Wednesday, February 29, 2012

Kuasa Ketiga Mampukah?

Terima kasih kepada saudara abatasa, berikut adalah komen beliau

"Cuba saudara buat pengkajian mengenai keupayaan Jalur Tiga yang bakal mecorakkan warna baru dalam PRU nanti. Mampukah mereka menghakis pengaruh PAS/PKR dan juga STAR di Sabah? Suka berkongsi perkara pelik macam ni.haha"

ya ya ya kuasa ketiga... kalau kuasa macam satria pekasa itam bagus jugak senang hapuskan segala bala penyamun parasit yang ada dalam kerajaan ini. tapi awas jangan jadi PERKASA ibrahim ali takut kena sergah, melompat lompat saja.

Sebelum itu nak komen sikit pasal

JATI

hmm bunyi macam beras jati yang mana kadangkala nak memasak perlukan banyak air, dan ada masa pula yang perlu kurang air.percaya atau tidak terdapat sejumlah besar rakyat malaysia yang amat muak dengan sistem sekarang tidak kira melayu cina india mereka ini ada dalam golongan ketiga atau atas pagar.

Kemunculan JATI disaat negara mengalami masalah pepaduan kaum majoriti melayu adalah terlambat, kalau pun ia dikatakan NGO untuk mewakili golongan ketiga ia tidak memenuhi keperluan semua kaum dimalaysia, ia muncul disaat beliau dipecat dari parti dan jawatan sekaligus memberikan imej dan pandangan serong terhadap beliau. asal merajuk keluar parti, lompat parti, sedangkan beliau pernah berkhidmat dengan kerajaan persekutuan.Benar juga kata kata setengah blogger pakatan hassan ali macam antu raya yang hilang tuan meracau racau, dulu dengan kerajaan persekutuan sekarang meracau dengan kerajaan pakatan hehehe

TDM dalam paper star berkata "NGO Like Jati can do more harm than good" nah itu pemimpin terulung berkata tentang Jati, kata kata TDM memberikan masej jelas bahawa kemunculan pelbagai NGO kononya membela islam raja melayu akan memecah belahkan orang melayu. Kita sendiri lihat bagaimana NGO atau persatuan melayu ini hangat hangat taik ayam saja, hanya membela pada yang ada, namun tiada pada yang memerlukan.

Alahai logo Jati dah macam logo PKR konsepnya, hmm sibuklah blogger pro gov dan pakatan komen pasal logo Jati macam macamlah komen, oklah fahami senikata ini

Some of them want to use you
Some of them want to get used by you
Some of them want to abuse you
Some of them want to be abused

lagu sweet dream - eurythmics\ marilyn manson

Menurut mereka logo Jati suatu simbolik terhadap letusan bintang "mawar mewar langit" hmm nampak tiada makna didalam logo yang ditampilkan tidak mewakili apa yang teras diperkatakan yakni Islam Melayu Raja. Wujudnya NGO Jati ini terlalu tergesa gesa tanpa asas perjuangan yang jitu tatkala pemimpin utama Jati terpalit dengan pelbagai persoalan, bagai mana hendak menjadi ketua jika ada masalah dalaman? jangan jadi macam ustatat Badrulamin alahai terpalit skandel khalwat, selaku pemimpin beliau harus berjaga jaga tentang pekara yang menimbulkan syak dan fitnah. Come on lah ustaz gila ke u nak selesaikan kat bilik hotel? asal tak ditemani isteri atau 4org saksi sebagai pelindung? atau kenapa tidak diselesaikan dilobi hotel ataupun tunggu esok hari serta beri nasihat pada wanita tersebut melaporkan kepada polis dan JAIP. Yang paling lawak jenaka kena pukul 20 orang wow! masih hebat lagi takde cedera teruk, hebat sungguh ilmu dia hehe. Swiss Garden perlu tunjukan bukti CCTV tentang 20 org seperti yang didakwa beliau, harap pihak swiss garden saman balik ustaz celop ni kalau salah dakwaanya. Saya pernah juga menginap di Swiss Garden, Hayyat, Zenith CCTV memang ada.

Apa yang saya nampak Dr Hassan seorang yang bercita cita besar didalam perjuanganya, apabila perjuangan berlandaskan nafsu dendam dan wang ringgit maka akan jadi seperti DSAI sampai masa tidak berguna lagi percayalah.Oklah tak mahu komen pasal dorang nanti kena saman pula, saya ni orang biasa tak mampu bayor saman

*****

Kuasa Ketiga

Siapa mereka ini? mereka ini adalah seperti saya dan juga seperti anda semua yang sudah muak dan jijik dengan permainan politik malaysia. Jalur ketiga ini mempunyai akses terhadap media cetak, elektronik, media baru dan sentiasa cuba seimbangkan segala info untuk ditafsir kebenaranya. Mereka ini juga pengundi-pengundi baru sememangnya mereka adalah golongan penentu didalam menentukan parti mana yang akan menang dalam PRU.

Mampukah Kuasa Ketiga Penentu?
Ya mereka mampu asalkan terbebas dari pemikiran politik semasa serta NGO yang bersifat perkauman. Mari kita lihat semasa PRU di Selangor, undi protes jalur ketiga telah menyebabkan undi beralih kepada PR maka tumbanglah dacing, ini disebabkan rasa tidak puas hati dikalangan pengundi muda tentang polisi yang direncanakan oleh ex-PM TAAB.

Dalam hal ini DSNR perlu memberi fokus terhadap jalur ketiga dengan.

1. Memberi penerangan dengan fakta yang jelas tanpa sinis terhadap PR.
2. Membuka ruang kepada jalur ketiga memberikan komen serta menilai menerima pandangan mereka.
3. Merapatkan jurang atau menggabungkan NGO dibawah 1M NGO, supaya mereka dapat menonjolkan diri didalam memberi pandangan pendapat penilaian terhadap sesuatu polisi yang digubal kerajaan.
4. Mengelakkan kontroversi pelantikkan seseorang didalam kerajaan, GLC mahupun yang berkaitan hal ehwal bumiputra.

Mahasiswa Mahasiswi.

Golongan ini perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan dimana, minda mereka amat mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang, mereka berselindung disebalik agama menyusup masuk kedalam IPTA dengan menanamkan rasa benci terhadap kerajaan, jadi DSNR perlu.

1. akeses internet dibenarkan lebih meluas dikampus dan perlu ditapis dari pekara lucah
2. para pelajar perlu diberikan pendedahan dasar kerajaan dalam program kampus secara subliminal supaya tidak nampak ketara ia program yang pro kepada kerajaan.
3. setiap program yang dirangka perlulah bersifat kecintaan kepada agama dan negara.

Penjawat awam kumpulan 1 & 2
Mereka ini paling bahaya didalam pentadbiran kerajaan, jika dahulu mereka mengikut saja tapi dewasa ini mereka boleh mengubah kerajaan yang sedia ada, jika mereka pulang kerumah kampung atau bergerak dimana mana saja serta menyampaikan sesuatu pandangan kritikal terhadap kerajaan, maka ia akan menjadi impak yang besar dalam rantaian sosio masyarakat awam.

Tentera
Mereka benteng negara, mereka sering terpinggir dari segi kemudahan dan seperti anak tiri kepada kerajaan berbanding polis, lihat saja tangga gaji polis dan tentera siapa lagi tinggi? pihak tentera sebulat hati suara menerima skim SBPA dan telah kenaikan gaji yang ditetapkan ini kerana mungkin kecewa dengan kerajaan, kalau minta gaji lebih pun tak dapat, jadi hendak atau tidak sikit dan banyak mereka terima sajalah.

Sabah
Saudara abatasa minta beri pandangan pada sabah, hmm sabah dan serawak dua negeri malaysia timur yang belum saya jejak kaki hirup udaranya hanya tengok peta skala 1:750 000 jadi tak dapat nak selami perasaan sepenuhnya, namun cuba tidak menghampakan permintaan.
Permainan politik dinegeri ini agak mencabar dimana terdapat parti gerakan, parti parasit yang bakal menghilangkan kerusi kepada DAP tak percaya? kekalkanlah kerusi pinjaman kepada gerakan nescaya ia membusuk dan menyusahkan rakyat tempatan.

