salam
Hari ini kite seringkali dihadapkan dengan pelbagai isu yang menuntut kita menghadapi dengan penuh berhemah serta bijaksana, jika gagal memahami maksud tersirat sudah semestinya terjerat dengan permainan ini. Kalau saudara bijak bermain catur, sudah tentu faham apa yang saya maksudkan, oklah secara ringkas.. "setiap pegerakan itu ade muslihat dan adakalanya sekadar suke suke"
Blog-blog Pro gov, Pembangkang serta yang nuetral sibuk membicarakan mengenai tarikah PRU13 bagi malaysia, tidak terkecuali pihak media cetak dan elektronik dalam membicarakan tanda-tanda dan pelbagai ramalan yang adakala mengelikan hati saya. Berdasarkan peribadi DS Najib. beliau seorang yang bijak dan pandai bermain emosi rakyat.Ramai yang menjangka PRU akan berlasung dengan kadar segera yakni tahun depan, Namun sebaliknya ada beberapa isu yang perlu diselesaiakan beliau. Berdasarkan perkiraan saya Najib tidak mungkin akan membubarkan parlimen dalam masa terdekat mahupun tahun depan kerana ia akan memberikan kelebihan pada pihak pembangkang kerana ade negeri yang belum tarikh tamat sidang masing masing.
Dalam mencapai sebuah negara maju yang penuh nilai-nilai murni dan progresif najib perlu rombak beberapa pekara sebelum terjadi sesuatu pekara yang lain mengakibatkan akan ada yang berduka cita .
Pendidikan.
seharusnya kerajaan menumpukan sekolah satu aliran yakni kebangsaan dengan bahasa melayu menjadi teras dalam bahasa pengantara dalam pembelajaran dan pengajaran. ini harus dilakukan supaya rakyat malaysia mudah bercampur gaul, tidak seperti sekarang ini yang berbahasa lintang pukang apatah lagi bahasa englishnya. bagi subjek sains dan matematik.. gov perlu mengajar dalam dwi bahasa supaya pelajar mudah memahami pelbagai bahasa kejuruteraan dalam bahasa asing. Jika dahulu melayu menguasai pelbagai ilmu dalam bahasa melayu dan orang asing sanggup pelajari sudah tentu kite perlu lakukan kembali apa yang mereka lakukan. pemikiran rakyat malaysia amat terhad, mengapa saya kata bergitu? kerana rakyat malaysia tidak terdidik dalam budaya pemikiran kreatif seperti mana bangsa asing. Mereka melalui Gov menyediakan pelbagai platfom untuk mewujudkan masyarakat yang kreatif dan dinamik itu barulah boleh dikatakan sebagai modal insan, bukan seperti malaysia yang lebih banyak tumpu hiburan yang melalaikan dan membazir masa wang tenaga. Lansung tidak memberi faedah kepada negara.
Hal-hal Kerakyatan.
kita telah diprovoke oleh seorang ibu yang mana berkhidmat sebagai ahli komponen pembangkang, Beliau mahu anak yang dilahirkan itu diberi status "anak malaysia" isu ini telah menimbulkan presepsi yang salah kepada Gov. Apa yang harus dilakukan?
1. setiap borang perlu diubah mengenai status kepada dua yang utama yakni.
1a. bumiputra = melayu asli, melayu, bumiputra sabah sarawak .
1b. non-bumi = cina india taraf PR dan lain lain.
Dalam hal hal perkahwinan campur, agama dan status adalah mengikut ibu seseorang yang melahirkanya. namun lain pula halnya utk orang islam, jika lelaki perempuan yang berkahwin dengan lelaki/perempuan islam melayu ia adalah jatuh status sbg bumiputra. untuk bukan islam khusus untuk sabah dan sarawak ia juga tertakluk kepada keturunan ibu yang melahirkan anak tersebut.
Hal Kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu
Kerajaan Perlu melarang semua terbitan nama Allah dalam bible Bm tidak kira bagi negeri sabah dan sarawak kenapa? sebab bible yang ada sekarang adalah yang palsu ia bukan injil yang asal kalau pun injil yang asal, ia tidak layak lagi kerana Allah telah kurniakan Al-quran sebagi kitab yang benar terang dan nyata bagi sekian alam.
