Sunday, April 22, 2012

Lembik longlai

orang melayu kini lembik longlai mcm dadar gulung.


Hai semua maaf lewat update

Tentu biasa dengar,sebut dan melihat perkataan lembik dan longlai? jika ya maka itulah yang dapat digambarkan suasana politik orang melayu islam di malaysia, para pemimpin bergaduh dengki khianat berebut kuasa caci makian dan pelbagai pekara buruk berlaku kepada orang melayu hari ini

Sejak dari tahun 2008 momentum bencikan kerajaan disemai dan dibajai dengan pekara yang dusta serta tiada kaji selidik terhadap sesuatu pekara, rakyat khususnya melayu terpana dengan pelbagai dakyah serta cerita cerita yang membenci kerajaan, dalam hal ini saya bukan penyokong kerajaan tapi cuba memberi gambaran tentang proses kehancuran yang sedang bergiat cergas.

Sejarah pasti berulang, dan sesungguhnya Allah sukakan keganjilan dan pekara yang berulang ulang. didalam dunia ini Allah beri kita akal fikiran dan benarkan kita mentadbir dengan cara sendiri namun DIA tegaskan perlu selari dengan kehendaknya, namun apa yang berlaku dunia hari ini telah dicaturkan oleh orang luar sejak runtuhnya empayar melayu nusantara, melayu beterusan lemah dan dilemahkan sehingga merasa hina menjadi melayu bahkan sanggup tidak mahu menjadi melayu, malang nasib melayu.

Pada pertabalan SPYDPA Malaysia telah disusuli pada petangnya tempias gegaran gempa bumi dari kawasan lautan berhampiran sumatera, dan kejadian mencium keris dengan senget oleh YDP Agong memberikan sedikit peringatan bagi mereka yang memahami alam ini.

Apa yang berlaku
sesungguhnya saya bukan peramal tapi seorang yang suka membaca sesuatu masej tersembunyi yang disampaikan oleh NYA. kejadian tersebut memberikan hint bahawa sistem raja berpelembagaan akan cuba digugat ataupun tergugat, dan senget mencium keris menunjukan bahawa usia yang jitu perlu dalam memerintah sesebuah negara. kejadian gegaran gempa itu boleh dirasai sekitar semenanjung tidak seperti sebelumnya hanya beberapa kawasan sahaja memberi hint kemungkinan republik of malaysia.

Apa benchmark saya mengenai usia?
mari rujuk usia nabi kesayangan seisi alam yakni nabi muhammad s.a.w, berapakah umur baginda semasa wafat? pada usia berapakah baginda menyampaikan khutbah terakhir? pada usia berapakah baginda dilantik secara sah sebagai pemimpin? kadangkala kita sering sambut hari lahirnya berselawat bergema tapi sebenarnya tidak memahami apa yang Allah beritahu secara senyap.. usia 40an adalah waktu stabil bagi seseorang lelaki dan usia 60 adalah usia terbaik untuk besara jika lebih itu sebagai bonus masa tambahan.

Apa perlu dilakukan
saya syorkan majlis raja raja bersidang dan memutuskan bahawa had umur untuk memerintah tidak lebih dari usia 60thn, jika telah lebih maka perlu digilirkan kepada yang layak.

Tinggal beberapa hari saja lagi demotrasi BERSIH akan dilaksanakan segala persiapan zionis makin kepuncak, 2013 makin hampir sihir no 13 akan digunakan didalam membantu segala usaha mendapatkan tanah melayu. fahami maksud TANAH MELAYU, ia adalah jelas bahawa nusantara ini milik orang melayu yang terdiri dari pelbagai suku. Habis orang asli bagaimana? mereka juga melayu, bezanya mereka melayu darat yang tinggal dilembangan sg, lembah dan kawasan hutan gunung belantara. dan melayu yang berkembang biak serta membiak bersama gentik bangsa lain ialah melayu pesisir atau dalam bahasa sains melayu proto dan melayu deutero.

Masih malukah anda bergelar melayu? jikalau malu saya tak mampu berkata apa, terima kasih juga kepada TDM kerana beliau melayu dikenali oleh negara luar. jika tidak tentu tidak dikenali bahkan lagi terasa malunya, jika anda pernah keluar negara dan disapa oleh orang tempatan "are u malay, malaysia?" if yes mereka akan kata good walhal dalam hati teruk sebenarnya negaraku.. jika anda keluar negara sekitar asean mereka akan cuba mendapatkan anda sebagai pelanggan..

