Saturday, July 12, 2014

Kriss Halal lalala

apa pendapat anda mengenai gambar diatas adakah menepati syarat halalan toyyiban?


Salam hormat Salam Ramadhan yang mulia ini kepada para pembaca dirahmati Allah, mohon maaf saya tidak menulis diruangan karutan ini sejak tajuk terakhir lokasi MH, semua pembaca beragama islam seharusnya sedekahkan Al fatihah kepada mangsa MH tersebut... berlajarlah terima hakikat walupun ditelan pahit dibuang sayang bahawa, kita pasti kehilangan apa yang disayangi bila tiba waktunya.

Dibulan ramadhan ini elok saya tegaskan mengenai isu halal, isu yang tidak boleh dipandang ringan oleh pemerintah mahupun masyarakat islam dimalaysia ini.

Halal bukan sekadar bersih ia merangkumi aspek mula proses makanan itu sendiri, justeru tidak hairanlah azwan ali menyifatkan makanan bazar macam sampah katanya, disini saya tegaskan tidak menyokong kenyataan terlalu terbuka tersebut. anda semua tahukan ada aduan dan pelbagai imej di laman social media menunjukan tahap kebersihan makanan itu sendiri. apabila tidak bersih bagaimana untuk membentuk jati diri yang baik didalam masyarakat islam khususnya.

Ketegasan
isu halal ini mesti berbangkit bilamana menjelang ramadhan dari ayam, daging, bahan mentah asas didalam makanan. sudah sampai masanya kerajaan yang mendakwa malaysia sebuah negara islam tetapkan syarat bahawa ayam daging perlu disembelih diawasi oleh kakitangan JAKIM dan menyediakan pusat makanan halal yang benar benar dikawal selia oleh orang islam disamping membina makmal pengujian makanan yang menguji setiap produk dipasaran mahupun yang diimport dari luar negara. dalam masa itu ditetapkan standart piawaian makanan halal suapaya menjadi garispanduan didalam menyediakan produk halal.

Kita dikejutkan dengan penemuan DNA babi didalam coklat cadburry, tuding menuding berlaku bahkan pihak cadburry seperti playsafe didalam mempertahankan produk. umat islam keliru didalam hal ini, kita sepatutnya didedahkan apa standart yang digunakan oleh KKM dan JAB Kimia didalam menentukan berapa peratus boleh dikatakan dicemari DNA babi. ini sebaliknya JAKIM seperti besar kepala, agensi kerajaan ini sepatutnya berkerjasama bukan tunjuk hero didalam bidangkuasa mereka.

Penguatkuasaan
kerajaan sepatutnya proaktif didalam isu ini, tidak boleh mengharapkan umat islam dimalaysia septutnya mengenalpasti produk itu halal atau tidak, dimasa sama pihak KPDNKK perlu memikul tanggungjawab bersama jangan asyik lepas tangan, "eh itu bukan bidangkuasa kami"...... jika bukan bidangkuasa maka perlu dipanjangkan kepada kementerian atau agensi berkaitan, maka barulah jentera kerajaan menjadi cekap didalam tugasan semasa.pemeriksaan berkala perlu dilakukan. pihak kerajaan juga boleh melantik umat islam dengan memberikan kad keahlian rakan halal contonya, berfungsi sebagai penyalur maklumat mengenai produk yang ada dipasaran.

Jika menubuhkan polis syariah, kerajaan seharusnya memberikan mereka kuasa penuh didalam apa apa jua tindakkan bagi melindungi kepentingan islam, janganlah asyik asyik ada gangguan politik terhadap urusan penjawat awam, beri mereka tanggungjawab penuh.

Anda sebagai rakyat adakalanya keliru bagaimana contoh ayam yang disembelih, kerajaan melalui RTM harus memberikan kesedaran mengenai pekara tersebut, umat islam ramai tidak tahu bagaimana hendak salurkan aduan mengenai kesahihan produk halal terbabit. saya pasti ramai bersetuju bahawa penguatkuasaan adalah tidak berkesan sama sekali dalam memantau produk halal ini. program kesedaran mengenai halal perlu ditingkatkan supaya maksud halalan toyyiban itu jelas kepada masyarakat malaysia.

Bukan Islam harus membuang presepsi buruk bahawa sijil halal itu menyusahkan dan menganggap kerajaan buat duit, itu salah kerana kami sebagai orang islam amat menitik beratkan soal kesucian makanan, ia akan menjadi darah daging kepada kami, kaum yahudi juga amat menjaga pemakanan harian. halalan toyyiban itu ada didalam agama kami, maka menjadi hak kami untuk menjaganya, mahukah kami orang islam mengganggu gugat agama anda tentu tidak

Laman web halal
pernah saya ke pameran halal terlihat satu syarikat mengenedalikan senarai syarikat menjual produk halal, eh mengapa perlu diserahkan kepada orang bukan islam? ternyata syarikat tersebut bukan dimiliki oleh orang islam, dari situ sahaja sudah timbul keraguan apakah syarikat yang tersenarai dikelolakan oleh syarikat tersebut benar benar mendapat status halal? apakah terdapat undang undang membenarkanya namun jika tidak mengapa tiada tindakan oleh pihak berkuasa? seharunya ia perlu dikawal selia oleh JAKIM

Industri Pendapatan tinggi
produk halal adalah bernilai tinggi dengan pasaran amat meluas diluar negara kerana masyarakat islam dunia mengenali malaysia sebuah negara islam yang membangun pesat. itulah sebabnya kita perlukan syarikat tempatan menjalankan aktivi halalan toyyiban supaya produk terpelihara dari unsur haram seperti mana telah dinyatakan pada awal posting diatas

1.Pusat ternakan haiwan
2.Pusat rumah sembelihan berpusat mahupun setempat
3.Pusat tanaman negara
4.Makmal halal bersepadu
5.Pusat penghasilan produk high end low end, sampingan produk

Semua diatas perlu dilakukan oleh orang islam. Jika ada element seperti itu maka ia memberi nilai tambah kepada mutu penghasilan produk halal negara

Ketelusan
kerajaan seharusnya telus jika ada produk yang diragui status halanya maka perlulah di beritahu kepada umat islam dan dalam masa sama memohon memberi ruang kepada kerajaan menyiasat, jika benar menyalahi maka perlu diwartakan kepada umum janganlah asyik kaburkan saja gambar jika berlaku serbuan terhadap produk tersebut.

Akhir posting, Saya tidak anggap isu halal ini sebagai isu bermusim tapi ia isu yang perlu diberi perhatian sepajang masa oleh pihak berkuasa.bagaimana hendak membina insan cemarlang jika asas pembinaan insan yakni makanan telah tercemar unsur haram fikirkanlah... halal bukan sekadar halal tapi ia perlulah halalan toyyiban.... sama sama kita renungkan


tips kepada penggemar air tebu

masak hingga mendidih air tebu, ia bagi menghilangkan bakteria kemudian biar sejuk barulah minum disamping mengelakkan anda terkena jangkitan penyakit bawaan tikus burung... haa tambah ais fuhh sedap minum dalam bulan bulan puasa ini hehe

mencegah lebih baik dari mengubati

sekian

Assalamualaikum

*********

tajuk akan dtg

*autonomi

3 comments:

Anonymous said...

Tuan yang dihormati. Sijil halal bukan isu. Tapi halal dikomersilkan. Sedangkan ia kefardhuan. Islam disebarkan oleh Muhammad SAW tanpa sekupang pun dicharge atas ayat Quraan disampaikannya. Halal itu jelas dalam hadis, begitu juga haram. Tak dikatakan pula jelas itu bila ada logo dan perakuan yang bagi producer kena charge gitu dan gini. Setelah hampir 1500 tahun islam tersebar mengapa umatnya menjadi dikalangan yang terperangkap dengan ketidakpastian, keraguan, curiga? Apakah tidak akar umbinya kerana mereka membiarkan sumber dan pengambilan keperluan mereka dikuasai oleh bukan Islam.

OrgOrg said...

terima kasih tuanyg dirahmati, yea bersetuju dgn maksud tuan,cume dgn adapengesahan ia dpt mungurangkan rasa curiga kpd umat islam..

dan sememangnya sijil halal ini menjadi duit bkn sbgi tanda aras kehalalan sesuatu produk

tq kembali

Anonymous said...

autonomi kebenda dah september ni? isu baru pun dah bertingkat banyaknya....leceh la lu.