Salam Hormat
Sedar atau tidak kita telah memasuki bulan syaaban, ya tak lama lagi bulan ramadan sungguh pantas masa berlalu. semenjak awal tahun 2012 kita mungkin sedar atau leka tetang apa yang berlaku, jika anda sedar syukurlah anda bukan tergolong dalam tong najis.jika anda kaji perjalanan malaysia hari ini pasti akan membawa petunjuk menghancurkan islam sedang rancak berlaku.
Bagaimana?
Melalui orang melayu itu sendiri, sejarah banyak mengajar sesuatu perkara dan Al-quran pun ada bercerita sesuatu yang berulang ulang, sesungguhnya ia memberi peringatan jelas tentang bagaimana perjalanan dunia ini berlaku. ada pun melayu malu mengaku melayu kerana lebih islam dari bangsa lain itu tidak mengapa cuma janganlah dipesongkan pemikiran orang melayu yang kosong. anda semua tahu bahawa majoriti melayu malaysia adalah Islam. melayu islam atau islam melayu ia ibarat isi dan kuku, sebut saja melayu semua kaum tahu bahawa melayu itu islam dan siapa pula orang islam di malaysia? dan majoritinya adalah melayu serta tidak dinafikan ada kaum lain beragama islam.
Libralisma Merit
Ini adalah racun paling mujarab untuk orang melayu, melayu dihapuskan secara sistematik didalam banyak hal sejak kemerdekaan negara yang lalu mengikut definisi pelembagaan dan polisi kerajaan, namun tidak bagi saya. untuk merdeka kita dipaksa menerima syarat yang mengheret kepada pepecahaan kaum dinegara kita. pihak mereka sedar bahawa salah satu cara paling efektif dengan mengamalkan dasar pecah dan perintah melalui sistem ini mereka berjaya mengasingkan melayu dengan masalah jati diri tidak kenal akan asal usulnya serta bergaduh sesama sendiri.
Islam adalah agama rasmi
Sesungguhnya ia termaktub didalam pelembagaan negara dan tidak boleh dinafikan, namun atas dasar libralisma dan merit ia telah dipertikaikan dan musuh yang mempertikaikan adalah melayu seterusnya barulah bukan melayu turut serta menjadi nasi tambah didalam meracuni fikiran rakyat, atas dasar inilah dipertikaikan oleh orang bukan melayu yakni bukan islam, soalan biasa mereka mengapa boleh bina masjid besar besar? baca doa waktu perhimpunan/majlis/acara dan kenapa kami tak boleh dapat hak hak sedemikian? maka berkokok la si melayu islam yang libral menyokong kenyataan dari orang bukan islam. bahkan ada yang malang sekali menteri dan orang dikatakan mahir agamanya membenarkan penerbitan perkongsiaan nama Allah, aduh malang sekali. oklah memang Allah pencipta alam ini tapi kalau nak mengaku Allah itu tuhanya wajib agama ISLAM.
Saya nak tanya kepada orang bukan islam dan orang islam yang sokong perkongsian Allah, kalau allah kamu ada tiga, yang mana satu lebih utama? kalau anda terlebih doa kepada tuhan anak @ roh kudus, tuhan bapak tak marah ke? Bergini sajalah kepada orang bukan islam, anda tidak perlu pertikai kenapa masjid banyak dan besar besar ini kerana berdasarkan pelembagaan jadi ia menjadi kelebihan kepada umat islam dinegara ini. duit duit membina masjid adalah dibantu oleh kerajaan GLC dan agensi seperti Pusat zakat serta derma orang awam. berbalik kepada persoalan saya tadi, saya mohon anda yang bukan beragama islam, marilah hijrah kepada islam sebab Allah orang orang islam hanya ada satu sahaja, kalau kamu berdoa, ibadat atau apa apa saja hanya satu sahaja tiada dua atau tiga kamu meminta kepadanya. Allah orang islam yang satu akan marah jika kita orang islam tidak ikut apa yang disuruhnya, tapi bayangkan ade 3 tuhan kalau satu sayang kamu dan 2 lagi marah kamu tidak ke pelik? dan dari segi majoriti 2 dah marah dan 1 sayang kamu jadi apa jawapanya dari segi majoriti? andai kamu ini ke syurga hakiki maka pilihlah ISLAM, jangan pandang kepada melayu yang tak seberapa islam, islam bukan terletak pada melayu tapi islam itu letak didalam diri setiap hambanya.Ingat bahawa jika kamu semua sokong akan demokrasi dan merit maka wajib kamu hormat hak agama Islam di malaysia.
Polemik hudud dan qisas
Hmmm satu virus yang tidak berkesudahan, adapun parti yang mendakwa islam asas perjuangannya namun parti itu GAGAL kerana tidak implimentasikan TOTAL dinegeri kekuasaan mereka, mereka lebih takut dan hormatkan pelembagaan persekutuan sepertimana yang dicanangkan oleh mereka "ini pelembagaan penjajah kafir direka lord reid" "mahafirau mahathir tak benarkan kita laksanakan hudud" itu adalah menifestasi tentang persepsi rakyat kepada kerajaan sedia ada.Kalau mereka berani dan tahu bahawa Allah bersama orang-orang yang benar mengapa tidak dilaksanakan terus saja? adakah mereka lebih hormat pelembagaan kafir dari Allah. Saudaraku, itu adalah pekara asas yakni keyakinan kepada Allah pun kalau tiada dihati mereka bagaimana pula hendak memerintah negara dengan mengamalkan sistem demokrasi kafir, anda semua sedia maklum kerusi ingin ditandingi DAP (90) PKR (66) PAS (66) jadi dari segi merit siapa yang berkuasa? dan amat malang lagi mereka tidak sedar ke permainan kafir sehingga sanggup hendak serahkan kerusi untuk beri laluan calon melayu dari DAP @ PKR apakah mereka lupa bahawa saudaranya UMNO telah terkena permainan mereka sehinggakan P.Pinang tergadai lesu tanpa sokongan pembelaan MCA/GERAKAN. Dan amat malang juga UMNO kerana tidak berani tutup mulut CSL dan pemimpin komponen mengenai Hudud.
Berdoa
Sebagai umat islam, doa adalah pemintaan, hajat, keluh kesah dan pelbagai takrifan. ramai orang islam lupa mengenai doa. Berdoalah kepada Allah kerana DIA akan dengar segala apa yang ada dihati kita.berdoa boleh dilakukan dimana mana asalkan tempat yang sesuai dengan hati yang ikhlas.
Siapa pengkhianat?
Pengkhianat islam dimalaysia hari ini adalah dari kalangan pemimpin dan think tank umno kerana memecahkan majoriti kerusi melayu, serahkan kerusi melayu kepada bukan melayu serta membuat dasar tidak memberikan keuntungan kepada melayu islam. saya berharap amat sangat kepada DSNR menilai dengan teliti tentang keadaan semasa sesuatu tempat sebelum diletakkan calon, jika majoriti melayu sila pulangkan kerusi tersebut kepada yang hak, mungkin ada bertanya kenapa saya fokuskan kepada umno? kerana umno pemegang deposit kerusi melayu islam, jadi amatlah penting umno membuat kira-kira yang betul sebelum terlambat seperti Pulau pinang.dan tidak lupa kepada parti yang lain membantu proses kehancuran melayu islam.
