666 ADALAH BUKTI KEBENARAN ISLAM

Saudara, sebenarnya dari sudut BUKTI MATEMATIK, agama Islam adalah agama yang MESRA ALAM. Mengapa saya catat begitu? Tahukah anda bahawa sekiranya anda campurkan angka 1-10 anda akan dapat jawapan BERULANG 55? Jika anda campurkan angka 1-100 anda akan dapat jawapan BERULANG 5050? Dan jika kita campur angka 1 hingga 11 (ANGKA BERULANG pertama) akan dapat jawapan 66?

Sedarkan anda bahawa jika kita campur angka 1-6 akan dapat 21 iaitu ANGKA 7 YANG BERULANG (7+7+7)? Tahukah anda bahawa Al-Fatihah (Surah 7 Yang Berulang) punya 21 jenis huruf? Dan 21 jenis huruf dalam Al-Fatihah itu terdiri dari 7+7 jenis Fawatih dan 7 bukan Fawatih? Tahukah anda bahawa ada 7 jenis huruf tiada dalam Al-Fatihah dan Jumlah Angka Mufradnya BERULANG 77?

ISLAM ADALAH AGAMA YANG MESRA ALAM

Nampakkah anda bahawa angka 6 dan 7 amat MESRA ALAM? Allah jadikan langit dan bumi serta segala isinya dalam 6 PERIOD MASA. Apa dia isi langit dan bumi? Ianya adalah segala-gala yang ada di 7 petala langit dan 7 petala bumi. Mungkin sekarang anda nampak bagaimana angka 6 dan 7 itu MESRA ALAM.

Sekarang perhatikan pula jumlah huruf Al-Fatihah. Ianya BERULANG 141. Campurkan mendatar 1+4+1 anda akan dapat ANGKA 6. Lihat pula jumlah surah dalam Al-Qur'an. Ianya 114. Lihat angka 114 dan 141. JENISNYA SERUPA! Dan bila campur mendatar, 1+1+4 juga dapat ANGKA 6. Sekarang anda nampak bahawa ANGKA 6 adalah signal untuk Al-Fatihah dan Al-Qur'an. Ia MESRA ALAM sebab Allah jadikan alam ini dalam 6 PERIOD MASA. Dan angka 7 pula, Allah jadikan 7 HARI selain 7 PETALA LANGIT DAN BUMI.

Sekarang saya akan catat satu BUKTI yang mungkin hampir semua Muslim tidak menyedari. Sebelum itu, saya mahu anda lihat betapa FENOMENA BERULANG berlaku dalam alam ini. Bumi BERULANG berputar pada paksinya dan BERULANG mengelilingi matahari. Malah umat Islam BERULANG tawaf di sekeliling Kaabah bila musim haji. Malaikat BERULANG tawaf di Baitul Makmur (yang ini manusia tidak nampak). Darah manusia BERULANG memasuki jantung kemudian dipam agar menyusuri semua pembuluh darah. FENOMENA BERULANG adalah MESRA ALAM. Kalau kita dapat lihat FENOMENA BERULANG dalam Al-Qur'an dan pada diri Rasulullah s.a.w. sendiri, ia adalah BUKTI KUKUH bahawa Al-Qur'an adalah dari sisi Allah, Pencipta alam ini. Ia adalah BUKTI KUKUH bahawa Rasulullah s.a.w. adalah Rasul yang sebenar diutus olehNya.

ANGKA 6 DAN 7, 6+7 DAN 67 ADALAH BUKTI KEBENARAN ISLAM

Apakah dia BUKTI yang saya mahu catat itu? Lihat bahawa Al-Fatihah ada 141 huruf. Jumlah Angka Mufradnya BERULANG 2323. Sekarang kita akan lihat di manakah 2323 itu berada dalam 141 posisi. Ia saya panggil POSISI IMPLISIT (implicit position). Dalam erti kata lain, andainya 2323 itu tawaf dalam 141 posisi, ia akan berakhir di mana. Perkiraannya mudah. 2323 bahagi 141 dapat 16 BERBAKI 67. Maknanya, 2323 itu terletak di huruf ke 67 dalam Al-Fatihah. Ingat ANGKA 6 dan ANGKA 7? Lihatlah betapa cantiknya dan rapinya susunan huruf-huruf dalam Al-Fatihah itu. Anda mungkin nampak bila anda tahu bahawa sebenarnya ia jatuh pada HURUF DAL dalam ayat "Iyyaka na'bud", yang bermaksud "(Hanya) pada Engkaulah kami sembah." Dan bahagian kedua ayat itu menyambung "..dan (hanya) pada Engkaulah kami minta pertolongan." Kalau tidak sembah Allah, alangkah malunya jika kita tiba-tiba mahu minta pertolongan dariNya.

