Saturday, October 19, 2013

Itulah kita





Salam hormat  semoga kita semua beroleh kejayaan didunia dan akhirat. sesungguhnya masa kian berlalu pantas kita seharusnya cekap memahami keadaan semasa. kita dilahirkan dengan sempurna dan cukup bijak, tertapi kita dicaturkan dengan teratur oleh tangan tangan nakal.

Jika kita lihat gambar diatas, itu lah kita yang dilahirkan dalam kepelbagaian sifat. maksud saya ialah kita manusia namun ada kelebihan dan kekurangan kita sendiri dan sistem yang ada telah membataskan keupayaan diri sendiri untuk pergi lebih jauh yakni being "superhuman" yang ada kekuatan spritual mental dan fizikal namun ia tidak melebihi zat Allah.

Selepas era kenabian dari tokoh terkenal,sultan,perdana menteri, presiden, prof, pensyarah, guru dan kita tidak terkecuali dari beradar didalam papan catur. mengapa saya kata bergitu? kerana kita semua terperangkap didalam sistem kapliberalisma(saja create istilah baru) yang mendorong kita mengikuti bulat bulat sistem tersebut.

Apabila kita lahir kedunia ini, kita perlu mengikuti kitaran ini
taska - tadika- sekolah rendah- sekolah menengah- ipt. didalam kitaran itu kita terdoktrin pelbagai agenda duniawi dan pelbagai had kekangaan yang menyebabkan potensi sebenar diri terbantut. kita sentiasa dihadkan dan ditentukan apa, mengapa, bagaimana, bila, dimana, serta dimomok dan diperbodohkan dengan pelbagai perkara.

Think tank, ahli politik telah mencorakkan pelbagai pemikiran rakyat dari miskin hinggalah kaya raya. di sekolah cikgu sering berkata "kalau tak mahu belajar kita akan jadi bodoh miskin hina" nah bila pelajar itu tidak berjaya didalam peperiksaan, maka dalam minda tercatat "gagal" maka semua aktiviti otak akan fokus kepada gagal, namun ia berbeza bagi mereka yang berjaya keluar dari stigma "gagal" lihatlah mereka adalah orang orang yang berjaya dari segi duniawinya. cuba lihat rakan anda sekeliling, siapa yang paling berjaya dan fikirkan kenapa? bagi mereka yang sentiasa berjaya adakah mereka menjadi seorang yang betul betul berjaya? fikiran juga mengapa mereka jadi bergitu.

Mengapa ini semua terjadi?
ini kerana sistem pendidikkan gagal mengenal pasti minat sesorang yakni kecenderungan kemahiran kendiri pelajar terbabit, penyelesaian kepada jawapan ini kerajaan perlu pecahkan 3 sub utama yakni, agama, kemahiran,teori kebiasaan dimana sekolah yang sedia ada diperbaiki sistemnya. mengenalpasti boleh dilihat sewaktu sekolah rendah lagi selepas darjah 6 pelajar dipecahkan kepada 3 aliran pelajaran tersebut dan tiap tiap 3aliran itu ditetapkan teras yakni agama, sejarah, ekonomi dan bahasa subjek wajib lulus. dari situ pelajar digilap akan kecenderungan mereka. hapuskan saja sekolah jenis kebangsaan cina dan india tiada gunanya didalam membentuk negara bahkan melahirkan masalah didalam komunikasi.setiap subjek perlu diolah dan diubah supaya melebihkan daya fikir pelajar didalam sesuatu pekara, dan bukan hanya menurut apa yang telah ditetapkan, kena ubah dari kebiasaanya

Hasilnya hari ini, setelah sekian lama sistem "rojak" pendidikan malaysia, maka lahirlah segolongan manusia liberal dan segolongan manusia mendokongi idealisma tersebut.bagi kita sebagai orang islam, kita perlu didikan agama dan sejarah yang secukupnya bagi menwujudkan kefahaman didalam minda untuk bertindak didalam sesuatu perkara.

Okay, kita lihat bagaimana komen dimedia sosial jika berlaku kes rogol, jenayah, dan jawapan yang keluar ialah "inilah akibat tidak melaksanakan hukum hudud" dan kita terpukau dengan jawapan tersebut mengapa?
kerana minda telah terdoktrin bahawa laksana hudud selesai masalah. saudara saudari sekelian, kehidupan didunia ada misinya dan syurga neraka ada fungsinya. jika kita beranggapan laksana hudud selesai masalah bermakna cipataan Allah mengenai dosa pahala syurga neraka adalah sia sia... opsss jangan melatah dahulu, apa yang saya hendak tekankan ialah penerangan sistem hudud tersebut barulah orang ramai faham tiada kesangsian orang bukan islam terhadap hukum tersebut. dan dalam masa sama sistem urus tadbir kewangan kerajaan perlulah jujur dan telus kepada rakyat. tentu anda semua pernah membaca apabila muncul al mahadi maka semua orang menjadi kaya raya tiada yang miskin, apa maksudnya? ia menunjukan bahawa urus tadbir kekayaan diagihkan dengan adil dan saksama. disini telah jelas kita seharusnya seiringkan apajua perkara barulah ia menjadi dengan baik, sebegitulah juga ayat popular " apabila kejar akhirat maka dunia akan turuti"




Pak turut
sindrom pak turut menjadi masalah kita hari ini, apa yang media siarkan, apa yang ustaz Fb katakan, apa jua idola politik katakan, kita ia sahaja kenapa? kerana diminda takrifkan mereka itu pandai dan sebagainya, itulah kesilapan kita kerana tidak diajar untuk menilai memahami sesuatu perkara tersebut. seharusnya apabila sampai berita kepada kita, perlu selidiki, bertanya pada yang khas(mereka yg arif bidang tersebut) dan barulah kita boleh terima atau tidak perkara tersebut.

Pengisian tidak jelas
anda semua tentu perasan tidak kira apa juga pelajaran, aktiviti, seminar, bengkel, ceramah pasti pengisian adalah tidak bertepatan dengan modul perkara terbabit. kenapa? kerana kitar semula modul tanpa memperbaiki kekurangan atau menjadikan ia lebih baik dari yang sebelumnya.

Pastikan Boleh
yakin boleh itulah yang perlu diajar, buangkan negatif didalam diri. setiap yang boleh perlu ada hadnya tanpa melampaui batasan agama.jika kita gagal maka perlulah analisa mengapa ia terjadi kemudian cari cara yang terbaik untuk mengatasi kegagalan tersebut. ingat "apabila seorang insan itu berusaha dengan gigih serta berdoa dan bermohon kepada KU, nescaya diperkenankan"

Persaingan yang setara adil dan saksama
ia sebenarnya tidak berlaku dimalaysia hari ini tidak kira dari agama, pendidikan, ekonomi, sosial, itu adalah fakta, jika ada diantara kamu bentangkan fakta bahawa kerajaan membantu bumiputra ia memang betul fakta kamu itu namun adakah anda sedar bahawa "bumiputra" hanya dikalangan ahlinya saja, harap faham penyataan tersebut. tidak kiralah apa jua kerajaan tetapkan kerajaan gagal sedari bahawa setiap perkara diatas telah dikawal oleh non bumi, ia adalah hasil daripada perancangan yang jitu dan itu adalah fakta saya, dan tiada siapa pun dapat menyangkal fakta tersebut. bagaimana mereka berjaya? mereka menyusup masuk serta menjadi anggota parlimen, menjawat jawatan penting, NGO, golongan terpelajar. mereka inilah yang mencorakkan segolongan bumiputra dengan cip "liberal" didalam minda, apabila ia hendak melaksanakan sesuatu perkara yang memberi kebaikan mereka pasti akan cuba menggagalkan serta mengapi apikan perasaan non bumi.

Tindakkan kecil menjadi punca masalah
dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh herald kita kena semak dimana kesilapan kerajaan? ia teletak pada ahli bahasa melayu, dewan bahasa dan pustaka, menteri/perdana, serta umat islam pada ketika itu. apabila kamus takrifkan god sebagai tuhan yakni Allah didalam bahasa melayu, maka mereka mendapat point dan secara tidak lansung kita yakin god tuhan yakni Allah. apabila menteri KDN membenarkan kemasukankan bible versi indonesia ada takrifan god sebagai Allah mereka point lagi, maka hasilnya anda telah lihat hari ini ia dibawa ke mahkamah, disampaing segelintir kita berfahaman syiah ramai umat islam al sunnah wal jamaah yang liberal mindanya mencelarukan umat islam dimalaysia khasnya.

Ya Allah tuhan sekian alam, DIA pencipta dilangit dan dibumi seisinya. namun Allah adalah satu, tidak beranak dan diperanakan tidak serupa atau menyerupai apa juga ciptaanya. Al-quran menjelaskan didalam surah qul huwallahu ahad. didalam hal ini kita kena faham apa tujuan mereka beria ia hendak menggunakan didalam cetakkan herald ia tidak lain sebagai batu loncatan terhadap tuntutan akan datang. pada ketika ini kita diasak mengenai majlis korban yang diadakan disekolah.. maka jawaplah dengan fakta bukanya spin serta lari dari tajuknya.

Kenalpasti kebolehan dan kecenderuangan diri
ia boleh dikenalpasti apabila kita berumur 3tahun kenapa 3? kerana dari 2 insan lah dari izin yang 1(Allah), kita menjadi insan didunia ini. jangan lawan fitrah kehidupan jika anak anda seorang kidal, jangan disuruh kanan kelak kecelaruan minda terjadi, kecuali menyuruh makan minum memberi menerima tangan kanan itu perlu disuruh. apabila kita lahir setiap dari kita akan bertanya eh bagaimana aku berada didunia? apa tujuan hidup ini? tertapi kita sentiasa dilupakan dengan pelbagai perkara, betulkan hehe....

Sentiasa diberi pilihan diatas ketetapan


Setiap apa jua yang berlaku telah ditetapkan Allah, TERTAPI manusia akan sentiasa diberi pilihan di atas ketetapan yang ditentukan itu, bagaimana? melalui solat ada bacaan Al-fatihah yakni berikan(tunjukkan) jalan yang lurus, dan rugilah akan kamu jika tidak mengikutinya didalam surah Al-asr sesungguhnya manusia didalam kerugian kecuali kepada mereka yang sentiasa beriman dan beramal soleh.kita harus ingat bahawa jodoh ajal dan maut itu satu ketentuan yakni atas izin Allah saja. Maze itulah yang kita akan lalui jika gagal melaksanakan apa yang telah diwajibkan dengan setiap jalan yang berliku penuh onak dan duri. maze itu bukan sekadar pemainan namun ia dalah falsafah didalam kehidupan, kefahaman kita mengenai pencipta, manusia dan alam sekeliling. Allah memberikan kita kebolehan menilai sesuatu terpulang kepada kita untuk mengikuti atau mengingkari, dan setiap dari itu ada balasanya sama ada baik atau buruk. terpulang kepada kita semua

semoga kita semua dapat melindungi diri dari fitnah akhir zaman yang sedang melanda hebat di tanah melayu ini


sekian

salam aidiladha 


1 comment:

Anonymous said...

Artikal yg baik..Dan Jangan Salahkan musuh(kata2 Abuya Ashaari)

Salam taaruf.