Friday, March 9, 2012

Jenama 1M

salam

hari ini nak ulas sedikit mengenai penjenamaan 1M,

BR1M
no siri BR1M ditutup bagi melindungi penerima

Pada hari sabtu 3 mac saya telah melihat proses pengagihaan BR1M, sangat tidak berpuas hati dengan proses pengagihaan tersebut, bak kata bapak mertua "macam mintak sedekah" benar juga kata beliau.

Apa yang berlaku semasa proses pengagihan ini berlaku di sekitar lokasi lokasi BR1M?

1. tiada lorong khas untuk warga tua, ibu mengandung.
2. kawalan keselamatan yang longgar.
3. baucer habis.
4. penerangan untuk tebus baucer tidak cekap.
5. tidak mersa pelanggan.

Bagaimana untuk tambahbaik proses ini.

1. Tambahbaik apa yang saya postingkan atau debit terus ke acc bank penerima.

Bab duit tidak mengenal sesiapa berpusu pusu rakyat mengambilnya dan memperlihatkan segelintir rakyat malaysia yang bersikap pentingkan diri dalam mengambil baucer tersebut, sedikit kesal kalau pun kerajaan memberi RM500 janganlah dipamerkan bendera parti, menyampah dalam hati ini, cukuplah dipamerkan jata negara dan bendera malaysia, umum semua orang tahu bahawa kerajaan yang ada sekarang dipimpin oleh UmnoBN.Kalau pun tahun depan diberi lagi BR1M RM500 sila tambahbaik mutu perkhidmatan, buang bendera parti dan tunjukkan kerajaan berkhidmat untuk rakyat.

Barangan 1M
tepung dibeli ada cap blue key, ni pic hiasan

Hissh bila masa baca surat khabar laporan internet nampak si tony parpu dan izzah dok kondem pasal produk 1M, betul juga kata mereka namun silapnya mereka lebih memburukan kerajaan mengatakan mengutamakan kroni dalam memberi kontrak kepada Mydin untuk membuka kedai rakyat 1M. Pada saya kalau mereka tu bijaksana dan bukan bijak pandai seperti sekarang kemukakan laporan penilaian produk 1M tersebut, tunjukkan kepada rakyat produk 1M ini kurang kualitinya berbanding penjenamaan semula seperti tesco, carrefour dan giant. Bukanya bising bising tanpa point utama dalam hentam kerajaan.

Hari ini isteri buat la cekodok kentang pakai tepung 1M, ciss! liat cekodok tu saya dah tanya kepadanya

saya "ape time ko bancuh tepung ini tak buh air banyak ke?"
wife"banyak gak bang macam biasalah guna tepung lain nape?"
saya "liat lah apa tepung 1M ni campur tepung beras lebih ke?
wife "yeke? entahlah bang
saya"kalau tepung jadi rangup dan sedikit liat ni sifat tepung beras"
wife "ala abang ni pandai pandai je"

Tak pelah kunyahlah gak demi jaga hati wife, hmm pasni tak payahlah beli produk 1M.. puasa lagi elok. itulah yang saya alami dan belum lagi cerita tentang susu pekat 1M yang tiada rasa berbanding dariy champ serta lain lain produk.

Setakat ini saya belum pegi ke kedai ikan 1M, insyaallah saya akan singgah dan melihat kualiti ikan ikan yang ada, harap harap bukanlah ikan pucat pecah perut atau yang murah ikan sadin je.

DSNR tolonglah minta pihak KPDNKK dan SIRIM pantau produk 1M ini supaya lebih kualiti, janganlah rasa tidak puas hati timbul dikalangan rakyat akan mengakibatkan hilang kepecayaan dan hilang undi kepada kerajaan yang ada ini.

Dalam sibuk transformasi pelbagai pekara kini wujud 1care pula, hmm macam mana pula produk perkhidmatan yang diberi adakah ubatan kurang dos dadahnya? atau sekadar sakit luar yang biasa biasa seperti klinik 1M? tak mengapa tunggu dan lihat apa yang diberikan.

Sekian untuk hari ini dalam sehari dua ada update lagi

p/s suami jgn ikut sgt kata bini, sbb ikut cakap bini la beli gak tepung 1M dan mendapatla saya makan cekodok liat.. padan muka saya hehe

No comments: