Sunday, April 22, 2012

Lembik longlai

orang melayu kini lembik longlai mcm dadar gulung.


Hai semua maaf lewat update

Tentu biasa dengar,sebut dan melihat perkataan lembik dan longlai? jika ya maka itulah yang dapat digambarkan suasana politik orang melayu islam di malaysia, para pemimpin bergaduh dengki khianat berebut kuasa caci makian dan pelbagai pekara buruk berlaku kepada orang melayu hari ini

Sejak dari tahun 2008 momentum bencikan kerajaan disemai dan dibajai dengan pekara yang dusta serta tiada kaji selidik terhadap sesuatu pekara, rakyat khususnya melayu terpana dengan pelbagai dakyah serta cerita cerita yang membenci kerajaan, dalam hal ini saya bukan penyokong kerajaan tapi cuba memberi gambaran tentang proses kehancuran yang sedang bergiat cergas.

Sejarah pasti berulang, dan sesungguhnya Allah sukakan keganjilan dan pekara yang berulang ulang. didalam dunia ini Allah beri kita akal fikiran dan benarkan kita mentadbir dengan cara sendiri namun DIA tegaskan perlu selari dengan kehendaknya, namun apa yang berlaku dunia hari ini telah dicaturkan oleh orang luar sejak runtuhnya empayar melayu nusantara, melayu beterusan lemah dan dilemahkan sehingga merasa hina menjadi melayu bahkan sanggup tidak mahu menjadi melayu, malang nasib melayu.

Pada pertabalan SPYDPA Malaysia telah disusuli pada petangnya tempias gegaran gempa bumi dari kawasan lautan berhampiran sumatera, dan kejadian mencium keris dengan senget oleh YDP Agong memberikan sedikit peringatan bagi mereka yang memahami alam ini.

Apa yang berlaku
sesungguhnya saya bukan peramal tapi seorang yang suka membaca sesuatu masej tersembunyi yang disampaikan oleh NYA. kejadian tersebut memberikan hint bahawa sistem raja berpelembagaan akan cuba digugat ataupun tergugat, dan senget mencium keris menunjukan bahawa usia yang jitu perlu dalam memerintah sesebuah negara. kejadian gegaran gempa itu boleh dirasai sekitar semenanjung tidak seperti sebelumnya hanya beberapa kawasan sahaja memberi hint kemungkinan republik of malaysia.

Apa benchmark saya mengenai usia?
mari rujuk usia nabi kesayangan seisi alam yakni nabi muhammad s.a.w, berapakah umur baginda semasa wafat? pada usia berapakah baginda menyampaikan khutbah terakhir? pada usia berapakah baginda dilantik secara sah sebagai pemimpin? kadangkala kita sering sambut hari lahirnya berselawat bergema tapi sebenarnya tidak memahami apa yang Allah beritahu secara senyap.. usia 40an adalah waktu stabil bagi seseorang lelaki dan usia 60 adalah usia terbaik untuk besara jika lebih itu sebagai bonus masa tambahan.

Apa perlu dilakukan
saya syorkan majlis raja raja bersidang dan memutuskan bahawa had umur untuk memerintah tidak lebih dari usia 60thn, jika telah lebih maka perlu digilirkan kepada yang layak.

Tinggal beberapa hari saja lagi demotrasi BERSIH akan dilaksanakan segala persiapan zionis makin kepuncak, 2013 makin hampir sihir no 13 akan digunakan didalam membantu segala usaha mendapatkan tanah melayu. fahami maksud TANAH MELAYU, ia adalah jelas bahawa nusantara ini milik orang melayu yang terdiri dari pelbagai suku. Habis orang asli bagaimana? mereka juga melayu, bezanya mereka melayu darat yang tinggal dilembangan sg, lembah dan kawasan hutan gunung belantara. dan melayu yang berkembang biak serta membiak bersama gentik bangsa lain ialah melayu pesisir atau dalam bahasa sains melayu proto dan melayu deutero.

