Saturday, February 16, 2013

Get Ready!





Hi semua :) senyumlah selagi ada tempoh untuk senyum, senyum barangkali ada pelbagai makna, senyum seindah suria yang membawa cahaya senyumlah dari hati dunia mu akan berseri... 
sudah cukup sudah, berita macam-macam mengenai PRU bila? bila? bila? sampaikan ada yang menyindir dan menyalahkan kerajaan sebab tidak umum bila PRU kerana nak booking tiket bercuti, gi honeymoon, nak kawen, bersunatlah dan 1001 alasan...saya naik muak juga dengan sikap peramal ahli  kerajaan, pembangkang, blogger dari hujung tahun 2011, masuk ke 2012 macam macam tarikh diberikan.telah saya katakan DSNR, akan cuba membangkitkan semangat dan pandai bermain tari tali, berteka teki.

Sebelum saya beri tarikh(cewah mcm PM lak hehe) saya ingin mengajak anda semua renung kembali yang lepas mengenai sikap sikap pemimpin kita, walaupun saya ni atas pagar memerhati suasana politik malaysia, namun dalam hati saya masih mahukan orang islam menjadi dominan didalam barisan kerajaan yang akan datang, tidak kisahlah pembangkang berkuasa ataupun perikatan masih berkuasa, kenapa? saya da bersedia untuk acara seterusnya, setiap dari kita perlu tabah menjalani kehidupan akan datang.

PRU kali ini adalah paling sengit didalam sejarah PRU negara, dimana agen-agen asing melalui macai macai bersedia untuk melakukan luar jangka terhadap situasi dimalaysia, P.Pinang adalah salah satu negeri yang perlu diawasi dengan teliti, saya pasti pihak PDRM ATM melalui agen perisikan telah sedia maklum keadaan semasa sebelum pembubaran parlimen, kempen, pembentukan kerajaan dan 30hari selepas kerajaan dibentuk.berikut analisa ringkas mengenai setiap negeri

Kelantan
negeri ini memang selamanya PAS perintah, BN 1 @ 2 kerusi akan diperolehi, tapi trend ini akan berakhir bilamana generasi tua sekarang akan lenyap pelan pelan(yakni mati) digantikan pengundi muda yang mahukan kemajuan, bukan sekadar cakap ceramah siang malam tak sudah.

Perlis
BN masih menguasai, namun PAS dapat kerusi lagi

Kedah
ni sesuatu yang menarik mengenai kedah, melalui MCA mereka cuba melobi DSNR untuk meletakkan calon mereka..amat berharap DSNR tidak memberikan kerusi "selesa" kepada MCA, ditakuti ada pakatan dengan DAP dan BN mendapat undi protes.

P.Pinang
negeri ini bakal menjadi kubu kuat DAP, walaupun Umno masih mendapat undi yang tinggi dari orang melayu, namun peratusan keluar mengundi menjadi penentu.GERAKAN memang tak boleh harap.

Perak
BN masih menguasai tapi perlu awas dengan MCA, jangan beri mereka kerusi "selesa" kelak hilang kepada DAP

Selangor
ada yang seri ada yang lebih, 50-50, BN perlu elakan undi protes seperti dahulu

N.sembilan
50-50 dijangkakan calon calon bebas cuba pecahkan undi, calon melayu DAP? karutlah DAP tak bubuh anda lah.

Melaka
Bn masih menguasai.. diharapkan KM melaka dapat membantu rakyat di melaka dengan lebih baik.

Johor
negeri yang sentiasa dipantau sultannya sendiri, tapi PAS sedikit sebanyak memecahkan undi umno dan memiliki kerusi, MB perlu ambik perhatian, "hal" anda boleh menumbangkan BN

Pahang
Negeri ini masih kawalan BN cuma bab peratusan undi ada sedikit berkurangan

Terengganu
BN masih menguasai, tapi DSNR pilihlah orang orang yang macam MB sekarang yang rajin, bukan seperti jusoh yang menyebabkan tumbang pada PAS

Sabah Sarawak
dua negeri ini amat berlainan sedikit, Dimana DAP akan dapat kerusi lagi sabah, menang atau kalah BN? tunggu je la sebab dua negeri ini deposit BN

Putrajaya Labuan KL
Kerusi paling selesa, di putrajaya pas kurangkan undi umno, labuan.. Pkr cuba untuk memenangi hati pengundi muda disana
Kl, mungkin dapat balik lembah pantai, tapi nampak gaya tak kot hehe

Secara ringkasnya peluang 50-50 bagi BN dan pakatan rakyat, mengenai MCA GERAKAN, parti ini duri dalam daging BN dimana ia dikuasai oleh mereka yang pro DAP, kehilangan kerusi BN di beberapa negeri akibat dari tiada kesungguhan dalam berkempen dan ada pakatan rasis dari mereka ini.

Hanya melayu mampu bunuh melayu, pemimpin rasis DAP akan cuba baling batu sembunyi tangan dalam hal hal akan datang, melalui suara pendesak MCA via Dong zhong dibantu DAP akan cuba menonjolkan orang cina sentiasa terpinggir dalam segala hal. kecelaruan dalam PAS menyebabkan ahli ahlinya kecewa tapi masih bersama PAS.

Mempolitikkan agama dan campurtangan bukan islam terhadap agama makin meningkat, CSL perlu disingkirkan dari sebarang jawatan kerana menghina islam, ini bagi mengelakkan DSNR dipandang dayus dan lebih cina dari melayunya. 

Tool untuk BN
Ramai sedia maklum pemilihan jawataan kuasa pusat DAP ada penipuan, maka melalui pendaftar pertubuhan seharusnya cepatlah ambil tindakan terhadap parti tersebut.saya rasa ada pemimpin BN yang tahu menggunakan isu ini supaya memberikan kemenangan majoriti kepada BN, apa pun ucap tahniah kepada menteri amaran KDN menahan senator Australia, sememangnya beliau menjalankan  tindakkan subversif didalam malaysia.

Diharapakan semua fahami game akan berlansung selepas PRU ini. blog umat terakhir ada menyediakan kefahaman yang lebih untuk anda semua nilaikan dengan gaya bahasa yang tersusun dan moden, maklumlah mereka terdiri dari penganalisa, wartawan, sukarelawan, bekas/ahli yang berkhidmat dengan NGO dan kerajaan... 



oklah kalau ikut kiraan saya, DSNR akan memilih tarikh dari 24,25,26 mac untuk dijadikan tarikh PRU akan datang... kalau betul, betul lah, kalau salah hanya Allah boleh tentukan hati DSNR untuk membuat keputusan.. saya teropong je, kadang teropong pon lopong jadi tak payah percaya 100%

sekian

p/s najib suka no ape? cuma tukar tu jadi no bulan islam

bye..... 







3 comments:

Anonymous said...

sonnvoiAduih...
Bodo punye MarryBrown johor...
Main bini org kat Singapork..
Kan dah kantol!!!

Anonymous said...

OrgOrg nanti sama2 turun mengundi ya? Jgn x guna peluang ini sugguhpun ckp kata x mo sokong
mana2 pihak.
Rugi kalo org Melayu x guna peluang iniwse173..
Saya harap warga M'sia lain yg x berpihak akan turun mengundi nanti ya..
Doakan negara kita dipimpin oleh pemimpin Islam yg baik2 dan adil.

OrgOrg said...

insyaallah saya akan beri undi kepada parti memperjuangkan agama negara dan rakyat