Assalamualaikum dan salam hormat
kepada pembaca budiman, maaf saya lambat membuat posting baru,
sesungguhnya bila seseorang insan ingin berubah ke arah kebaikan dia
pasti diuji, saya diuji dengan hal-hal dunia yakni penyakit yang melanda
pada emak saya. tapi tidak mengapa ia adalah sebahagian dari
kehidupan.sebagai insan kita kena berserah kepada Allah yang ESA.
Bubar
parlimen sudah, pelbagai tarikh berkaitan pru pun sudah diumumkan,
paling utama jalankan tanggungjawab anda mengenai pilihan hati anda.
sebelum anda membuat pilihan izinkan saya cuba merungkai pelbagai
perkara sedikit sebanyak memberi impak pada parti pilihan anda.
Hmm
jika masih mengundi maka kita masih terperangkap dalam sistem fitnah
yang amat dahsyat, bagaimana pula jika tidak mengundi? anda pun pasti
dipersoalkan juga.. sistem yang ada ketika ini telah perangkap kita
semua didalam game amat licik ini.
Apa perlu dilakukan?
Tinggalkan
sistem ini, bersatulah atas dasar islam, nescaya kita semua mendapat
keberkatan dari Allah s.w.t. bahkan segala seisi alam akan berdoa untuk
keberkatan umatNya yang ada dimuka bumi malaysia pada hari ini.
Pada
posting lepas saya ada mengatakan PRU akan berlangsung pada bulan 3 dan
sehingga cukup penggal kerajaan sekarang, ternyata ia akan dilansungkan
pada bulan mei, dan kerajaan baru akan diwujudkan seawal minggu pertama
bulan 6 nanti. ini memberi ruang untuk protes proses PRU akan
berlansung.
Kes lahad datu memberi tekanan dan
menyebabkan DSNR terpaksa menunda PRU ke bulan 5, ini berlaku setelah
berberapa kali mengadap Yang Dipertuan Agong, update kes lahad untuk
mendapat pandangan istana berhubung kes sedang yang berlaku .Semasa kes
lahad datu berlansung, DSNR telah mengambil kesempatan untuk mewujudkan
sokongan rakyat kepada kerajaan.
Pada posting kali ini,
saya terpaksa hentam UMNO yang masih tidak mahu sedar akan kesilapan
dulu kini dan selamanya, UMNO ibarat pill biru dan team pakatan pill
merah. apa itu pill biru dan pill merah.
"you take the
blue pill- the story ends, you wake up in your bed and believe whatever
you want to believe.You take the red pill- you stay in wonderland and i
show you how deep the rabbit hole goes"
-matrix
Ramai
fikir bahawa DSA agen zionis untuk New world Oder tapi sebenarnya DSA
adalah mangsa keadaan dipergunakan oleh zionis dalam misi untuk menawan
malaysia, ini berlaku akibat kesilapan beliau terlalu mengikut hawa
nafsu melawan kerajaan sedia ada. dan PRU kali ini adalah medan terakhir
peperangan dendam beliau terhadap UMNO.
Bagaimana pula
dengan UMNO? ia adalah sebuah parti kebangsaan yang terikat dengan
taktik kotor zionis, UMNO gagal untuk keluar dari kemelut penjajahan
dimana terus menerus bergantung kepada sistem demokrasi ketika ini.andai
berjaya keluar tentu tidak terlambat seperti hari ini. mereka
menimbulkan ketakutan kepada orang melayu dengan pelbagai perkara walhal
merekalah musang berbulu ayam melahap harta anak bangsa dengan
berselindung atas dasar pembangunan.lihat saja kempen yang dilakukan
seolah oleh mereka, seolah mereka saja mampu beri macam macam pada
rakyat. saudara semua jangan bimbang rezeki Allah yang punya, DIA
memberi segalanya dilangit dan bumi percayalah.tidak perlu takut pada
UMNO.
Ternyata kini UMNO keseorangan didalam perjuangan
untuk terus kekal sebagai parti pemerintah, rakan taulan komponen
menjadi gunting dalam lipatan merosakkan UMNO. memang kesian tertapi
kebodohan melampau menyebabkan UMNO terus didalam fantasi. kesilapan
didalam memahami aspek perkongsian kuasa diantara parti komponen telah
membuka kembali jurang antara kaum semakin jauh pada hari ini.
UMNO terjerat atau menjerat?