MEREKA SEBENARNYA MEMFITNAH RASULULLAH S.A.W.

Tapi apakah kaitan ini dengan Angka 13? Tahukah anda bahawa nama MUHAMMAD BIN ABDULLAH itu jika dieja dalam huruf Arab maka JUMLAH HURUFNYA 13? Dan mungkin anda pun sudah sedia tahu bahawa baginda adalah RASUL KE 313? Nampakkah anda mengapa musuh-musuh Islam beria-ia menyatakan bahawa angka 13 itu SIAL? Saya belum habis lagi. Bukankah 13 huruf yang mengeja nama Rasulullah itu BERULANG 191 dari segi Jumlah Mufrad? Adakah nama Rasulullah itu MESRA ALAM? Cuba anda campurkan angka 1-13. Berapa jawapannya? Ia adalah 91. Lihat semula 191. JENISNYA SERUPA, ia BUKTI bahawa nama Rasulullah itu MESRA ALAM, maksudnya Allah telah sediakan BUKTI dalam alam ini untuk menyatakan bahawa Rasulullah adalah Rasul yang diutus.

Mengapakah orang-orang kafir DENGKI pada hari Jumaat? Jawapannya mudah. Ia adalah hari besar untuk umat Islam. Dan, untuk pengetahuan kita semua, Ayat ke 6 dalam Al-Fatihah itu ialah "Ihdinas siratal mustaqim" yang bermaksud "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus". Inilah tujuan asas kita membaca Al-Fatihah. Bahagian pertama Al-Fatihah iaitu Ayat 1 hingga Ayat 5 adalah ayat-ayat puji-pujian. Ayat 6 adalah ayat permohonan. Ayat 7 adalah penjelasan kepada Ayat 6. Sebab itulah orang-orang kafir tidak suka pada angka 6, kerana ia melambangkan hari Juma'at di mana umat Islam berkumpul dan solat bersama-sama, dan dalam solat itu umat Islam membaca Al-Fatihah dengan tujuan "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus".

MEREKA SUDAH TAHU FENOMENA BERULANG BUKTI KEBENARAN ISLAM

Tapi mengapa pula orang-orang kafir beria-ia menyatakan 666 itu MARK OF THE BEAST? Mereka takut bahawa pada satu hari nanti akan TERBONGKAR fakta bahawa Al-Qur'an itu punya RAHSIA BERULANG. Apa tidaknya, ia diturunkan dalam tempoh 22 tahun 2 bulan 22 hari. Diturunkan kepada Rasul ke 313 yang namanya punya 13 huruf, dan nama itu pula punya JUMLAH ANGKA MUFRAD BERULANG 191. Kalau mereka guna nama AHMAD BIN AMINAH pun (sebab Muhammad s.a.w. anak yatim ketika lahir - kalau mahu ambil sempena nama Isa bin Maryam yang tiada berbapa - dan Isa a.s. memberitakan kedatangan "Ahmad" sebagai Rasul terakhir selepasnya), JUMLAH ANGKA MUFRAD BERULANG 171.. Tidak percaya? Buatlah perkiraan sendiri. Kalau tidak tahu ejaan Aminah dalam bahasa Arab, ianya ialah Alif, Mim, Ya, Nun, Ho. Maka kesemuanya akan jadi Alif, Ha, Mim, Dal, Ba, Nun, Alif, Mim, Ya, Nun, Ho dan dari sudut Angka Mufrad: 1+6+24+8+2+25+1+24+28+25+27 = BERULANG 171.

Sebenarnya sama ada Friday (6) 13th ataupun 666 adalah BUKTI KEBENARAN ISLAM, bukan tanda sial-majal dan bukan tanda kedatangan Dajjal. Ketahuilah bahawa dalam Al-Qur'an, AYAT 666 itu terletak pada Surah An-Nisa' 4 Ayat 173, sebagaimana berikut:

"Adapun orang-orang yang beriman dan berbuat amal soleh maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan untuk mereka sebahagian dari kurniaNya. Adapun orang-orang yang enggan dan menyombongkan diri, maka Allah akan menyiksa mereka dengan siksaan yang pedih, dan mereka tidak akan memperoleh bagi diri mereka, pelindung dan penolong selain daripada Allah."

Ketahuilah juga bahawa bahawa AYAT 13 dalam Al-Qur'an berada dalam Surah Al-Baqarah 2 AYAT 6 yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak juga akan beriman". Dan eloklah saya terus catat maksud Ayat 7: "Allah telah memetraikan atas hati dan pendengaran mereka dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat."

Dan tentunya sebagai penutup tirai artikel ini, kita renungkan semula AYAT 6. Angka 6 'yang diambil oleh Islam sebagai BUKTI KEBENARAN' ini adalah AMAT MESRA ALAM, hinggakan alam ini pun dijadikan oleh Allah dalam 6 PERIOD MASA, dan HARI KE 6 dijadikan oleh Allah sebagai hari besar untuk umat Islam. Bersyukurlah kerana kita lahir dan menjadi umat Islam. Alhamdulillah:


"Tunjukkan kami jalan yang lurus."

Dan Allah menjawab secara terus kepada permohonan kita ini dengan firmanNya: "Haza li'abdi wali'abdi ma sa'al" yang bermaksud "Inilah hambaKu dan untuk hambaKu apa (saja) yang dia minta." Mintalah dengan ikhlas kepada Allah, Dia akan perkenankan permohonan anda, insyaAllah. Untuk pengetahuan anda, ayat jawapan dari Allah itu punya Jumlah Angka Mufrad BERULANG 282. Subhanallah. Bila kita kaji barulah kita tahu, dan Dialah yang mengajarkan kepada kita apa-apa yang tidak kita ketahui.

Wallahua'lam.
Semoga Allah SWT merahmati kita semua.


Nota
Maaf kalkulatur untuk mengira nilai tersebut tidak dpt diuploadkan ke blog, kerana webpage megasutra down seketika







Monday, October 24, 2011

Sajak Melayu

salam

marilah hayati maksud sajak oleh Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak
Dalam sejarahnya

Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!



Monday, October 17, 2011

Luahan

salam

Hari ini kite seringkali dihadapkan dengan pelbagai isu yang menuntut kita menghadapi dengan penuh berhemah serta bijaksana, jika gagal memahami maksud tersirat sudah semestinya terjerat dengan permainan ini. Kalau saudara bijak bermain catur, sudah tentu faham apa yang saya maksudkan, oklah secara ringkas.. "setiap pegerakan itu ade muslihat dan adakalanya sekadar suke suke"

Blog-blog Pro gov, Pembangkang serta yang nuetral sibuk membicarakan mengenai tarikah PRU13 bagi malaysia, tidak terkecuali pihak media cetak dan elektronik dalam membicarakan tanda-tanda dan pelbagai ramalan yang adakala mengelikan hati saya. Berdasarkan peribadi DS Najib. beliau seorang yang bijak dan pandai bermain emosi rakyat.Ramai yang menjangka PRU akan berlasung dengan kadar segera yakni tahun depan, Namun sebaliknya ada beberapa isu yang perlu diselesaiakan beliau. Berdasarkan perkiraan saya Najib tidak mungkin akan membubarkan parlimen dalam masa terdekat mahupun tahun depan kerana ia akan memberikan kelebihan pada pihak pembangkang kerana ade negeri yang belum tarikh tamat sidang masing masing.

Dalam mencapai sebuah negara maju yang penuh nilai-nilai murni dan progresif najib perlu rombak beberapa pekara sebelum terjadi sesuatu pekara yang lain mengakibatkan akan ada yang berduka cita .

Pendidikan.
seharusnya kerajaan menumpukan sekolah satu aliran yakni kebangsaan dengan bahasa melayu menjadi teras dalam bahasa pengantara dalam pembelajaran dan pengajaran. ini harus dilakukan supaya rakyat malaysia mudah bercampur gaul, tidak seperti sekarang ini yang berbahasa lintang pukang apatah lagi bahasa englishnya. bagi subjek sains dan matematik.. gov perlu mengajar dalam dwi bahasa supaya pelajar mudah memahami pelbagai bahasa kejuruteraan dalam bahasa asing. Jika dahulu melayu menguasai pelbagai ilmu dalam bahasa melayu dan orang asing sanggup pelajari sudah tentu kite perlu lakukan kembali apa yang mereka lakukan. pemikiran rakyat malaysia amat terhad, mengapa saya kata bergitu? kerana rakyat malaysia tidak terdidik dalam budaya pemikiran kreatif seperti mana bangsa asing. Mereka melalui Gov menyediakan pelbagai platfom untuk mewujudkan masyarakat yang kreatif dan dinamik itu barulah boleh dikatakan sebagai modal insan, bukan seperti malaysia yang lebih banyak tumpu hiburan yang melalaikan dan membazir masa wang tenaga. Lansung tidak memberi faedah kepada negara.

Hal-hal Kerakyatan.
kita telah diprovoke oleh seorang ibu yang mana berkhidmat sebagai ahli komponen pembangkang, Beliau mahu anak yang dilahirkan itu diberi status "anak malaysia" isu ini telah menimbulkan presepsi yang salah kepada Gov. Apa yang harus dilakukan?

1. setiap borang perlu diubah mengenai status kepada dua yang utama yakni.
1a. bumiputra = melayu asli, melayu, bumiputra sabah sarawak .
1b. non-bumi = cina india taraf PR dan lain lain.

Dalam hal hal perkahwinan campur, agama dan status adalah mengikut ibu seseorang yang melahirkanya. namun lain pula halnya utk orang islam, jika lelaki perempuan yang berkahwin dengan lelaki/perempuan islam melayu ia adalah jatuh status sbg bumiputra. untuk bukan islam khusus untuk sabah dan sarawak ia juga tertakluk kepada keturunan ibu yang melahirkan anak tersebut.

Hal Kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu
Kerajaan Perlu melarang semua terbitan nama Allah dalam bible Bm tidak kira bagi negeri sabah dan sarawak kenapa? sebab bible yang ada sekarang adalah yang palsu ia bukan injil yang asal kalau pun injil yang asal, ia tidak layak lagi kerana Allah telah kurniakan Al-quran sebagi kitab yang benar terang dan nyata bagi sekian alam.

Hal-hal Pilihanraya
1. seharunya gov tidak memecahkan majoriti melayu disesuatu kawasan
2. setiap parti yang bertanding perlu mengikut majoriti kaum dikawasan tersebut
3. pendaftaran automatik daftar pemilih dalam sistem SPR apabila berumur 18thn

DSN perlu hati hati dengan permintaan sebuah parti komponen yang meminta kerusi dinegeri lain kerana ia adalah salah satu taktik menghilangkan kerusi dengan cara tampak tersusun. Parti tersebut TIDAK layak menjadi ketua pimpinan negeri yang ditandingi kerana kalah teruk

DSN perlu bersihkan ahli-ahlinya dari segala salahlaku dan berhati hati dengan penyamun yang telah menduduki GLC serta NGO yang bekerjasama dalam salahguna kuasa.

Teori Rahman.
semasa zaman pemerintahan TDM, beliau dilingkari oleh para penasihat yang mempunyai visi terhadap sesuatu pekara, sebab itulah beliau mampu mengatasi permasalahan yang timbul, menyelesaikan masalah perlu kenalpasti punca masalah yang berlaku.ia tidak bermakna pemerintahan BN sekadar berakhir ke DSN namun ia akan sentiasa berputar dikalangan mereka yang mempunyai huruf-huruf dalam Rahman tidak kira secara teratur ataupun tidak. Sejauh mana benarnye teori ini kite lihat saja ape yang akan berlaku

Sistem pemerintahan yang berasaskan islam.
ada sebuah parti jika merasakan dapat melaksanakan hudud maka ia berasa amat kononya kerajaan islam. kerajaan islam bukanlah kepada sistem hudud tertapi semuanya berkaitan..
islamnya kerajaan itu meliputi.

1.pendidikan.
2.ekonomi.
3.masyarakat.
4.undang undang.

cakap saja memang senang dan amat mudah, namun sepatutnya mereka jika benar berani takutkan Allah buat saja dinegeri yang dikuasainya dahulu dan bukan menuding jari kepada pemerintah pusat, jika mereka berjaya melakukan mengikut lunas2 dalam ISLAM dan bukanya lunas parti tersebut insyaallah maka akan ramai yang sokong. Mereka sepatutnya tidak membuat janji manis untuk tutup itu dan ini tapi cari penyelesaian bagaimana untuk menyelesaikan punca masalah.kita sekarang sibuk suruh ikut islam ikut sunnah tapi yang bercakap adakah berkaliber, kompeten? lihat saja mereka adakah menepati ciri-ciri islam dan mengikut sunnah rasul? saudara semua lihat saja bagaimana yahudi israel/bangsa eropah mengamalkan sunnah dalam kehidupan seharian adakah mereka berjaya? yup mereka berjaya lihat saja mereka amat berjaya dalam kehidupan didunia cuma akhirat Allah saja yang tahu

Kenapa letakkan ISLAM sebagai syarat?
1. jika islam, ape jua keturunan boleh jadi pemimpin.
2. jika islam semua permasalahan moral akan berkurangan.
3. jika islam ekonomi stabil.
4. jika islam masyarakat harmoni.
5. jika islam selamat dunia dan akhirat.

Kita semua bakal menghadapi saat saat getir lambat atau cepat benar atau tidak Allah saja tahu sebaik baik perancangan manusia, DIA sajalah yang mampu mengubah ataupun menghalangnya dari berlaku. Dalam Sebuah blog yang cukup popular berkatian teori konspirasi kehidupan dan sejarah banyak memberi hint-hint tentang sesuatu yang kita perlu tahu bagi mereka yang berfikiran jauh walaupun adakalanya tampak goyah sesuatu pekara yang dinyatakan namun ia memberikan satu input pemikiran untuk sesuatu pekara bergantung kepada bagaimana seseorang itu mencernakan apa yang difahaminya.

Pertanda?
Baru baru ini kita sekali lagi diberikan hint tentang apa yang akan bakal berlaku, jika sebelum ini pelbagai fenomena alam telah berlaku. Tertapi apa yang baru berlaku memberikan peringatan kuat supaya kita bersedia, sejarah mungkin berulang kerana itulah konsep kehidupan, didalamnya ade kitaran untuk sesuatu pekara, tiada pekara yang sia sia Allah jadikan untuk seisi alam ciptaaNYA, pernah membaca satu ulasan dan mendengar dari mulut bahawa planet terbesar yang kelihatan semasa proses tersebut, dinyatakan seorang Nabi ada disana, ahli kaji planet bintang Nasa amat pelik dengan pusaran merah ditengah kerana berputar mengikut lawan jam seperti orang melakukan tawaf di Kaabah sejauh mana kebenaran entahlah anggap saja sebagai bahan cerita untuk memberi ingatan kepada diri sendiri.Insyallah dalam tahun 2014 kita boleh bangkit dan menjalankan sistem Islam dengan jayanya

sekian

Tuesday, September 13, 2011

Kerjasama

Hai hai :)

Banyak telah blogger komen mengenai Komunis dan Isu Allah jadi takmo lah jadi nasi tambah, cuma ini sedikit rumusan.

1.mat indra memang pejuang namun adakah bekerjasama dengan komunis itu memberikan impak besar kepada masyarakat melayu AM nya?

2.seperti juga org melayu mengALIBABAkan perniagaan adakah memberi faedah kepada ekonomi melayu AM nya? tentu tidak.. betul tak?

dua pekara diatas adalah melibatkan KERJASAMA tapi kita perlu halusi fahami dan ungkapkan maksud disebalik kerjasama tersebut..

dalam kedua kes diatas, apakah keuntungan kepada seluruh orang melayu?
a. org melayu yg terlibat dalam pakatan tersebut untung.

Tapi mari lihat keRUGIanya.
a. kehilangan nyawa harta benda.
b. ekonomi islam melayu tidak berkembang.
c. trauma, curiga dikalangan masyarakat.

Tiga pekara tersebut telah cukup memberikan impak kepada masyarakat hari ini yang mana telah mewujudkan suasana api dalam sekam hanya tunggu masa untuk alter orang melayu terbebas yakni amok setelah diproke oleh melayu yang terbuka kononnya, malayu cina india yang kiasu chauvanis serta agen asing dalam media khasnya.

Isu penggunaan nama Allah.

Nama Allah tidak boleh sama sekali disekutukan dgn Tuhan Bapak, Tuhan Anak dan Roh Kudus(suci). barang sesiapa yang setuju nama Allah diguna pakai bagi menggantikan Tuhan mereka dengan Allah maka bersegeralah memohon ampun, Allah bukan eksklusif untuk islam tertapi ia DIPERINTAHKAN! untuk sekian seisi alam untuk tunduk pada PERINTAH NYA.

KERJASAMA dalam toleransi boleh dilakukan namun dalam hal hal berkaitan dengan Agama ia tiada toleransi!

KERJASAMA perlu impak yang menyeluruh kepada masyarakat meliputi pelbagai aspek yang muri tanpa menggadaikan pegangan fahaman agama, prinsip maruah kehidupan, dan nilai etika dalam masyarakat tersebut.

Apakah untungnya kerjasama jika lebih rugi dari baiknya, ibarat lepas dari mulut harimau kemudian masuk kemulut buaya. Tepuk dada tanya selera

pilih dua pill, 1 pill warna merah (cepat sakit) dan 1 pill biru (lambat sakit) jika anda pilih pill biru TAHNIAH kerana anda ade peluang untuk sembuh. namun hati hati dengan antibiotik salah makan boleh menyebabkan alahan menjadi insan yg baik serta menjadi zombie tegar

renungkanlah

sekian

Friday, September 2, 2011

Trump Card!

hai semua

Hari ini negara menghadapi pelbagai isu yang boleh menjejaskan masa depan malaysia suatu hari nanti. Pihak asing seboleh bolehnya ingin mewujudkan suasana tidak tenteram dalam negara melalui parti politik NGO dan orang orang perseorangan.

Jika pekara buruk terjadi maka segala rancangan jangka panjang malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020 akan gagal serta lewat dari jadual yang telah direncanakan.
Ketika era TDM(Tun Dr M) segala usaha telah dijalankan demi kejayaan negara, namun amat malang sewaktu puncak kuasa di tangan TAAB(Paklah) segala usaha in terbantut dengan pelbagai cara, Ini semua dilakukan demi wang ringgit telah membutakan hati dan mata mereka.

Sesungguhnya Malaysia yakni Tanah Melayu adalah Paling kaya dan makmur sejak dahulu kala lagi bukan sekadar hebat dizaman Melaka, Bahkan ketika era ketamdunan dunia terbentuk. Semenanjung Tanah Melayu adalah jantung dunia, jika baik ia.. maka baiklah keadaan sekelilingnya kerana ia adalah kerajaan pusat bagi seluruh persekutuan malaya yang meliputi sebahagian negara yang dikenali kini sebagai indonesia, thailand, loas, vietnam, kemboja, filipina,brunai serta tempiasnya terkena diburma selatan jepun dan china.Kedatangan Penjajah telah banyak merubah cara befikir, cara hidup dan cara berinteraksi sesama kita serta geopolitik di malaya.


Marilah seluruh rakyat malaysia yang terdiri dari warga bumiputra, cina dan india sama-sama secara individu menulis surat kepada DYMM Yg Di Pertuan Agong dan hantar kepada DYMM Seri Paduka Baginda Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.


Dalam surat itu kita minta DYMM Yg Di Pertuan Agong campur tangan menggunakan kuasa Darurat menyiasat kredibiliti Perdana Menteri,Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet, Setiausaha mereka,termasuk ADUN & MP, Kementerian-kementerian didalam kerajaan termasuk agensi dibawahnya, siasatan ini termasuk ahli ADUN MP Pembangkang yang dibawah dibayar gaji elaun oleh kerajaan Malaysia.

Semasa Penyiasatan itu berlansung pemerintahan negara akan digantung sehingga siasatan selesai dan Mageran akan mengambil alih pemerintahan sementara negara dalam menjalankan aktiviti seharian, rakyat juga diberi peluang melakukan sebarang aktiviti seperti biasa namun janganlah kita pula berdemostrasi, merusuh atau tunjuk perasaan menuduh pihak istana berkomplot dengan pemerintah yang sedia ada. sebagai rakyat malaysia, kita gunakan saluran yang betul.Kita mohon dan minta siasatan terperinci tentang harta milik semua ahli keluarga mereka yang terdekat.

Dalam masa yang sama hantarlah satu surat kepada Majlis Raja-Raja dan hantar satu
surat juga kepada Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lahu. Kerana Beliau seperti yang kita tahu mempunyai pengalaman luas dibidang perundangan.

Ini trump card kita sebagai rakyat Malaysia.
KITA GUNAKAN KUASA RAKYAT! dengan bijak berhemah.

CONTOH SURAT

NAMA

NRIC

ALAMAT

ISTANA NEGARA,
Jalan Syed Putra,

50500 KUALA LUMPUR. Tarikh


Kebawah DYMM Yg Di Pertuan Agong dan hantar kepada DYMM Seri Paduka
Baginda Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Daulat Tuanku

Ampun Tuanku


Sembah patik harap diampun. Patik hamba rakyat yang merendah diri memohon supaya DYMM Tuanku menyiasat Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Abdul Razak (termasuk ahli keluarga nya), Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Menteri-Menteri Kabinet lantikan beliau, Setiausaha Sulit, Parlimen & Politik, termasuk ADUN & MP, Pengarah & Ketua Pengarah Kementerian, Jabatan, Agensi seperti Polis, SPRM serta agensi penguatkuasa undang undang yang lain. Diharapkan siasatan ini termasuk mantan Perdana Menteri Malaysia TUN Abdullah Haji Ahmad Badawi (termasuk ahli keluarga nya dan kenalan rapat) Ahli politik pembangkang perlu juga disiasat yang mana ketika ini menjadi kerajaan di Selangor Pulau Pinang Kedah dan Kelantan.

Siasatan yang perlu termasuk, Penyelewangan & Penyalahgunaan Kuasa, Wang, Harta
serta Aset Kerajaan, Rasuah, Penipuan Harga, Komisyen Pembelian dan sebagainya melibatkan negara.

Patik hamba rakyat merasakan bahawa pemerintahan hari ini, sudah tiada kredibiliti nya dan cukup was-was tentang segala tindakan yang diambil mereka. Segala isu yang berlaku tidak ditangani dan diselesaikan dengan baik, malahanya membebankan serta menindas patik hamba rakyat saperti isu Keperluan Asas, Pendidikan, Kesihatan, Ekonomi Dan Prasarana.

Ampun Tuanku, hanya DYMM Tuanku sahaja tempat patik hamba rakyat dapat memohon bantuan ketika ini, kerana kredibiliti Polis & SPRM cukup menjadi tanda tanya didalam hati hati kami sebagai rakyat malaysia.

Semoga Allah melimpah kurniakan segala kebesaran kemewahan kesenangan kepada DYMM Tuanku khasnya dan Am nya kepada rakyat malaysia.


Terima kasih .

(tanda tangan)
Yang benar


NAMA

NRIC
ALAMAT
******************************************
alamat
MAJLIS RAJA-RAJA
Jalan Syed Putra,
50500 KUALA LUMPUR.

Sembah patik harap diampun. Patik hamba rakyat yang merendah diri memohon supaya DYMM Tuanku menyiasat Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Abdul Razak (termasuk ahli keluarga nya), Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Menteri-Menteri Kabinet lantikan beliau, Setiausaha Sulit, Parlimen & Politik, termasuk ADUN & MP, Pengarah & Ketua Pengarah Kementerian, Jabatan, Agensi seperti Polis, SPRM serta agensi penguatkuasa undang undang yang lain. Diharapkan siasatan ini termasuk mantan Perdana Menteri Malaysia TUN Abdullah Haji Ahmad Badawi (termasuk ahli keluarga nya dan kenalan rapat) Ahli politik pembangkang perlu juga disiasat yang mana ketika ini menjadi kerajaan di Selangor Pulau Pinang Kedah dan Kelantan

Siasatan yang perlu termasuk, Penyelewangan & Penyalahgunaan Kuasa, Wang, Harta
serta Aset Kerajaan, Rasuah, Penipuan Harga, Komisyen Pembelian dan sebagainya melibatkan negara.

Patik hamba rakyat merasakan bahawa pemerintahan hari ini, sudah tiada kredibiliti nya dan cukup was-was tentang segala tindakan yang diambil mereka. Segala isu yang berlaku tidak ditangani dan diselesaikan dengan baik, malahanya membebankan serta menindas patik hamba rakyat saperti isu Keperluan Asas, Pendidikan, Kesihatan, Ekonomi Dan Prasarana.

Ampun Tuanku, hanya DYMM Tuanku sahaja tempat patik hamba rakyat dapat memohon bantuan ketika ini, kerana kredibiliti Polis & SPRM cukup menjadi tanda tanya didalam hati hati kami sebagai rakyat malaysia.

Semoga Allah melimpah kurniakan segala kebesaran kemewahan kesenangan kepada DYMM Tuanku khasnya dan Am nya kepada rakyat malaysia.


Terima kasih

(tanda tangan)
Yang benar


NAMA

NRIC
ALAMAT
*************************************

NAMA
NRIC
ALAMAT

DYMM Sultan Perak
PEJABAT DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN,
33007 KUALA KANGSAR,
PERAK DARUL RIDZUAN.

Sembah Salam Hormat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.

Daulat Tuanku.

Ampun Tuanku.


Sembah patik harap diampun. Patik hamba rakyat yang merendah diri memohon supaya DYMM Tuanku menyiasat Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Abdul Razak (termasuk ahli keluarga nya), Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Menteri-Menteri Kabinet lantikan beliau, Setiausaha Sulit, Parlimen & Politik, termasuk ADUN & MP, Pengarah & Ketua Pengarah Kementerian, Jabatan, Agensi seperti Polis, SPRM serta agensi penguatkuasa undang undang yang lain. Diharapkan siasatan ini termasuk mantan Perdana Menteri Malaysia TUN Abdullah Haji Ahmad Badawi (termasuk ahli keluarga nya dan kenalan rapat) Ahli politik pembangkang perlu juga disiasat yang mana ketika ini menjadi kerajaan di Selangor Pulau Pinang Kedah dan Kelantan.

Siasatan yang perlu termasuk, Penyelewangan & Penyalahgunaan Kuasa, Wang, Harta
serta Aset Kerajaan, Rasuah, Penipuan Harga, Komisyen Pembelian dan sebagainya melibatkan negara.

Patik hamba rakyat merasakan bahawa pemerintahan hari ini, sudah tiada kredibiliti nya dan cukup was-was tentang segala tindakan yang diambil mereka. Segala isu yang berlaku tidak ditangani dan diselesaikan dengan baik, malahanya membebankan serta menindas patik hamba rakyat saperti isu Keperluan Asas, Pendidikan, Kesihatan, Ekonomi Dan Prasarana.

Ampun Tuanku, hanya DYMM Tuanku sahaja tempat patik hamba rakyat dapat
memohon bantuan ketika ini, kerana kredibiliti Polis & SPRM cukup menjadi tanda tanya didalam hati hati kami sebagai rakyat malaysia.

Semoga Allah melimpah kurniakan segala kebesaran kemewahan kesenangan kepada DYMM Tuanku khasnya dan Am nya kepada rakyat malaysia.


Terima kasih

(tanda tangan)
Yang benar


NAMA

NRIC
ALAMAT
******************************

Ini adalah cara terbaik dan mudah untuk kita semua, tidak perlu terjerit pekik, berpanas berhujan, bertekak maki hamun dan sebagainya. berjaya atau tidak itu bukan persoalanya yang penting kita telah mengambil tindakkan sendiri sepertimana kisah dizaman nabi-nabi sekor burung yang berusaha untuk memadamkan api kebakaran walhal sememangnya ia tidak dapat memadamkan api tersebut.

Jika ada saudara saudari sekelian yang lagi mahir dalam menyampaikan hasrat, sila kemukakan dengan cara yang tersendiri.

sekian terima kasih.



Tuesday, August 30, 2011

Salam Lebaran & Merdeka?


Salam....

Bersempana Hari Raya ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin 1432 kepada semua rakyat malaysia beragama islam.semoga hari lebaran yang telah menjelma tiba akan memberikan kite pengajaran yang baik kepada semua. namun jangan dilupa kepada kaum-kaum lain dimalaysia, kongsilah kegembiraan bersama mereka supaya akan tenteram makmur bumi malaysia ini.

Tahniah juga kepada umat islam yang berjaya bertemu malam lailatul qadar dan menghayatinya.. tapi bagi mereka yang hampir berjumpa inysaallah akan bertemu dan menghayati malam tersebut, ia pasti akan hadir pada 10 malam terakhir bulan ramadhan.

Dalam menyambut Aidilfitir kita sepatutnya tidak melupakan jasa jasa perjuang dahulu dalam membebaskan sedikit negara dari cengkaman dan fahaman ekstrim dari terus berakar umbi di malaysia. Merdeka satu sloga satu sebutan suara keramat dalam kebebasan hidup.

TAPI adakah kita benar benar merdeka? terpulang pada diri anda semua nilaikan, jika ditanya pada saya, Malaysia masih belum merdeka dan terikat dengan pelbagai perjanjian, undang undang dan sejarah yang perlu dibersihkan oleh parti yang memerintah. Sepatutnya ketika dipuncak kuasa dengan majoriti 2/3 di parlimen. mereka perlu ubah apa yang patut demi kelansungan malaysia dan seisi rakyatnya.

Antara pekara yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan.

1.Pendidikan.
2.Ekonomi.
4.Penempatan.
5.Pertahanan.

Namun Ekonomi Perlu dipacu jitu supaya elemen yang lain dapat dijayakan dengan baik sekali. Dipihak pentadbiran khususnya CEG (chief executive gov) melantik mereka yang BENAR BENAR berkelayakan dari segi personal dan pendidikan.

Jika pada masa puncak kuasa kerajaan, mereka menggubal akta dan sistem pentadbiran negara supaya sama dengan sistem yang disyorkan oleh islam, insyaallah perkara yang remeh temeh berlaku hari ini akan mungkin tiada ataupun bekurangan sama sekali.

Salam Lebaran untuk umat islam dan salam kemerdekaan untuk semua rakyat malaysia

^_^

Thursday, August 18, 2011

Simbah & Bakar


salam jumaat dibulan ramadhan yang mulia ini:)

saya pasti ramai yang tahu berita simabah cat dan kebakaran di pejabat parti politik DAP


pekara ini mudah saja

1.bertujuan menarik simpati terhadap perjuangan parti mereka
2.mewujudkan sokongan berterusan utk PRU akan datang
3.menimbulkan pandangan serong terhadap agama islam dan org melayu
4.menyalahkan kerajaan yang sedia ada kerana gagal mentadbir kononnya secara telus seperti mereka..


walhal mereka sebenarnya mencipta sesuatu untuk sesuatu keuntungan yang lain

anda semua boleh fikir sendiri bila mana beliau bercakap sebarangan tanpa bukti, apatah lagi cuba mengaitkan sesuatu kejadian jenayah dengan isu sensitif agama
ini jelas segala ucapanyer cuba merujuk kepada orang melayu islam dalam mendalangi kejadian tersebut.

merekalah babi berbulu ayam

sekian :)