Masih malukah anda bergelar melayu? jikalau malu saya tak mampu berkata apa, terima kasih juga kepada TDM kerana beliau melayu dikenali oleh negara luar. jika tidak tentu tidak dikenali bahkan lagi terasa malunya, jika anda pernah keluar negara dan disapa oleh orang tempatan "are u malay, malaysia?" if yes mereka akan kata good walhal dalam hati teruk sebenarnya negaraku.. jika anda keluar negara sekitar asean mereka akan cuba mendapatkan anda sebagai pelanggan..

Untuk memahami ape yang dirancangakan oleh mereka, anda boleh rujuk posting-posting yang lepas kerana ia benar benar digunakan didalam merancang kejatuhan sebuah kerajaan melayu islam.

Sebenarnya PAS tidaklah untung sama sekali didalam kerjasama dengan pakatan DAP PKR, mengapa? berapa kerat tah orang melayu islam yang sokong mereka disaat lemahnya perpaduan melayu serta pegangan agamanya, dan kerusi PAS dalam pakatan berapalah sangat? mampukah mereka diberi peluang sebagai pemimpin utama dalam pakatan? tidak sama sekali sejarah perak ada pengajaranya dimana jawatan yang mempunyai kepentingan akan diambil oleh ahli ahli DAP/PKR dan jawatan yang tidak strategik akan di isi oleh PAS.

tertarik dengan ulasan "Ustaz Nik Mohamad Abduh."
"MCA lebih jelas menolak Islam berbanding DAP yang lebih sedia mendengar?"

wah ustaz, adakah dengan mendengar itu sudah ada tanda terima dari DAP? lupakah firman Allah yang orang kafir tidak setuju dengan apa yang kamu kerjakan adakah lupa?

"Hubungan PAS-DAP yang berprinsipkan hak kebebasan dan kesamarataan ada...lah lebih KUKUH dan ADIL berbanding hubungan UMNO-MCA yang berasaskan perkauman dan persetujuan bersama menolak ugama dalam politik?
"

orang orang PAS celikkan mata mu tentang hak kebebasan dan kesamarataan, adakah kamu wakil wakil PAS diberikan kedudukan didalam ahli majlis bandaraya jika ya, adakah ia jawatan yang penting? jika tidak maka satu kerugian terhadap orang melayu, hendak bela islam bererti PAS juga perlu bela melayu kerana majoriti islam adalah melayu. kalau tidak mengikut kaum dan keutamaan serahkan badan berkaitan agama pegawai pentadbirnya org bukan islam, adakah berani? jika UMNO tolak islam mengapa dijemput juga orang bukan islam didalam pemerintahan UMNO, adakah ustaz ini lupa kata katanya.

"Sebuah kerajaan tanpa penglibatan non-muslim di negara kita adalah mustahil?"

ok cukuplah nanti kena serang pula dengan orang orang yang tertutup mata hatinya dan saya beralih kepada PKR.

Yea PKR parti anak beranak dan kawan kawan baik serta kecewa dengan UMNO macam Semangat 46. asas penubuhan untuk meraih simpati terhadap DSAI bermula refomasi jalanan sehingga menjadi sebuah parti politik atas dasar DSAI. PKR sebuah parti yang penuh dengan orang orang kecewa dengan UMNO kerana tidak tercalon, kalah, tidak puashati, dengki, ingin kuasa segera dan yang pasti sebuah parti yang penuh dendam kesumat dan benci gilababi. PKR dilihat mampu untuk meraih sokongan orang melayu berbanding PAS ini kerana PKR wujud didominasi oleh golongan muda yakni para mahasiswa siswi kesan dimana zaman DSAI sedang naik kepuncak kuasa didalam kerajaan yang memerintah.

Tapi adalah malang juga, dan benar kata kata TDM bahawa melayu mudah lupa kenapa? DSAI semasa puncak kuasanya beliau telah menempatkan orang orang kepecayaan beliau didalam kerajaan ini bertujuan sebagai deposit untuk mendapatkan rahsia, mudah mengawal selia dan cuba untuk monopoli. Saya tabik dengan semangat DSAI didalam mengharungi permainan politik, beliau mempunyai daya penarik terhadap golongan muda dengan aspirasinya.

DSNR dan UMNO
DSNR, beliau seorang pemanipulasi keadaan, saya percaya bahawa PRU tidak mungkin diadakah didalam tahun ini, beliau sedang cuba untuk memancing seberapa banyak sokongan sebelum paluan gendang PRU diadakan, UMNO kini sedang terpalit dengan isu isu NFC, PTPN, MAS-Airasia, FELDA, SPRM dan TabungHaji. beliau seharusnya membersihkan kerajaan dengan mengadakan refomasi didalam pentadbiran dimana.

1. Ahli politik yakni menteri disesuatu kementerian tidak boleh diberikan kuasa penuh dalam hal tuju kementerian dan jabatan kerajaan, menteri bertindak sebagai penasihat.

2. segala undang-undang, garispanduan dan peraturan perlu dikaji semula dan dikemaskini serta kementerian/jabatan yang ada pertindihan kuasa perlu digabungkan bagi mengurangkan kos tadbir urus.

3. menteri yang tidak mempunyai kredibiliti hendaklah digugurkan dari jawatan sebagai contoh menteri pengajian tinggi yang menjawap soalan berdasarkan emosi.

4. rombakan kabinet sebelum PRU.

5. menyelesaikan isu kakitangan awam dengan baik.

PTPTN
jika kerajaan tidak mahu mansuhkan ptptn hendaklah memansuhkan bayaran kos pentadbiran, setiap pemohon perlu ditapis dengan teliti had layak terima ptpn gaji ibubapa hendaklah kurang dari 5ribu ringgit, kerajaan perlu gubal akta potongan gaji secara terus bagi memastikan bayaran ptpn dapat dijelaskan.

atau beri saja kepada semua pelajar namun bersyarat, mereka yang gagal dan tidak cemerlang perlu dikenakan khidmat sosial selama 1tahun. ini bagi mendidik bekas pelajar akan tanggungjawap kepada dana awam yang telah digunakan.

NFC
kerajaan perlu minta kembali rm250 juta.

MAS
selesaikan isu rugi 8billion. dan overpower airasia didalam MAS.

SPRM
sepatutnya SPRM tangkap bapak jerung yang lebih banyak telan duit rakyat dan negara, bukanya kes kes kecil dijadikan rating tentang keberkesanan SPRM dalam menjalankan tugas, dalam hal ini tidak bermakna saya sokong rasuah kecil kecilan ia juga perlu tangani.

Tabung haji.
sebagai badan kewangan yang menjalankan tadbir urus kewangan orang islam yang ini menunaikan haji sepatutnya dana yang ada tidak patut digunakan untuk membeli dan membuat pelaburan yang bukan bidang mereka. ini memastikan halal duit yang digunakan oleh para jemaah haji serta orang awam islam.

Pendidikan
Seharusnya DSNR tidak perlu iktiraf sijil UEC kerana ia akan menggagalkan penguasaan bahasa melayu serta meminggirkan sekolah kebangsaan, boleh dibilang jari tahap fasih mereka dalam bahasa.
saya berharap pemimpin melayu tidak tunduk desakan seperti dahulu tidak mahu melihat tulisan jawi oleh mereka. pendidikan perlu digubal semula subjek supaya bersesuaian dengan peredaran masa.

Orang islam perlu bersatu padu.
siapa orang islam? dalam pekara ini orang islam adalah lebih dominan kepada melayu jadi amat amat berharap sebelum PRU ini dapat sama sama berganding bahu atas jalan Allah untuk kembali kepadanya supaya malaysia akan terus makmur. pemimpin melayu perlu duduk berbincang supaya agenda islam dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur dan memberi penerangan tentang islam terhadap bukan islam, islam menegaskan prinsip adil dan saksama bukan bermakna adil dan saksama itu jika masjid luas 2hektar, maka rumah ibadat yang lain perlu juga 2hektar, ia perlu ada perbezaan kerana islam adalah agama rasmi kelebihan perlu ada padanya.