Umum
tahu bahawa undian CEC DAP berlaku penyelewengan dan ROS membatalkan
CEC DAP seperti mana yang berlaku pada UMNO, pada pandangan saya. ini
sengaja dilakukan oleh DAP didalam membuktikan bahawa UMNO bermain
politik kotor, ini akan mengheret suruhanjaya hak asasi dunia serta
mafrel (badan bebas pemerhati pilihanraya) untuk mendesak undian semula
diadakan. jika ia berlaku maka perlunya diadakan semula undian. Kononya
DAP mengubah undi CEC bahawa memberi ruang kepada melayu didalam parti
amat janggal sekali dimana melayu yang didakwa melayu itu adalah anak
tiri sahaja dan bukanya 120% melayu. dari situ telah terlihat permainan
DAP didalam taktik melawan UMNO. apakah UMNO dan blogger upahan UMNO
buta? memang BUTA! Hari ini PAS membenarkan calon DAP menggunakan
lambang PAS, Kepada UMNO memang satu kerugian.
Dari situlah yang dikatakan huru hara, mereka akan
menggunakan melayu untuk tentang melayu, permusuhan akan makin meningkat
diantara penyokong tegar parti masing masing. jika kekecohan berlaku,
apa saja tindakan kerajaan pada waktu itu akan menyebabkan desakan
suruhanjaya diraja kertas putih akan diadakan. kerajaan akan mendapat
kemusnahan dari sudut akauntabiliti, rakyat akan tidak percaya lagi
kepada gov yang sedia ada ketika itu, ketika inilah agen zionis akan
membuat kacau dengan bantuan secara tidak lansung oleh rakyat sendiri.
UMNO
tak pernah belajar dari kesilapan, sebagai contoh diselangor jumlah
kerusi parlimen selangor berapa kerat? mungkinkah kisah P.Pinang akan
berlaku diselangor? P.pinang satu ketika majoriti UMNO tapi atas dasar
kongsi kuasa kononya, telah melenyapkan melayu disana, sebelum ini saya
telah postingkan taktik mereka menguasai gov dengan licik.
Orang
cina tidak kira parti apa pun tetap akan untung, mereka berkerjasama
didalam menuntut hak walaupun nampak mustahil tertapi ia menjadi mungkin
berlaku, lihat saja pejuang pejuang UMNO kononya kerajaan harus hanya
memberi pengiktirafan kepada sekolah kebangsaan namun bila di twist oleh
pemimpin UMNO maka senyaplah pejuang bacul itu tadi.maka UEC (Unified
Examination Certificate) secara rasmi boleh diterima oleh IPTA/IPTS.
kita ambil contoh didalam akujanji BN katanya nak wujudkan sekolah
1sesi.. sepatutnya dasar ini telah lama dilaksanakan secara total, jika
ia dilaksanakan memberikan keuntungan jangka panjang kepada negara dari
pelbagai sudut. dan inilah yang dilaksanakan oleh sekolah jenis
kebangsaan cina sejak sekian lama terbukti berkesan didalam penyampaian
ilmu oleh guru guru.
Pemimpin tertinggi masih gagal
memahami akar umbi, dimana masih gagal meletakkan calon tempatan ini
boleh memberikan undi protes sebagai contoh s.alam selangor telah
memberikan kemenangan kepada calon PAS, itu baru satu tempat, bagaimana
yang lain tentu banyakkan? pembaharuan dari segi kelulusan akedemi
adalah baik namun apa yang lebih penting adalah calon itu beragama jujur
amanah ikhlas serta kompetan didalam menjalankan tugas diberi oleh
rakyat untuk mentadbir negara.UMNO sepatutnya menjaga hak rakyat
bukanyer sibuk membedal lawan seperti PAS, jika UMNO fokus dalam membela
rakyat sudah tentu rakyat tidak protes terhadap UMNO ketika ini,
janganlah dilembukan rakyat lagi jika menang pada kali ini.
Didalam
hal ini ada Pro dan Con terhadap pilihan parti kesukaan anda, proses
kehilangan akan berlaku cepat atau lambat sahaja. walaupun BN, UMNO
masih lagi dominan berbanding PAS didalam PR. ketika ini kekuatan
pakatan telah memberi tamparan hebat kepada UMNO, beberapa cadangan
manifesto PR diguna pakai oleh BN dalam menarik sokongan rakyat sebagai
contoh harga kereta, tapi anda semua faham akan game UMNO, janji kata
akan turun 20%-30% oklah cume mungkin ada syarat terselindung, silap
silap hanya untuk kereta proton dan produa sahaja. dalam bab rumah
melalui PR1MA diputrajaya syarat utama adalah pengundi putrajaya, maka
mengeluhlah orang ramai.
Boleh dikatakan majoriti orang
melayu menjadi mangsa politik, bahkan wujud pula golongan golongan
kononya pejuang akhir zaman, ada pula membuat duit melalui agama, serta
membuat gempak kononya hampir mati dan pelbagai lagi wayang.. teruk
memang sangat teruk keadaan orang melayu ketika ini terpecah dek kerana
politik UMNO dan PAS.