Hal-hal Pilihanraya
1. seharunya gov tidak memecahkan majoriti melayu disesuatu kawasan
2. setiap parti yang bertanding perlu mengikut majoriti kaum dikawasan tersebut
3. pendaftaran automatik daftar pemilih dalam sistem SPR apabila berumur 18thn
DSN perlu hati hati dengan permintaan sebuah parti komponen yang meminta kerusi dinegeri lain kerana ia adalah salah satu taktik menghilangkan kerusi dengan cara tampak tersusun. Parti tersebut TIDAK layak menjadi ketua pimpinan negeri yang ditandingi kerana kalah teruk
DSN perlu bersihkan ahli-ahlinya dari segala salahlaku dan berhati hati dengan penyamun yang telah menduduki GLC serta NGO yang bekerjasama dalam salahguna kuasa.
Teori Rahman.
semasa zaman pemerintahan TDM, beliau dilingkari oleh para penasihat yang mempunyai visi terhadap sesuatu pekara, sebab itulah beliau mampu mengatasi permasalahan yang timbul, menyelesaikan masalah perlu kenalpasti punca masalah yang berlaku.ia tidak bermakna pemerintahan BN sekadar berakhir ke DSN namun ia akan sentiasa berputar dikalangan mereka yang mempunyai huruf-huruf dalam Rahman tidak kira secara teratur ataupun tidak. Sejauh mana benarnye teori ini kite lihat saja ape yang akan berlaku
Sistem pemerintahan yang berasaskan islam.
ada sebuah parti jika merasakan dapat melaksanakan hudud maka ia berasa amat kononya kerajaan islam. kerajaan islam bukanlah kepada sistem hudud tertapi semuanya berkaitan..
islamnya kerajaan itu meliputi.
1.pendidikan.
2.ekonomi.
3.masyarakat.
4.undang undang.
cakap saja memang senang dan amat mudah, namun sepatutnya mereka jika benar berani takutkan Allah buat saja dinegeri yang dikuasainya dahulu dan bukan menuding jari kepada pemerintah pusat, jika mereka berjaya melakukan mengikut lunas2 dalam ISLAM dan bukanya lunas parti tersebut insyaallah maka akan ramai yang sokong. Mereka sepatutnya tidak membuat janji manis untuk tutup itu dan ini tapi cari penyelesaian bagaimana untuk menyelesaikan punca masalah.kita sekarang sibuk suruh ikut islam ikut sunnah tapi yang bercakap adakah berkaliber, kompeten? lihat saja mereka adakah menepati ciri-ciri islam dan mengikut sunnah rasul? saudara semua lihat saja bagaimana yahudi israel/bangsa eropah mengamalkan sunnah dalam kehidupan seharian adakah mereka berjaya? yup mereka berjaya lihat saja mereka amat berjaya dalam kehidupan didunia cuma akhirat Allah saja yang tahu
Kenapa letakkan ISLAM sebagai syarat?
1. jika islam, ape jua keturunan boleh jadi pemimpin.
2. jika islam semua permasalahan moral akan berkurangan.
3. jika islam ekonomi stabil.
4. jika islam masyarakat harmoni.
5. jika islam selamat dunia dan akhirat.
Kita semua bakal menghadapi saat saat getir lambat atau cepat benar atau tidak Allah saja tahu sebaik baik perancangan manusia, DIA sajalah yang mampu mengubah ataupun menghalangnya dari berlaku. Dalam Sebuah blog yang cukup popular berkatian teori konspirasi kehidupan dan sejarah banyak memberi hint-hint tentang sesuatu yang kita perlu tahu bagi mereka yang berfikiran jauh walaupun adakalanya tampak goyah sesuatu pekara yang dinyatakan namun ia memberikan satu input pemikiran untuk sesuatu pekara bergantung kepada bagaimana seseorang itu mencernakan apa yang difahaminya.
Pertanda?
Baru baru ini kita sekali lagi diberikan hint tentang apa yang akan bakal berlaku, jika sebelum ini pelbagai fenomena alam telah berlaku. Tertapi apa yang baru berlaku memberikan peringatan kuat supaya kita bersedia, sejarah mungkin berulang kerana itulah konsep kehidupan, didalamnya ade kitaran untuk sesuatu pekara, tiada pekara yang sia sia Allah jadikan untuk seisi alam ciptaaNYA, pernah membaca satu ulasan dan mendengar dari mulut bahawa planet terbesar yang kelihatan semasa proses tersebut, dinyatakan seorang Nabi ada disana, ahli kaji planet bintang Nasa amat pelik dengan pusaran merah ditengah kerana berputar mengikut lawan jam seperti orang melakukan tawaf di Kaabah sejauh mana kebenaran entahlah anggap saja sebagai bahan cerita untuk memberi ingatan kepada diri sendiri.Insyallah dalam tahun 2014 kita boleh bangkit dan menjalankan sistem Islam dengan jayanya
sekian
No comments:
Post a Comment