Tuesday, March 5, 2013

Battel Arena








Salam hormat buat pembaca budiman semoga anda semua sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah didalam melalui kehidupan mendatang, saya berpesan kepada semua umat islam untuk bersama sama menjalankan solat hajjat pada jumaat minggu ini satu malaysia,walaupun telah diadakan secara berasingan mengikut tempat masing masing. saya amat terharu dengan terkorbanya anggota keselamatan yang sedang bertugas, selaku penjawat awam mereka akan menjalankan amanah agama dan negara sebaik mungkin, sedekahkan mereka Al-Fatihah andai diterima Allah, anda juga akan merasa nikmatnya diakhirat.

Sewaktu DSNR merancang untuk mengadakan PRU dalam bulan ni di minggu terakhir, ia sedikit terganggu dengan kes di lahad datu sabah dan saya yakin SPR ada plan terbaik bagi menjayakan PRU 13 nanti. Sememangnya kita merancang, ketentuan Allah jua yang memberi kepada setiap hambanya. Sepanjang kes berlaku saya cukup meluat dengan sikap rakyat malaysia dimana komen komen menyakitkan perasaan dibuat dan tidak kurang pula sindiran kepada pihak keselamatan. tapi sebagai hambaNYA sabar sajalah, walaupun menitis air mata ini..

Tak apalah kita lupakan seketika hal itu, ada perkara yang lebih besar menanti untuk umat islam serta tempiasnya kepada negara, adakah anda semua bersedia? bersedia atau tidak anda harus menghadapi sama ada kekal wujud atau sebaliknya.

Jika anda lihat berita asing seperti CNN Aljazera bloomberg dan pelbagai lagi mereka sentiasa menimbulkan kegusaran terhadap china dan konfilik laut china selatan, mereka tahu malaysia adalah antara negara penghalang kepada cita cita zionis didalam proses NWO, kalau anda tanya kenapa malaysia? Why? Why? sebabnya kemahiran orang melayu yakni diplomasi, kadangkala terjerat dengan caturan sendiri. usaha kita berbaik dengan china mendapat pandang serong jiran tertangga dan zionis itu sendiri, walaupun china itu ibarat buah catur tahap bidak(pawn) untuk proses NWO namun ia akan menggangu perancangan zionis itu sendiri.

Zionis secara terang terang mahukan malaysia membeli jet pejuang superhornetnya bagi melindungi aset dikepulauan spratly dan untuk proses permodenan TUDM ATM, tapi apakah yang akan dibeli oleh kerajaan? adakah superhornet? atau thypon? tet..tet.... pembelian bercampur kalau ikutkan kira kira saya sahaja, dengan jumlah thypon melebihi superhornet, pembelian ini mungkin terjadi dimana diplomasi malaysia yakni sentiasa beralah tidak mahu bermusuhan.

Pada mulanya saya menjangka konflik selatan thai akan menjadi trigger, tapi silaplah rupanya di sabah, kumpulan penceroboh memasuki malaysia telah lama, mereka mendapat sokongan segelintir orang sulu filipina yang telah menetap disabah. senjata dibawa seludup secara berperingkat, dengan cara disimpan bawah perut bot2 yang telah diubahsuai, mereka telah membaca tatacara rondaan pihak berkuasa, maka mudahlah mereka masuk ke sabah secara terang atau secara sembunyi. saya ingin menarik perhatian anda semua, israel menggunakan bot drone pun masih ada yang bolos apatah lagi malaysia? fikirkanlah
ada kumpulan penceroboh telah di neutralkan semasa sebelum masuk ke sabah, tertapi pihak berkuasa mengelakkan ia tersebar kepada awam menjadikan suasana PANIC seperti yang berlaku sekarang

Berbanding selatan thai dan lahad datu, lahad datu akan cuba dijadikan alasan untuk zionis campur tangan didalam mengatasi masalah yang disebabkan penceroboh, apa yang menarik sabah? ia sebuah negeri yang ada emas, minyak, mineral, balak. jika konfilik benar terjadi antara malaysia dan filipina, zionis pasti akan masuk campur melalui US, armada perang pacific telah lama siap siaga dikawasan sekitar celebes sea, melalui markas operasi di Guam.Jika kerajaan malaysia dan filipina termasuk jerat zionis maka misi utama US untuk neutralkan pergerakan china akan menjadi lebih mudah, tindakkan zionis ini lebih kepada mendominasi dunia

Indonesia pasti diheret sama apabila cuba tuntut kembali pulau sebatik dari malaysia serta ambalat yang menjadi perebutan dua negara ini, dengan alasan sabah bukan milik malaysia, krisis ambalat menjadi penyebab agen zionis untuk membuat provokasi terhadap pentadbiran indonesia, seperti biasa rakyat indonesia akan disuapkan berita palsu ini mewujudkan sentimen anti malaysia secara berterusan.segelintir dari mereka akan dibayar oleh agen agen zionis.

Bergini permainannya

US telah kehilangan pangkalan tentera di filipina dan menjadi keutamaan US mencari tapak baru atau memiliki semula pengkalan lama

China cuba mendominasi spartly- wujud ketegangan dengan negara yang mempunyai tuntutan terutama vietnam dan filipina

Kumpulan sultan sulu adalah mangsa utama yang boleh dijadikan pawn digerakan ke sabah untuk menuntut sabah dan mendakwa ia milik kesultanan sulu

Target utama ialah Malaysia, jika kesilapan pentadbiran DSNR berkonfrantasi dengan filipina, US akan masuk campur melalui suruhanjaya hak asasi manusia dunia dan melalui NGO dimalaysia akan memomokkan tindakan kerajaan adalah zalim dan keterlaluan, apabila US masuk campur ia akan menawarkan pelbagai helah seperti mana memperdaya sultan sultan melayu dahulu kala.

Adakah sultan sulu mendapat kembali sabah?

Tidak sama sekali, bahkan akan dilupuskan oleh tentera filipina dengan bantuan CIA.

Mengenai Nur misuari yang ingin membantu sultan sulu, orang orang moro hanya bakal jadi mangsa sahaja, nur misuari telah sedap melahap kekayaan yang diberikan kerajaan filipina, jika anda orang moro mahukah anda berjuang dengan sultan sulu tertapi anda yang merana dan perjuangan sia sia. lantaran itu malaysia melalui pihak keselamatan akan menganggap orang moro filipina adalah pengganas, kebebasan warga sulu moro yang bebas keluar masuk sabah akan hilang. Nur misuari sedap releks namun tidak berani turun padang, rundingan moro banyak tertangguh disebabkan beliau, jadi tidak perlulah kerajaan melayan apa apa dari pelahap berkepentingan ini. kalau dalam cerita US sudah tentu beliau akan dihapuskan oleh CIA hehe

Saya amat berharap DSRN meneliti tindakan yang tepat supaya tidak terlibat dengan masalah besar kepada negara, saya juga memohon ATM meningkatkan jumlah tentera disempadan malaysia thai dibimbangi akan menjadi masalah kedua selepas lahad datu. sementara sentimen anti malaysia makin meningkat mohon pihak keselamatan mengawal perairan sabah, bagi mengekang kemasukan pengganas, semuanya perlu teliti

Antara tindakkan yang boleh dibuat

1. mewujudkan lokasi laluan keluar masuk perairan atau zon larangan perairan
2. memeriksa bot sampan dari sebarang kemungkinan senjata, alat komunikasi statelit
3. ambil gambar dan wujudkan database profile mereka yang keluar masuk
4. bekerja sama dengan intel filipina mengenai profile orang yang disyaki penjenayah
5. membuat pos kawalan di zon zon yang hampir dengan pulau selatan mindanau
6. memohon bantuan filipina untuk mengedarkan risalah amaran kepada sesiapa yang ingin menceroboh
7. buat pengumuman rasmi kepada warga filipina yang ada di sabah untuk keluar secara sukarela melalui Jab pendaftaran negara perlu mengambil data peribadi setiap individu.

Projek IC

Pekara ini TDM tahu, beliau mungkin terpaksa mengarahkan pemberian ic kepada orang islam selatan filipina  kerana desakan dan tuntutan sultan sulu ini, ia juga dibuat atas dasar seagama dan bangsa melayu itu sendiri
beliau sedia maklum bahawa ia boleh menjadi barah, oleh itu intel asing mempergunakan mereka untuk kucar  kacirkan suasana. dan sememangnya ia mendatangkan masalah.

Diharapakan operasi bersepadu Polis ATM akan berjalan lancar, semoga semua anggota fokus dalam menjalankan tugas, rakyat malaysia tidak perlu risau kerana intel ATM telah lama membuat risikan di sabah, serta berkerjasama dengan polis.

Kenapa bolos kawalan keselamatan

1. mereka masuk melalui pulau pulau kecil disekitar pantai timur sabah
2. memahami profile rondaan pihak berkuasa
3. kekurangan vesel, bot untuk tujuan rondaan

Menurut seorang ex tentera yang mendedahkan kita ade peralatan canggih mengesan kemasukan dari filipina, itu adalah tidak tepat, kecanggihan peralatan adalah perlu seiring dengan jumlah anggota bagi mengatasi pencerobohan. soalan saya untuk beliau adalah, dulu semasa berkhidmat dengan pangkat yang tinggi, ape sumbangan yang anda lakukan? jika anda tidak puashati kenapa tidak melaporkan kepada SPRM, nampaknya hati anda ni busuk, hanya berkerja suka suka dan ingin terima pencen dari kerajaan. ingatlah esok di akhirat anda akan ditanya kembali. saya amat malu anda diperkudakan oleh pembangkang didalam memburukan kerajaan walhal andalah sepatutnya dahulu menjalankan tugas memperbetulkan presepsi perkhidmatan awam.

Gambar gambar anggota keselamatan yang diambil media perlu ditapis bagi mengelakkan presepsi buruk mengenai perkhidmatan awam. orang awam hanya nampak anggota keselamatan releks sahaja, dan pasti orang awam memberikan gambaran yang buruk.


akhir posting

semoga operasi ini tidak menggangu PRU yang akan berlansung bulan ini, insyaallah dan semua anggota terlibat selamat, sihat serta berjaya didalam menjalankan operasi bersepadu. berkhidmatlah dengan hati yang ikhlas pasti Allah balas baik disana nanti.

kepada orang awam, mohon buka luas minda mengenai sesuatu pekara, belajarlah menilai maklumat yang diterima, usah buat andaian buruk mengenai sesuatu pekara, berdoalah supaya kita terlepas dari perangkap zionis ini..


4 comments:

Unknown said...

ironinya ramai melayu tidak tahu yang kita dibenci oleh warga sekeliling. salah sapa? ntah ler...

Anonymous said...

Salam Org Org,

Sy sangkakan dgn kisah LD ini ramai org akan buka mata dgn sapa sebenar pengkhianat,tp seolah2 x ada erti apa2.

Dan kisah ex tentera yg memburukkan tempat beliau cari makan dolo..memng x ptut.

Dalm keadaan getir camni semua umat Islam patut saling doa mendoakan yg baik2 saja.

Pasukan keselamatan bertungkus lumus jaga negara..depa suka2 mengutuk tanpa apa2 sumbngan.Menyakitkan hati betoi

Anonymous said...

Yang sebenarnya...
mereka itu semuanya POYO!!!!!
Jgn diikut.

OrgOrg said...

hati dan minda mereka tertutup untuk memahami sesuatu perkara

terima kasih kerana sudi solat hajat pada jumaat lepas

org melayu malaysia amat dibenci kerana, sikap melayu itu sendiri.. melayu malaysia lebih baik antara melayu yang ada didunia ini. kalau anda tidak percaya pergilah ke mana mana negara asean, cari minoriti melayu disana, pasti mereka amat sygkan kamu, bahkan anak gadis pun boleh diberi utk dinikahi, mereka amat kagum dengan usaha kerajaan membantu islam melayu