Pemimpin islam perlu bekerja sama jangan lembik terhadap pelbagai tuntutan yang tidak masuk akal oleh mereka serta tidak membawa kebaikan kepada negara, oleh itu kita orang islam melayu dapat mengamalkan kembali ajaran islam dengan baik, tak mengapa pelahan lahan asalkan anda tahu apa yang dilakukan.

Akhir kata majulah malaysia kerana islam, maju bangsa kerana muafakat dan kesederhanaan

insyaallah...

Monday, April 9, 2012

Ingatlah Mereka Amat Benci Islam

cetuskan masalah
ini adalah satu taktik ringkas dan sering digunapakai oleh sesiapa saja dan dimana saja
jika anda semua membaca pasti akan tahu bahawa satu demo akan dilakukan.


BERSIH v3.0


Yea BERSIH, BERSIH

Tujuan terselindung Bersih

1. membangkitkan perasaan benci terhadap kerajaan.
2. mewujudkan momentun seperti arab spring.

Dan saya percaya mesti ada mengatakan saya tidak pernah tahu apa mengenai bersih, ingin saya beritahu bahawa anda yang mendokong bersih hanyalah kambing hitam untuk satu proses kehancuran sesebuah demokrasi yang dibina berlandaskan sistem zionis, jika dahulu para penjajah zionis menjadi perunding bagi sultan melayu tapi gagal, kemudiaan zionis mewujudkan fahaman komunis, apabila jepun menyerang tanah melayu zionis datang kembali menawarkan ubatan racun kepada kerajaan melayu dan racun itu kini makan dalam terhadap orang melayu.

Benarkah kerajaan ada hubungan dagangan dengan zionis?
Tidak sama sekali, sebaliknya zionis mewujudkan sistem rangkaian ekonomi dengan menggunakan pelbagai syarikat sebagai proksi didalam mewujudkan bantuan ekonomi terhadap negara israel via Amerika.jikalau negara ada hubungan dagangan dengan israel secara terus barulah ia dikatakan sebagai hubungan diplomatik dan perdagangan. adakah sebuah kapal yang didaftarkan di israel walaupun dimiliki oleh syarikat negara lain adalah milik israel juga? kita kena faham beza hubungan terus dan via proksi adalah berbeza sama sekali, jika anda masih mengatakan ya mungkin minda anda telah terpesong. umum orang melayu amat benci dengan yahudi maka hubungan perniagaan seperti itu sebaik mungkin digunakan dalam menyerang kerajaan.

Ada yang bertanya bagaimana wang dari yayasan dunia nak hancurkan malaysia masuk?
1. melalui pertubuhan sosial dan NGO. dengan konon meminta bantuan kewangan.
2. mewujudkan jaringan syarikat di malaysia kemudian syarikat dari luar membuat transkasi melalui pembelian apa apa juga barangan perkhidmatan dan sebagainya.
3. melalui kad kredit yang mempunyai akses visa/mastercard.
4. pakatan kewangan kongsi gelap/pertubuhan mempunyai "bank koperasi" rahsia.
5. TT wang melalui acc peribadi/syarikat melalui bank komersil.

Oleh RAITINI RAHMAN

BACHOK – Bank Negara Malaysia (BNM) tidak boleh mengambil sebanrang tindakan terhadap mana-mana parti politik pembangkang yang menerima sumber kewangan asing sekiranya tidak menerima aduan mengenainya, kata Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata, sehingga ini BNM tidak menerima sebarang aduan sebagaimana yang didedahkan oleh banyak pihak.

“Setahu saya BNM tidak menerima apa-apa aduan untuk membolehkan BNM membuat kajian (tindakan),” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat peti undi Kampung Pauh Sembilan di sini, hari ini.

Beliau berkata ketika diminta mengulas dakwaan pelbagai pihak bahawa parti pembangkang menerima dana asing bagi tujuan kempen untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya ke-13 kelak.

Awang adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata, sekiranya benar sebagaimana yang didakwa ini satu perkembangan yang tidak sihat bagi sesebuah negara.

Katanya, adalah tidak wajar bagi calon-calon yang bertanding ditaja oleh agen luar kerana bimbang negara mungkin tergadai kepada kuasa asing.