Parti STAR
Ditubuhkan pada 6 januari 2012 oleh Dr. Jeffrey Kitingan, boleh dikatakan beliau ini sebagai katak dan mempunyai asas perjuangan penuh dendam. beliau juga mempunyai akses terhadap maklumat kerajaan melalui Joseph Pairin kitingan bekas ketua menteri Sabah. Setakat ini beliau cuba mencari sokongan supaya rakyat pribumi sabah menolak dan inginkan kuasa autonomi dari kerajaan persekutuan. Sejauh mana sokongan terhadap beliau masih belum boleh ditentukan, berkemungkinan besar beliau akan meletakan calon calon di beberapa buah lokasi seperti kota marudu, kota kinabalu, sandakan, keningau, batu sapi dan pensiangan. Beliau boleh dikatakan juga anuwar untuk malaysia timur..

Bagaimana untuk menang?

DSNR selaku CEG perlulah fokus kepada isu-isu utama masyarakat di sabah dan sarawak

1. infra menyediakan sekolah, jalanraya, bekalan air, elektrik.
2. kemudahan tempat ibadat.
3. ekonomi bumiputra sabah dan sarawak perlu dimajukan supaya tidak dimonopoli oleh suatu kaum saja.
4. melantik lebih ramai wakil pemimpin sabah dan sarawak didalam kerajaan.
5. counter segala tindakkan STAR supaya tidak mempengaruhi parti kompenen lain.
6. Hasil royalti minyak diletakkan bawah tabung khas "Borneo Royalty" segala pengagihan perlu telus dan sentiasa dipantau oleh AG( Audit Negara) PAC (Jawatankuasa Akaun Awam) dan para wakil rakyat BN dan Pembangkang.
7. Re-bulid semula pekan-pekan supaya lebih ekonomik dan sistematik dengan kemudahan yang bersesuaian.
8.Elakan calon kontroversi.

Pendatang Tanpa Izin

Isu PATI perlu dihapuskan dengan sebaik mungkin dengan menggunakan Strategi Lautan Biru + Jab Pendaftaran + jab imigresen gerak gempur secara beperingkat.

Transfomasi keturunan

Kerajaan perlu mengklasifikasikan semula makna bumiputra dan non bumiputra supaya suku kaum minoriti sabah dan sarawak merasa tidak terpinggir oleh Umno dimana

1. Semua suku kaum pribumi diklaskan sebagai bumiputra dan bukan pribumi diklaskan non bumi
2. PR diklaskan untuk warga asing yang menetap dimalaysia.

Pembatalan VOA (visa on arrival)

kerajaan harus membatalkan semua VOA bagi China, Thailand,Vietnam. mereka seringkali melanggar peraturan yang ditetapkan ditakuti akan menetap di malaysia timur.

Setakat ini belum ada pemimpin yang benar benar tulen dalam memperjuangkan agama dan rakyat malaysia, kalau pun wujud bersifat dendam serta tidak puashati terhadap sesuatu pekara dan gaya pemikiran mereka biasanya bias kepada sesebuah parti politik.
Umumnya Kuasa Ketiga dimalaysia masih belum cukup kuat untuk membuat sebarang tuntutan terhadap kerajaan BN dan PR.. mereka ini masih dibawah pelbagai NGO yang entah mana hala tujuanya tidak seperti di negara USA dan England, maaf para NGO ini adalah pandangan jauh saya tentang keupayaan NGO yang ada dimalaysia.

Akhir kata kita kena ada satu plaform khusus dalam membentuk kuasa ketiga yang seimbang dikalangan masyarakat berbilang kaum dimalaysia ini.


Saya ucapkan terima kasih kepada DSNR kerana mewujudkan task force didalam mengkaji semula skim SBPA supaya tidak menjadi Siapa Belit Penjawat Awam.Jika gagal bersedialah untuk kehilangan undi.

Sekian Terima Kasih

4 comments:

abatasa said...

Terima kasih saudara org-org atas huraian yang panjang dan menarik. Tak perlulah saya komen mengenainya kerana saya rasa ia cukup kuat untuk menilai keadaan sebenar. Ada sesuatu yang membingungkan saya ialah sejak kebelakangan ini DSAI dan ahli PKR lebih banyak membisu. Kedua, ini lebih mencabar, DAP semakin berani mencabar IMR. Apakah ia untuk mendapat sokongan padu non bumi? Ada masanya dilihat membuka gelanggang untuk persengketaan dengan Melayu (disebut sebagai UMNO). Dalam pada itu Dr Hasan dilihat sebagai satu alat yang mampu menelanjangkan semua muslihat PR (parasit dalam PAS, DSAI dan juga kristianisasi DAP) sedikit sebanyak dapat mengubah pendirian beberapa kelompok masyarakat yang sebelum ini masih ragu sama ada benar DSAI terbabit dengan isu moral. Secara tidak langsung Dr Hasan telah membantu BN berkempen walaupun bukan atas niatnya yang sebenar. Any way, wujud pemangkin mewujudkan kumpulan bebas untuk menjana tenaga baru. Saya bersangka baik dalam hal ini.

sekian wassalam

ABATASA

Anonymous said...

Kemunculan JATI dicurigai motifnya. Sebagai NGO ia boleh sahaja menjadi agen yang menyalurkan ideologi kepartian, mengikut dana yang sanggup disalurkan kepada mereka. JATI menggunakan elemen simpati untuk meraih perhatian dan sokongan. Isu IMR - ia bermula dari zaman kolonial dimana campurtangan dan cengkaman kuasa lain menyebabkan kefahaman murni telah dihakis dan terhakis dengan teruknya. Dengan isu IMR juga NGO seperti PERAPI sekadar cuba menakut-nakutkan orang ramai dengan kebarangkalian ancaman (yang rapuh?), sedang matlamat terselindung adalah bagi meraih undi bagi UMNO.

Menariknya tidak ramai menyedari kemunculan jalur ke 3 adalah berpunca dari kakitangan kerajaan. Mereka adalah saksi langsung atau tidak -korupsi dan penyelewengan atasan -seterusnya menjadikan bahan sensasi bualan. Anda hanya perlu duduk di kedai kopi untuk mendengar secara terpeinci -Who, How, When , Why and What. Inilah sidang rakyat, dewan rakyat.

OrgOrg said...

tq abatasa

yup sebagai sokongan non bumi dan cuba menggugat keyakinan segelinter masyarakat yang "liberal" dan mengamalkan merit dlm semua hal.saya akui beliau boleh menimbulkan kesedaran tapi adakalanya menjadi meluat dengan ucapan tinggi menggunung, insyaallah akan lebih rakyat sedar tentang kesilapan PR dan lebih ramai untuk benar-benar bangkit sebagai kuasa ketiga.
****
Anonymous March 6, 2012 9:30 PM
tq komen kita kena berhati hati, seperti yang saya posting adamasanya kita digunakan atau dipergunakan dalam sedar atau tidak. yea ramai kakitangan gov sbgi org yg bebas dan ade segelintir yg cenderung kpd PR, saya juga seorang yang bebas

PERAJA NEGERI JOHOR said...

Terima kasih atas ruang waktu yg diberi kesempatan untk PERAJA bersama brkongsi suara. "PERAJA “ turut tertarik utk berkonsi pendapat/pandangan/idea, terutamanya tentang isu yang disuarakan oleh sdr ABATASA , mengenai keupayaan Jalur Tiga yang bakal mecorakkan warna baru dalam PRU nanti. Dan samada mampu atau tidak mampu mereka menghakis pengaruh PAS/PKR dan juga STAR di Sabah?

Insyallah.. dengan adanya PERAJA NEGERI JOHOR , antara badan NGO yang sebaris dengan JATI, akan tampil membawa TRANSFORMASI bagi mengupayakan hasrat amnya dalam menghakis pengaruh PAS/PKR atau STAR.. Insyallah, dengan strategi yang mengambil jalan insiatif yang tersusun dan terancang ,pastinya tiada yang mustahil untuk merealiti kan nya... Sesungguhnya, inilah yang dikatakan berkat dari amalan 'BERBAKHTI DENGAN TELUS DAN BERJASA DENGAN IKHLAS," KEPADA NYA, ALLAH SWT. Semoga niat kami,sempena malam sambutan hari kelahiran Jujungan Besar Nabi dan Rasul SAW pada tahun ini, turut diberkati dan diperkenankan oleh NYA, Allah SWT yang Maha Mengetahui segala-galanya. Amin...