Tuesday, August 30, 2011
Salam Lebaran & Merdeka?
Salam....
Bersempana Hari Raya ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin 1432 kepada semua rakyat malaysia beragama islam.semoga hari lebaran yang telah menjelma tiba akan memberikan kite pengajaran yang baik kepada semua. namun jangan dilupa kepada kaum-kaum lain dimalaysia, kongsilah kegembiraan bersama mereka supaya akan tenteram makmur bumi malaysia ini.
Tahniah juga kepada umat islam yang berjaya bertemu malam lailatul qadar dan menghayatinya.. tapi bagi mereka yang hampir berjumpa inysaallah akan bertemu dan menghayati malam tersebut, ia pasti akan hadir pada 10 malam terakhir bulan ramadhan.
Dalam menyambut Aidilfitir kita sepatutnya tidak melupakan jasa jasa perjuang dahulu dalam membebaskan sedikit negara dari cengkaman dan fahaman ekstrim dari terus berakar umbi di malaysia. Merdeka satu sloga satu sebutan suara keramat dalam kebebasan hidup.
TAPI adakah kita benar benar merdeka? terpulang pada diri anda semua nilaikan, jika ditanya pada saya, Malaysia masih belum merdeka dan terikat dengan pelbagai perjanjian, undang undang dan sejarah yang perlu dibersihkan oleh parti yang memerintah. Sepatutnya ketika dipuncak kuasa dengan majoriti 2/3 di parlimen. mereka perlu ubah apa yang patut demi kelansungan malaysia dan seisi rakyatnya.
Antara pekara yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan.
1.Pendidikan.
2.Ekonomi.
4.Penempatan.
5.Pertahanan.
Namun Ekonomi Perlu dipacu jitu supaya elemen yang lain dapat dijayakan dengan baik sekali. Dipihak pentadbiran khususnya CEG (chief executive gov) melantik mereka yang BENAR BENAR berkelayakan dari segi personal dan pendidikan.
Jika pada masa puncak kuasa kerajaan, mereka menggubal akta dan sistem pentadbiran negara supaya sama dengan sistem yang disyorkan oleh islam, insyaallah perkara yang remeh temeh berlaku hari ini akan mungkin tiada ataupun bekurangan sama sekali.
Salam Lebaran untuk umat islam dan salam kemerdekaan untuk semua rakyat malaysia
^_^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment