Monday, April 2, 2012
Terpulang
Mohon maaf kerana tiada posting sebarang pandangan sejak beberapa minggu yang lalu disebabkan sedang meneliti keadaan semasa serta perubahan alam di malaysia ini.
"You take the blue pill, the story ends, you wake up in your bed and believe whatever you want to believe. You take the red pill, you stay in Wonderland, and I show you how deep the rabbit hole goes." morpheus matrix
itu adalah sebahagian dialog didalam filem tersebut, namun realitinya bebeza dengan keadaaan semasa di malaysia.
"jika anda ambil pil biru anda kekal dalam alam khayalan, jika anda ambil pil merah mimpi indah akan berubah sekelip mata anda" versi malaysia
Didalam artikel ini saya tidak mahu bias kepada mana mana kerajaan BN atau PR kedua dua mempunyai kelemahan, kelemahan yang tidak mahu dibaikpulih cuma sentiasa didalam "zon selesa" jika anda semua buka mata minda hati nurani insyaallah anda akan tenang didalam membuat keputusan.
SPR telah membuat tawaran pendaftaran pengundi sehingga ahad yang lalu kepada sesiapa saja untuk mendaftarkan diri didalam pengundi untuk PRU akan datang namun keputusan saya untuk tidak menjadi mangsa akan tetap sampai bila bila kecuali kerajaan yang ada meninggalkan sistem zionis bawaan british ke tanah melayu ini dengan sistem yang benar benar islam tulen.
Anda semua lihat undang undang merapek wal karuti, saman parking pun RM100 tapi aweks menari tiang kena denda RM25 wow.... sungguh lucu dan mempersendakan Islam, kesan daripada hukuman membawa fahaman rosak kepada orang bukan islam mengenai islam.
DSNR adalah seorang general perang tanpa askar, nice word dari TDZ (daim) itulah yang dialami oleh beliau segala usaha untuk memperbaiki kerajaan tidak disambut baik oleh ahli politik BN. saya mempunyai pandangan sama mengenai PRU yang akan datang dengan analisa beliau, DSNR tidak bole pandangan ringan apa yang diluahkan.tiga negeri yakni melaka johor pahang boleh dikatakan kubu kuat untuk BN.
Seperti dalam posting yang lalu berkemungkinan besar calon DAP dari melayu dinegeri sembilan perak kedah serta bumiputra sabah dan sarawak akan cuba dibawa oleh DAP didalam PRU ini bagi mengekalkan dominasi kuasa didalam PR. dan jangan lupa bahawa calon-calon BN dari parti komponen MCA MIC Gerakan dan parti dari sabah sarawak akan twist kepada PR.
Sabah seperti posting lalu, memohon pulangkan kerusi pinjam kepada parti komponen yang berhak bukan serah pada gerakan, DSNR.. anda mahu menang atau kalah? lupakah permainan mereka di Pulau Pinang? dan siapakah serta asal usul parti asal mereka.?
Drama queen DSSJ (kak jat) ini adalah satu parasit didalam BN, berlakon drama akan meletakkan jawatan walhal tarikh yang dinyatakan adalah tempoh akhirnya lantikkan senator, mengapa DSNR menghalalkan lakonan beliau, rakyat tidak lagi bodoh hendak ditontonkan wayang sebegitu, tolonglah harap DSNR buang orang-orang yang ada kontroversi diadalam kerajaan pimpinan anda.
DSNR, perlu menjaga hati perasaan kakitangan awam dikalangan tentera, jangan di anak tirikan mereka deposit undi untuk kerajaan anda.Berikan mereka skim gaji yang lebih baik, tingkatkan aset ATM supaya mereka penuh motivasi dan dedikasi dalam menjalankan tugas kepada agama dan negara.
Umum semua telah tahu dan lihat pelbagai usaha promosi baik BN dan PR dikawasan mereka dengan menggantung bendera banner dan pelbagai usaha penerangan mengenai dasar parti yang akan bertanding, berdasarkan perkiraan saya PRU berkemungkinan besar akan berlansung sekitar hujung tahun ini jikalau beliau tidak sabar untuk menguji jentera pilihanrayanya, berdasarkan pekiraan saya BN akan menang dengan majoriti yang sedikit ia memberikan sedikit kesukaran kepada BN nanti., eloklah dilakukan pada tahun hadapan kerana ia akan memberikan masa membaikpulih dalam merencanakan program ETP dan GTP serta bajet negara perlu dibentangkan pada bulan 10 maka barulah PRU dilakukan dalam masa cuti sekolah hujung tahun ini.
"That system is our enemy. But when you're inside, you look around, what do you see? Businessmen, teachers, lawyers, carpenters. The very minds of the people we are trying to save. But until we do, these people are still a part of that system, and that makes them our enemy. You have to understand, most of these people are not ready to be unplugged. And many of them are so inured, so hopelessly dependent on the system, that they will fight to protect it".
Saudara saudari yang budiman serta dirahmati Allah, saya faham kita adakalanya tersepit diantara tanggungjawap dan kehendak agama. Dimana ada sedia maklum mengenai perjalanan politik malaysia penuh karut marut dan tipu helah demi mendapatkan kuasa dan wang ringgit, tidak dinafikan ada yang berjuang dijalan Allah dengan jujur amanah dan sabar namun mereka terperangkap dengan permainan duniawi kerana terikat dengan wang ringgit.Tidak kisahlah parti apa yang anda undi sokong serta perjuangkan namun tetapkan dalam hati anda ingin mengubah masa depan agama negara dan bangsa.
Saya amat berharap anda semua dapat membuat penilaian sedalam dalamnya dan renung sejauhnya tentang setiap keputusan yang dibuat supaya kita menyesali dan dikutuk hina oleh genarasi akan datang, lupakah kita pada sejarah bangsa melayu yang mempunyai jajahan takluk amat luas tapi kemana itu semua menghilang? hilang kerana kegagalan, emosi, nafsu, fikiran dan akhirnya orang melayu menjadi musuh kepada bangsanya sendiri sehinggakan seorang prof. berkata tiada wujudnya pahlawan melayu tersebut sekaligus membunuh semangat orang orang melayu. betul kata anda semua islam lebih penting dari melayu cuma didalam konteks malaysia, melayu adalah dominan kepada islam walupun islamnya seperti kapal selam tenggelam timbul tapi dihati sanubari masih terdetik sayangnya kepada agama..mungkin anda semua mahu menjadikan negara ini seperti indonesia yang penuh masalah dimana kerajaan mereka tidak mampu mengurus tadbir negara dengan baik berbanding malaysia?
Didalam dunia yang penuh tipu muslihat ini, malaysia adalah sasaran zions didalam membendung kebangkitan umat akhir zaman, malaysia sejak dari dahulu lagi amat liat dan sukar ditewaskan dengan kekerasan tapi dengan tipu helah, dan teori tipu helah ini sedang digunakan sekarang melalui proksi utama mereka serta dibantu para NGO dan zombie politik totok. dan amat malang sekali parti politik bertunjangkan agama gagal didalam pejuangan mereka dalam menjadikan mereka role model contoh pemerintahan terbaik didalam negara. mereka mendakwa sentiasa betul kerana berteraskan agama, tak mengapa sampai disana mereka akan dipertanggungjawapkan dengan segala janji janji indah yang ditaburkan.
Sejarah itu sebahagian dari ilmu dan wajib dipelajari, dan sejarah akan pasti berulang cuma proses dan tempoh sahaja yang berbeza, trend orang melayu menyokong parti doktrin zionis adalah sesuatu amat sukar diterima, mengapa perlu memohon bantuan dari mereka? apakah lupa bagaimana hilangnya singapura? parti zionis ini sesekali tidak akan bersetuju dengan agama mu serta keturunan melayu, apa yang didendangkan adalah khayalan dan dongengan, bermula dengan ungkapan "bermain dipadang rata, sistem merit" mereka mengubah dah pemikiran muda mudi yang kosong hatinya. lihat bagaimana malaysiakini menjadi tempat spin pelbagai isu serta membenarkan komen-komen tidak membina lansung untuk negara bahkan penuh cacian hinaan dan jika anda teliti mereka adalah melayu, sungguh sedih.
Adakah anda semua telah bersedia untuk berubah arah berdasarkan permainan mereka?atau anda masih setia menanti sedia ada ataupun anda terpaksa membuat pilihan? terpulanglah jangan disesali apa yang akan berlaku, bibit bibit kehancuran telah sedia kelihatan, oklah mungkin mendakwa saya bias kepada BN ia tidak sekali.. baiklah saya berikan pandangan naluri jika PR memerintah.Jika mereka berjaya menguasai putrajaya untuk proses 5 tahun yang petama adalah syurga bagi rakyat malaysia dan didalam 5 tahun tersebut pelbagai akta dan undang undang akan digubal mansuh dan digunakan semula untuk tempoh 5 tahun akan datang. ia bagi menjamin kelansungan kuasa mereka.yang paling untungnya US zionis akan mendapat tempat dikawasan sabah, ini bagi mengimbangi kuasa china dirantau asia. percaya atau tidak singapura akan kembali menyertai malaysia.
"sooner or later you're going to realize, just as I did, that there's a difference between knowing the path, and walking the path"
Sekian terima kasih sudi membaca
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment