Saturday, August 13, 2011

Renungan



salam

syukur kepada Allah didalam bulan ramadhan ini saya dilahirkan sewaktu pertengahan bulan yang mulia ini. didalam bulan ini juga bertemu dengan pilihan hati, tarikh dalam bulan islam yang sama cuma berbeza tahun sahaja.

menurut rahsia disebalik kelahiran di bulan islam yang entah mana datangya bergini

"Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat."


hurmm..kadang nampak macam betul tapi saya memang tidak percaya kepada pekara sebegini

oklah didalam bulan ini pelbagai pekara yang berlaku yaki
1.perang
2.turunya Al-Quran
3.malam seribu bulan "lailatul qadar"(malam amalan kita utk masa hadapan)

Hari ini sepatutnya pemerintah islam melayu seharusnya tegas terhadap kristian kerana usaha mereka semakin mencabar kesucian islam apatah lagi didalam bulan ini.

surat khabar The Star perlu digantung kerana sengaja bermain api, diharapkan ada ketegasan menteri terbabit dalam mengatasi permasalahan berlaku, jangan kerana sayangkan MCA maka dibiarkan saja. ia akan memberi ruang kepada Pakatan rakyat khususnya PAS dalam mengecam Umno

Dalam kes vedio Lucah DSAI, seharunya Umno tidak perlu melayan Dato T kerana mereka adalah orang-orang pengerak bagi DSAI. DSAI mempunyai daya politik yang amat licik dan teratur walau ada masanya kantoi tapi watak lakonan beliau berjaya mempengarui sekian tanah melayu, negara jiran dan dunia.. hasil layanan Umno terhadap Dato T maka kini umno terpalit dengan umnoporn. DSAI sanggup lalukan apa saja dalam kerjaya politik beliau, sebab itu TDM sanggup singkirkan DSAI dari kebinet.

untuk sang Keris jika mahu menang di pulau pinang, kesemua kerusi yang diberi atas tiket "perpaduan BN" perlu diambil semula dari mereka. jangan gentar akan ugutan Gerakan seperti dahulu, yang mengugut untuk lompat parti ke DAP. Buktikan anda adalah tuan dibumi ini. jika tidak memang bacul dan andalah penyebab islam melayu terus mundur

Untuk PRU akan datang Pihak BN khususnya Umno jika kerusi yang dikongsi dimiliki semula, maka akan kelihatan hasilnya dimana 3 negeri akan dapat mengurangkan majoriti Pakatan Rakyat, Namun 1 negeri dirampas kembali dan 1 lagi negeri Majoriti BN akan terkurang sedikit(negeri yg byk dlm satu negeri)

kalau boleh setiap orang perlu ade emas fizikal, tidak kira barang kemas, dlm bentuk dinar emas dan etc.. asalkan jgn ada diatas kertas sahaja seperti Gold Savings Passbook Account, ia tidak bermakna sama sekali untuk masa yang akan datang ni.kalau abg besar tumbang maka adik kecik dihujung semenanjung akan tumbang dengan teruk sekali

Berkenaan ramalan 2012 ia bukanlah kiamat namun pihak mereka cuba mewujudkan ketakutan kononya ia kiamat, ia adalah saat penyelarasan alam dan seisinya untuk fasa terakhir sebelumnya berlakunya kiamat yang sebetulnya,Mengapa dikatakan ramalan adalah bukan ramalan? ia adalah ilmu-ilmu para ahli agama dialiran sufi tarekat pandangan mereka mengenai apa yang berlaku,namun ia diciplak oleh manusia seperti nostradamus dan lain lain.Mereka seboleh bolehnya mewujudkan peperangan, dimalaysia khususnya serangan terhadap agama, bangsa melayu makin kerap dan amat jelas sekali kelihatan. Malaysia juga mengalami konflik dengan China dalam tuntutan kepulauan spartly, dalam hal ini pihak US konon-konon akan jadi hero kepada malaysia.

Setiap dari kita Allah bagi satu keistimewaan sebagai khalifah dibumi ini yang dikenali sebagai "psychic abilities" ia ada dalam pelbagai bentuk. untuk tahu jika kita memilikinya carilah Guru yang arif betul jalannya. bulan ini adalah waktu yang amat sesuai untuk kenalpasti potensi diri, tidak perlulah kita menghadiri seminar rahsia tarikh lahir kerana ia sia sia sahaja jika kita tiada memiliki daya tersebut.

sekian

Tuesday, August 2, 2011

bagaimana untuk merampasnya

salam


umum semua telah tahu bahawa beberapa buah negeri telah bertukar tampuk pemerintahan. rakyat semua dimainkan pelbagai isu dan cerita yang tidak benar serta mempunyai agenda tersembunyi...

berikut adalah pekara yang telah dirancang berjalan dengan lancar..

1. perumahan mewah
2. tumpuan perniagaan dan kesihatan

1. perumahan mewah
bertujuan untuk mengelakkan kaum bumiputra membeli hartanah tersebut, sekaligus menempatkan pengundi dikalangan kaum non bumi dan memecahkan peratus pengundian.

2. jika anda sedar setiap kawasan perumahan baru diwujudkan pusat perniagaan, ia bertujuan untuk mewujudkan pergantungan kepada rantaian ekonomi dikalangan mereka, tidak banyak kedai milik bumiputra yang mampu bertahan dengan kadar sewa bulanan yang tinggi. Memonopoli sektor kesihatan adalah salah satu cara piskologi mudah untuk mengelakkan bumiputra hadir ke pusat kesihatan yang dipunyai mereka, rata-rata pusat kesihatan swasta mempunyai harga servis yang tinggi.

Saturday, April 16, 2011

OPS RAMPAS

salam

dah lama juga tak posting ape yang terbuku didalam hati ni sejak pertengahan tahun lalu,cuma sekarang ini tak tahan dah menanggung apa yang difikirkan akan berlaku
posting ini berkaitan rapat dengan rentetan apa yang telah belaku pada masakini dimalaysia..


sosio masyarakat

1. menghakis kepecayaan rakyat kpd kerajaan dan sistem beraja negara
2. menaipulasi sektor ekonomi
3. menaipulasi sektor pendidikan
4. manipulasi agama

anda telah lihat bukan apa yang sedang berlaku, jika tidak dikawal dengan baik maka sedikit kerosakan akan berlaku dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat

Saturday, September 25, 2010

OPS RAMPAS 3

Bersambung lagi berkenan pendidikan

PPSMI
secara umum dan dasar memang seseorang itu akan mudah mahir dengan menggunakan bahasa ibunda. namun siapakah pemain sebenar kepada isu ini? tak lain dan bukan, mereka terdiri dari NGO dan golongan kiasu dalam menjadi hero kepada isu ini, dan kejayaan mudah ini dicapai dengan bantuan para nasionalis tempatan yang rata-ratanya orang MELAYU! mereka amat bijak mengatur rancangan, seolah-olah tiada kesan lansung campurtangan.Mengapa ketika hilangnya bahasa jawi lansung tidak ramai yangg cubamenjadi hero? jika cuba memartabatkan bahasa jawi pun sekadar hangat tahi ayam saja!dan lihat pada waktu itu "pawn" pun turut serta secara fizikal(yakni ada campurtangan)

namun sewaktu PPSMI, mereka tahu sentimen orang melayu dan terus memainkan peranan secara tersembunyi,hasilnya mereka berjaya menyelamatkan bahasa ibunda mereka dalam masa yang sama mereka secara senyap senyap menggalakkan anak-anak mereka mahir berbahasa inggeris. TDM pada waktu itu telah nampak jauh kepentingan bahasa inggeris sebagai bahasa utama dan ia juga bahasa teknologi. mungkin ada yang mempersoalkan jepun rusia china boleh pun guna bahasa ibunda? yea memang betul, namun kita perlu lihat, teknologi yang dihasilkan adalah teknologi terbaru dan amat berlainan hal pula bilamana hasil dari reverse engineering yang memakan masa bertahun tahun penterjemahan bahasa inggeris kepada bahasa ibunda masing masing.. mengapa kita perlu membazirkan masa bertahun tahun seperti mereka semata-mata untuk maju? lift sudah disediakan mengapa perlu guna tangga? yang ruginya orang melayu itu sendiri, apabila di IPT terkial kial untuk faham bahasa kejuruteraan, dan dialih bahasa pun pasti bercelaru maknaya.

