Friday, December 7, 2012

Nampak Tak??





Semakin menghampiri tahun baharu masihi, semakin kita akan melihat pelbagai isu tempatan dan dunia akan berlaku, segalanya dirancang dan menggunakan kesempatan yang ada.Jika anda gagal mengenalpasti permasalahan sekitar, maka kita akan terus hanyut didalam dunia penuh tipu daya ini, ingatlah sesungguhnya Allah menguji setiap dari kita yang bernama manusia tidak kira siapa anda sekalipun.

Posting hari ini akan menjurus kehendak sebenar disebalik permain oleh ahli politik, ekonomi, mahupun mereka yang dibelakang tabir isu isu berlaku pada hari ini

Dasar Pecah Dan Perintah

Inilah game paling mudah dilaksanakan dimalaysia hari ini. ahli politik dipihak kerajaan mahupun pembangkang masing masing cari nama tapi tidak lansung menyelesaikan permasalahan yang timbul. tuding jari diantara mereka kerap berlaku. cuba anda kaji isu-isu seperti contoh bajet pertahanan, pembekuan anggota polis. jika faham apa yang berlaku adalah mudah untuk menafikan kata kata mereka itu. pertikaian mengenai kapal selam adalah ingin menjurus kepada suruhanjaya kira kira wang awam, jika proses ini berjaya, segala bajet, aset kelengkapan akan tidak menjadi rahsia penting ATM kerana ia akan dibukukan oleh pihak audit serta menjadi bahan bacaan orang ramai. untuk makluman kapal selam negara adalah aset yang tercanggih dirantau ini dan amat sesuai dengan suasana serta kedalam laut di selat melaka dan china selatan, bak kata orang "kecil kecil cili api"

Pembekuan pengambilan anggota polis
ini adalah lawak jenaka bertujuan memisahkan bidang kuasa pusat dengan kerajaan yang diperintah oleh pakatan, bagaimana? jika mereka menang lagi dan sememangnya menang di pulau pinang sebagai contoh, pihak kerajaan negeri akan melantik polis sendiri, ini akan mewujudkan percanggahan bidang kuasa polis di pihak pusat. mereka juga akan mengadakan pilihanraya negeri walaupun dihalang perkara ini akan tetap diteruskan, sekaligus menafikan kuasa pusat dalam melantik ketua kampung, jkkk dan pelbagai lagi kuasa pusat. jikalau DSNR terikut dengan kehendak mereka, andai berlaku sesuatu hal, ia menjadi modal untuk menyalahkan pusat berhubung pembekuan pengambilan anggota polis.



Acaman terhadap tentera
sebuah negeri pulau dengan kepadatan penduduk yang tinggi, mereka melalui JPBD oleh arahan ahli majlis tempatan cuba menghimpit kem-kem ini dengan membina pelbagai aktiviti berhampiran kem sekaligus mengancam kawasan sensitif tersebut, dan tujuan paling utama ialah memastikan tiada bantuan undi pos dikawasan terbabit. Rancangan struktur negari(RSN) akan diubah mengikut kehendak mereka dan sekaligus merencatkan sebahagin masterplan Rancangan Fizikal Negara(RFN) yang telah dirancang sebelum ini. pihak mereka seringkali cuba mendapatkan bajet sebenar ATM dan inginkan iventori peralatan kelengkapan spesifikasi yang ada didalam simpanan ATM, mempertikaikan pembelian pembuatan LCS kereta perisai dan pelbagai lagi adalah untuk mendapat maklumat sulit mengenai perkara tersebut. seharusnya pihak Menteri pertahanan, menepis segala tomahan serta perlu tindakkan saman terhadap fitnah dilakukan.DSNR perlu kaji semula mengenai plan memindahkan lapangan terbang sg besi. seharusnya ia dikekalkan bagi tujuan kecemasan warga KL suatu hari nanti dimana pada pandangan saya ia boleh menjadi tempat kordinasi bencana, apa yang saya harapkan dari lapangan terbang tersebut ada laluan yang luas ke terowong smart, ia bole dijadikan tempat berlindung.
Lynas
Isu kilang pemprosesan nadir bumi ini cukup hangat diperkatakan dan sering dilaungkan bahaya kepada kesihatan tapi adakah anda tahu monitor PC Tablet Handphone lampu simen mircowave, senang cerita peralatan elektrik elektronik mahupun bahan campuran kimia boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan. kesemua itu mempunyai tahap radiasi dan kimia yang tersendiri dan kesanya adalah bergantung pada caramana kita menggunakan serta tempoh pendedahanya. oklah anda semua gosok gigi pakai ubat gigi florida dan berkumuh dengan air terawat berklorin, jika salah satu kandungan klorin atau florida tinggi ini akan menyebabkan masalah kesihatan kepada anda, tak percaya? tanya doktor.Untuk makluman pembaca setiap apa projek impak tinggi sebelum dimulakan akan dibincangkan dan diberitahu kepada pemimpin tempatan. sepatutnya beliau memprostes sebelum penilaian awal tapak(PAT) Enviromental Index Assesment (EIA) dan pelbagai kajian dilakukan, mengapa setelah kilang hampir 80%90% siap baru terhegeh hegeh protes? ok kita tengok game ini, andai ada penduduk tempatan termakan dakyah bahawa bahaya radiasi seolah macam radiasi nukler, maka ekonomi disitu akan drop dan nilai hartanah akan turun mendadak. dan dikesempatan itu mereka ini akan borong hartanah disitu. komposisi penduduk akan berubah dan nilai undi juga akan berubah. Sepatutnya pada saya mereka harus bimbangkan mengenai buangan terjadual yang terhasil dari proses dan dibuang dengan sempurna oleh pihak berkenaan.

Tahun 2013 krisis ekonomi

Krisis yang terjadi bukanlah sampai semua orang hilang pekerjaan, tiada tempat tinggal dan sebagainya yang buruk tapi melibatkan krisis kemanusiaan, makanan,kesihatan, keselamatan, politik, dalam posting lepas lepas saya ada ingatkan tentang masalah yang timbul hasil dari ketidakstabilan tersebut. sebagai ingatan kepada semua, fahami puasa dan zikir, insyaallah ia akan menyelamatkan anda disamping itu juga kita sediakan apa yang patut seperti stok makanan, alatan, ubatan kesihatan serta rancang pebelanjaan supaya dalam menyelamatkan sedikit diri kita dan keluarga serta masyarakat secara am.

Akhir posting, marilah kita buka minda hati naluri untuk fahamkan sesuatu isu dengan mengikut cara yang ditetapkan yakni kaji, buat perbandingan sesuatu pekara agar tidak terjerat dengan game lagi hebat untuk tahun hadapan.

Selamat maju jaya pasukan harimau malaya, jangan leka dengan gol awal

Thanks kerana sudi membaca....

 

3 comments:

wangsa said...

as salam sdr OrgOrg,

kupasan yg sgt kritis ttg bgmn thh menggunakan jarum yg paling super halus dlm manipulasi undi - re-organize, re-arrange, re-distribute dan segala 're' yg mereka boleh lakukan utk mengambil kesempatan mengunakan sihir demokrasi bagi menguasai tampuk pemerintahan tanah melayu

buat apa saja yg boleh dilakukan - sedikit-demi sedikit demi utk menang undi majoriti dlm game sihir demokrasi - seumpama anai2 yg boleh saja meruntuhkan sebuah istana jika tidak cegah sedari awal

ttg lynas - sempoi je para kontraktor terutama non bumi menjadi pembekal kpd projek kontroversi itu.....seolah2 tiada apa yg berlaku

. said...

Salam,

Jalan 'terang'..
'Luas' menanti aku..
Dengan dendang irama 'hidup baru'..
Dibelai 'cintamu'..
Hilang dendam.. lenyap ia sendiri..
Datang 'tenang'..makin ku hayati..
Makin 'lapang' dadaku..ku rasa 'sentosa'.......

Ku yakin disana ..gelap yang tiada..
Kesan satu 'cinta'..
Terpancar 'cahaya'..jelas segalanya..
Hanya sinarmu yang mampu memberi 'cinta' itu.......

Dengan 'aman'..senyumlah sepuasnya..
Jauh 'berbeza'..bagai yg dirasakan..rasa yang disini..
Itu satu 'rahsia' hanya tersendiri..
Itu satu 'iringan'..nyanyian mimpi..

..Hanya mainan dan tipudaya belaka..

..Solat selagi nafas.

OrgOrg said...

wsalam wangsa

yea.. bab itu mereka memang sapu abis, duit adalah ibarat tuhan kepada mereka...

hi .
:)