Bahasa
Sudah 50 tahun lebih dikatakan malaysia merdeka, namun masalah pokok mengenai bahasa tetap timbul dan tiada kesudahan jika parti utama tidak tegas didalam menjalankan agenda nasional. kerana terlalu bertolak ansur bahasa jawi terhapus dan masa sama puak rasis ini terus memperjuangkan bahasa ibunda mereka. sepatutnya mereka sedar bahasa adalah penting didalam komunikasi. lihat saja hari ini ramai diantara mereka tidak fasih berbahasa melayu, lintang pukang bahasa melayunya bahkan tidak tahu berbahasa melayu pun masih ada ketika ini. malangnya pemimpin melayu hari ini membenarkan apa yang mereka mahu yakni kekal didalam bahasa ibunda. mereka makin kurang ajar dengan berpakat sesama mereka mendesak kerajaan menerima sijil-sijil sekolah mereka untuk diterima masuk didalam IPTA. bagaimana hendak berkomunikasi jika bercakap seperti ayam dan itik? bagaimana pula dengan pengajaran dan pembelajaran yang tidak mengikut agenda nasional mengenai perpaduan?. kenapa TDM memperkenalkan ppsmi? itulah jalan boleh dikatakan terbaik untuk menyatukan antara kaum dimalaysia dari segi bahasa dan merapatkan jurang kefahaman bahasa inggeris antara melayu dan bukan melayu, cuba anda lihat dimana bukan melayu walaupun tidak fasih bahasa melayu mereka menggunakan bahasa inggeris. jika ada yang mendakwa ppsmi lari dari agenda nasional ia tidak lari kerana kita mengikut keadaan global dimasa pelbagai takrifan dan ilmu didalam bahasa inggeris. soal mengabaikan bahasa melayu tidak timbul kerana ia hanya untuk dua matapelajaran tersebut.
Ekonomi
Jika kita lihat diri sendiri berapa banyak hutang kita ada? berapa ramaikah antara kita orang islam semaikan perniagaan itu kunci kekayaan didunia dikalangan anak-anak rakan taulan dan masyarakat melayu islam dimalaysia? apa silapnya agenda kerajaan ketika ini didalam membantu orang melayu islam? ia adalah Pematauan dan tiada rekod teperinci. Apabila pekara itu tiada, maka penyelewengan berlaku dan segala sumber kewangan tidak dapat disalurkan kepada mereka benar benar hak. cuba kita lihat orang bukan melayu apakah kekuatan mereka? kekuatan mereka adalah terletak kepada kesepakatan, tiada irih hati dan sentiasa memberi sokongan kepada kaum mereka, hasilnya 90% ekonomi mereka kuasai kenapa saya kata 90% ini adalah berdasarkan keadaan semasa kuasa ekonomi malaysia hari ini. jika anda peniaga tentu akan merasa susah kerana hampir semua bidang mereka kuasai dan telah maju kehadapan berbanding melayu islam. anda lihat bagaimana mereka boikot tokoh peniagaan melayu didalam mengambil alih pelabuhan di pulau pinang, jika berjaya ia bakal menjadi masalah kepada negara dimana aktiviti kurang sihat akan lebih bebeluasa tanpa kawalan dari pihak kerajaan pusat dan hasil pecukaiaan tidak dapat dijalankan dengan teratur.
akhir posting kita ada 10 hari lagi sebelum bertemu bulan penuh berkat(yakni ramadhan) didalam bulan Allah ini mohonla apa apa jua kebaikan, anda perlu ingat doakan kepada nabi muhamaad umat islam ibu bapa diri sendiri keluarga supaya akan beroleh keberkatan didunia dan akhirat
insyaallah
2 comments:
assalamualaikum tuan
saya merupakan silent reader blog tuan semenjak 2 tahun yg lalu, n apa yg menarik hati sya sbg pembaca blog tuan, adalah isi kandungan artikel tuan yg penuh membangkitkan fikir n kesedaran mengenai keadaan sekeliling kita.
keep it goin n fresh!
waalaikumussalam
terima kasih kerana sudi menjengah..
menjiwai keadaan sekitar dapat memberikan saya sedikit ilmu Allah dan dikongsi bersama
Post a Comment