Salam
hormat kepada semua, bagaimana sambutan hari raya anda semua? dan bagaimanakah
perasaan anda tentang hari kemerdekaan malaysia? apa jua pun diharapkan anda
semua gembira sihat hendaknya. syukur kepada Allah kita masih lagi diberi
peluang untuk berada didalam jasad untuk terus hidup sehingga waktu yang
ditetapkan
Allah
telah berfirman
Dan
pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya
kecuali Dia sendiri.” (Al An’am : 59)
“Sesungguhnya Allah, hanya
pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang hari Kiamat; dan Dia-lah yang
menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. dan tiada seorangpun
yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. dan tiada
seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana Dia akan mati. Sesungguhnya Allah
Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. (Luqman : 34)
Ya Mati setiap yang
hidup pasti akan merasai kematian tidak kira haiwan tumbuhan bintang dilangit
organisma dan apa jua bentuk hidupan yang Allah jadikan.Namun fokus saya
hari ini adalah tentang kematian. andai ditanya kepada anda semua pasal mati
tentu akan takut, takut itu terjadi kerana
1. Dosa
2. Harta Benda\ Hutang
3. Keluarga
itulah yang biasa terjadi
dikalangan insan biasa didunia tidak kira darjat keturunan mahupun amalanya.
Kubur Setiap Hari Menyeru
Manusia Sebanyak 5kali
1. Aku rumah yang
terpencil, maka perbanyakan membaca Al-quran
2. Aku rumah yang gelap,
maka terangiku dengan solat diwaktu malam
3. Aku rumah penuh tanah
debu, maka bawalah amal soleh menjadi hamparan
4. Aku rumah haiwan
berbiasa, maka Bismillah sebagai penawar
5.Aku rumah soal jawap oleh
Malaikat Mungkar Nankir maka bacalah Laa illallah Muhammadur Rasulullah"
supaya kamu dapat menjawap kepada nya
Firman Allah SWT;
Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu
mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian
kepada-Nya kamu dikembalikan"
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)
Adapun
tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan
ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada
tanda-tanda ini.
Rasulullah
SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan
sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal
hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan
memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk
menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan
segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika
sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu
Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika
Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat
-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah
berlaku zalim kepada hambanya.
Tanda-tanda
yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat
dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua
tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala
orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan
terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada
Allah SWT
Dikisahkan
ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka
berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah
menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya.
Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah
semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar
kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar
dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah
yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.
Kemudian Allah
memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika
tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya.
Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di
tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga
barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.
100 hari sebelum kematian – Ini
adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh
mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan
mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan
berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut
sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum kematian – Tanda
ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari
pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan
mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih
akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian – Adapun
tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah
kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya
berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian – Pada
ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara
dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas
itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan
urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita
tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian
sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk
ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.
1 hari sebelum kematian – Akan
berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah
belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Hari kematian – Akan berlaku keadaan di
mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan
turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini
hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan
kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Baginda Rasullullah S.A.W
bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu
kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari
lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu
kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai
ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu
kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke
kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.
Sambung Rasullullah S.A.W.
lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail
akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu
dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat
syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini
adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada
sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan
menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat
kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang
disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka
yang akan menjadi tempat tinggalnya”.
Rahsia sebuah doa
Sifat Allah adalah MAHA
Pemurah Penyayang adalah kunci untuk umat Muhammad boleh memohon dipanjangkan
umur dan kesihatan. Dalam perihal doa adalah bergantung kepada niat seseorang
itu.
Umur Umat Muhammad
Hadis ini hadis hasan,
diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, katanya: Rasulullah saw telah bersabda: Umur
umatku diantara 60 ke 70 tahun, dan tidak ramai yang melebihi daripada itu Riwayat
Imam Tirmizi.
Sistem Hari Mengikut Islam
apabila berlaku pertukaran siang dan malam adalah diukur apabila masuknya waktu maghirb, dari waktu asar hingga maghirb adalah waktu pertukaran zon waktu dimana pada waktu ini akan berlaku kecelaruan pada sistem didalam tubuh badan, sbb itu Nabi tidak benarkan tidur selepas Asar ditakuti menghidapi penyakit seangkatan gila. maksud sesudah asar ini tidak pasti bila akan berlaku, adakah waktu seawal asar ataupun penghujung waktu asar hanya Allah saja yang tahu.
Taubat
apabila hampir sampai kepada hari kematian taubat adalah tertutup untuk anak adam tersebut, walaubagaimana pun semua ini bergantung kepada Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang.
Kematian ia adalah sebahagian pekara yang menjadi rahsia, tiada siapa yang boleh tahu waktu bilakah akan mati sesorang itu cuma boleh diberi pertunjuk sahaja. dan kalau pun seseorang yang hampir pada kematian, maka dia tidak akan boleh berkata yang dia akan mati kepada orang sekelilingnya kerana terkunci mulutnya mengenai mati.
Oleh yang demikian sama samalah kita berdoa akan mati dan kekal didalam islam, adapun yang disampaikan ini sekadar petunjuk untuk tingkatkan diri kita supaya dapat memperbaiki diri dan keluarga
insyaallah
2 comments:
Ketika datang dahulu kosong,pulang juga begitu...
Datang dari dia,pulang juga kepada dia...kemana lagi arah dan tuju?
Cuma saat datang dahulu zikirnya tangisan..
Moga pulang nanti zikirnya senyuman.
terima kasih tuan
itulah kita diberi pinjam
kejap je tak lama
Post a Comment