Untuk memahami ape yang dirancangakan oleh mereka, anda boleh rujuk posting-posting yang lepas kerana ia benar benar digunakan didalam merancang kejatuhan sebuah kerajaan melayu islam.

Sebenarnya PAS tidaklah untung sama sekali didalam kerjasama dengan pakatan DAP PKR, mengapa? berapa kerat tah orang melayu islam yang sokong mereka disaat lemahnya perpaduan melayu serta pegangan agamanya, dan kerusi PAS dalam pakatan berapalah sangat? mampukah mereka diberi peluang sebagai pemimpin utama dalam pakatan? tidak sama sekali sejarah perak ada pengajaranya dimana jawatan yang mempunyai kepentingan akan diambil oleh ahli ahli DAP/PKR dan jawatan yang tidak strategik akan di isi oleh PAS.

tertarik dengan ulasan "Ustaz Nik Mohamad Abduh."
"MCA lebih jelas menolak Islam berbanding DAP yang lebih sedia mendengar?"

wah ustaz, adakah dengan mendengar itu sudah ada tanda terima dari DAP? lupakah firman Allah yang orang kafir tidak setuju dengan apa yang kamu kerjakan adakah lupa?

"Hubungan PAS-DAP yang berprinsipkan hak kebebasan dan kesamarataan ada...lah lebih KUKUH dan ADIL berbanding hubungan UMNO-MCA yang berasaskan perkauman dan persetujuan bersama menolak ugama dalam politik?
"

orang orang PAS celikkan mata mu tentang hak kebebasan dan kesamarataan, adakah kamu wakil wakil PAS diberikan kedudukan didalam ahli majlis bandaraya jika ya, adakah ia jawatan yang penting? jika tidak maka satu kerugian terhadap orang melayu, hendak bela islam bererti PAS juga perlu bela melayu kerana majoriti islam adalah melayu. kalau tidak mengikut kaum dan keutamaan serahkan badan berkaitan agama pegawai pentadbirnya org bukan islam, adakah berani? jika UMNO tolak islam mengapa dijemput juga orang bukan islam didalam pemerintahan UMNO, adakah ustaz ini lupa kata katanya.

"Sebuah kerajaan tanpa penglibatan non-muslim di negara kita adalah mustahil?"

ok cukuplah nanti kena serang pula dengan orang orang yang tertutup mata hatinya dan saya beralih kepada PKR.

Yea PKR parti anak beranak dan kawan kawan baik serta kecewa dengan UMNO macam Semangat 46. asas penubuhan untuk meraih simpati terhadap DSAI bermula refomasi jalanan sehingga menjadi sebuah parti politik atas dasar DSAI. PKR sebuah parti yang penuh dengan orang orang kecewa dengan UMNO kerana tidak tercalon, kalah, tidak puashati, dengki, ingin kuasa segera dan yang pasti sebuah parti yang penuh dendam kesumat dan benci gilababi. PKR dilihat mampu untuk meraih sokongan orang melayu berbanding PAS ini kerana PKR wujud didominasi oleh golongan muda yakni para mahasiswa siswi kesan dimana zaman DSAI sedang naik kepuncak kuasa didalam kerajaan yang memerintah.

Tapi adalah malang juga, dan benar kata kata TDM bahawa melayu mudah lupa kenapa? DSAI semasa puncak kuasanya beliau telah menempatkan orang orang kepecayaan beliau didalam kerajaan ini bertujuan sebagai deposit untuk mendapatkan rahsia, mudah mengawal selia dan cuba untuk monopoli. Saya tabik dengan semangat DSAI didalam mengharungi permainan politik, beliau mempunyai daya penarik terhadap golongan muda dengan aspirasinya.

DSNR dan UMNO
DSNR, beliau seorang pemanipulasi keadaan, saya percaya bahawa PRU tidak mungkin diadakah didalam tahun ini, beliau sedang cuba untuk memancing seberapa banyak sokongan sebelum paluan gendang PRU diadakan, UMNO kini sedang terpalit dengan isu isu NFC, PTPN, MAS-Airasia, FELDA, SPRM dan TabungHaji. beliau seharusnya membersihkan kerajaan dengan mengadakan refomasi didalam pentadbiran dimana.

1. Ahli politik yakni menteri disesuatu kementerian tidak boleh diberikan kuasa penuh dalam hal tuju kementerian dan jabatan kerajaan, menteri bertindak sebagai penasihat.

2. segala undang-undang, garispanduan dan peraturan perlu dikaji semula dan dikemaskini serta kementerian/jabatan yang ada pertindihan kuasa perlu digabungkan bagi mengurangkan kos tadbir urus.

3. menteri yang tidak mempunyai kredibiliti hendaklah digugurkan dari jawatan sebagai contoh menteri pengajian tinggi yang menjawap soalan berdasarkan emosi.

4. rombakan kabinet sebelum PRU.

5. menyelesaikan isu kakitangan awam dengan baik.

PTPTN
jika kerajaan tidak mahu mansuhkan ptptn hendaklah memansuhkan bayaran kos pentadbiran, setiap pemohon perlu ditapis dengan teliti had layak terima ptpn gaji ibubapa hendaklah kurang dari 5ribu ringgit, kerajaan perlu gubal akta potongan gaji secara terus bagi memastikan bayaran ptpn dapat dijelaskan.

atau beri saja kepada semua pelajar namun bersyarat, mereka yang gagal dan tidak cemerlang perlu dikenakan khidmat sosial selama 1tahun. ini bagi mendidik bekas pelajar akan tanggungjawap kepada dana awam yang telah digunakan.

NFC
kerajaan perlu minta kembali rm250 juta.

MAS
selesaikan isu rugi 8billion. dan overpower airasia didalam MAS.

SPRM
sepatutnya SPRM tangkap bapak jerung yang lebih banyak telan duit rakyat dan negara, bukanya kes kes kecil dijadikan rating tentang keberkesanan SPRM dalam menjalankan tugas, dalam hal ini tidak bermakna saya sokong rasuah kecil kecilan ia juga perlu tangani.

Tabung haji.
sebagai badan kewangan yang menjalankan tadbir urus kewangan orang islam yang ini menunaikan haji sepatutnya dana yang ada tidak patut digunakan untuk membeli dan membuat pelaburan yang bukan bidang mereka. ini memastikan halal duit yang digunakan oleh para jemaah haji serta orang awam islam.

Pendidikan
Seharusnya DSNR tidak perlu iktiraf sijil UEC kerana ia akan menggagalkan penguasaan bahasa melayu serta meminggirkan sekolah kebangsaan, boleh dibilang jari tahap fasih mereka dalam bahasa.
saya berharap pemimpin melayu tidak tunduk desakan seperti dahulu tidak mahu melihat tulisan jawi oleh mereka. pendidikan perlu digubal semula subjek supaya bersesuaian dengan peredaran masa.

Orang islam perlu bersatu padu.
siapa orang islam? dalam pekara ini orang islam adalah lebih dominan kepada melayu jadi amat amat berharap sebelum PRU ini dapat sama sama berganding bahu atas jalan Allah untuk kembali kepadanya supaya malaysia akan terus makmur. pemimpin melayu perlu duduk berbincang supaya agenda islam dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur dan memberi penerangan tentang islam terhadap bukan islam, islam menegaskan prinsip adil dan saksama bukan bermakna adil dan saksama itu jika masjid luas 2hektar, maka rumah ibadat yang lain perlu juga 2hektar, ia perlu ada perbezaan kerana islam adalah agama rasmi kelebihan perlu ada padanya.

Pemimpin islam perlu bekerja sama jangan lembik terhadap pelbagai tuntutan yang tidak masuk akal oleh mereka serta tidak membawa kebaikan kepada negara, oleh itu kita orang islam melayu dapat mengamalkan kembali ajaran islam dengan baik, tak mengapa pelahan lahan asalkan anda tahu apa yang dilakukan.

Akhir kata majulah malaysia kerana islam, maju bangsa kerana muafakat dan kesederhanaan

insyaallah...

2 comments:

. said...

Berlian perlukan tekanan yang amat hebat untuk menzahirkan sifat yang tiada tolok cabarnya itu........
Begitu jugalah dengan bangsa yang satu ni.
cukup masanya,matang tempohnya,cantik saatnya......
Bangkitlah ia dengan erti kata sebangkit-bangkitnya.
Naga langka bakal bangkit tak lama lagi.

OrgOrg said...

bangsa ini cuma sedar bila kehilangan sesuatu yang disayang, apabila kehilangan, kerinduan akan muncul, kesedihan mencengkam jiwa, tangisan mengiringi perjuangan didalam perjuangan ada dendam pemangkin adrenalin(kursani) membawa semangat membara, andai segunung halangan pasti ditempuhi..