Gerakan mahasiswa siswi di IPT
Diperhatikan senario keadaan di IPT adalah amat sama dialam realiti kehidupan diluar kampus, rata-rata gerakan masih mengikut dasar pecah dan perintah, dimana setiap kaum mewakili kaum masing masing. ini sesuatu yang bahaya kerana tidak membentuk sama sekali jati diri sebagai rakyat malaysia.

Mewujudkan IPT berasaskan kaum
mereka amatlah benci terhadap entiti yang membantu bumiputra sehinggakann membuatkan kerajaan menerima meluluskan kehendak mereka dalam membina IPT yang didominasi oleh kaum mereka sendiri. dalam masa yang sama berterusan menyerang entiti yang menjaga kepentingan bumiputra dalam sektor pendidikan.

Tidak mengiktiraf kelayakkan IPT Awam
apabila seorang graduan telah lulus dengan jayanya, jika mencari peluang pekerjaan disektor swasta sudah pasti amat sukar, dimana mereka mengatakan IPTA adalah tidak berkualit dan pekara ini selalu terjadi kepada melayu.

itulah sedikit sebanyak isu diketengahkan, selepas ini akan masuk ke sektor sosial masyarakat pada bahagian inilah media memainkan peranan yang amat besar dicampuri oleh para Think Tank Strategik dan para ahli politik kebudakkan. pada bahagian inilah akan digaulkan semua ramuan yang lepas dan hasilnya telah dilihat pada hari ini.

akan bersambung lagi untuk bahagian akhir OPS RAMPAS

(maaf post ini lambat keluar kerana sibuk)

Wednesday, September 22, 2010

OPS RAMPAS 2

Telah diterangkan taktik yang digunakan, kini sambung lagi

Misi utama THH ia meminta agen2 mereka untuk menguasi badan kehakiman dengan menjadi ketua hakim negara, jika berjaya sebarang isu-isu melibatkan raja sultan melayu dimalaysia akan cuba dimanipulasi dengan hebat sekali, maka pada masa yang sama wujud suara desakan mahu mengheret raja & sultan ke muka pengadilan melalui mahkamah khas jika peguam negara ketika itu agen talibaru THH mereka akan menggunakan pekara 182 & 183 " "183. Tiada tindakan boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri.

Tiada tindakan, sivil atau jenayah, boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya atas sifat peribadinya kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri."

Banyak kes-kes yang melibatkan raja-raja melayu diketengahkan secara serampang dua mata bertujuan untuk menghapuskan sistem monarki dinegara ini. Apabila berlaku kes sebegini maka ahli ahli politik akan mudah memanipulasi minda masyarakat sekaligus memudahkan mereka menjadikan malaysia sebagai repulik.

Pendidikan.
sebelum merdeka lagi pemimpin melayu telah didesak untuk menerima sekolah jenis kebangsaan sabagai pra syarat merdeka maka sekali lagi pemimpin melayu telah teperangkap pada dasar "pecah dan perintah" melalui sekolah jenis ini ideologi akan mudah diserapkan kepada para pelajar mereka untuk membenci kerajaan orang melayu serta orang melayu dan hasilnya boleh dilihat dengan ketara pada ketika ini

Dengan bantuan media, mereka membuat propaganda kononya sekolah jenis kebangsaan mereka lebih baik dan teratur, ini bertujuan untuk membuat serangan terhadap sistem sekolah kebangsaan dan kerajaan, jika berjaya ia akan memberikan kelebihan kepada mereka untuk mewujudkan seolah jenis kebangsaan dengan banyak sekali.

Apabila kerajan hendak melaksanakan sistem sekolah kebangsaan dan mengurangkan sekoah jenis kebangsaan, para pemimpin NGO mereka akan lantang mendesak serta membuat kecaman kepada kepimpinan negara. usaha kerajaan untuk memasuki sekolah jenis kebangsaan ini gagal dimana sekali lagi kerajaan tunduk kpd NGO mereka, dengan mendakwa guru-guru yang dihantar adalah tidak berkualiti.

Bahkan media membesarkan cerita yang kononya orang melayu adalah rasis, rasiskah orang melayu? mengapa tidak mampu bertutur bahasa melayu dengan baik walhal telah hidup dan sampai mampus pun tidak mahir berbahasa? Lihat saja berapa ramai anak ibu bapa mereka setelah merdeka dan hidup dibumi ini masih gagal untuk bertutur dalam bahasa melayu dengan baik sekali, cuba lihat di indonesia, tidak kira apa pun suku bangsa mereka tetap tiada pelat yang keterlaluan malahan fasih berbahasa indonesia.

Cubaan ceroboh sistem pendidikan orang melayu
Ini telah berjaya dengan baik dimana MARA sebuah badan yang menjaga kebajikan bumiputra(melayu dan pribumi sabah sarawak) diganggu gugat oleh pemimpin melayu yang kononnya global tidak rasis termakan hasutan pemimpin "pawn" supaya membenarkan bangsa mereka memasuki dan menikmati kemudahan yang diberikan kepada orang melayu, ini berjaya dengan MRSM IKM dan serangan hebat dilakukan kepada Uitm. Sekolah agama rakyat juga tidak terkecuali dalam serangan mereka, mereka juga mahu kerajaan membantu dari segi kewangan dan infrastruktur serta kemudahan, dan malang sekali kerajaan mengambil langkah sambil lewa tidak memberikan dana kewangan infra kepada SRA demi mengelak tuntutan oleh mereka. Mereka seolah tidak faham dengan pelembagaan yang memberikan kelebihan kepada agama ISLAM sekaligus merugikan orang melayu terpaksa berlembut dengan mereka.

Tulisan Jawi
Hari ini telah berjaya dengan baik sekali dimana ramai orang melayu tidak mampu membaca tulisan jawi. ini kerana kerajaan tidak memberikan perhatian kepada tulisan dan bahasa jawi itu sendiri. Mereka telah menuduh rasis kepada orang melayu sedangkan mereka amat menyayangi bahasa dan kebudayaan mereka, lansung tidak boleh disentuh sama sekali.

Matapelajaran sejarah
kerajaan tiada usaha untuk menulis semula sejarah dan memperkenalkan module pelajaran pembelajaran sejarah yang baru, akibat daripada ini ramai diantara mereka sering mempersoalkan orang melayu sebagai penduduk pribumi di semenanjung tanah melayu walhal mereka secara terang-terangan adalah pendatang yang dibawa masuk oleh inggeris dalam menjayakan strategi pecah dan perintah ditanah melayu. Melayu itu merujuk pada bangsa MELAYU yang mempunyai pelbagai suku, melayu telah wujud dinusantara ini sejak berabab lamanya adakah dengan gelaran parameswara kepada sultan melaka, maka terus COP melayu sebagai pendatang? adakah nama menunjukkan bangsa? ia tidak sama sekali kerana mereka lansung tidak faham akan sejarah! dan terlebih malang sekali ahli politik pemimpin melayu yang bodoh bahlul angguk kepala mendakwa melayu pendatang, bahkan menerima bulat-bulat kajian sampah hang tuah itu sebagai cina, jika mendakwa hang tuah itu cina, bagaimana pula hang jebat kasturi lekir nadim? adakah mereka cina juga? HANG adalah satu gelaran spt dato sri tan sri yang diberikan oleh raja melayu ketika dahulu.

Hari ini mereka dan dibantu pemimpin melayu yang dungu mempertikaikan peperiksaan yang dijalakan, ini memberikan ruang untuk mereka supaya kerajaan mengiktiraf tahap pendidikan serta sijil- sijil mereka, apabila ini berlaku secara automatik ramai diantara mereka akan menghantar anak mereka ke tanah besar bagi mendapatkan acuan pendidikan disana sekaligus menghilangkan jati diri sebagai rakyat malaysia.

Diakui sistem pendidikan yang sedia ada mempunyai kelemahan,seharusnya think tank kerajaan melihat lopang ini dan memperbaiki supaya tidak menjadi bom jangka yang memakan diri sendiri dan merugikan negara.

bersambung.....

Monday, September 20, 2010

OPS RAMPAS 1

Salam

Tidak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya walau pun secara dasarnya hari raya hanyalah 1hari namun kerana setiap bulan ada 30 hari maka tidak terkecuali bulan syawal sebab itu ramai org Islam melayu khususnya menyambut Hari Raya 1Bulan hehe..itulah bezanya orang melayu islam dimalaysia dengan bangsa-bangsa lain didonia terlalu istimewanya, tok arab yang dikatakan hebat-hebat pun tak sehebat melayu malaysia ini..

Maaflah lama tidak meluahkan idea dalam kepala ini lagipun saya kurang mahir nak terangkan secara panjang lebar macam para blogger yang lain, cume hanya mampu terangkan sedikit saja point utama kepada hal hal yang disampaikan.

Negara umumnya telah mencapai yakni dikatakan sebagai merdeka, namun pada hakikatnya ia terlalu pahit untuk pemimpin terdahulu untuk menerima kemerdekaan dahulu kerana terpaksa menerima pelbagai tekanan dari pihak inggeris yakni tali barut THH. Baru- baru ini juga PM DSNTR telah mengistiharkan 16 september sebagai Hari Malaysia dimana berlaku pembentukan Malaysia dimana disertai oleh sabah serawak, jika tanpa gangguan sudah pasti selatan mindanau serta kalimantan juga akan turut serta menyertai malaysia.

Jika tuan puan belajar sejarah serta belajar konspirasi donia sudah tentu akan mudah faham apa yang akan disampaikan. Hari ini saya akan memberi point secara ringkas apa, sedang dirancangkan berjalan dengan mengikut acuan THH.

Bagaimana untuk merampas malaysia secara halus dan teratur?

Pihak THH telah memahami jiwa orang melayu, ia amat halus serta penuh sentimental,mudah terhutang budi, simpati serta empati. Segalanya perlu mengikut aturan yang memakan masa dan memberikan hasil yang memuaskan ketika ini proksi THH sedang giat menuai sedikit hasil daripada pecaturan yang terdahulu, dimana "pawn" telah chek "kuda" bangsawan melayu(pemimpin).

"Pawn" chek apa?

Sistem Ekonomi
walaupun DEB dilancarkan bertujuan membantu pribumi namun ia masih tidak berjaya, ia tidak berjaya bukan kerana keMALASan Melayu itu sendiri namun ia hasil kawalan minda penjajah sejak dari dahulu kala ketika jatuhnya satu persatu empayar melayu, sistem ekonomi malaysia kini telah mencapai 99% dibawah kawalan "pawn" mereka menguasai sektor kewangan, Perkhidmatan, Kesihatan, Perkilangan Pembuatan, Pengangkutan dan Tenaga.

Apabila ekonomi telah dikuasai hampir 100% maka proses seterusnya ialah POLITIK!

"pawn" ini bergabung sesama sendiri atas dasar pelbagai nama parti serta NGO bertujuan menguasai MALAYSIA!

setelah dua kunci utama dikuasai maka mereka menekan beberapa sektor yang lain pendidikan, sosial masyarakat

anda semua nampak bukan apa yang telah berlaku? lihat saja pihak inggeris sengaja menimbulkan pegeseran dikalangan pemimpin melayu dahulu, kes paling ketara ialah perebutan kawasan bijih timah! dimana THH menghidu peluang membawa "pawn" dari tanah besar china untuk dijadikan kuli serta tokey dilombong bijih tersebut sekaligus merampas lombong bijih dengan tipu helah kepada pemimpin melayu ketika itu.

Dan paling penting ialah "MEDIA"
tanpa media mereka tidak mampu menjalankan kegiatan subversif sabotaj espionage

okay mari masuk lebih dalam lagi....

Politik
1. Mewujudkan seberapa banyak pertubuhan persatuan atas agenda pejuangan bangsa mereka talibarut mereka berada didalam kerajaan yang sedia ada dan selaku pembangkang membuat pelbagai tuntutan yang pelbagai bagi mewujudkan suasana kurang selesa.