Beliau berkata, dasar-dasar mereka mungkin bercanggah dengan nilai dan inspirasi rakyat di negara ini jika mereka berkuasa.

kelakar baca kenyataan media senator awang adek... DSNR, tuan boleh serah tugas baru selepas PRU akan datang kepada beliau atau pun tamatkan saja seperti mana kak jat. beliau tidak buat kajian mengenai AMLA (Anti-Money Laundering and anti terrorism financing Act 2001 Act 613) hendak seribu daya, tak nak berbillion dalih.

oklah berbalik pada demo tersebut, sesiapa yang berdemo itu adalah orang orang yang mengikut cara yahudi zionis.. ada berkata demo itu ada dalam islam? anda perlu buka mata hati luas luas tanya pada diri adakah wajar seorang islam itu berpekik maki hamun? adakah anda pendokong syiah ? kenapa saya kata bergitu? lihat bilamana orang syiah berdemo dengan memukul dan cederakan diri adakah itu cara islam yang benar?

Anda yang berdemo itu tentu puas tapi pernahkan tanya pada diri sendiri mana perginya pemimpin kaum lain dan berapa kerat mereka yang menyertainya? kalau ada pun boleh dibilang jari dan separuh jalan sahaja. mereka kaum lain tidak memperdulikan orang melayu percayalah bila kuasa ditangan pasti melayu terus hanyut dan lenyap lihat di Pulau pinang dibawah gerakan lagi melayu sudah terpinggir apatah lagi dibawah DAP, Allah bagi contoh yang nyata di singapura lihat dan lihat dengan hati yang lapang dan minda yang waras.saya bukan takutkan anda semua tapi sejarah mengajar kita semua bahkan didalam Al-quran Allah dah berfirman berulang ulang peringatan.

Cuba anda buat ulangkaji tentang Bersih yang lalu, siapa yang untung? dan lihat laporan media hasil tulisan blog ahli mereka, adakah mereka melaporkan yang benar? lihat saja kematian seorang insan dipolitikan dan lihat saja dimana seorang itu pura pura mati lalu mencetuskan kemarahan rakyat kepada kerajaan. tuan puan yang budiman kalau kena kelongsong gas pemedih mata habis bederailah tulang pipi..saudara saudari politik orang cina cukup pentingkan diri sendiri, mereka sokong hanya dari jauh dan biarkan kamu melayu jadi pencacai, kemudiaan jika berjaya mereka akan tawarkan penawar seperti mana british datang kembali selepas menyerang tanah melayu maka sakitlah seluruh anak bangsa melayu.

Bersih 3 dilakukan supaya sokongan rakyat akan berterusan terhadap PR, jika anda nilai sejak menangnya di selangor pulau pinang kedah mereka berterusan mewujudkan momentun kebencian terhadap kerajaan lalu dan di selangor mereka memutar belitkan fakta pelaburan dan kreditkan apa yang diperolehi itu hasil kerjaaan pakatan sekarang.jika kita tidak cerdik maka akan percaya bulat bulat..

Buka mata buka hati dan buka minda renungkan jauh tentang apa yang sedang dirancang oleh zionis untuk menghancurkan orang melayu, kerana orang melayu itu majoriti adalah islam, jika melayu dibodohkan maka makin mudah islam akan dihilangkan di nusantara ini. anda semua boleh menilai kes kes negara islam dirosakan secara terancang seperti iraq libya, afganistan tertapi iran tidak akan dikacau percayalah, kalau ada sekadar acah acah mak enon hehe

Apabila perasaan benci yang amat sangat terhadap pemerintah maka rakyat akan sanggup menggadai masa depan negara seperti mana iraq dan libya, kesian melihat rakyat mereka walaupun rejim saddam dan gadaffi ditumbangkan tapi apakah kejayaan pada rakyat mereka? adakah Amerika akan memberi hasil minyak emas kepada rakyatnya? tentu tidak sama sekali

Dalam kes yang berlaku senyap ini mereka cuba mewujudkan kembali suasana ketegangan di utara tanah air dan di malaysia timur, di malaysia timur teliti perkembangan ketenteraan antara kedua negara serta pandangan rakyat malaysia terhadap malaysia, sejarah melaka membuktikan kehancuran melayu itu hanya boleh dilakukan oleh melayu sendiri dan itu akan digunakan semula untuk waktu ini. jika berlaku maka Amerika akan datang senyum lebar menjadi consetan menyelesaikan isu ambalat memihak kepada malaysia dan sebagai balasan malaysia perlu serahkan sedikit tanah sabah sebagai mengimbangi ketenteraan china..

Kes ambalat ia mempunyai simpanan rezab minyak mungkin sampai 60-70tahun. minyak adalah sesuatu yang amat penting, Allah beri kekayaan kepada umat islam.. tanah melayu sehingga hari ini masih mempunyai simpanan emas arang timah dan beberapa logam penting, kelantan khususnya ada lokasi lokasi emas tapi mengapa bijak sangat serahkan kepada syarikat asing, kenapa tidak menguruskan sendiri? apakah kurang atau tiada anak negeri atau syarikat anak negeri dalam kepakaran melombong emas? jangan jadi macam kerajaan persekutuan kelentong rakyat, adakah anda ingat kes penduduk jumpa emas di johor di jalan yang hendak dibesarkan? tapi kerajaan bijak menggunakan jabatan dan agensi kerajaan katakan ia bukan emas walhal ia adalah emas yang rendah kualitinya..

Untuk kes di selatan thai, memang ada orang islam yang terlibat TAPI mereka ini dicaturkan oleh agen agen asing, ia bertujuan untuk memberikan persepsi buruk pemimpin thailand terhadap malaysia khususnya pemimpinya islam, seolah orang islam dimalaysia bersetuju dalam tindakan bom beberapa lokasi di selatan thai.sekaligus menunjukan islam ini ganas sanggup melakukan apa saja. suatu ketika dulu TDM pernah menyarakan thai memberikan kuasa autonomi tapi ia tidak diberikan, thai takut wilayah selatan akan kembali bergabung dengan persekutuan malaysia.

Melayu adalah dominan di nusantara dan mereka beragama islam tidak kira tulen atau ala ala kapal selam mereka tetap ada secebis islam diri, justeru melayu perlu bersatu supaya islam tetap kuat di nusantara ini percayalah islam akan kembali kuat didunia, jika suatu ketika melayu itu berkuasa dan dibinasakan serta dihinakan selepas runtuhnya empayar melaka, insyaallah kalau semua orang melayu tidak malu dan semangat menantang apa jua cubaan menjahanamkan melayu, islam agama anutan melayu akan dihormati semula untuk tempoh akan datang sebelum fasa permulaan untuk pengakhiran...

insyaallah

sekian



Monday, April 2, 2012

Terpulang



Mohon maaf kerana tiada posting sebarang pandangan sejak beberapa minggu yang lalu disebabkan sedang meneliti keadaan semasa serta perubahan alam di malaysia ini.

"You take the blue pill, the story ends, you wake up in your bed and believe whatever you want to believe. You take the red pill, you stay in Wonderland, and I show you how deep the rabbit hole goes." morpheus matrix

itu adalah sebahagian dialog didalam filem tersebut, namun realitinya bebeza dengan keadaaan semasa di malaysia.

"jika anda ambil pil biru anda kekal dalam alam khayalan, jika anda ambil pil merah mimpi indah akan berubah sekelip mata anda" versi malaysia

Didalam artikel ini saya tidak mahu bias kepada mana mana kerajaan BN atau PR kedua dua mempunyai kelemahan, kelemahan yang tidak mahu dibaikpulih cuma sentiasa didalam "zon selesa" jika anda semua buka mata minda hati nurani insyaallah anda akan tenang didalam membuat keputusan.

SPR telah membuat tawaran pendaftaran pengundi sehingga ahad yang lalu kepada sesiapa saja untuk mendaftarkan diri didalam pengundi untuk PRU akan datang namun keputusan saya untuk tidak menjadi mangsa akan tetap sampai bila bila kecuali kerajaan yang ada meninggalkan sistem zionis bawaan british ke tanah melayu ini dengan sistem yang benar benar islam tulen.