Allah telah menetapkan aturan
hidup, jika anda melihat alam ini melalui mata hati. sudah tentu faham
apa akan berlaku. PRU pada bulan mei seakan memberi gambaran ulangan
sejarah mei tahun 69, namun diharapkan ia tidak terjadi. Kegagalan UMNO
membentuk dan menyatupadukan melayu dibawah dasar islam telah memberi
kesan pada hari ini, muncul juga segolongan manusia berkata melayu telah
disihir maka upacara membuang sihir dijalankan.. haa sungguh lucu
Matrix
ini berkaitan sistem, ramai antara kita tidak bersedia untuk berubah,
alangkah untungnya jika UMNO dan PAS dibubarkan serta bernaung dibawah
panji panji agama, sekaligus memberi kekuatan ekonomi sosial dan politik
orang melayu. itulah yang dikatakan awal posting berkenaan tinggalkan
sistem ini, UMNO PAS perlu beralah bagi memastikan islam terus dijaga,
bubarkan sahaja keduanya bukan UMNO masuk PAS, dan bergitulah sebaiknya
diharapkan oleh orang melayu khususnya golongan atas pagar.
Kalau
pun mereka nak merompak harta rakyat, rompaklah sepuas hati, besok mati
jawablah diakhirat, ketamakkan pemimpin melayu menyebabkan rakyat
bawahan terpaksa mencari pelbagai cara untuk hidup, dengan pelbagai
tekanan kehidupan, membuatkan orang melayu hilang arah didalam
kehidupan, sekaligus jauh dari agama.
Sudah sampainya UMNO dan PAS berubah ke arah yang satu dibawah
panji panji islam, dan diharapkan kepada mereka yang mengaku perjuang
akhir zaman, janganlah mengelirukan fikiran orang melayu.kini heboh
mengenai raja nusantara, terus terang saya katakan bahawa proses untuk
al mahadi keluar dikhalayak ramai masih belom masanya.. bukan tahun ini,
cuma tahun ini adalah tahun paling getir untuk malaysia khususnya
melayu akan diasak oleh darah dagingnya sendiri.sejarah bangsa melayu
cukup panjang penuh liku namun diatas sikap sabar memberikan nafas
kepada orang melayu walupun ditahap sesak nafas
*****
Kepada bukan melayu
Anda perlu ingat, orang melayu
malaysia bukan asal indonesia, tapi nusantara ini adalah homeland orang
orang melayu dari dahulu kini dan selamanya. jika ada melayu yang lain
mata hidung warna kulit, itu berlaku kerana proses amilisasi melalui
perkahwinan.sejak kembalinya keturunan nabi nuh ketanah melayu, mereka
membina peradapan berhampiran gunung ganang bukit bukau tasik lembah dan
lurah sebelum ke pesisir pantai. saya tahu ramai pengkaji luar mencari
kota gelanggi kononnya sebagai bukti menafikan melayu pemilik nusantara
ini. anda cari lah, anda tidak akan jumpa selagi orang-orang melayu
islam yang diberikan amanah menjaga harta pusaka tidak mendedahkanya...
Jika UMNO dan PAS bersatu atas dasar Islam, kami bukan
rasis, kami tidak hipokrit seperti kamu berlainan parti tapi misi utama
masih sama. Islam sebenar tidak mengajar rasis tamak zalim, jika kami
kembali atas jalan agama kami,percayalah anda semua akan senang lenang
di malaysia ini. dan lebih baik anda mengamalkan islam kerana agama yang
benar.
******
Kepada UMNO dan PAS, carilah titik persamaan jika anda masih mahu
kekal didalam sistem dajjal ini, jangan dimangsa dan dilembukan orang
orang melayu, cukup cukuplah akibat dari politik dengki mendengki, kelak
anak bangsa mu juga kan rugi. pada saya dunia bukan target utama
kehidupan ini, tapi sementara dunia belum kiamat jagalah anak bangsa
supaya nasi tidak menjadi bubur.. agihkan kekayaan kepada anak bangsa,
biar semua merasa.
UMNO berubahlah supaya lebih beragama telus jujur amanah didalam
menjalankan amanah rakyat yakni orang melayu khususnya dan secara am nya
untuk semua kaum dimalaysia ini. tidak ruginya berbuat baik kerana
dibalas pahala kerana itulah kredit kejayaan di akhirat nanti.
Kepada semua sila jalankan tanggungjawab untuk inikali lah, walupun masih terperangkap didalam sistem dajjal ini, hendak taknak terpaksa juga dilakukan dan berdoalah kita terlepas dari bala bencana.Akhir posting sama samalah berdoa supaya kita terselamat dari
campurtangan luar selepas PRU13 ini, sediakan apa yang patut untuk
keluarga anda demi hari mendatang penuh getir nanti...
sekian
Nota
saya bukan penyokong UMNO atau PAS