2. Merendahkan dan melemahkan keperibadian pemimpin melayu. mereka berpura pura menjadi kawan baik dan buruk serta mendedahkan segala keburukan mereka ketika sesuatu isu berlaku, ia juga sebagai bahan ugutan jika sesuatu isu tidak dipenuhi.

3. Mengambil kesempatan pertelagahan pemimpin melayu kerajaan dan pembangkang, orang melayu kini terbahagi kepada dua golongan utama yakni yang konon isle tulen dan islam ala-ala kapal selam tidak dinafikan ada yang betul jalannya.

4. Pemimpin pawn berpura pura mengambil berat tentang agama anutan serta budaya orang melayu walhal ia sekadar cuma untuk mengambil hati perasaan orang melayu sahaja sekaligus menunjukkan seolah olah mereka lebih sayang pada melayu walhalnya TIDAK sama sekali lihat saja cara LKY menggula-gulakan melayu singapura.

5. Serangan secara halus kepada sistem monarki dan pelembagaan dengan hujah pendapat halus serta serampang dua mata, mereka juga mewujudkan forum bawah tanah untuk menghentam serta merancang agenda serangan seterusnya.

6. Mereka juga bergabung dengan setengah melayu radikal dimalaysia dan indonesia untuk menghentam kerajaan mereka dimana pawn memberi bantuan kewangaan.

rasanya cukuplah untuk bahagian Politik

Mari lihat lagi apa yang perlu?

Menguasai badan kehakiman serta undang-undang.

ini adalah badan yang paling "kritikal". cuba anda semua lihat berapa ramaikah orang melayu yang ada sebagai majlis? mungkin kita tidak boleh salahkan mereka kenapa ramai, ini MUNGKIN disebabkan pecaturan THH dimana sesiapa yang mengambil jurusan guaman kos amatlah tinggi dan THH faham orang melayu amat kurang mampu mengambil jurusan guaman dan kurang fasih berbahasa inggeris.

Kesilapan pemimpin melayu ketika itu adalah amat dikesali dimana menghilangkan imuniti raja raja melayu serta cuba menabalkan sultan bagi negeri melaka, pemimpin melayu ketika itu menggunakan media dengan jayanya, ini memberi ruang para pelampau bangsa lan untuk turut serta, mujur caretaker campurtangan.

Dalam masa yang sama mereka menekan pemimpin melayu dengan serangan peribadi, jika ada orang melayu yang membela raja rajanya maka mereka akan mendakwa dakwi dengan pelbagai tomahan mengatakan pemimpin orang melayulah yang mahu kami(pawn)turut serta

Lina joy
Kes ini adalah cabaran paling besar kepada badan kehakiman dan undang-undang malaysia, pada ketika ini pemimpin melayu ketika itu amat berlembut dengan golongan pelampau sehinggakan wujudnya forum majlis bawah tanah menjadi sesuatu yang rasmi ditaja NGO dan mendapat perhatian majlis peguam yang konon jadi orang tengah.

Cubaan menjadi peguam syari'e
Baru baru ini mereka cuba sekali lagi untuk menguasai sistem kehakiman ISLAM dengan memfilekan kepada mahkamah untuk membenarkan peguam bukan islam menjadi peguam kepada orang ISLAM. Didalam islam hanya peguam yang beragama ISLAM adalah LAYAK menjadi peguam kepada orang islam yang lain.

Melalui kumpulan pendesak(pelampau) mereka mengutrakan idea-idea yang kononnya global tertapi dalam masa yang sama ia memakan diri pribumi itu sendiri.Mereka mendesak kerajaan meluluskan sesuatu rang undang-undang memberikan mereka kelebihan, dalam masa yang sama menidakkan kepentingan pribumi.

Lihat saja nasib Kem. Pertanian industri Asas Tani melalui LKIM dimana memperkenalkan kotak berinsulasi yang baru, walaupan ada undang udang namun hasil boikot pawn amat berjaya menidakkan undang-undang yang telah diperkenalkan.jika semua menggunakan nescaya ekonomi mereka akan terjejas kerana tidak menjana pendapat melalui syarikat menyedia membekalkan kotak lama tersebut.

akan bersambung lagi...