Anda semua lihat undang undang merapek wal karuti, saman parking pun RM100 tapi aweks menari tiang kena denda RM25 wow.... sungguh lucu dan mempersendakan Islam, kesan daripada hukuman membawa fahaman rosak kepada orang bukan islam mengenai islam.

DSNR adalah seorang general perang tanpa askar, nice word dari TDZ (daim) itulah yang dialami oleh beliau segala usaha untuk memperbaiki kerajaan tidak disambut baik oleh ahli politik BN. saya mempunyai pandangan sama mengenai PRU yang akan datang dengan analisa beliau, DSNR tidak bole pandangan ringan apa yang diluahkan.tiga negeri yakni melaka johor pahang boleh dikatakan kubu kuat untuk BN.

Seperti dalam posting yang lalu berkemungkinan besar calon DAP dari melayu dinegeri sembilan perak kedah serta bumiputra sabah dan sarawak akan cuba dibawa oleh DAP didalam PRU ini bagi mengekalkan dominasi kuasa didalam PR. dan jangan lupa bahawa calon-calon BN dari parti komponen MCA MIC Gerakan dan parti dari sabah sarawak akan twist kepada PR.

Sabah seperti posting lalu, memohon pulangkan kerusi pinjam kepada parti komponen yang berhak bukan serah pada gerakan, DSNR.. anda mahu menang atau kalah? lupakah permainan mereka di Pulau Pinang? dan siapakah serta asal usul parti asal mereka.?

Drama queen DSSJ (kak jat) ini adalah satu parasit didalam BN, berlakon drama akan meletakkan jawatan walhal tarikh yang dinyatakan adalah tempoh akhirnya lantikkan senator, mengapa DSNR menghalalkan lakonan beliau, rakyat tidak lagi bodoh hendak ditontonkan wayang sebegitu, tolonglah harap DSNR buang orang-orang yang ada kontroversi diadalam kerajaan pimpinan anda.

DSNR, perlu menjaga hati perasaan kakitangan awam dikalangan tentera, jangan di anak tirikan mereka deposit undi untuk kerajaan anda.Berikan mereka skim gaji yang lebih baik, tingkatkan aset ATM supaya mereka penuh motivasi dan dedikasi dalam menjalankan tugas kepada agama dan negara.

Umum semua telah tahu dan lihat pelbagai usaha promosi baik BN dan PR dikawasan mereka dengan menggantung bendera banner dan pelbagai usaha penerangan mengenai dasar parti yang akan bertanding, berdasarkan perkiraan saya PRU berkemungkinan besar akan berlansung sekitar hujung tahun ini jikalau beliau tidak sabar untuk menguji jentera pilihanrayanya, berdasarkan pekiraan saya BN akan menang dengan majoriti yang sedikit ia memberikan sedikit kesukaran kepada BN nanti., eloklah dilakukan pada tahun hadapan kerana ia akan memberikan masa membaikpulih dalam merencanakan program ETP dan GTP serta bajet negara perlu dibentangkan pada bulan 10 maka barulah PRU dilakukan dalam masa cuti sekolah hujung tahun ini.

"That system is our enemy. But when you're inside, you look around, what do you see? Businessmen, teachers, lawyers, carpenters. The very minds of the people we are trying to save. But until we do, these people are still a part of that system, and that makes them our enemy. You have to understand, most of these people are not ready to be unplugged. And many of them are so inured, so hopelessly dependent on the system, that they will fight to protect it".

Saudara saudari yang budiman serta dirahmati Allah, saya faham kita adakalanya tersepit diantara tanggungjawap dan kehendak agama. Dimana ada sedia maklum mengenai perjalanan politik malaysia penuh karut marut dan tipu helah demi mendapatkan kuasa dan wang ringgit, tidak dinafikan ada yang berjuang dijalan Allah dengan jujur amanah dan sabar namun mereka terperangkap dengan permainan duniawi kerana terikat dengan wang ringgit.Tidak kisahlah parti apa yang anda undi sokong serta perjuangkan namun tetapkan dalam hati anda ingin mengubah masa depan agama negara dan bangsa.

Saya amat berharap anda semua dapat membuat penilaian sedalam dalamnya dan renung sejauhnya tentang setiap keputusan yang dibuat supaya kita menyesali dan dikutuk hina oleh genarasi akan datang, lupakah kita pada sejarah bangsa melayu yang mempunyai jajahan takluk amat luas tapi kemana itu semua menghilang? hilang kerana kegagalan, emosi, nafsu, fikiran dan akhirnya orang melayu menjadi musuh kepada bangsanya sendiri sehinggakan seorang prof. berkata tiada wujudnya pahlawan melayu tersebut sekaligus membunuh semangat orang orang melayu. betul kata anda semua islam lebih penting dari melayu cuma didalam konteks malaysia, melayu adalah dominan kepada islam walupun islamnya seperti kapal selam tenggelam timbul tapi dihati sanubari masih terdetik sayangnya kepada agama..mungkin anda semua mahu menjadikan negara ini seperti indonesia yang penuh masalah dimana kerajaan mereka tidak mampu mengurus tadbir negara dengan baik berbanding malaysia?

Didalam dunia yang penuh tipu muslihat ini, malaysia adalah sasaran zions didalam membendung kebangkitan umat akhir zaman, malaysia sejak dari dahulu lagi amat liat dan sukar ditewaskan dengan kekerasan tapi dengan tipu helah, dan teori tipu helah ini sedang digunakan sekarang melalui proksi utama mereka serta dibantu para NGO dan zombie politik totok. dan amat malang sekali parti politik bertunjangkan agama gagal didalam pejuangan mereka dalam menjadikan mereka role model contoh pemerintahan terbaik didalam negara. mereka mendakwa sentiasa betul kerana berteraskan agama, tak mengapa sampai disana mereka akan dipertanggungjawapkan dengan segala janji janji indah yang ditaburkan.

Sejarah itu sebahagian dari ilmu dan wajib dipelajari, dan sejarah akan pasti berulang cuma proses dan tempoh sahaja yang berbeza, trend orang melayu menyokong parti doktrin zionis adalah sesuatu amat sukar diterima, mengapa perlu memohon bantuan dari mereka? apakah lupa bagaimana hilangnya singapura? parti zionis ini sesekali tidak akan bersetuju dengan agama mu serta keturunan melayu, apa yang didendangkan adalah khayalan dan dongengan, bermula dengan ungkapan "bermain dipadang rata, sistem merit" mereka mengubah dah pemikiran muda mudi yang kosong hatinya. lihat bagaimana malaysiakini menjadi tempat spin pelbagai isu serta membenarkan komen-komen tidak membina lansung untuk negara bahkan penuh cacian hinaan dan jika anda teliti mereka adalah melayu, sungguh sedih.

Adakah anda semua telah bersedia untuk berubah arah berdasarkan permainan mereka?atau anda masih setia menanti sedia ada ataupun anda terpaksa membuat pilihan? terpulanglah jangan disesali apa yang akan berlaku, bibit bibit kehancuran telah sedia kelihatan, oklah mungkin mendakwa saya bias kepada BN ia tidak sekali.. baiklah saya berikan pandangan naluri jika PR memerintah.Jika mereka berjaya menguasai putrajaya untuk proses 5 tahun yang petama adalah syurga bagi rakyat malaysia dan didalam 5 tahun tersebut pelbagai akta dan undang undang akan digubal mansuh dan digunakan semula untuk tempoh 5 tahun akan datang. ia bagi menjamin kelansungan kuasa mereka.yang paling untungnya US zionis akan mendapat tempat dikawasan sabah, ini bagi mengimbangi kuasa china dirantau asia. percaya atau tidak singapura akan kembali menyertai malaysia.

"sooner or later you're going to realize, just as I did, that there's a difference between knowing the path, and walking the path"

Sekian terima kasih sudi membaca