Tuesday, August 24, 2010

2012? heh

Hmm mungkin saya terlambat mebuat posting mengenai 2012, mungkin yea dan mungkin tidak pernah mendengar atau ambil pusing mengenainya, ada sesetengah pendapat ia mengatakan berlakunya kiamat? kemusnahan dunia? dan pelbagai lagi andaian diutarakan pada setiap pandangan peribadi yang dikongsikan didalam penulisan blog. Saya juga tidak terkecuali ingin mengutarakan pendapat tentang apa yang mungkin sebenar akan berlaku. Setiap didalam kehidupan ini penuh dengan pelbagai persoalan dan adakalanya tidak terjawap oleh sains, namun sekalipun jika dirujuk kepada sumber yak hak yakni Al-quran maka pelbagai pendangan akan terhasil akhirnya perlakunya percanggahan pendapat.. tak apa itu adalah proses pembelajaran serta pengajaran setiap insan yang bernama manusia.

Dari mana hebohnya mengenai 2012? ia berlaku apabila sarjana,orentalis barat mendedahkan kelender kaum mayan. kaum mayan dikatakan mahir didalam ilmu astrologi Mungkin ada yang akan bertanya dari mana mereka dapat mencipta sesuatu yang hebat bergini? jawapanya ada pada perhubungan antara tamadun berlaku didalam dunia, dan tidak terkecuali dari pengetahuan para syaitan dan jin yang diturunkan kepada tukang ramal atau pendita dari kalangan pilihan mereka, dan dari satu sumber yang sangat terkenal oleh nostradamus. Bagaimana nostradamus tahu mengenai padangan masa depan? Ia tidak pelik kerana beliau menterjemahkan semula semua hasil karya sarjana ilmuan islam yang datuk dan bapanya CURI semasa di Baghdad serta Baitulmaqdis.

Setiap kehidupan mahupun ciptaan akan tidak kecuali daripada kitaran hidup, maka disini saya menjangkakan kitaran dunia akan berlaku yakni permurnian atau "reset" akan berlaku seperti mana yang terjadi sebelum ini cuma yang akan terjadi pada kali ini ia memasuki fasa akhir untuk permulaan sesuatu yang baru sebelum kitaran itu berakhir

Apa yang akan berlaku?
Bala bencana seperti letusan gunung berapi, habuk komet Bumi akan mengalami proses pembalikan kutub perang nukler

saya akan cuba huraikan seraba ringkas
ia berlaku bila mana seperti yang didakwa komet yang mempunyai graviti melebihi graviti bulan akan melintasi serta menyebabkan bumi akan berubah kutub.Pembalikan kutub mungkin juga terjadi akibat daripada ujikaji yang dijalankan oleh CERN dalam menguji teori Big Bang melalui mesin Large Hadron Collider (LHC). Tidak ketinggalan juga teori seperti mana didakwa para sainstis NASA tentang kewujudan komet x tersebut akan menghentam bumi.

Bala bencana seperti letusan super gunung berapi, habuk komet

Dunia pada masa itu akan mengalami kegelapan,dalam hal ini tidak pasti apa yang dimaksudkan sbg kegelapan, mungkin tiada cahaya matahari, mungkin tiada tenaga elektrik, mungkin dunia didalam ketidakstabilan. Proses kegelapan ini akan berlansung selama 3 @ 4 thn Selepas pencetus ini terjadi maka apa yang diriwayatkan oleh hadis dan diceritakan didalam Al-quran akan terjadi, ia adalah pencetus paling besar kepada siri kejadian besar. Pembalikan kutub bukannya berlaku bergitu cepat, ia belaku dengan kadaran yang sederhana bagi memberi ruang kepada Dajjal untuk bebas secara mutlak bagi menjalankan agenda yang telah dirancangkan.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: "Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya"

Dalam satu pandangan peribadi yang lain, kemungkinan kegelapan itu terjadi akibat daripada teknologi yang diciptan pihak barat, bagi selarikan dengan detik 21 dis 2012 dan seterusnya. Pernahkan anda mendengar mengenai tekologi HAARP dibarat teknologi ini amat dikaji dengan teliti antara ciptaan tersebut terdapat dalam permainan Red Alert, pakatan barat ada satu mesin pemusnah alam yang dikenali sebagai "Weather Control Device" ia berfungsi untuk memanipulasi keadaan sekitar sesuatu tempat sehingga memusnahkan lokasi yang dikehendaki.

links ini memberikan contoh bagaimana Weather Control Device menghasilkan Weather Storm memusnahkan lokasi

http://www.youtube.com/watch?v=AZOoDDc5SzQ

HAARP pada masa kini telah dipertingkatkan ia lebih menarik dan jika anda seorang kaki game, teknologi ini juga ditunjukan dalam Red Alert 3 dimana satu mesin senjata yang dikenali sebagai Proton Collider
Dalam links vedio game ini menerangkan jenis-jenis superweapon yang sedang dan mungkin juga akan digunakan, oleh kuasa-kuasa besar apabila bermulanya 21 dis 2012(area kekecohan dunia yang mana mungkin berlansung selama 3 @ 4thn)

http://www.youtube.com/watch?v=CoHAjIeuok8

Mungkin ada beranggapan apa yang dipostingkan sebagai khayalan mengenai teknologi tersebut, namun jika anda seorang pembaca sudah tentu membaca hasil realiti ciptaan didalam game di alam realiti, contoh telah ada dan rajinlah google.

Dalam siri kejadian bencana, dunia telah dikejutkan dengan siri bencana besar melanda Pakistan, ini tidaklah mustahil kerana puak THH menjangkakan pembela umat akhir zaman akan muncul dari negara terbabit, dalam siri gempa bumi di China sekumplan orang mendakwa melihat auora berwarna muncul sebelum kejadian gempa bumi itu berlaku, jika anda melihat klips vedio game tersebut, jelas kelihatan hampir serupa keadaan yang berlaku dimana pembentukkan kabut awan @ aurora muncul.

http://www.youtube.com/watch?v=7BwIadY5FI8
http://www.youtube.com/watch?v=7BwIadY5FI8

Bumi akan stabil apabila menjelang pada impian malaysia sebagai sebuah negara maju dan membangun dari segi rohani dan jasmani, ketika itu kegemilangan islam akan kembali bersinar didunia dan manusia akan mencapai tahap kehidupan yang amat selesa sebelum memasuki fasa terakhir kehancuran manusia apabila kembali semula kepada kelalaian setelah diberi nikmat Allah yang teramat banyak sekali, ini juga dibuktikan dalam kalam Allah, apabila lalai terlau banyak sangat kesenangan, manusia akan kembali melakukan kerosakan.Namun 2012 mungkin juga ia adalah perancangan yahudi zionis untuk mengaburi umat manusia,yang telah diajar oleh Dajjal"sesungguhnya tipu daya dajal amatlah dahsyat"

Dalam masa ini sepertimana yang diterangkan dalam pandangan visi(prophecies) kaum maya, era nukler makin berkembang pesat dan malaysia tidak terkecuali didalam hal ini, malaysia secara dasarnya telah terlibat secara lansung dan tidak lansung didalam pembagunan teknologi nukler sejak 1972, secara dasarnya kerajaan merancang sebuah reaktor loji janakuasa nukler dimalaysia pada 2012. Malahan negara asean yang lain juga telah menyatakan hasrat untuk memiliki loji janakuasa nukler.

Berdasarkan pandangan peribadi saya, jika logi reaktor nukler dibina ia mungkin akan terletak di sarawak kerana terdapat lembah-lembah pergunungan dan sumber air yang banyak sekali, di kalimantan berhampiran kawasan sempada malaysia terdapat kawasan simpanan uranium jadi ia amat sesuai untuk digunakan oleh logi tersebut disebabkan jarak yang dekat.

Apa yang dipostingkan pada kali ini hanyalah pandangan saya tentang apa yang dibicarakan oleh para saintis serta kajian ahli-ahli agama tentang kejadian akhir zaman, tidak suruh anda semua mempecayai, namun ia sebagai bacaan dalam mencari jawapan yang tidak berkesudahan.

Sekian

maaf, links tersebut tak dpt diupkan dlm bentuk web links